Tuesday, 25 October 2016

#jenjalanjalan - Turkey Trip 2016 - Part 3

Atartuk Airport (Istanbul)  >  Bolu  >  Ankara  >  Cappadocia   >  Konya  >  Pamukkale  > Ephesus  > Izmir > Bursa  >  Istanbul


Perjalanan ke Konya mengambil masa lebih kurang 4 jam, bergantung pada pemanduan dan keadaan cuaca..keadaan bentuk muka bumi sekeliling masih lagi lebih kurang macam pemandangan dari Ankara ke Cappadocia...tanah yang luas terbentang dan juga bukit bukau..saujana mata memandang tapi membuatkan perjalanan sepertinya tidak berpenghujung..boring jugak kadang tu, x sabar nak cecepat sampai...cuaca agak berangin dan sesekali hujan juga makanya hubby kena drive dengan berhati-hati..berbeza dengan Ankara & Cappadocia, bentuk muka bumi di Konya pula lebih landai..

Kami sampai di Konya hari Khamis malam Jumaat..ramai couple check in jugeee...mungkin depa ni pasangan suami isteri yang sedang belajar di Konya Universiti **husnuzonn**..ramai hokehhhh..hahah..masa nak check in kat sini satu hal jugak..ayam cakap ngan itik..lama gila hubby pi check in..ingatkan ada problem apa la yang lama sangat..hotel tempat kami menginap tu agak unik. macam mini apartment pun ada..ada mesin basuh, dapur untuk memasak, ruang tamu & yang menariknya bilik dan toilet adalah di tingkat atas. hanya 1 bilik saja..konsep yang menarik..sepanjang travel x pernah lagi jumpa hotel macam ni.x sempat pulak nak tangkap gambar dalam hotel sebab masing2 kepenatan nak mandi & berehat..since dah ada mesin basuh ni memang seronok la aku mendobi semua baju busuk dari hari 1st sampai..stok baju bersih pulak makin sikit..dah la x biasa guna mesin front load,pastu jenuh nak translate bahasa kat mesin tu pulak..nasib ada install english-turkish punya kamus..hahaha..since baju yang basuh sangat banyak, aku ada jemur jugak yang jenis tshirt tu di balkoni dengan harapan x  ditiup angin...rupanya angin sangat kuat sampai mampu menerbangkan satu baju tdoq irdina yang aku sayang sangattttt...Esoknya bila checkout request nak mintak tolong amikkan baju tu, orang hotel xmo sebab xmau ganggu guest yang duk kat bawah kami tu..makanya, tinggal ja la baju tu kat situ..xdak rezeki Irdina nak pakai baju tu lagi dah..huu


baibai baju irdina...duk la kat Konya naa..huhu
Since dah sampai Konya ni, aku ajak jugak hubby untuk jalan2 sebentar di bandar & cari fridge magnet..memang target aku kali ni untuk kumpul fridge magnet di setiap tempat yang kami lawati. Konya ni lebih dikenali sebagai bandar sufi. Di sini ada Mevlana Museum yang menyimpan hasil peninggalan para sufi terdahulu..berpandukan GPS akhirnya kami sampai juga di muuseum tu..Sepatunya kalau nak masuk kena bayar dalam 10-15 lira kut kalau x silap tapi rezeki kami hari tu kami dapat masuk free saja...mungkin rezeki hari jumaat kan. 



perkarangan mengambil wuduk..kat dalam tu masjid jadi boleh solat di situ..




Setel jalan-jalan tangkap gambar sikit, kami keluar untuk beli souvenir..mungkin orang Malaysia ramai jugak yang singgah kat Konya, pandai cakap melayu tau orang2 yang menjual ni.."mari mari abang kakak, murah murah" "dari malaysia? malaysia bagus..murah kakak 1 lira saja"...belilah kami fridge magnet 2 3 ketoi..haha


di perkarangan kedai-kedai souvenir.. 
Seterusnya perjalanan diteruskan ke Pamukkale..ada apa kat situ??Pamukkale adalah antara tempat pelancongan terkenal di Turki..ia adalah tempat takungan kolam air panas di batuan yang berwarna putih seperti kapas..Pamuk tu sendiri bermaksu kapas dalam bahasa turki..Pamukkale bermaksud istana kapas... selain kolam air panas, terdapat juga bandar lama Hierapolis, tinggalan dari zaman Ancient Greek dulu..menarik kan?! Di Turki pun ada tinggalan sejarah dari zaman Greek, x yah susah2 nak pi Greece dah...haha..bukan di Pamukkale ni saja, ada beberapa lagi tempat tinggalan sejarah dari zaman Ancient Greek  ni yang ada di Turki untuk dilawati, antaranya di Ephesus..memandangkan kami dah plan untuk ke Ephesus, jadi kami x masuk pun bandar Hierapolis ni walaupun mengikut rating di Trip Advisor, tour di Hierapolis lebih berbaloi daripada Ephesus..huhu..

Dari jauh dah nampak kawasan batuan putih tu..cantik sangat tau..bayangkan keadaan sekeliling yang berbatu cekelat & pokok2 menghijau, tetiba ada satu kawasan putih macam bersalji..x ke pelik nampak gitu? X sabar2 nak naik nak cuba2 rendam kaki kat kolam air panas dia, tapi memandangkan baru sampai, kami pi check in hotel dulu. Hotel di Pamukkale ni biasa2 saja tapi sangat dekat dengan tempat attraction tu.  Masa kat sini aku dah mula x sihat, batuk & selesema yang teruk! nasib ada bawak ubat sesiap dari sini..nak dekat habis sebotol jugak la ubat batuk aku telan...x pernah lagi travel sebelum ni aku x sihat macam ni..nasib jugak ada mak & abah mertua..boleh depa tolong2 tengokkan anak2...huhu




Esoknya, selepas breakfast kami pun gerak ke kawasan batuan putih tu..bila dah sampai rupanya nak naik ke kawasan kolam air panas tu berbayar..kalau x silap dalam 20 - 30 lira..pastu kena mendaki tinggi pulak tu, konfem mak & abah mertua x larat nak naik..dengan budak2 ni lagi...aku pulak nakkkk sangattt naik tapi hubby macam x berapa setuju sebab xkan nak tinggalkan budak2 ni dengan mak & abah lama2..kesian pulak kat depa..lagi pulak cuaca agak mendung dan sangat sejukkk, x silap suhu masa tu dibawah 10 degree..dengan beranginnya lagi...akhirnya aku mengalah la jugak..just tangkap gambar kat kawasan sekeliling..cantik jugak pemandangannya tapi aku nak naik atas tengok pool terrace dia...sob sob sob...X pa, aku dah masukkan Pamukkale dalam wish list untuk revisit nannti sekali dengan Cappadocia...haha..hubby please take note ya! 




tekangkang kaki mak nak halang anak dari lari pi main dgn itik..haha

sejukkkk..hari mendung



Kami

Lepas siap bergambar semua, kami jalan sekeliling tengok souvenir & tapau la fridge magnet seketoi dua...next kami terus gerak keluar dari Pamukkale menuju ke Ephesus..kena gerak awal sebab nak jalan-jalan kat Ephesus pulak...

Cerita Ephesus akan bersambung di entry part 4..

Nextttt....



Wednesday, 19 October 2016

#jenjalanjalan - Turkey Trip 2016 - Part 2

Atartuk Airport (Istanbul)  >  Bolu  >  Ankara  >  Cappadocia   >  Konya  >  Pamukkale  > Ephesus  > Izmir > Bursa  >  Istanbul


Setel bermalam ni Bolu, kami meneruskan perjalanan ke Ankara..nasib baik breakfast disediakan di hotel..hotel Muslim ya ni, so xyah ragu-ragu nak makan pun..macam-macam jenis cheese disediakan untuk dimakan dengan roti, jem, honey dan juga daging keping2 yang nipis tu...nasib ada daging tu, mau jugak budak2 ni makan..bole tahan la combination cheese, jem bagai ni..kena la dengan tekak aku..hubby pun layann ja laaa..

Tinggalkan memori spoil mood semalam di Bolu & hellooo Ankara...

Setelah mengharung 2 jam perjalanan, kami sampai di Ankara...jalan nak ke Ankara ni ah-meh-zingggg!! sekejap lalu ditepian tasik yang membiru, pastu panjat bukit masuk dalam kabus, kemuadian tiba2 cahaya matahari menyinar terang...SubhanaAllah..breathtaking view I should say..memandangkan semalam dah mendapat rehat yang mencukupi, maka hari ni kami sangat enjoy dengan perjalanan kami...semua macam "woowwww..tengok tuu cantiknyaaa, besnyaaaa"..semangat abah mertua merakam video di sepanjang perjalanan....hehe

Bila nak sampai ke Ankara, keadaan bentuk muka buminya berubah..kalau sebelum ni banyak pokok2, tetiba keaadaan sekeliling mcm kontang, kurang pokok2, banyak berbatu2 & kurang diduduki juga.ia juga berbukit bukau..bila dah masuk ke Ankara baru mula banyak kawasan kediaman..di sini, hubby booking house hostel, betul2 di tengah2 bandar..rupanya Ankara ni memang bandar yang terletak di kawasan yang berbukit-bukit..main road 2 lane tapi bila masuk celah2 lorong sangat kecik bagi kami yang menaiki kereta besar & panjang ni..lagi satu, cerunnya sangat killer...lebih dari 15 degree kecuraman rasanya...bayangkan tengah mendaki tetiba kena brenti kat traffic light..nak kenjui balik jalan jenuh huii..risau terundur balakang ja..kalu aku yang drive ni mesti dah nangeh kat traffic light tu..haha.seksa jugak nak cari house hostel ni sebab dia duk di celah2 lorong mana hala entah..seriussss menguji skill pemanduan anda kalau ke sini..

Aktiviti di Ankara? Nope, kami hanya melepak di hostel saja...house hostel ni cantek & cozy..ada ruang tamu, 2 bilik tidur, 1 bilik air dan juga balkoni..memang selesa...Sebenarnya ada jugak plan nak melawat tempat2 menarik kat Ankara ni macam Atartuk Muzium semua tu, tapi disebabkan keadaan jalan yang agak horror & thrill itu, hubby cancel saja plannya...lagi pulak masa tu kan ada pergolakan jugak kat Ankara..so, untuk keselamatan kami hanya stay di hostel saja..hubby & abah mertua saja yang keluar pi beli roti, jajan & makanan...Kiranya Ankara ni adalah pit stop kami sebelum ke Cappadocia...hubby kata menyesal pulak amik hotel kat tengah2 bandar..kalau tau macam ni keadaannya baik amik kat pesisiran saja..haha..tazzabar menunggu hari di Ankara berakhir sebab next destination nak tidoq dalam gua pulakkkk!! weeeee!!


Ruang tamu house hostel di Ankara


Ni jaa breakfast setiap hari di Turki...jangan harap nak nasik lemak roti canai...haha..sila cari apa yang x cukup dalam gambar ni? hmmmm....

Next destination ----> Cappadocia

Sapa tengok movie fazura yang "Manisnya cinta di Cappadocia" tuuuu?? yang naik hot air balloon tuu...pastu tidoq dalam gua tuuuu...hahaha...inilah tempatnya..Cappadocia atau Kapadokya dalam ejaan tempatan..Ankara ke Cappadocia lebih kurang 280 km & 3 jam perjalanan...tapi sekali lagi pemandangan sekeliling sangat memukau...dari jauh nampak gunung yang puncaknya bersalji..sangat cantik...serius! tak boleh nak gambarkan dengan kata2 tentang kecantikan pemandangannya...you have to experience it yourself..really! 



itu belom lagi sampai kat Cappadocia..baru perjalanannya saja sebab bila sampai saja di Nevsehir, wilayah yang bermulanya kawasan batuan unik itu, kami lagi terpegun..serius! lembah yang terbentuk hasil dari hakisan angin dari ribuan tahun dahulu..sangat memukau & membuatkan kami speechless..semua tengok ke luar menikmati keindahan yang terbentang..





kami menghabiskan masa 3 hari 2 malam di sini..Stay lama sikit sebab mak & abah mertua nak naik hot air balloon..in case x dapat naik hari pertama, ada backup hari kedua..pakej hot air ballon ni hubby dah survey sesiap sebelum fly lagi & dah bayar deposit pun...tapi nak dijadikan cerita, dua2 hari keadaan cuaca x mengizinkan untuk depa naik hot air balloon tu..nasib deposit dipulangkan semula..huhu..since x naik, so aku xleh nak cerita lah pasal rate harga hot air balloon ni..mungkin anda boleh cari di google..



Ingat x kami akan tidoq dalam gua? yeszaaa, memang dalam gua pun..tempat yang sangat menarik & owner yg sgt friendly. aku lupa apa nama gua tempat kami duduk ni..nanti aku tanya hubby & update semula kat sini **dasar pelupa..haha** biliknya bertingkat-tingkat..paling bawah ruang tamu, kecik & sempit sket sebab kami ada 4 org dewasa kan...tingkat kedua ada 2 katil single dimana bingkai katilnya telah ditarah daripada batu gua..tingkat ketiga ada satu katil king yang besar dan sangat selesa untuk kami 4 beranak...mak & abah mertua kat tingkat 2...then ada jugak balcony yang connected dgn ruang tamu..rasa macam duk banglow plak bertingkat2 pastu ada balcony ni..hahah..kebetulan masa kami menginap di situ x ramai orang, jadinya nampak macam kami ja yang ada..lagi la best, boleh buat suka hati..tapi xdak la suka hati tera mana sangat kan..x reti nak cerita panjang pasal hotel yang best ni, meh tengok gambar mesti terasa best jugak kan..hehe


Ruang tamu gua yang comel
Ada sofa bed untuk rehat-rehat sebelah heater


Pintu menuju ke toilet
Ruang tidur tingkat dua

Tangga untuk ke tingkat atas
Our super comfy bed..hehe
Adik sebok nak tiru kakak buat pis..haha
Balcony...meja tu tempat kami lepak sambil minum teh pekat piau..haha
View depan hotel
View di sebelah kanan hotel
View dari sebelah kiri hotel..
kedai souvenir pun banyak kat area2 hotel kami dan harga boleh tahan murah berbanding kedai di kawasan pekan...yang meniaga kat sini kebanyakannya orang2 veteran, dah tua2..depa sangat tertarik dengan budak2..banyak jugak la rezeki yang budak2 ni dapat..dapat gelang la, buah la, jajan la..kami pun tumpang la merasa apa anak2 dapat..bertuah mak bapak..haha

memandangkan masa smpai hari dah petang, makanya kami stay saja dalam gua..berehat & kumpul tenaga untuk jalan2 esok harinya..since mertua x dapat naik hot air balloon sebab keadaan cuaca berangin kuat, jadi tempat pertama yang kami tuju selepas breakfast adalah Goreme Open Air Museum..museum ini adalah museum terbuka yang terbesar di dunia..dikatakan dulu tiada kebebasan beragama jadi org dulu-dulu mengamalkan ajaran agama ini secara rahsia iaitu di dalam gua..kesemua tinggalan yang ada adalah tentang agama kristian..semua tempat yang dibuka untuk melawat adalah bekas gereja di dalam gua & segala tinggalannya....kami hanya melawat & melihat-lihat saja..hanya lebih mengkagumi seni bina & kekuatan orang zaman dulu utk hidup dalam gua..gelap kotttt..kalu aku dah fobia dah haa...nak masuk museum ni berbayar tau..x hengat berapa tapi oke la untuk ambil pengalaman & iktibar...


Minum teh sesubuh hari tengah sejuk gedik..haha

Irdina dah mula berhingus..sejuk sangat pagi2 hari..
Menanti matahari terbit dari ufuk timur...ceewwaahhhhh
Breakfast sedap!
Mak - Hubby - Irdina
Di Goreme Open Air Museum
The girls


Di tengah dataran Goreme open air museum
It's a breathtaking view!


Sister Love

Next kami ke pasabag valley..nak tengok batu cendawan..ada juga yang terbentuk macam bonggol unta..kesemua batuan ni terbentuk hasil daripada hakisan angin..berada di kawasan ni terasa seperti bukan di atas bumi...macam duk kat planet asing...sungguh indah ciptaan Allah kan.. =) kat sini ada tigaekor unta..tatau apa tujuannya tapi kami bergambaq ja la dengan dia, tu pun jauh2..ada jugak aiskrim turki dijual kat area souvenir tu..aku suh la hubby belikan untuk budak2 ni tapi x sedap mana ponnn...sedap lagi yang makan kat Itaweon, Korea dulu...hahaha



Kami




Setel ronda2 kat pasabag valley, kami ke kilang sutera...sekali lagi aku lupa nama kilang tu...tapi boleh refer rancangan Rasa Halal Turki yang di host oleh Heliza tu...depa penah mai kilang ni sebab tu kami pi jugak...mula2 takut nak masuk tapi balun ja masuk..free ja..boleh tengok cara pembuatan sutera bermula dari ulat kokon sampai jadi benang, pastu sampai jadi seketui karpet yang gebu gebas...rupanya benang sutera ppun ada gred kualitinya tersendiri..yang lagi high grade menghasilkan karpet sutera yang sangattttt lembuttttt...pastu pandai pulak dianyam/sulam ke bentuk macam2..gambar haiwan la, pemandangan la..harga?? mau tau laa...haha...aku cakap gak dekat hubby, kalau seratus dua teringin gak nak satu..memang idok la nokkk...verangan ja bole..paling murah pun ribu2 tau..telan ayaq lioq la dengaq...ahahah..


Irdina dan sarung ulat kokon..uncle yang bawak tour bagi sebagai kenangan..hehe
Sebakul ulat kokon
Seblah tu tempat nak memintal sarung kokon untuk dijadikan benang
Salah satu contoh design karpet sutera ribu riban...hahaha

Lepastu aku request nak ke underground city..tengok review orang macam menarik jugak..underground city yang terdekat dengan kami adalah Derinkuyu underground city...jauh jugak nak ke sana dari Goreme...rasanya lebih kurang 40km..GPS pulak bawak ikut jalan belakang mana entah..hampir separuh jalan aku dah ajak hubby patah balik tapi hubby kata alang2 baik teruskan juga...akhirnya sampai jugak ke Derinkuyu..tapi tempat dia macam agak krikkk kriikk kriikkk bagi aku...tak  nampak macam tempat pelancongan langsung. mungkin kami salah timing jgak kot, so patah balik ke hotel sebab x rasa ada menda menarik untuk diterokai. sebelum sampai hotel, kami singgah kedai runcit untuk tambah stock air & makanan..untuk anak-anak, hubby belikan stok susu yang banyak..depa kuat sungguh minum susu kat sini..sedap kot..haha

Hari ke-2, cuaca di pagi hari masih x elok & acara hot air balloon dibatalkan juga...memang sungguh xdak rezeki mertua nak naik sebab dua2 hari cuaca x elok...kalau semalam  pagi tu sekejap ja cuaca x elok, tapi hari ke-2 ni berterusan cuaca x elok sepanjang hari...kami pun x kemana sangat sebab next perjalanan pula ke Konya..Pit stop di tengah2 sebelum ke Pamukkale....hubby target nak sampai awal, kalau boleh sebelum malam, so kami kena gerak ke Konya awal, iaitu selepas breakfast..sambil2 tu singgah buat kali terakhir di pekan Goreme untuk beli fridge magnet & souvenir...hari-hari kami di Cappadocia berakhir si sini...sedih x dapat tengok hot air balloon, so re-tour ke Cappadocia is a must & ia akan masuk ke dalam wish list kami...semoga ada rezeki lagi di masa depan, InsyaAllah..hehe


Last posing sebelum check out..
Depan pintu bilik di tingkat 3..
Di celahan lorong gua..sejukkkk


Perjalanan seterusnya akan bersambung di part 3... =)

 
Images by Freepik