Wednesday, 18 September 2013

Irdina dan rotavirus.....

salam...

haih..baru balik bercuti dari korea, kami sambung bercuti kat hospital pulak..5 hari 4 malam okeh! lemau abeh satu badan..homesick pun ada..huhuhu..alkisahnya, anak dara aku ni terkena rotavirus. sungguh x disangka. tetiba rasa menyesal x invest amik vaksin rotavirus dulu, tapi dah terlambat pon. bila tengok anak sakit sampai lembik macam ni kesian sangat. x tau lah mana terjangkitnya rotavirus nih. tapi kalau Allah dah takdirkan ia jadi kat anak aku, maka kami pun kena reda dan jaga irdina baik2. mungkin ada hikmah disebaliknya... :)

antara simptom2 budak terkena rotavirus adalah dia akan muntah-muntah, cirit birit, demam..ada setengah yang muntah dan cirit sekali. tapi irdina muntah saja...mulanya kami ingat muntah biasa, tapi lepas tu dia muntah lagi dan lagi dan lagi..dah lain macam ja tengok. betapa irdina duk muntah sampai dia pun penat. bayangkan nak tidoq pon x selesa sebab asyek nak muntah. kesian sangat. pukul 11.30 malam tu kami bawak irdina ke klinik 24 jam kat area equine.  doktor cakap dia keracunan makanan. kami pun memang agak irdina kena keracunan makanan. doktor bagi ubat tahan muntah dan sakit perut. tapi aku cam agak ragu2 dengan doktor klinik ni sebab dia just doktor am saja. aku lagi prefer paed tapi mana nak cari kan paed yg bukak tgh2 malam buta nih. malam tu kami x tidoq sangat sebab irdina masih lagi muntah2.habis semua kain napkin, kain tuala semua buat lap..

pagi esoknya, terus kami bawak irdina jumpa regular paed dia nun jauh di klang. dr tan tengok irdina dah sgt dehydrated so dia kata memang kena warded. kena masuk air sebab dia nampak sangat letih. mana x letih dah makan pon x boleh. asyek terkeluar balik ja. after dapat surat refer, terus kami ke Pusat Rawatan Islam Azzahrah. Lepas jumpa paed , Dr Nik, irdina terus kena drip kat bahagian emergency sebab wad masih penuh. kami request untuk bilik sorg sebab senang kami berdua nak jaga dia. bila dah dapat bilik, nurse cek suhu, irdina dah mula demam. doktor kata ni bukan keracunan makanan sebab kalau keracunan, muntah sekerat hari saja. doktor nak sampel poo poo untuk buat analisis. jenuh jugak la nak tunggu irdina poo poo sampai terpaksa masukkan ubat.



bila dapat result poo poo irdina tu positif rotavirus, doktor & nurse pesan suruh jaga kebersihan. sentiasa cuci tangan dengan sabun. sebabnya, kemungkinan untuk berjangkit virus tu ke mak memang tinggi. and yes, even aku kemain basuh tangan dan jaga kebersihan sebaik mungkin, aku terkena juga tempias rotavirus irdina tu..sakit betul rasa. bayangkan kita yang tua pon rasa betapa teruk dan x sihat, inikan pulak irdina yg kecik tu. kesian sungguh! yg lagi kesiannya, irdina x merengek sangat pun! dia tidoq saja..even perut tengah kembung tahap keras pon dia rilek ja tidoq. doktor dah bagitau awal2 after dia cirit birit, perut akan kembung atau istilah omputihnya "colic". masa ni la dia nak meragam, menangis or berguling sbb sakit perut. aku memang dah prepare mentally & physically. tapiiiiii....nur irdina nazihah ni tidoq diam ja..dia cuma akan nangis kalau nampak nurse dan makan ubat. such a good girl! ummi love u soo much!




Alhamdulillah...irdina dah sehat sekarang. dah aktif ceria happy macam biasa. cuma semenjak keluar hospital ni dia manja sikit.nak attention lebih.hehehe..nasib kami dah import tokmi & tokabah terbang dari penang mai sini untuk jaga nur irdina. kalu nak hantar ke pengasuh memang x la lagi gamaknya. kami pun kesian tengok irdina ni. nampak susut sangat. harap2 duk dengan tokmi ni badan berisi la balik.heee...ni abah dia pulak x sehat..terkena penangan rotavirus jugak..haiyohhhhhhhh

Kesimpulannya, kalau terdetik nak amik vaksin rotavirus tu, teruskan saja niat. biarlah mahal sikit pun janji anak x masuk hospital kalau kena sakit2 yg macam ni. InsyaAllah dah "kebal".. we have learned our lesson. lepas ni nak tunggu irdina betul2 sehat, kami nak amikkan dia vaksin pneumococcal. simpan duit pi jenjalan boleh, xkan nak invest untuk kesihatan anak x boleh kan.....hehehe. semoga nur irdina nazihah terus diberi kesihatan yang baik. Amin.

 
Images by Freepik