Sunday, 29 April 2012

New gadget

Just testing from my new gadget..

Dah lama mengidam ni,akhirnya dapat jugak!!so, can blogging anywhere everywhere.yehuuuu!!

posted from Bloggeroid

Wednesday, 25 April 2012

6 months old and her birth story.


Nur Irdina Nazihah bt Mohd Iqbal.
my very own daughter.
anugerah Allah yang x ternilai.
pengikat kasih ummi dan abah.
now turn 6 months old ++.

dah 6 bulan anak ummi ni hidup di muka bumi Allah. semoga anak ummi ni akan membesar dengan sihat dan sempurna. semoga anak ummi menjadi anak yang baik, pintar, cerdik, lemah lembut, sopan santun dan solehah.

kadang-kadang aku rasa macam x percaya aku dah ada anak.
macam x percaya aku pernah mengandung dan pernah bersalin.
macam x percaya ada stretch mark yang sangat teruk kat perut.haha.
macam x percaya budak comel ni anak aku.isk2..
kadang-kadang rasa muda lagi tau you ollsss..hahaha..
hakikatnya aku ni dah jadi mak dah weiiii!

sangat seronok dapat pengalaman merasa dan tengok perkembangan baby dari dalam perut sampai la dia membesar.awal2 pregnancy memang x rasa diri kita macam pregnant sebab xdak baby bump lagi.for me, start 4 bulan baru mula nak feeling2 jadi mommy-to-be sebab perut dah naik sikit. lepas tu memang feeling abih la bila baby bump makin membesar.heee..then,baby start menendang dalam perut. awal2 memang x rasa sebab kecik sangat. start nak masuk 5 bulan, baru mula rasa. dari rasa macam angin2 saja dalam perut sampaila ke tendangan yang sebenar. it's such a miracle experience!then, the next miracle thing adalah melahirkan irdina. :)
meh nak cerita pengalaman bersalin aku.

16/10/11 Ahad

petang.

masa ni dah 38 weeks ++ kalau x silap. memang tengah menunggu hari untuk baby keluar. dah x larat nak usung perut. petang tu duk sembang2 dengan kakak ipar. dia tanya xdak turun tanda ka? memang satu tanda pun xdak. cuma ada pelvic pain tu ja yang sat ada sat tadak.huu. tapi aku ternanti2 jugak kut2 ada tanda turun darah ka apa ka.tapi hampa. then, dia cerita penglaman dia bersalin dan etc. abeh sembang, aku pun bangun nak pi mandi, tiba2 pelvic pain datang kembali. tapi kali ni lagi sakit dari yang seblum nih. bayangkan nak berjalan angkat seblah kaki pun dah sangat sakit. rasa macam bilik air yang dekat secoet tu jauh sangat.

malam tu, memang x selesa tidur. mengiring sakit, terlentang sakit.kadang2 mengerang jugak la aku sekali dua.memang x tentu arah. tapi nasib baik mau terlena jugak. yang peliknya, perut x sakit pun. x rasa ada contraction pon. tu yang x sangka memang dah nak bersalin esoknya.isk3

17/10/11 Isnin

pagi.

bangun pagi tu ingatkan pelvic pain tu dah hilang, rupanya masih sama lagi sakitnya. sambil2 tu duk tunggu gak kut2 sakit perut. sakit perut nak memerut ada la.hahaha..breakfast pagi tu hanya minum secawan air milo dan sebiji kuih ketayap.sebabnya x lalu nak makan. kebetulan hari ni ada appointment dgn doktor utk cek bukaan jalan. hubby macam malas nak pergi sebab takut x bukak lagi. lagi pulak dia dah lama sangat cuti dan plan nak balik kl hari ni. tapi aku ajak jugak pi sebab macam x tahan sangat dah dengan pelvic pain ni. hubby pon layankan saja..

12.30 tgh hari.

nasib baik orang x ramai sangat masa tu. since muka aku ni dah di 'mark' KIV admit, aku di panggil dulu.hoho..neves ni nak kena seluk cek bukaan jalan. sangat x sukaa!huuu..doktor cek bukaan jalan dah 3 cm!sangat terkejut aku. doktor suruh admit terus. then dia masukkan ubat untuk cepatkan bukaan rahim.kedudukan baby masih belum masuk jalan dan pasal kepala baby agak besar tu dia kata akan usahakan untuk aku bersalin normal. aku pulak macam x percaya baby dah nak keluar!happy + neves..

1.00 ptg

trus naik ke labour room. ada 3 labour room. 2 jenis yang biasa, 1 VIP. siap ada sofa bagai.haha. 1 labour room biasa dah ada orang yg tengah tunggu masa ja nak bersalin.dan of kos aku masuk yang kosong tu.haha.contraction x rasa sangat lepas doktor masukkan ubat tu. nurse suruh aku tukar baju hospital.oh, macam x percaya aku dah nak bersalin. x lama lagi dapat tengok anak sendiri.eksaited, neves, takut semuanya bercampur2.disebabkan oleh takut xdak energy nak meneran nanti **sebab breakfast sikit sangat** aku suh hubby belikan milo ais kedai mamak & kek choc cheese berries.dalam kepala dah terbayang2 kesedapannya.haha.sempat lagi tu walaupun tengah sakit.namun, hampa sebab doktor dah remark kat nurse aku xleh makan dan minum bila dah masuk ubat. apakah??!!! aku baca orang lain boleh ja makan suma.huuu..tensen sebentar.tapi aku curi2 gak minum air kosong sebab dahaga sangat.huu..x lama lepas tu dah start rasa sakit contraction. macam period pain..dah biasa sangat dah.boleh rilek jalan2 pusing labor room sebab nurse advice untuk cepatkan bukaan.makin lama terasa makin lenguh pinggang, lenguh kaki & contraction period pain makin kuat sampai rasa x larat nak jalan.then, nurse tanya macam mana contaraction? of kos la makin sakit. dia suruh baring dan pasang mesin CTG utk monitor heart beat baby & contraction level.

2.30 ptg

makin lama makin sakit rasanya tapi still bearable. x lama lepas tu doktor datang untuk cek bukaan. doktor kata bukaan dah 4 cm..doktor nak pecahkan air ketuban untuk cepatkan lagi proses.nurse bagi gas etonoks untuk disedut supaya x rasa sangat. serius, sedut2 terus rasa lali. terasa macam di awangan. x rasa pon doktor pecahkan, tau2 rasa air panas mengalir. haaa, lepas tu mau tau la kedahsyatan contraction nih..makin bertambah kesakitan sampai aku x lepas gas etonoks tu.sedut macam orang semput.memang rasa macam x sedar apa. yang aku tau, hubby ada di sisi.bacakan doa nabi yunus, lapkan peluh yang mengalir ketika menahan contraction, memberi kata2 semangat serta menyumbangkan tangan untuk digenggam.tengkiyu sangat2 sayang!

4.30 ptg

mak & abah dah sampai kat hospital.ada depan labour room tapi x leh masuk sebab husband saja boleh masuk. jadi, mak & abah tunggu kat luar. doktor pon datang lagi untuk cek bukaan. masa ni baru 5-6 cm.aku dalam hati, whatttt???baru 5-6 cm???sakit sangat2 kuttttttttt....beberapa kali panggil nurse sebab x tahan sangat. nurse offer untuk cucuk ubat tahan sakit kat montot. apa ntah namanya.petidin kut.1st time nurse offer, aku refuse sebab ingatkan epidural.bila nurse bagitau cucuk kat montot, baru aku accept.huhuh..dalam kepala memang dah set xmau epidural langsung!akan bertahan semampu mungkin!lepas kena pain killer tu, boleh la aku terlana sekejap.

7.00 mlm.

contraction makin mengganas! x terkira berapa minit sekali datangnya. yg lagi tensen bila orang bilik sebelah dah nak bersalin. dengar nurse semua sorak2 suruh push..terasa aku pon mcm nak push jugak tapi tahan dulu. tapi makin lama rasa nak meneran tu makin kuat.suruh hubby panggilkan nurse.cek bukaan dah 7 cm. lagi 3 cm to go tapi rasa macam x mampu bertahan..x lama lepas tu doktor datang.doktor cek jalan & kedudukan kepala baby. dengar doktor diskas dengan nurse kata kepala baby masih tinggi. x turun masuk jalan dia nak keluar.then, doktor monitor heart beat baby, seems like baby stress. aku pon tatau macam mana baby stress.haha.at last, doktor decide untuk emergency C-sect since kepala baby x turun **tersangkut kut** and iby & baby dlm keadaan stress.. aku memang reda & pasrah sebab rasa memang x tertanggung dah kesakitan tu.energy memang dah kering kontang.bayangkan la dari pagi hanya makan kuih ketayap seketul & milo secawan.huu

7.30 mlm

masuk OT room. seblum masuk tu kena sign beberapa form. boleh pulak kan.orang tengah sakit2 ni boleh lagi dia mintak sign sana sini.menggeletar tangan aku menyain. tapi cepat jugak la diorg buat kerja.zup zap zup zap pasang itu ini trus aku x sedar. aku kena bius full okee..so, memang x nampak or rasa doktor godek2 perut keluarkan baby. huuuu...i wish i can feel & see it.

8.14 mlm

lahirlah Nur Irdina Nazihah.

sedar dari bius, terus rasa nak termuntah. ada sorang tengah tunggu aku sedar kot, cepat2  dia amikan bekas. x sempat sampai bekas tu sampai, aku dah termuntah.isk3..masa ni macam x percaya dah bersalin. raba2 perut dah kempis..terus rasa x sabar nak jumpa baby! tapi badan sangat lemah..keluar dari OT, 1st skali nampak muka hubby. lega alhamdulillah semuanya selamat. nak tanya hubby mana baby, tapi x mampu nak bercakap sebab mulut rasa sangat perit..berbotol2 jugak la kena masuk air malam tu.

apa yang paling aku terkilan, aku x mampu nak BF irdina malam tu. she have her 1st taste with FM.esoknya baru nurse bawak irdina kat aku dan ajar cara untuk BF. terkial2 jugak la aku masa awal2 tu. tapi still aku x mampu nak fully BF irdina lepas tu sebab sakit C-sect & badan masih lemah.alhamdulillah lepas discharge, i'm able to fully BF her until she turns 5 month 3 weeks. then terpaksa campur sebab stok susu x berapa nak cukup & dah intro solid food. but still, portion of BM lebih banyak dari FM.hanya topup FM bila diperlukan saja.sampai sekarang, aku masih mengepam di ofis mahupun di rumah untuk irdina. alhamdulillah, masih ada rezeki untuk irdina walaupun dah x semewah dalam pantang dulu. semoga berterusan sehingga dia berumur 2 tahun. :)

that's all my story. wahhh, penat bercerita..memang dah plan nak cerita lama dah tapi masa & waktu membataskan.pengalaman ni patut diabadikan kat sini kerana akan menjadi kenangan sampai bila2. it's just a wonderful experience & i wish i can stay strong for my next baby and have normal delivery!caiyok2!

Tuesday, 24 April 2012

Rezeki =)

Alhamdulillahhhh!!

Syukur sangat. tahun ni dapat bonus full dan sedikit increment..heee.

walaupun bulan ni x dapat gaji, tapi still akan masuk bonus.alhamdulillah. masa start unpaid leave bulan 2 hari tu, gaji februari masuk sebab ada sikit problem dengan cuti tu. so, kaya sikit la bulan tu sebab duit x guna sangat. just bayar hutang2 biasa saja.guna pun sikit2 supaya ada balance untuk pergi kerja bulan 4.tengkiu to my hubby sebab tolong bayarkan hutang2 selama isterinya x berduit sangat ni. love you sooooo much!

tahun lepas dapat bonus pro-rate sebab x cukup 1 tahun kerja lagi. tahun ni dah telebih-lebih, kompem la dapat full.hee...tahun depan pro-rate lagi sebabnya ada amek unpaid leave 2 bulan. x kesah la, janji ada la jugak sikit duet untuk enjoy2 & simpan shoping2.hoho

since dah ada rumah sendri ni, haruslah bonus akan menyimpang banyak untuk deko2 rumah..x sabar nak menyoping perabot.yeehuu!!!dah lama dah pendam nih. dulu xmo beli sangat sebab takut kena pindah randah.malas nak angkut banyak2.ni dah memang kompem menetap di situ, wajib la beli kann..hehe. tunggu duit masuk jumaat ni, baru leh soping.yay!

Tuesday, 17 April 2012

discharge

muka hepi 1st day kat hospital


alhamdulillah anak ummi dah discharge dari hospital ahad lepas.

lega ummi n abah ni bila doktor bagitau kahak dia da banyak berkurangan.lega sebab anak ummi ni xdak jangkitan apa-apa di paru-paru..

Terima kasih Ya Allah kerana melindungi Nur Irdina Nazihah dari sebarang penyakit merbahaya.

kadang-kadang ujian dari Allah macam ni telah membuatkan kami sedar dan di beri petunjuk. Semoga kami lebih berusaha menjadi lebih baik dan sentiasa ingat pada Nya.

minggu ni dapat MC dari doktor untuk menjaga irdina. keadaan irdina x la teruk sangat, tetapi amat kejam lah kalau aku nak tinggalkan dia di kampung selepas keluar dari hospital dan balik KL untuk pi kerja. my family is my priority!

semoga anak ummi kembali sihat macam biasa. hidung selalu jugak tersumbat. kesian dia sampai kadang-kadang bernafas ikut mulut. macam orang penat. kesian sangat! lepas bagi ubat titik dalam hidung baru lega.huu.

apapun, irdina tetap berselera makan. itu ummi sukaa!!makan banyak2 lagi ya sayang supaya membesar dengan sihat. ummi n abah love you!

Saturday, 14 April 2012

blood test result.

haih...lemau betui la rasa duk kat hospital lama lama nih.

hari ni baru 2nd day. bila masuk sini ja, aku jadi lost track dengan masa. telupa hari ni hari apa, sekarang pukul berapa, dekat luar ada apa...sebelum ni paling lama aku penah duduk hospital masa bersalin kat irdina. bercuti 3 hari 2 malam di hotel kpj perda. kali ni, kena tambah lagi 2 hari. demi anak punya pasal, apa pun x pa.

khamis lepas, tokmi bawak irdina pergi klinik pakar kanak-kanak sebab tiba2 lepas minum susu formula badan dia naik merah merah . habis satu badan. aku suspek irdina alah dengan laktos susu lembu. rupanya lain pulak jadinya. doktor syak paru paru irdina terkena jangkitan kuman dan perlu di refer ke hospital dengan segera. bila dapat tau ja irdina kena masuk wad, kami laki bini jadi x keruan.terkejut sangat. malam tu jugak cabut balik tg piandang. hubby speed laju gilas sampai aku kecut perut.then, esoknya (jumaat) terus bawak dia pi kpj perda.doktor bagitau, memang kena tahan wad, minimum 5 hari!wah, pening kepala dengar.huhuh

hati ibu mana x sedih bila tengok anak yang kecik ni kena cucuk untuk ambil darah dan pasang tube untuk masuk ubat nanti. nak menanges rasa tapi kena kuatkan hati supaya irdina pun kuat jugak.

alhamdulillah, result blood test hari ni menunjukkan irdina negative dari jangkitan kuman or whatsoever. cuma banyak kahak saja. lega rasanya hati ni. abah irdina mintak nak balik esok. doktor kata tengok dulu macam mana. mintak2 la irdina boleh discharge esok.

so, treatment yang tinggal hanyalah chest physiotherapy untuk keluarkan kahak selain drip antibiotik dan gas untuk cairkan kahak. kesian budak nih. setiap kali kena sedut gas, mesti nangis x berhenti lak tu..kesian ummi tengok..hari ni saja 3 4 kali menangis sampai penat. x tahan la nak duk lama2 kat hospital kalau macam ni. sedih.

menanges sampai bengkak mata. syian anak ummi ni.huu


nampak x ada darah dalam line tube tu?huu

alhamdulillah hari ni ada single ward kosong kat bahagian kanak2. so, kami berpindah ke sini. senang sikit nak buat treatment. nurse pon baby friendly. kat ward seblum ni, nurse x reti ke apa ntah. tengok dia buat baby macam patient dewasa. geram sangat. dah la bila masukkan drip, mesti darah termasuk dalam tube tu. x paham aku macam mana dia buat. bila nurse bahagian kanak2 buat, oke ja. x paham lewww..bila darah dah beku kat dalam tube, nak flush balik masuk dalam mesti la sakit. menangis la irdina. sabar ja la ummi dia nih.huh.
in her new pediatric ward.

Semoga Allah beri kesembuhan kepada irdina. mintak2 la kami dapat dischare esok.huu..

warded!

irdina is warded yesterday for 5 days!

it was due to pneumonia. she had lots of phlegm in her lung..
yet, she still active and lovable like always! no sign of sakit2..
cuma bila batuk dengar ada kahak.sometimes mcm sangat banyak.

so, me n hubby will berkampung di hospital untuk 5 hari ni.
demi irdina apa pun ummi sanggup.
nasib dapat single room tapi bukan di pediatric ward.
xpa la, janji single room.
senang ummi n abah buat macam rumah sendiri.
ummi doakan anak ummi ni akan kembali sihat seperti sediakala...
semoga anda juga mendoakan kesihatan irdina.
thank you so much!
ummi n abah love her so much!

Thursday, 12 April 2012

rindu laaa...

oke, masuk hari ni dah 4 hari x jumpa irdina! rindunya la hai kat anak yang sorang nih.

tokmi repot anak ummi nih makin kuat makan. kalau buat bubur cair2 dia x laju sangat mamam. kalau pekat sikit, kejap ja habesh..selain kuat makan, kuat jugak nenen..stok susu yang ummi pam minggu lepas dah tinggal sebotol saja hari. alamatnya, kena bukak jugak la susu mamil gold tu.huuu

sebolehnya, ummi xmau campur susu irdina dengan susu lain selain susu ummi. tapi nak buat macam mana, x cukup..ummi harap ni last irdina minum susu mamil gold tu. esok ummi balik, irdina boleh minum susu ummi balik. insyaAllah, stok yang ummi buat minggu ni cukup untuk seminggu depan. rezeki irdina murah minggu ni. alhamdulillah..

tokmi kata tokmi xleh nak dukung irdina lama2 dah..maknanya anak ummi ni dah besar dan makin sihat!!x sabar nak tunggu hari esok!

Wednesday, 11 April 2012

alhamdulillah!

malam tadi, check peti surat.

dapat surat dari MPSJ! at last, after almost 1 year ++ process, akhirnya rumah ni dah di pindah milik ke nama aku. this is our 1st rented house which now become our own.

teringat lagi tahun lepas, masa tengah morning sickness yang teruk, aku mengagahkan diri jugak ikut hubby pergi cari rumah sewa sebab tuan rumah nak jual rumah ni. mungkin rezeki anak kami, x payah kami nak pindah randah sebab tuan rumah offer kat kami pulak. Alhamdulillah..syukur sangat!

so, sekrang dah boleh start planning untuk decorate rumah!!!yeehuuuu!!!harap hubby sudi melaburkan ongkosnya.hahahaha

jalan-jalan langkawi!

salam 1blog.hee

aku suka jalan2 & nasib baik dapat suami yang sangat suka berjalan2!sempena aku masih dalam unpaid leave, kami plan untuk bercuti ke langkawi with my family. family hubby xmo ikut sbb dah cemuih pi langkawi.haha.for me, this is my 1st time pergi langkawi!

diulangi...1st time pergi langkawi!!!haha..sangat kesian okeee...selama 24 tahun ni, aku x pernah menjejakkan kaki di langkawi.makan coklat dari langkawi dah banyak kali. tu pon sebab orang bagi merasa.haha. so, jadinya aku sangatlah super duper eksaited! ditambah pulak dah ada anak dara kecik tu, lagi la aku eksaited nak bawak dia jalan2.hubby booking banglo tnb dari 27/3 - 30/3. 4 hari 3 malam kami melepak di situ dengan bayaran hanya RM30 saja. itupon tolak gaji.haha. kalau TM resort mahal sikit. boleh refer sini. pulak tu takdak pantai untuk mandi manda tapi dekat dengan tempat nak naik bot utk pergi island hopping.oke, meh nak cerita detail lagi.mungkin agak panjang.hoho


27/3/12 Selasa.

bertolak dari rumah mak aku (tg piandang) agak lambat juga sebab tunggu abah balik kerja.kena kerja malam pulak hari seblumnya tu.isk3.abah sampai rumah, trus masak ayam masak ros (sgt sedap oke!!), then kalut2 siap. mak aku pulak da siap masak sambal udang. so, packing2 semua, dalam pkul 10 lebih kami bertolak. of kos la hubby yang drive sbb abah aku mesti ngntok.so, dia tidoq saja dalam perjalanan termasuklah anak dara kicik ni yang kerjanya kalau masuk kereta saja kompem nak nenen pastu tidoq. umminya yang eksaited ni x mengantuk langsung oke!!haha.neves nak naik feri kot sbb takut pening muntah2.haha.

kami sampai di jeti kuala perlis dlm pkul 12 lebih. hubby pergi beli tiket dapat feri pukul 2 ptg. lama lagi nak kena tunggu. as usual, aku yg asek kelaparan dah bising2 lapar. nasib baik ada kfc depan jeti. melantak la kfc dulu.makan punya makan x sedar dah nak pukul 1.30 ptg. terus pegi jeti untuk loading barang.lepastu anak dara ni pulak nak nenen. so, bagi refill dulu skit sebab dah nak dekat pukul 2.kereta pun x pi parking lagi. kelam kabut loading semua n hubby cepat2 pi park keta.nasib baik orang x ramai sangat di jeti. x la sesak sangat.

dalam feri pulak, tetiba irdina mengamok.mana x mengamok, x puas nenen tadi sbb dpt sikit saja.dah tu mengantok sama sebab pkul 2 ke atas memang time dia tidoq.jenuh pujuk2 akhirnya mau gak nenen pastu tertidoq.feri yang kami naik ni agak kecik n sempit so, terasa la jugak pening skit masa mula2 tu. lama2 dah oke.dah nak dekat sampai, irdina bangun senyum2 gelak2. dah puas tidoq gamaknya. lpas tu dia poo poo pulak.abes bocoq sampai ke baju.alamatnya, sampai kat jeti kuah kena tukar baju.isk3

kat sini, kami sewa vios.sehari RM 70. 4 hari RM 250.sangat berbaloi sebab kami dah jimat banyak untuk penginapan. murah kan sewa vios ni.mungkin kami pergi time bukan cuti sekolah.sebab tu dpt harga yang boleh tahan..so, perjalanan diteruskan ke banglo tnb di pantai tengah.dekat dengan pantai cenang.memang kawasan pelancongan..ramai mat salleh n pak arab..hari2 cuci mata tengok mat salleh berbikini. yg lelaki pulak ber'spenda'.merah lagi tu you!hahahah

sampai saja kat banglo tu, terus semua orang flat.it was so cozy and feel like home.complete dengan dapur, pinggan mangkuk etc.ada 3 bilik and aircond setiap bilik.fuh, bes tidoq nih..untuk diner malam tu, kami makan lauk pauk yg dah dimasak.cuma beli beras saja untuk masak nasik.asalnya, plan nak jalan2 malam tu sebab ada pasar malam area kedawang kalu x silap tapi mak n abah x larat dah nak keluar.so, tinggal aku tinggalkan irdina with her tokmi n tok abah sebab awal2 lagi dah tidoq.penat kunun.hakhak. her ummi n abah leh pi deting2 sat kat pasar malam ja ponnnn.

**hari pertama pon dah panjang benau story.haha**

28/3/12 Rabu.

believe it or not, tidur malam tu aku rasa sangat panjang.asek terjaga saja walopon irdina x mintak nenen..lambatnya nak pagi.isk2.ini adalah sebabnya x sabar nak main2 kat pantai di waktu pagi dan berjalan2..agak2 baru nak terlena balik, anak dara kecik ni pulak bangun.oleh itu, aku pon bangun terus sebab dah pukul 6 lebih.haha.pagi2 suasana sangat indah. view pon chantek.tukar baju semua terus bedesup pegi pantai bawak irdina jalan2 dengan tok abahnya.hehehe..agak2 dah panas sket tu, terus balik banglo..

planning untuk hari ni adalah jalan2 sahaja. pusing langkawi sepuas-puasnya sebab langkawi ni x besar mana pon. 1st skali, target ialah island hopping. ingatkan dapat pegi pagi sebab xmau panas sangat, alih2 ada petang sebab trip pagi dah jalan pukul 9 td.kami sampai situ pukul 10..kalau nak buat island hopping ni dinasihatkan untuk ke kaunter terus sebab dapat harga murah.cuma RM 25 sahaja. kalau kita tanya orang/ulat tiket yg bukan dikaunter, ada yg akan kata tiketnya RM 30-40.xpon mahal lagi.so berhati2 lah.better beli di kaunter.so, trip kami adalah pada pukul 2 ptg nanti.oleh itu, aktibiti pagi ni bertukar ke cable car.

dari situ, kami terus ke cable car.,kata orang, antara tempat yang wajib untuk dilawati kalau pergi langkawi adalah cable car. namun, hampa seketika apabila sampai situ sebab dia tengah buat maintenance.pukul 12 baru dia buka balik. malas nak menunggu, kami pun pusing2 nak pergi tempat lain. tengok sign board ada pantai pasir hitam.aku tanya hubby, pasir pantai tu warna hitam ka?hubby kata ya. aku pon teringin nak tengok lalu terus suruh dia drive ke situ.sampai2 saja kat pantai pasir hitam, "hoh, ni ja ka yang hitamnya??macam pantai biasa ja". know what, aku imagine keseluruhan pasir pantai ni kaler hitam. rupanya secoet2 saja yang ada lagi.heh.buleh la tu. at least, merasa jugak pegang pasir warna hitam walaupun teksturnya sama macam pasir biasa.hahaha.




hari dah makin tengah hari, kami pun terus pergi lunch. **agak amazing sebab terjumpa anak mat salleh baru balik tadika KEMAS kat situ**. lepas tu pergi padang mat sirat, tempat beras terbakar. lagi skali, nothing there.kecuali kalau nak shopping kain batik, topi murah2 etc. irdina dapat topi satu. tokmi belikan sebab patang nanti nak pegi island hopping takut panas. rugi ummi x beli satu.hukhuk

next, balik banglo jap untuk sembahyang semua, kami keluar balik ke tempat island hopping tu. x jauh pon.5 menet saja dari tempat kami duduk tu.betul2 seblah tm resort. ingatkan kami berlima saja yg akan naik bot tu, rupanya ada jugak mat salleh yg join kami. sebenarnya agak risau jugak nak pegi island hopping ni sebab takut irdina meragam. stok susu pon x bawak.aku terpikir macam mana la kalau dia nak nenen atas bot nanti. haru biru kang nanti.tapi sangkaan aku meleset sebab.......guess what?? anak dara tu tidoq oke bila bot jalan!pandai pulak tu.bila bot berhenti, dia terjaga. bot jalan balik, dia sambung tidoq.haha..so, her ummi dah x risau dah dia mintak nenen atas bot.hoho.

muka budak neves + eksaited nak naik bot! 
aktiviti island hopping ni akan bawak kita pergi ke pulau dayang bunting, tengok helang makan dan pulau beras basah.overall, aku sangat satisfied dan seronok.dapat tengok kejadian alam yang sangat cantik. i truely love nature. suasana tasik dayang bunting sangat menenangkan.air tasik sangat jernih sampai kita boleh nampak ranting pokok besar yang tenggelam dalam tasik. boleh tengok kat area tepi2.tengah2 memang tak nampak la.haha. kat sini, irdina sempat refill dan poo poo.siap bocor lagi tu.trus kena tukar baju.haha.

**they are my heart**
**moment with tokmi & tokabah**

aktiviti tengok helang makan tu takdak apa sangat.biasa2 saja..kat pulau beras basah, pasirnya sangat halussss!!hubby kata pasirnya macam tepung.kat sini, for the 1st time, ummi bagi can irdina main pasir.main sampai dia cemuih.sampai merah kaki haa..hahaha..seronok betui anak dara kecik ni main.sampai bila balik rumah sebut pasir pun tergedik2 seronok.x leh blah! pukul 5 sampai darat balik, terus balik ke banglo..


malamnya, aktiviti mencari makan. kami mencari restoran seafood yang sedap.based on hubby search, ramai orang rekomen makan di restoren nelayan.mula2 sesat jugak la mencari jalan, akhirnya jumpa jugak. makan kat situ??for me, so so saja.sedap dan bes lagi makan seafood kat jeram masa tengah pregnant dulu. harga x la mahal sangat.mungkin sebab bukan musim cuti sekolah.



kenyang makan, kami straight pergi ke pekan kuah.saja nak jalan2 windows shopping dulu seblum shopping for real keesokannya. oleh sebab dah nak dekat pukul 10 malam baru sampai ke pekan kuah, banyak kedai dah tutup.nasib baik haji ismail group bukak lagi.sempat la memborong cokelat sikit.hehe.lepas tu, terus balik tidoq..penat seharian berjalan2 haa..esoknya adalah shopping day!aku sukaa!!

29/3/2012 Khamis

hari ni, awal2 pagi lagi semangat bangun sebab nak bermandi manda di pantai..seronok2.dah lama x mandi pantai. tokmi tolong pegang irdina. tapi aku x mandi sangat pun. seronok mencari siput bayam..hoho..x sangka pulak kat pantai tu ada siput yang boleh dimakan nih. kebetulan abah saja tengok2 siput kat pantai tu, tup tup terjumpa siput bayam. abah pun apa lagi, semangat la dia mencari sampai penuh poket seluar. kena kepit ngan ketam pon x kesah. masih kental mencari.hahaha..hubby pon cari, dapat la beberapa ekor. mak aku pon dapat banyak jugak.yang paling looser adalah aku.dapat sekoq ja!hahaha. siput jenis ni memang ada kat pantai berpasir.bila air surut, boleh la cari.hee

**siap di rebus dan sedia dimakan.nyum nyum**
bila matahari dah naik, kami pon balik.then, siap chantek2 sebab nak p nek cable car hari ni.hoyehhh!!! eksaited + neves. risau gayat nih.hehehe..mak aku mulanya xmau naik. pujuk punya pujuk, naik jugak.hoho. memang gayat pun tapi x rasa sangat sebab slow ja. view dari atas sangat cantek. definitely will come again for next visit.hee..masa nak turun tu, cable car terhenti seketika. mungkin sebab angin kuat kut.kami agak cuak seketika...paling cuak adalah mak aku.haha



oke, dah puas dah pi semua tempat yang nak pi. next is shopping timeee!!!!tengkiu hubby kerana memberi bajet yang agak besar untuk aku soping. maklumla, aku kan x bergaji.mana nak ada duet simpanan untuk soping.hukhuk..selain dari cokelat, aku soping seperti mak2 yang lain..beli pinggan mangkuk n periuk bagai.haha..sangat murah oke!!!kalau nak bandingkan dengan harga kat tanah besar ni memang la berganda. kat sini set pinggan corelle dlm RM300++..kat jusco dalam RM600++.isk3...so, wajibla amek satu set..oh, terasa diri makin veteran..dulu x heran pun set pinggan mangkuk kuali periuk belanga ni..haha

dah penat soping, balik la ke banglo. untuk diner, kami masak sendiri sebab nak keluar awal sikit. nak sambung shopping!x abeh lagi soping siang tadi..soping sampai lebam.hoho.the, balik banglo n tidoq. esoknya dah nak balik dah..huuuu

30/3/2011 Jumaat

ini hari, sudah mau pulang.sedih2..minggu depan pulak dah nak masuk kerja. double sedih.huu...bangun pagi2 untuk packing baju2 semua. abah siap beli 1 extra beg untuk angkut pinggan mangkuk periuk belangan tu.semangat haa..checkout dari banglo dalam pukul 10 lebih, lepas tu straight ke pekan kuah. hubby beli tiket balik dulu, lepas tu sambung soping lagi sikit! memang x abeh soping lagi nih. hubby n abah dah pening kepala nak angkut barang2 tu semua.hoho...bukan selalu nak soping macam ni.heee..

bot kami pukul 1..ingat x ramai sangat orang nak keluar dari langkawi. rupanya ramai jugak. haish..jenuh bersesak2..irdina pulak tetiba wat perangai dalam bot.isk2...jenuh la abah dia usung sana usung sini nak bagi dia. rupanya anak dara tu mengantuk nak tidoq tapi xleh tidoq sebab panas. bawak pi dekat tempat sejuk baru mau tidoq. itu pun dah nak sampai kat jeti kuala perlis.haiyoh..



huh, akhirnya percutian kami pun tamat. adeh, penat menaip panjang2..2 minggu jugak la nak menaip haa.hehe.next vacation adalah ke Medan dalam bulan july nih..tengkiu to my MIL yang men'sponsor' percutian kami. cuma bawak duit soping saja..kalau dapat bonus ni kena tarik sikit simpan untuk soping di medan pulak.hee...dah nak raya pulak tu. soping kain baju raya kat sana lewwww..nak suruh tokmi buatkan baju kurung kat irdina.awww, mesti comel!heee..

p/s: hmm, planning nak mini vacation ke cameron highland la bulan depan.heee

Tuesday, 10 April 2012

anak ummi demam!

minggu lepas 3 hari x jumpa irdina.ummi rindu sangat2 kat dia!

hari selasa, tokmi bagitau badan irdina macam panas suam-suam kuku. ummi suruh tokmi tempek cool fever yang memang ummi dah sediakan dalam box irdina. tengah hari bila kol tokmi, tokmi kata dah oke sikit. lega sikit hati ni.then, petang tu tokmi bagitau nak bawak irdina pi klinik sebab dah mula batuk dan selsema. siannya kat dia! dokter kata irdina demam rindu kat ummi n abah dia.huu.sedih ummi dengar. lagi sedih bila tokmi cerita malam tu irdina x leh tidoq. macam ada ja x kena. tokmi amik kain  pelikat bekas abah irdina pakai, tokmi selimutkan dia. lepas tu terus lena tidoq..sebak hati ummi bila teringat.kadang2 ummi rasa bersalah jugak sebab tinggalkan irdina kat kampung.huuu

esoknya, dah makan ubat semua, alhamdulillah anak ummi ni sehat balik tapi still demam on off..mungkin sebab perubahan cuaca kat kampung. duduk kawasan sawah padi, bila hari panas tu memang sangat panas.sampaikan rasa nak duduk dalam bilik air. tambah pulak kalau xdak angin bertiup.lagila berbahang ja rasa.huuu..

disebabkan ummi sangat risau dengan keadaan anak ummi,hari khamis ummi dah cabut balik kampung..anak ummi lebih penting dari kerja ummi! tokmi kata, irdina tau ja ummi dan abah dia nak balik, terus xmau tidoq. semangat tunggu ummi n abah sampai..

**without her headband, she looks like a boy!haha**

3 hari x jumpa anak, rasa macam sebulan x jumpa! dalam masa 3 hari rasa macam2 dah anak ummi tu pandai. makin ketagih meniarap.seblum ni malas-malas lagi..seblum ni terpusing sikit ja, dah nanges suruh ummi angkat.sekarang, dah boleh bertahan lama jugak ooo dia meniarap.pastu golek2 macam steam roll sampai jatuh landasan.haha.tidoq pulak, dah pandai mengiring. xdaknya nak tidoq terlentang macam dulu. sat pusing kiri, sat pusing kanan.dapat port selesa baru terlena.haha. macam2 ragam la anak ummi ni.comel sangat!

sekarang, irdina masih batuk n selsema. tokmi n tokabah pun duk batuk n selsema jugak.memang musim orang demam agaknya.isk2..ummi doakan anak ummi ni cepat2 sembuh.x sabar nak tunggu jumaat ni!nak balik main golek golek ngan budak bucuk ni!

oh ya, genap usia irdina 5 bulan 3 minggu, ummi dah start bagi her 1st solid food iaitu bubur nasi.she seems delighted and suka makan!semangat bukak mulut.lambat sikit ja dia bising. bila dah xmo makan, dihembusnya bubur tu bila ummi suap.isk2..alahai, rindunya kat dia!

Monday, 2 April 2012

sudah masuk kerja!

sekarang 2.06 petang.

selalunya time2 macam ni tengah layan cerita indon 'putri yang ditukar' bersama anakanda tersayang. rindunya ummi kat irdina.

rindu nak peluk2 dia.
rindu nak cium2 dia.
rindu nak gelak2 dengan dia.

takpa2. jumaat ni ummi balik kampung kita main yaaa!!

sian anak ummi malam tadi nanges2 xmau nenen guna botol.tokmi kata irdina merajuk. ummi kata, irdina marah sbb kacau dia tidoq. tapi ummi tau sebenarnya anak ummi ni merajuk manja2 gituu..huuu.syiannya syg ummi nih.


 
Images by Freepik