Friday, 25 March 2011

enough

enough with the sigh!

build up your patience!

caiyok caiyok to me!

may i have a happy pregnancy period. :)

-nad-

Thursday, 17 March 2011

khamis

hari ini hari khamis.

mulanya ingat nak mc hari ni sebab pagi2 lagi da muntah2 yang teruk. tapi aku kuatkan semangat jugak datang opis kat ttdi ni dengan berbekalkan cokelat hershey's kisses sebagai pelapik perut sementara. kalu x makan nanti aku akan terhoyong hayang nak jalan pi opis.huuuu..**padahal nanti smpai opis pon cekelat tu terkeluar balik..huu**

hari ni aku langsung tadak mood nak wat keja. smpai2 kat opis, on leptop, usha2 email jap, pastu bkk google chrome trus surf website wajib ( hmetro, beutifulnara, ohbulan, yahoomail) . 4 website ni memang kewajipan hari2 apabila sampai opis.haha.serius x berpekdah.

hari ni aku blogwalking. jumpa la skulmet punya blog and stalk2 smpai bosan. pastu aku surf2 lagi. pastu aku stalk2 lagi sampai bosan balik. kerja2 aku satu haram aku x sentuh. hantar email satu dua pastu surfing balik. terjumpa satu blog nih yang cerita pasal life dia after kawin, pregnant and dapat baby. comel la baby dia. debabbb sangat. kalu x keja bole la nak breastfeed baby tu hari2 setiap jam sampai debabb. nih kalu keja macam aku ni macam mana nak bagi baby aku debabb nanti.huuu. *rasa macam nak berenti pon ada nanti.huu*. oke, itu semua lambat lagi.

sekarang baru 1st trimester. oh, silalah berlalu pergi dengan cepatnya sebab aku da penat nak melayan all-day sickness nih. aku selalu lapar tapi bila nak makan x lalu. suma makanan feveret aku dulu aku x lalu nak makan especially seafood. tengok je pon da rasa nak muntah. sebut pon da rasa nak muntah. teruk kannnn...huuu...lagi satu aku xleh bau orang masak. hubby suka gorang fries dekat rumah and aku terpaksa berkurung dalam bilik sebab x tahan bau minyak.kadang2 bau minyak tu meresap masuk dalam bilik sampai aku rasa aku nak menyorok dalam bilik air pulak.haishh...dugaann...badan selalu penat. xleh aktip langsung. sekali aktip sehari aku mandom xleh buat apa. tido ja oke. tapi kalu tido memanjang pon boring jugak. pernah sampai satu tahap aku rasa rimas sangat duk dalam rumah tapi nak keluar jenjalan pon x larat.haish. sabar je la dugaan nih.huuu.

oke la.panjang lagi nak cerita sebenarnya tapi nanti2 la pulak.malas nak taip panjang2.badan rasa x sedap plak.haish.baibai.

p/s: tiba2 teringin nak makan yogurt stoberi.hmmm

 

Tuesday, 15 March 2011

rindu!

aku baru saja balik dari kampung semalam dah terasa rindu nak balik kampung balik. alangkah bestnya kalu dapat transfer balik penang or parit buntaq...

apa yang best sangat kat kl ni ntah yang orang suka sangat duk sini.aku sikit pon x suka.menyampah lagi ada.nak balik kampung lagi!!!!! kalu ikutkan hati nak ja aku mintak cuti 2 bulan nak stay kat kampung lama2. dalam keadaan yang x berapa sihat ni leh mak jaga aku.huuu..rindunya kat mak!! :( kesian kat mak sunyi kat kampung.tapi xpa mak, hujung tahun nih kami balik lama.hehe.

kadang2 aku rindu zaman belajar dulu. x suka time da keja nih. rasa nak berenti pastu sambung belajar amek master. pastu mintak jadi lecturer. masa pon flexibel. kan bes tu. tayah nak penin2 nak kena keja shift dah. nak cuti pon senang. dah la sekarang opis jauh dari rumah. nak mai opis kna redah jem. nak balik pon nak kena redah jem. kalu duk penang or parit buntaq kan best. x la jem teruk macam area sini. menci duk  KL!!!!!

huh.pendek kata aku menci semua benda kat cni!!

p/s: aku tengah emo!

Friday, 11 March 2011

sickness

urghhh...this morning sickness is killing me.

tapi hubby cakap x baik mengeluh sebab Allah bagi ujian ni untuk menghapuskan dosa2 dulu.

mak pon cakap itu perkara biasa untuk orang mengandung. tapi bersyukur sangat2 sapa yang pregnant x kena sakit pagi nih.tapi aku rasa nama dia x patut la morning sickness. dia kena all day sickness baru betul.bukan pagi2 ja yang rasa x sehat nih.satu hari haa...

kalu ikutkan hati nak ja aku mintak kat dokte mc sebulan. nak rest kat rumah. tak pon mintak surat recommendation dokte suh tuka tmpat keja dekat skit. jauh la ttdi nih.huh.tapi xbleh sebab aku kan baik dan bertimbang rasa.cewaaahhh..lagi plak kat opish x cukup org. 2 org da resign tapi pengganti tarak lagi. kesian kt yg kena rotate shift tu nak cuti tadak sapa ganti. hukhuk.

huh.oke la.stakat itu saja luahan hati aku pagi jumaat nih. hari ni half day.da la semalam mc lagi. maap ye bos. hee. petang nih nk balik kampung.eksited2 sbb da sebulan x balik ha.miss my mummy n abah.famili mertua plak pi langkawi.huwaaa...nak ikott!!plan asal memang aku n hubby pi langkawi follow mereka tapi da aku duk penin2 cmni, memamg xleh nak pi mana2 la.huuu... sedeyyy :((

oke la.baibai.

Wednesday, 9 March 2011

out of the blue

ya.baru sekarang aku ada mood sikit nak update. tu pon nasib baik ada. kalu xdak memang tak ter'update la blog aku.haha

ya lagi skali..aku da nak jadi mummy!!and my hubby da nak jadi pappy abah la!!hoyeahhh!!tanpa di sangka2 out of the blue i'm pregnant.skrg dah lebih kurang 7 minggu kot. dalam 1 bulan lebih dah.

morning sickness?? tayah cakap la.berapa kali aku amek mc sbb x larat nak pi keja. walaupun x teruk sangat tapi aku rasa teruk jugak la.makan skit pastu muntah.nak bangun pon x larat. tapi mak kata masa mengandungkan aku dulu dia lagi teruk. 3 bulan xleh wat apa and asyik usung bantal ja.nasib baik aku x macam tu. sekarang pon aku tengah counting days morning sickness aku nih. kalau la 3 bulan, sampai bulan 5 ni la aku akan asek muntah2. tapi alhamdulillah sekarang da oke sikit. malam tadi da boleh pi soping2 kat IOI teman hubby beli baju kemeja. sian kat dia. 2 minggu ni aku asek x larat nak pi mana2 langsung. alhamdulillah lagi la sebab dapat suami yang memahami.cewahh...tolong aku basuh baju, basuh pinggan **walopon tangan dia akan mengelupas kalu kena air sabun**, masakkan nasi untuk aku. heeee..shoooo shuwettttt!!love him much!!

hmm..apa lagi aku nak stori eh?seblum ni macam2 aku terpikir nak cerita tapi bila tengah taip blank pulak.adeh.oke la.ada idea sambung balik.

p/s: aku sangat malashh di opis skrg!!

 

 
 
Images by Freepik