Thursday, 13 March 2014

bersalin di mana?

hmmm...

yang ni kena start fikir dari awal2 mengandung lagi..nak bersalin kat mana nanti?? since aku dah ada experience anak sulung dulu, membantu jugak la utk kali kedua ni. masa bersalin kat irdina dulu, i was hoping for normal delivery tapi keadaan x mengizinkan **kalau betul la kan** ataupun disengajakan untuk C-sec. wallahualam

jadi kali ni, aku nak strive jugak untuk normal. xmau serah diri awal dan nak tunggu betul2 sakit baru gerak pi hospital!

since due date masa tengah bulan puasa dan nak dekat raya dah, aku dalam dilemma nak bersalin kat mana. memang sangat convenient kalau nak bersalin kat KL/Selangor ni sebab banyak choice private hospital yang ada dokter perempuan..kalau bersalin sini, nak travel balik kampung lepas bersalin tu satu hal...pastu masa dah nak terberanak, belum tentu hubby ada sini untuk temankan..me want hubby temankan macam duluuuu..uuuuuu

makanya, lepas berbincang dan berfikir panjang, kami decide utk bersalin di Penang/Perak. Here are the list of some private hospital yang terdekat dengan aku:

1. KPJ Penang, Bandar Perda



  • dulu aku bersalin kat sini dgn Dr Fawziah. bagi aku, aku x berapa ngam sangat dengan dia. dia serius dan susah nak senyum. pendek kata, x berapa mesra. tambah pulak aku ni kan 1st time, lagi la tatau apa2 dan dia pun x banyak membantu. dari awal check up, dia asik kata kepala baby besar dan aku maybe kena C-sec. see, awal2 lagi dah bagi hint. bila dah bersalin, dia bagitau tulang pelviks aku kecik dan lepas ni kalau nak bersalin lagi memang kena operet. oh nooooo, ini yang aku x mau dengar. 
  • sekarang, bila checkup utk anak kedua ni, doc akan tanya history bersalin anak 1st. bila cerita, semua macam buat muka pelik kenapa aku kena operet sedangkan baby sedang2 saja. hmmmmmmmmm....so, KPJ is out of my list this time.

2. Pearl Maternity Hospital, Bayan Lepas


  • google punya google, terjumpa hospital ni. dokter perempuan islam dan mendapat review yang agak baik dari orang ramai **walaupun ada jugak sesetengah yang kata dokternya garang**. bila bagitau hubby, dia setuju. nasib jugak PMCare cover sini. maka, aku pun set la appointment...apa yang aku x gemarnya, receptionist/ nurse yang angkat kol tu sangat lah x memberangsangkan. macam biadap pun ada sbb aku x habis cakap dia dah letak. so, aku dah cam slack sikit nak ke situ...maybe out of list jugak.hmmmmmmm

3. Columbia Asia Taiping



  • ini final choice hospital. taiping dekat dengan rumah mak aku. dokter perempuan india. memang kalau boleh nak yang muslim tapi ada dokter lelaki..memang x la aku nak tadah perut kat dokter laki kan..bila kol utk set appointment, dia kata boleh walk in..biasa la kalau hospital besar ni mesti receptionist berbudi bahasa..maka, sabtu lepas kami ke sana untuk buat detail scan 4d. saja suka2 nak tengok keadaan adik baby. 
  • 1st time ke Columbia Asia Taiping ni, rasa selesa dengan suasana dalam hospital yang tenang dan x sesak. walaupun kena tunggu almost 2 jam baru sampai turn, me is tak kesah sebab masuk2 ja bilik dokter, kami disambut dengan senyuman dan dokter sangat baik dan lembut serta peramah..after sembang2 sket pastu dia buat detail scan..Alhamdulillah, adik baby is growing healthy. bila buat 4d, x berapa nak jelas sebab baby still kecik tapi dah boleh nampak iras2...nampak macam kakak dia dulu ja.hahahah..nak kata apa dah kan, ummi n abah pun kadang org kata adik beradik, maka anak pun nak sepesen la gittewwww...hahahahha..jantina adik baby???? hmmmm...hmmmmm...hmmmmmm...nanti la tunggu lagi skali scan 19 hb ni kat klinik baru nak konfem betul2...heheh..hari tu dokter macam ragu2 sket tapi dia konfemkan jugak jantina tu..xpa2, kali ni ummi rileks skit.x kalut eksaited macam dulu...dulu anak 1st khennn, semua benda ummi eksaited! hoho
  • guest how much detail scan 4d???? it only cost me RM103 for scan & consultation! me sangat puas hati! walaupun dokter hanya print 4 gambar scan without cd, aku memang x kisah sebab dengan servis yang macam ni membuatkan aku nak datang lagi..yeszzaaaa, terus kami decide aku akan bersalin kat sini. hubby pun suka enviroment Columbia Asia Taiping =) oh lagi satu, aku dapat goodies bag jugak..weee weee weee, me is soooo suka! **sapa yang x suka kan dapat goodies bag..heheh..mak shin chan sangat!**'

wah, panjang huraian aku..haha...apa2 pun, aku nak kena jugak buat back up plan bersalin kat sini..ya la, kita hanya merancang dan x semestinya akan terlaksana. kalau kat sini, mungkin aku nak pilih Pusat Rawatan Islam Azzahrah or KPMC Puchong or Columbia Asia Puchong..semoga dipermudahkan semua urusan aku nanti =) amin





No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik