Wednesday, 27 April 2011

bunus!!

hee...

gembira. syukur. alhamdulillah..

why?

sebab TM baik hati bagi aku bonus walopon keja x sampai setahun lagi. Masyeh2.. "saya akan menjadi pekerja yang lebih berdedidikasi" tapi nak tukar department bole x?huuuuu

so, my planning with this bonus...

1k for my baby and me to spend for our needs. rasanya nanti mesti beli barang untuk baby la yang lebihnya.heee..soooo cutee!!!

oh ya! next week appointment ngn dokter untuk 2nd antenatal checkup. ibu dah x sabar nak tengok baby lagi!!!eksaited2!! next week dah almost 4 bulan or to be exact around 15 weeks. what can baby do during 15 weeks in mummy's tummy?? if me n hubby lucky enough, dapat tengok our baby is a boy or a girl!! aku teringin sangat nak baby boy tapi hubby x kesah mana2 pon..tapi kalu baby girl pon apa salahnya kan..baju untuk baby girls sangat banyak yang chumel2!!

Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.

Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.

Saturday, 23 April 2011

demam!

ya, semalam aku MC lagi walopon aku dah berazam tamo MC dah sebab da banyak sangat MC aku seblum nih. tapi keadaan memaksa sebab aku terkena virus demam! huuu

mungkin berjangkit dari dalam opis akuarium aku nih sebab da ada sorang yang start demam. sorang dah almost infected n aku dah infected dah. huuu...mulanya aku rasa oke untuk pi keja tapi hubby x bagi sebab takut lagi teruk. so, lepak kat rumah ja la.leh tengok sinetron marshanda ngan marimar. i loikeee..hehe

tapi nasib baik demam aku x kritikal sangat. awal2 pagi lagi dah mandi nak bagi panas keluar tapi x lama pas tu berbahang balek. tengah hari pon mandi jugak tapi badan rasa berbahang balik. riso jugak takut efek baby bila demam nih.huuu..mintak2 la tadak apa2.huuu..lepas hubby balik, rehat2 sat n pas maghrib pi makan n pi klinik. dokter kata skrang memang musim ramai orang demam. dia nak bagi ubat sembarangan pon x bole sebab aku pregnant so just bagi standard paracetamol n high dose punya vitamin C untuk boost aku punya immune system..biasala, immune system org mengandung ni lemah sket..tu yang senang kna sakit itu ini.huuu..dokte suh stop sat makan obical sementara habiskan vit C nih sebab dia ada kalsium skali. baek dokterrrr..saya yang mematuhi arahan!!hehe

sekali bila dapat obat tekejut haaa...ingatkan vit C yang dia nak bagi yg jenis standard comey2 tu..sebijik vit C tu besar duit 5 kupang (50 sen)..silap2 besar ckit. ingatkan dah kena telan yang tu, tapi sebbek rupanya ubat tu jenis soluble. rendam dalam air pastu minum.alaaa..macam panadol soluble tu..hahah..sedap2.rasa masam2 n bergas mcm air kickapoo..



ada seploh tablet ja..so, seploh hari ja rasa minum air kickapoo..nak bli yang betul2 punya pon x bagos untuk baby n aku. nanti leh kena diabetes. pastu bila baby da 7 bulan, dokte suh minum air gula.eee yek yek..tamo2. bek la aku jaga dari skrang.hee..

oh ya, lately aku sangat suka stalk2 n cari blog orang pregnent and ada pengalaman pregnant. tambah2 baby sulung..heee..curi2 ilmu sket mana yang patut. pastu yang dah bersalin n story pengalaman bersalin. ada yang story detail gila.seryes wat aku cuak!! tapi at the same time aku cam x sabar plak nak ekspirien sendri. orang kata bersalin tu memang sakit tapi sakit tu trus hilang in second bila baby da keluar. oh, x dapat bayang macam mana nanti.hheee...

oke lah.tatau nak tulis apa lagi dah. plan hujung minggu nih?? hmmm..better tak payah plan.nanti x jadi. mcm 2 minggu lepas punya plan.huuu..mintak2 la aku makin sehat n makin berselera nak makan. asek x lalu ja.da boring la macam nih.huuu. hope for the best for my health.

chow for now.

p/s: serius comey bila spanbob + doremon.jadi la macam kat bawah ni.hakhakhak

Tuesday, 19 April 2011

entering 2nd trimester

my math skill is becoming worst.

boleh x aku igt pregnancy aku dah 4 bulan padahal baru ja 3 bulan lebih??haha..ni suma gara2 math skill yang dah makin teruk. i tot 12 minggu hr tu adalah 4 bulan tapi baru semalam tiba2 aku sedar yang 12 minggu tu sebenarnya baru 3 bulan!! okeee...sangat terukk!!!

hubby da ajak pi bli buku math UPSR sbb aku kena develop balik math aku. dia akan jadi cekgu yang akan cek suma latihan tu betul ka dak.pastu bru leh wat yang PMR pnya. then, bila PMR pnya math da oke bru pi ke SPM. hubby kata sangat teruk untuk baby kalu aku x start wat math dari sekarang kerana takut akan efek perkembangan otak baby.

aku ada baca satu artikel menarik  tentang mcm mana anak2 org yahudi bijak2 belaka.salah satu caranya ialah ibu2 yahudi ni banyak wat latihan matematik untuk develop perkembangan otak baby mereka dari mereka mula mengandung. so, we decide to try that method. banyak jugak la good method yang kita boleh ikut. artikel2 tu banyak kat website. try ja google kompem jumpa.hehe

oke.sedar x sedar, skrg da 13 minggu. maknanya da masuk 2nd trimester!!!dari all-day sickness da tuka jadi morning sickness sebab skrg pagi2 ja rasa nak muntah. alhamdulillah loya da ilang. angin kus kus ada sket2 n masih x lalu makan. dokte kata salu sampai 14 minggu ja pastu ilang la..hari2 kena telan obat. bukan obat apa pon. supplement untuk ibu mengandung jaaa..

dulu masa awl2 just makan asid folic n ubat angin sbb bdn aku cepat sangat masuk angin. bila da stat wat antenatal checkup, dokte suh berhenti makan asid folic n bagi obimin. oleh sebab aku x minum susu lagi sebab x leh masuk.nanti muntah balek.huhu.pastu dokter bagi obical, kalsium untuk ganti susu yg aku xleh minum lagi tuu.ubatnya bapak la besar. berapa kali tesekat kat tekak haaa...





hari2 seblum tidoq musti makan walopon kadang2 aku rasa sangat malas nak telan. pil obimin tu comey sbb kale pink. sebbek yg tu senang telan sbb lincin.hehe...sekrang aku tengah pikir2 nak bli supplement lain yang bagus untuk perkembangan baby. ada kata minyak ikan.hummm..kne google lebey2 lagi. tapi ada kata da makan obimin tu pon cukop. tapi obimin tadak minyak ikan. aku pon bukan salu makan ikan, so, nak bli minyak ikan jugak.heee...hmm, next month appointment ngn dokter ibu tnya ya baby.hee

oh yaa, memang rezeki baby skrg sbb my housing loan da approved.alhamdulillah!! so baby, kita xyah riso2 nak kena pindah!! pasni kita jadi orang SK.heee...memang betul la orang kata kalu mengandung tu rezeki anak ada saja... i'm blessed and hope for the best for our baby..

p/s: i'm happy today!!

2nd entry todei.

ya..ini entry kedua aku untuk hari ni.masih di opish.bosan tunggu hubby lambat sangat.

aku memang xleh drive lagi sebab masih rasa x oke. mebi awal bulan 5 baru bole drive sendri sebab dokter cakap aku kena tahan lagi 2 minggu saja untuk all day sickness nih. kalu dokte tu tipu siap dia haaa..

sambil2 tunggu hubby aku stalk2 blog org2 yang pregnen cam aku gak n reserach2 sket pasal pregnancy nih. banyak jugak info yang berguna. nanti aku share kat cni sebab senkarang mud aku nak mengarut dulu. sok sok la aku share. penting tau untuk tau semua nih.tambah2 taun nih batch2 umor lebih kurang cm aku ni nak kawen..**aku da kawen daaa..hheeeee** lambat laun mesti termengandung jugak la. haha. sapa2 yang stalk blog aku nih mebi leh la aku bg informasi beguna skit.ceewaaahhhh...haha

eh, da sampai la pulek hubby. oke la. kna stop mengarut.haha

baibai.

Monday, 18 April 2011

long story

oke. just got some inspiration somewhere to write something on this blog.

aha, plan minggu lepas nak soping moping sangat2 la X menjadi. ni suma gara2 air tembikai laici my hubby yang super duper deliciousssss...satu jug besar oke hubby buat n aku rasa almost half jug aku minum...pastuuuuuu....padan muka aku!!hahahah

akibat bnyk sangat minum, aku angin satu badan, perot kembong x hengat. kepala pening. muntah2 dan macam2 lagi sampai aku asek terbaring atas katil n x larat nak wat apa pon...mana la aku tau tembikai tu angin.huuu..yang aku tau tembikai tu panas ja. kalu makan banyak2 leh sembelit. tapi ni bukan makan. ni minum ja ponnnn...huuu..seriyes aku rasa sangat teruk time tu. baru syiok2 badan da nak sehat n da nak energetic balik sekali amek hang...huuu

tapi, still aku degil sebab x leh resist dengan tembikai laici yg hubby buat!!! tapi dah x berani nak minum banyak2 la kan..dapat rasa seteguk pon jadi la sayang. janji dapat rasa..mebi baby terkejut kot sebab ibu minum banyak sangat. sedap paa tembikai lenci abah niii...heee..

hari ni plak aku rasa sangat ekzosted di ofis. mebi sebab hujung minggu ni x cukup rehat. ya la, hari sabtu ikut hubby pi outstesen kat sg besar. plan asal nak betolak petang jumaat tapi las2 x jadi ats sebab2 tertentu. so, subuh2 sapi'e (4.30 pg) kami bertolak ke sg besar. sangat penat okeee..mula hubby nak balik ahad tapi disebabkan chalet yg satu2nya selesa kat sg besar ni da pnuh, hubby decide ntuk balik SK hari tu jugak. super duper penat okeee...aku asek duk dalam kereta ja. baring2, men gem kat henpon pastu ttdoq.haha.nasib baik la pagi tu hujan so aku x la rasa disaster sangat. kalu hari panas kompem aku da pening kepala n muntah2 lagi.huuu..

ahad duk rumah n petang tu pi alamanda. konon nak jalan2 n nak soping2 tapi x sampai sejam aku da penat. huuu...seriesly badan da x macam dulu sejak pregnant nih...kalu seblum ni ke mana hubby pi mesti aku nak ikot. even pi bilion nak bli klip kertas semata pon aku nak polo. tapi sekrang aku lebih rela tunggu dalam kereta. mcm bek takyah ikut lagi bagos kalu setakat nak tunggu dalam keta. haha.

sementara jalan2 kat alamanda, sempat masuk mothercare sebab nak tgk katil baby n stroller. oh, stroller lambat lagi la bli tapi saja suka nak tengok sebab aku suka tengok baby dalam stroller yg latest trend punya. 3 wheel stroller n tempat letak baby nampak sangat compact n kompem baby akan terbaring kat ctu macam tamo gerak2 sebab sangat sedap.haha. ni salah satu contoh stroller yang aku suka tapi yang me n hubby tgk kat mothercare tu seat ats tu mcm bole convertible untuk car seat jugak n seswai untuk baby smpai umor 3 thn. sangat berbaloi2.hee.oke, bole berangan ja dulu sebab nak bli stroller ni pon lambat lagi.haha.


lagi satu kami skodeng2 katil untuk baby nanti..katil idaman sudah dijumpai n harga pon x la mahal sangat. hee



chantek kannn...sangat besar katil ni smpai budak umor 5 thn pon bleh muat tdoq lagi ats katil tuu..asalnya aku rasa sangat besar padahal baby nanti kecik ja.tapi hubby kata baby akan makin membesar n nnti tempat nak main pon luas. x payah ibu bentangkan toto pastu riso baby tegolek2 sana sini. haha. baby duduk dalam katil chantek tu n main la puas2 yaaaa..silap2 ibu pon masuk join skali dlm tu.haha. :)


oke.da panjang sangat aku bebel. nak sambung surfing2 plak. malas wat keja!! huh.


baibai. :D



Saturday, 9 April 2011

jumaat

yay..lupa hari ni hari jumaat.last working day for this week.

so, planning hujung minggu nih??

nak pi sale PONEY kat IOI Mall Puchong. ada clearance sale kat sana.heee..nak try skodeng2 baju baby untuk my baby nanti. or is it too early???hmmm...sebenarnya nak skodeng2 hadiah untuk bakal anak sedara nanti.sambil2 tu leh la skodeng2 untuk my baby skali tapi xmo beli lagi sebab org tua2 kata jangan beli barang baby terlalu awal.hee...

nevermind laaa, skodeng2 ja dulu.kalu bekenan n murah nak gak amek satu.heee..baju untuk ibu pon x beli lagi da eksaited nak beli baju untuk baby.isk2. perut da naik sikit so da kena stat tengok maternity clothes. hmm, kalu larat nak ajak hubby pegi cari.heee..

oke la..nak balek daa...

tata titi tutu :P

Friday, 8 April 2011

rasa

i feel like to write something but it doesn't appear here.

 

Wednesday, 6 April 2011

helolo

helo melo...

here i am again. alhamdulillah dah makin sihat sikit & dah boleh dtg opish. tu pon hubby hantarkan. masih x mampu nak drive sendri sebab takut pening2 tangah jalan pastu termuntah2 sambil drive. sangat disaster kalu jadi mcm tu. ntah2 aku jadi penyebab jem nanti.haha.padan muka suma orang lambat balek rumah. :))

minggu lepas seminggu x datang opish. 1 hari mc 4 hari EL. ikut mak balik kampung sebab ada emergency. mak n abah datang temankan aku sebab hubby outstation. haish, time aku tgh klimaks morning sickness nih la dia nak outstesen sana sini.huuu..seriously last week aku sangat x bermaya n sangat teruk..hubby kata mungkin nih peak of morning sickness sebelum dia hilang. ya la tu..pandai2 ja.

mulanya mak nak temankan aku sampai hari rabu tapi tiba2 dapat kol dari kampung yang rumah aku kena ribut. habis bumbung rumah terbang kna tiup angin.huuu..so, mak n abah terpaksa balik awal. mulanya nak balik malam tu jugak tapi pak ngah x bagi. dia suh balik pagi esoknya. aku sedih sangat bila mak nak balik dah tapi nak wat mcm mana. hubby pulak mulanya kata bleh balik pkul 1 tapi tiba2 meeting pospon sampai petang. bule pengsan aku sementara nak tunggu dia sampai rumah. da la emosi tengah x stabil, pastu dengan x sihat lagi memang nangis2 la aku nak ikut mak balik. sebbek hubby bagi sebab kebetulan memang minggu tu pon dia nak balik.heeee.. masyeh sayang...

it feels like old times masa balik hari tu sebab dah lama kami x balik sekali macam nih.huuu...rindu zaman dolu2.hukhuk..adik aku pon ikot skali.sebokkkk ja.hehehe..sampai2 ja kat umah, terus tengok barang2 dalam umah..habih bumbung kat dapur ilang, terus dapur jadi cerah berbumbungkan langit.hehe. nasib baik la ada yang dah tolong2 angkat peti es suma pi kat tempat selamat. kalu x mesti mak aku nanges kalu peti es die rosak.hahha.sebbek x rosak. so, malas nak crita panjang2, meh tengok apa jadi kat umah aku.


seblum peti es mak aku di ubah ke tempat yang selamat.




ye..rumah aku kale ijo. markas pas.haha




uhuu..sian kan umah aku. sebbek da lepas kenduri. kalu sebelum kenduri tu tak ke naya..duet nak kenduri lagi, nak repair lagi.haish...sebbek..sebbekk..

hee...sangat seronok balik umah. mak jaga aku macam menatang minyak yang penuh. cewahhh..

"terima kasih mak!!"

alhamdulillah, dah balik cni aku makin sihat. cuma muntah2 & loya2 tu ada lagi. mak kata yang tu memang lambat skit hilang tapi badan aku da ada energy balik. maybe sebab balek rumah lama kut sampai rumah mertua pon aku x balik. sian hubby balek umah mak dia sensorang. sebbek dapat mertua yg memahami. heee

oh ya..senin tadi da start wat antenatal checkup kat klinik qistina kat SK ni ja. x larat la nak pi jauh2.dokter pempuan. baik tau dokte nih. memahami betui. x kesah bagi mc besepah2 kat aku.haha. ehe, baby dah besar. dah 4.5 cm. dah nampak jantung dia berdenyut.da nampak kaki n jari tangan.rasa sangat chumelll!!!! happy, terharu, nak nangis dan macam2 lagi perasaan aku rasa bila tengok baby kami. rupanya mungkin ni yang mak kita rasa masa mengandungkan kita dlu kan. sila la kawen n sila la mengandung kalu nak rasa apa yang aku rasa sekarang nih.heee..nanti aku sharekan gambaq baby. kna tanya pemisen hubby dlu dia bg ka dak.hee

oke la.rasa lapaq plak tapi ofis tadak orang.huuuu..xleh nak tinggai sat nak pi bli makan.huuu..**ni yang tensennya bila keja tempat shift yang beroperasi 24/7..sangat2 berharap aku dapat cari tempat tukar cepat!!dah menci duk sini.huh!**

bye bye.
 
Images by Freepik