Wednesday, 14 May 2014

warded at 30 weeks 5 days

holaaaa...

kali ni bersiaran langsung dari sepital.hahah =)

never expected me to have this kind of vacation on wesak day.haiyohhhh..baru plan nak mengeram kat rumah. sekali kena duk sepital pulak.huuuu..alkisahnya bermula dengan brown spotting di pantyliner..ingatkan biasa saja sebab sebelum ni pernah jugak jadi.tapi dia stop sendiri.pernah tanya dokter, dokter kata mungkin sebab stress dan penat..sememangnya masa jadi tu aku stress skit. kali ni nak kata stress x jugak..hepi jaa rasa sebab dapat luangkan masa kat kampung lama.mungkin lebih kepada penat kut sebab hari2 keluar ke sana sini.....tapi makin petang makin teruk sebab dah keluar seketul darah beku..warghhhh!! horror sangat rasa..tapi kena cepat2 bertenang. xleh gelabah sangat.cecepat inform mak n hubby..hubby suggest pi klinik biasa dulu cek tengok sebelum pi hospital..makanya aku cecepat siap pi klinik kat parit buntar..bila cek, almhamdulillah kedudukan uri masih di atas dan baby masih aktif macam biasa. tapi dokter advice kalau brown spotting and bleeding berterusan kena pi hospital terus. lega sket aku sbb baby oke..

malam tu siap boleh bantai pulut durian lagi tauuu...kempunan lamaaaa dah ni nak makan durian. pokok durian belakang rumah mentua x berapa jadi tahun ni, lagi la kempunan aku.hahahha...sambil2 tu monitor jugak kut2 ada lagi brown spotting tu.so far, sampai pkul 1 pg xdak apa2..so rilek la sambung tidoq sampai pagi...tapi, bila cek semula pagi tu ada la pulekkk..aku wat lek ja dulu pi mandi pa suma sebab nak continue monitor lagi. still masih ada dan dah start nak banyak balik. terus bagitau kejut hubby suh bangun & pi sepital terus. nasib semalam cuti wesak tapi kesian jugak la kat hubby sebab dia tidoq lambat nak settlekan keja yang menimbun tu. kami gerak ke columbia asia taiping dalam pukul 11 lebih dan straight ke emergency room..sebab xdak orang, cepat ja aku terus dibawa ke labour room..rezeki aku jugak xyah tunggu lama2 kut sebab dokter memang dah ada kat sepital sebab ada org nak bersalin. terus dia datang cek tengok brown spotting bagai..dokter amik sample kat dlm miss V..cuak jugak aku takut sakit tapi oke jaa...lemah lembut dokter ni. dah amik sample, dokter bagitau kena warded 1 malam sbb nak monitor..dokter suspect sebab infection pada keputihan..huuu..dokter riso terbesalin awal makanya aku kena cucuk ubat untuk matangkan paru2 baby..sakit hoiiii cucuk tu..cucuk tetanus x sakit cam tu..huuuuu..hubby request untuk balik makan, amik barang pa suma dan sign form of responsibility sbb xmo masuk wad lagi walaupun dah check in.ahahah..kami akan datang balik seblum pukul 5 tapi pukul 6 lebih baru sampai kat sepital.heee..sempat jugak la aku ironkan baju keja dia untuk hari ni..




hubby temankan sampai dokter datang cek dan dinner sampai..alhamdulillah cek baby aktif macam biasa dan uri di atas. mostly mungkin sebab infection pada keputihan tapi result tu akan tau seminggu lagi..lepas tu kena cucuk lagi untuk ubat matangkan paru2 baby dan makan ubat antibiotik..nak meleleh jugak la ayaq mata tahan sakit cucuk kali kedua ni..yg 1st td staff nurse yg buatkan, x la rasa sakit benau camni..huuuuuu...since dapat bilik double bedded sebab single bedded da penuh, hubby xleh temankan..nak suruh tokmi temankan pun sian dia sebab xdak sofa panjang yg selesa untuk baring..makanya, tawakkal la aku lepak sensorang kat sepital.huuuuu..oke jaaa ni cuma lambat sket la leh terlelap..hopefully hari ni boleh discharge keluaq da..nak rest kat rumah pulak.bosan la duk sepital.wuwuwuwu

last nite dinner..sedap jugak hummmmm

subuh2 lagi dah kena monitor CTG

late breakfast..huuuu
nasib jugak la jadi ni masa aku tengah cuti kat kampung..at least ada la husband & family utk bg support.kalau jadi masa duk kat SK sorang2 x ke naya aku..mau emosi terumbang ambing ni...aturan Allah untuk kami sekeluarga sangat cantik..di kala aku tengah sarat nak cukup ni, hubby kena pergi training attachment dekat area2 KL/Bangi/Shah Alam untuk sebulan starting next week...elok2 sampai aku da cukup 9 bulan nanti InsyaAllah....aku pun akan start cuti panjang mulai awal bulan 7..masa tu pun da 37 weeks++. memang nak get redi kat kampung la masa tu..oleh itu, mari settlekan kerja awal2..huhuhu


Tuesday, 6 May 2014

review produk : Tanamera

assalamualaikum

eheee...dulu masa 1st pregnancy aku ni noob sangat! apa pun tatau, lebih2 lagi tentang penjagaan diri ketika mengandung. akibatnya, sendiri la tanggung. terasa huduh kemain masa tu. muka ja org nampak glowing sbb hari2 basuh dgn facial wash..haha..masa mengandung ni kan macam2 side efek yang kita dapat dari perubahan hormon, especially pigmentation. dalam bahasa melayunya, kulit jadi gelap berdaki2 terutamanya di kawasan yg berlipat seperti leher, ketiak & paha...**haha, over x description aku?** ala, ibu2 yang ernah mengandung mesti dah merasainya kan..malu tau tengok diri sendiri. nasib lepas bersalin, pakai scrub bagai hilang jugak daki2 tu..

tapi kali ni, sekali kena, aku dah beringat. bila masuk trimester kedua, dah mula nampak kesan pigmentation. so, sebagai langkah inisiatif permulaan aku beli scrub brand watson kat watson..mula ingat nak amik yang coco butter tapi teringin yang olive pulak..so, rembat lah yang olive tu...oke la, terasa bersih dan lembut kulit. yang paling penting kulit x kering..kadang2 almost setiap hari jugak aku pakai sebab scrub tu x kuat sangat.huuuuuuu..




satu hari, masa tengah surf2 pasal set bersalin tanamera, terbaca jugak review orang tentang penggunaan brown soap tanamera ni..banyak yang kata bagus dan sesuai digunakan ketika dari mengandung sampai la lepas bersalin untuk mendapatkan kulit yang mulus gittewwww...makanya, aku decide nak try 2 barang dari produk tanamera ni secara ala carte dan terbeli lah secara online di ardentloveonline


aku beli Virgin Coconut Oil (VCO) dan Brown Formulation Soap. VCO ni bagus untuk di sapu diseluruh badan dan boleh jugak digunakan sebagai minyak selusuh bila dah nak dekat2 bersalin nanti..boleh diminum 2 kali sehari. bagus jugak digunakan utk perineum massage untuk mengurangkan kesan koyakan semasa bersalin nanti.seeloknya disapu bila start masuk trimester 3. itulah sebabnya aku beli VCO ni..tapi mak aku kata kalau nak buat minum selusuh tu nanti dia buatkan minyak kelapa original homemade punya...x payah nak minum yang ni..ahahaha..brown soap of course la untuk ilangkan daki2 bagai tuuuuu..bagi aku, memang berbaloi aku beli 2 barang ni. masa mula2 guna brown soap tu dah kurang sket garis2 pigmentation..memang dah terasa mulus gittewwww...haha. **perasan**..tapi aku x berani guna hari2 sebab takut kulit makin menipis..kulit orang mengandung ni sensitip ye..so, aku selang guna 2 ke 3 hari sekali...sangat2 berpuas hati dengan sabun ni. kulit pun x kering..terasa kelembapan dan kelembutannya..ceeewwwaahhhh...patutla ramai review cakap best. adik aku try pun kata best pakai sabun ni..dia pun nak angkat satu nanti.heheh...insyaAllah, 2 produk ni akan aku guna berterusan sampai lepas bersalin nanti.. **harapnya x hot hot ciken shit yaaa** it's good to prevent the pigmentation early and better take care of yourself..i've learn from my mistake last time dan kali ni semuanya nak buat betul2...betul la pengalaman memang mengajar kita...


p/s: Ini bukan review berbayar..ini adalah hanya berdasarkan pengalaman dan kepuasan hati sendiri..heheheh

Wednesday, 30 April 2014

big girl already... =)

salam semua,

eheee...asyik2 ummi banyak cerita pasal adik baby and random rumbling saja lately..meh kali ni kita cerita pasal kakak irdina pulak =)

time flies sooooooo fast! sedar x sedar tahun ni irdina dah nak masuk 3 tahun. such a big girl already. semakin memahami apa kita cakap dan dia pun semakin petah! ummi is proud of u sayang. kadang bila tengok perkembangan dia dari sehari ke sehari membuatkan ummi rasa terharu..ada sentimental value di situ. cmna ya nak describe...

hmmmm...indescribably! u have to feel it yourself. i'm so blessed having her and eventually it makes me appreciate & love my mom more! baru paham macam mana perasaan seorang mak. walau nakal macam mana anak tu, walau seorang anak tu dah mengguris hati seorang mak, namun kasih sayang seorang mak tu tetap kuat, kekal abadi dan tiada gantinya! sroobbbssss..... **emosi seketika**

ahaa, ni baru anak masuk 3 tahun..belum lagi masuk sekolah, masuk asrama, masuk universiti & kawen..ummi dah fefeeling sentimental bagai..hikhikhik..

last week irdina ada kat SK..dah sebulan lebih dia duk kampung, sian ummi rindu dia sorang2 kat SK ni..next turn abah & tokabah pulak rindu kat irdina.hahaha..kali ni tokmi nak try ajar irdina cicin (baca=kencing) sendiri. ya la, dah 3 tahun patutnya dah mula pandai ke tandas sendiri.x payah pakai pampers dah. 1st day ajar, 3 kali jugak la terbabas sebab x berapa nak pandai lagi..kadang irdina yang lambat bagitau..kadang bagitau masa tengah cicin..haiyohhhhh

masuk hari kedua, alhamdulillah oke dah.xdak la terbabas.tapi kita kena kerap bertanya kat dia.agak2 lama dia main tu, ce tanya nak cicin x? kalau dia terasa tu, dia bagitau. kalau x rasa, dia kata tamau cicin..hehe..masuk hari ke-3 alhamdulillah makin ok. kalau x tahan sangat dah tu siap tegedik2 lagi haa..haha..lawak sungguh! tapi ada terbabas sekali sebab memang da betul2 x tahan la tu kot..it's ok syg...masa keluar bagi pakai pampers, tapi bila smpai rumah irdina cakap nak cicin..mula ingat nak suh dia cicin dalam pampers tapi ummi pikir takut nanti dia terbiasa pulak. terus bukak pampers & tegedik2 dia lari ke toilet..ummi cek kat pampers, still bersih. nampaknya, irdina makin paham. mungkin anak ummi ni pun dah rimas agaknya pakai pampers...you are doing so well sayang!

cakap pun kemain sekarang nih..susunan ayat yang keluar tu kadang2 lawak sangat! kadang dengar macam budak besar yang cakap..oh irdina, why so fast u big girl grow up....x puas lagi main dengan dia rasanya..tambah pulak bila sekejap duk kat SK sekejap duk kat kampung.huuuu..minggu ni, ummi dah home alone..nasib ada maksu temankan.nasib jugak la minggu ni 3 hari ja kerja, x la lemau sangat nak tunggu jumaat..itupun ummi dah rindu gila2 kat irdina.wuuuuuuu...sejak nak jadi kakak ni, nampak perangai dia makin matang...again, ummi is soooo proud of u sayang!

kakak besar dan mainan feberetnya...kapai tebang & bas!

ada budak tengah protes sbb kena marah..haha



anak manja ummi

manja abah

wait for ummi tonite ya sayang!




Monday, 28 April 2014

Gatei tangan..

Huh..aku ni pantang kalu tengok balance duit dlm acc banyak lagi..keja nak menyoping jaaa!!! Tambah pulak hujung minggu lepas x dapat memborong kat pureen warehouse sale, lagi la aku x senang duduk..tangan nih duk gateiiii pi surf skodeng barang apa nak beli dek kerana kecewa x dapat memborong! Huh, sabaq cek sabaqqqqqq....

Sunday, 27 April 2014

Rindu laa...

Uhuuuu...
Rindu la kat irdina..sebelum ni terasa rumah meriah sebab ada irdina..ni irdina dah balik kampung semula dengan tokmi n abah...kebetulan hubby pun ada 1 minggu kat sini last week, me was soooo very happy! Terasa lengkap semula...we also had a short weekend gateway to PD..**will story that later**
Ni baru beberapa jam lepas hantaq irdina, abah n tokmi ke airport, ummi dah rinduuuuu sangatt kat dia! Sunyi tau duk rumah. Ikutkan hati nak keluar pi merayau2 sbb xmo sunyi2 sangat.huuu...alhamdulillah semua selamat sampai penang. Irdina la ni duk nak nek kapai tebang sangat. Setiap kali pi airport mesti ingat dia yang nak naik..dek kerana kesiankan anak dara tu, abah dia pun belikan tiket balik skali hari ni..so ummi was left alone with makcu..uuuuuuuu...
Ummi can't wait for this Wednesday! X sabar nak balik kampung and have another weekend gateway to CH! weeee ♡♡♡♡

Tuesday, 15 April 2014

lemau again...

eheheh...

ni bukan lemau sickness mabuk2 ya...aku da sehat alhamdulillah. perut makin membesar, berat makin bertambah. dah naik +- 10 kg da ni.huuuuu...kalo dulu berat sekarang ni adalah berat nak bersalin da, tapi ni baru 6 bulan stgh..warghhhhhh!!! cemana nak turunkan berat lepas bersalin ni??!! kompem mencabar.huuhuhuhu...harap2 lepas ni x naik banyak dah..pliissssssssssss... =( =(

oke, off topic dah..ekceli aku dah lemau kerja...nak cuti panjanggggggg...nak pi holidayyyyyy!!!!!!!!! so far, banyak plan plan holiday yang terbantut..semuanya gara2 hubby bz la, x kena dengan timing org lain la, bajet xdak la..huuuu..plan cuti sekolah hujung bulan 5 nanti nak pi pulau redang. ingatkan time tu aku baru 7 bulan ++...rupanya masa tu dah 8 bulan ++. lagi 2 minggu nak cukup 9 bulan. amat berisiko rasanya kalau nak travel naik bot bagai..huhuhu..makanya terpaksa cancel..huuuu

next planning nak pi berkelah and bermalam di teluk batik. mak aku ajak naik cameron highland tapi rasa macam xdak apa selain sejuk dan nyaman saja di sana..kadang rasa boring dah pi sana.hahah..pi berkelah tepi pantai la pulak. boleh rendam irdina dalam air laut, bagi ilang abeh gatai2 badan dia tu..huuuu..ingat nak ajak hubby pi masa cuti hari pekerja nanti, tapi tetiba dia kena standby pulak masa tu..haih..see, selalu bila plan baik punya ada saja yg x kena..huhu..nak paksa jugak hubby untuk available time tu...2 hari 1malam ja kottt..wuuuuu..kemain bz dia kat opis baru ni..nak ajak pi holiday bz, nak manja2 pun bz...boleh tak bila time aku balik mesti dia ada breakdown. even bukan standby tapi rajin kemain turun site. pastu balik subuh2 hari.siang tu kompem mengantuk & penat.nak ajak kemana pun dah x bes..huuuuu

me want a holiday pleaseeee!!!!



Wednesday, 9 April 2014

I'm feeling loved!!

This song is dedicated to me by hubby this morning. The lyrics & melody is soo sweet..me is sikit lagi nak nanges terharu tauuu...somehow, being a 'pjj' couple make u appreciate ur love one more and that's what we feel rite now! I love u mr hubby! ♡♡♡

"Ku adalah manusia
Yang paling beruntung
Memiliki kamu

Kau tiada habisnya
Menyayangi aku sepenuh hatimu
Cinta yang luar biasa
Ku serahkan.. pada dirimu

Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hatiku kan menjagamu
Demi cinta seutuhnya

Ku kan berjanji seumur hidupku
Takkan lelah mendampingimu"

#Song by Sabhi Sadhi, "Cinta Sesungguhnya"





P/s: tetiba terasa feeling2 cam baru kena ngorat ngan pakwe masa zmn muda remaja dulu ..hikhikhik...but it sweeter bcos he is my husband now♡♡♡♡

Thursday, 27 March 2014

wishlist

hmmmm....

sedar x sedar masuk 6 bulan dah aku pregnant. 3 months ++ to go! should be thinking what to buy for adik baby dah ni. heee...so, pink or blue?? ce teka, ce teka....

it's pink!Alhamdulillah

kalo ikutkan teringin nak baby boy tapi rezeki Allah tentukan girl, kami terima dengan senang hati :) irdina dapat geng main masak2..ummi dapat geng menyoping sorang lagi..hee..dah dapat bayangkan kecomelan irdina dan adik dia nanti..weeee...mesti sweet sangat! aku suka tengok both anak dr halina, wife dr syed muzaffar tu..dua2 girl & sgt sweet n comel..harap2 irdina dan adik dia macam tu jugak nanti. =)

oleh itu, x banyak la barang utk kami tambah. boleh recycle kakak irdina punya  sikit2. mostly baju bajan la...banyak yg elok lagi..cuma ada la beberapa barang yang ummi nak belikan untuk adik. sian jugak dia, xkan semuanya nak recycle kakak punya kan..hehehe. so, ummi pun dah buat wishlist barang yang ummi nak beli kali ni untuk kami.here goes the list:

1. car seat maxi cosi pebble **InsyaAllah...target cabriofix tapi kat UK, pebble tengah sale. harga termasuk shipping sampai Malaysia lagi murah dari cabriofix yang jual kat sini. Ummi dah contact seller tu. harapnya dia reply la cepat..huhuhuh**

2. newborn outfit. **romper banyak boleh recycle kakak punya. ummi is soo in love with mothercare punya material so dah terbeli pinky long sleeve vest ni hari tu. nasib ada diskaun 40%.hohoho. next target, sleepsuit pulak.weeee!!**


3. spare part Medela Swing. 
    - tubing 
    - connector

4. new storage bottle untuk simpan susu perahan. sekarang dah ada yang kaler2 ni. bekenan sangat!haha




5. Set bersalin Tanamera. 
 - dulu guna NonaRoguy Herbanika tu. tapi x abes pun makan jamunya sebab panas dan x berapa sesuai utk BF. Tanamera ni berasaskan bahan semulajadi,x panas dan ala ala spa gittewww, juga sesuai utk BF. sila google utk reviewnya tau. tapi, aku akan pilih mana yang perlu sahaja sebab kadang x semua aku akan pakai. **learn from experience** lagi pulak, mak mertua pun dah ada order jamu kampung utk aku..heheheh..yang penting, masuk 8 bulan nanti, aku nak beli Virgin coconut oil dia utk buat perenium massage utk memudahkan dan mengurangkan koyakan ketika bersalin..**really hoping for normal delivery nanti!**


6. buaian/katil baby rotan
hehe..ni wishlist bersama hubby sebab haritu tengok anak cousin hubby guna. kami sangat2 berkenan. kenapala masa irdina dulu x terfikir nak cari yang macam nih..heh..insyaAllah hujung minggu ni nak pi survey..kalu rasa cam mahal sangat, just guna balik ja la baby cot irdina dulu..add on tilam & crib set saja..tapi tu pun makan kos jugak.hmmmmm



okeh, ini saja dulu wishlist untuk kali ni..semua ni akan dibeli secara berperingkat. mana yang mungkin x perlu mungkin akan dikeluarkan dari wishlist. tapi rasanya macam semua perlu jaaaa...hahahhahaha. me is sooooo sexcited! =)) doakan semuanya berjalan lancar yaaaaaa. Aminnnn





Monday, 17 March 2014

risau

hmmm...macam2 anak muda zaman sekarang...

i've been on that stage of their life..sememangnya kita hanya mahukan keseronokan..nak enjoy katanya!semuanya terletak atas kemahuan diri sendiri dan pengaruh rakan2. ya, aku belajar kat universiti swasta. selalunya bila orang dengar belajar dekat U swasta ni semuanya sosial, perangai x elok dll..kebanyakan yang buruk2 saja. tapi Alhamdulillah, aku dikelilingi rakan2 yang sangat bagus,..we just enjoying ourselves, doing things together, "gosipping" like all girls love to, laughing like monster etc...seronok bila kenangkan balik.hehe...that time x dengar la pulak budak mati kat konsert sebab dadah bagai ni..ke aku yang taktau or x dengar berita.. tapi sekrang aku rasa benda2 macam ni sangat ekstrem dan budak2 sekarang semakin dan tersangat lah sosial!

sebagai seorang mak, of course aku sangat risau dengan masa depan anak2 aku.risau bila memikirkan dengan siapa anak2 aku bakal berkawan, mampukah mereka bertahan dengan dugaan di luar sana...risau keadaan di masa hadapan.

risau risau risau!!

"Ya Allah, berikanlah kami petunjuk dan jalan untuk mendidik anak2 kami menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. yang sentiasa takut untuk melakukan larangan-Mu. yang sentiasa akan mengikut perintah-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Thursday, 13 March 2014

bersalin di mana?

hmmm...

yang ni kena start fikir dari awal2 mengandung lagi..nak bersalin kat mana nanti?? since aku dah ada experience anak sulung dulu, membantu jugak la utk kali kedua ni. masa bersalin kat irdina dulu, i was hoping for normal delivery tapi keadaan x mengizinkan **kalau betul la kan** ataupun disengajakan untuk C-sec. wallahualam

jadi kali ni, aku nak strive jugak untuk normal. xmau serah diri awal dan nak tunggu betul2 sakit baru gerak pi hospital!

since due date masa tengah bulan puasa dan nak dekat raya dah, aku dalam dilemma nak bersalin kat mana. memang sangat convenient kalau nak bersalin kat KL/Selangor ni sebab banyak choice private hospital yang ada dokter perempuan..kalau bersalin sini, nak travel balik kampung lepas bersalin tu satu hal...pastu masa dah nak terberanak, belum tentu hubby ada sini untuk temankan..me want hubby temankan macam duluuuu..uuuuuu

makanya, lepas berbincang dan berfikir panjang, kami decide utk bersalin di Penang/Perak. Here are the list of some private hospital yang terdekat dengan aku:

1. KPJ Penang, Bandar Perda



  • dulu aku bersalin kat sini dgn Dr Fawziah. bagi aku, aku x berapa ngam sangat dengan dia. dia serius dan susah nak senyum. pendek kata, x berapa mesra. tambah pulak aku ni kan 1st time, lagi la tatau apa2 dan dia pun x banyak membantu. dari awal check up, dia asik kata kepala baby besar dan aku maybe kena C-sec. see, awal2 lagi dah bagi hint. bila dah bersalin, dia bagitau tulang pelviks aku kecik dan lepas ni kalau nak bersalin lagi memang kena operet. oh nooooo, ini yang aku x mau dengar. 
  • sekarang, bila checkup utk anak kedua ni, doc akan tanya history bersalin anak 1st. bila cerita, semua macam buat muka pelik kenapa aku kena operet sedangkan baby sedang2 saja. hmmmmmmmmm....so, KPJ is out of my list this time.

2. Pearl Maternity Hospital, Bayan Lepas


  • google punya google, terjumpa hospital ni. dokter perempuan islam dan mendapat review yang agak baik dari orang ramai **walaupun ada jugak sesetengah yang kata dokternya garang**. bila bagitau hubby, dia setuju. nasib jugak PMCare cover sini. maka, aku pun set la appointment...apa yang aku x gemarnya, receptionist/ nurse yang angkat kol tu sangat lah x memberangsangkan. macam biadap pun ada sbb aku x habis cakap dia dah letak. so, aku dah cam slack sikit nak ke situ...maybe out of list jugak.hmmmmmmm

3. Columbia Asia Taiping



  • ini final choice hospital. taiping dekat dengan rumah mak aku. dokter perempuan india. memang kalau boleh nak yang muslim tapi ada dokter lelaki..memang x la aku nak tadah perut kat dokter laki kan..bila kol utk set appointment, dia kata boleh walk in..biasa la kalau hospital besar ni mesti receptionist berbudi bahasa..maka, sabtu lepas kami ke sana untuk buat detail scan 4d. saja suka2 nak tengok keadaan adik baby. 
  • 1st time ke Columbia Asia Taiping ni, rasa selesa dengan suasana dalam hospital yang tenang dan x sesak. walaupun kena tunggu almost 2 jam baru sampai turn, me is tak kesah sebab masuk2 ja bilik dokter, kami disambut dengan senyuman dan dokter sangat baik dan lembut serta peramah..after sembang2 sket pastu dia buat detail scan..Alhamdulillah, adik baby is growing healthy. bila buat 4d, x berapa nak jelas sebab baby still kecik tapi dah boleh nampak iras2...nampak macam kakak dia dulu ja.hahahah..nak kata apa dah kan, ummi n abah pun kadang org kata adik beradik, maka anak pun nak sepesen la gittewwww...hahahahha..jantina adik baby???? hmmmm...hmmmmm...hmmmmmm...nanti la tunggu lagi skali scan 19 hb ni kat klinik baru nak konfem betul2...heheh..hari tu dokter macam ragu2 sket tapi dia konfemkan jugak jantina tu..xpa2, kali ni ummi rileks skit.x kalut eksaited macam dulu...dulu anak 1st khennn, semua benda ummi eksaited! hoho
  • guest how much detail scan 4d???? it only cost me RM103 for scan & consultation! me sangat puas hati! walaupun dokter hanya print 4 gambar scan without cd, aku memang x kisah sebab dengan servis yang macam ni membuatkan aku nak datang lagi..yeszzaaaa, terus kami decide aku akan bersalin kat sini. hubby pun suka enviroment Columbia Asia Taiping =) oh lagi satu, aku dapat goodies bag jugak..weee weee weee, me is soooo suka! **sapa yang x suka kan dapat goodies bag..heheh..mak shin chan sangat!**'

wah, panjang huraian aku..haha...apa2 pun, aku nak kena jugak buat back up plan bersalin kat sini..ya la, kita hanya merancang dan x semestinya akan terlaksana. kalau kat sini, mungkin aku nak pilih Pusat Rawatan Islam Azzahrah or KPMC Puchong or Columbia Asia Puchong..semoga dipermudahkan semua urusan aku nanti =) amin





 
Images by Freepik