Showing posts with label **shopping**. Show all posts
Showing posts with label **shopping**. Show all posts

Thursday, 27 March 2014

wishlist

hmmmm....

sedar x sedar masuk 6 bulan dah aku pregnant. 3 months ++ to go! should be thinking what to buy for adik baby dah ni. heee...so, pink or blue?? ce teka, ce teka....

it's pink!Alhamdulillah

kalo ikutkan teringin nak baby boy tapi rezeki Allah tentukan girl, kami terima dengan senang hati :) irdina dapat geng main masak2..ummi dapat geng menyoping sorang lagi..hee..dah dapat bayangkan kecomelan irdina dan adik dia nanti..weeee...mesti sweet sangat! aku suka tengok both anak dr halina, wife dr syed muzaffar tu..dua2 girl & sgt sweet n comel..harap2 irdina dan adik dia macam tu jugak nanti. =)

oleh itu, x banyak la barang utk kami tambah. boleh recycle kakak irdina punya  sikit2. mostly baju bajan la...banyak yg elok lagi..cuma ada la beberapa barang yang ummi nak belikan untuk adik. sian jugak dia, xkan semuanya nak recycle kakak punya kan..hehehe. so, ummi pun dah buat wishlist barang yang ummi nak beli kali ni untuk kami.here goes the list:

1. car seat maxi cosi pebble **InsyaAllah...target cabriofix tapi kat UK, pebble tengah sale. harga termasuk shipping sampai Malaysia lagi murah dari cabriofix yang jual kat sini. Ummi dah contact seller tu. harapnya dia reply la cepat..huhuhuh**

2. newborn outfit. **romper banyak boleh recycle kakak punya. ummi is soo in love with mothercare punya material so dah terbeli pinky long sleeve vest ni hari tu. nasib ada diskaun 40%.hohoho. next target, sleepsuit pulak.weeee!!**


3. spare part Medela Swing. 
    - tubing 
    - connector

4. new storage bottle untuk simpan susu perahan. sekarang dah ada yang kaler2 ni. bekenan sangat!haha




5. Set bersalin Tanamera. 
 - dulu guna NonaRoguy Herbanika tu. tapi x abes pun makan jamunya sebab panas dan x berapa sesuai utk BF. Tanamera ni berasaskan bahan semulajadi,x panas dan ala ala spa gittewww, juga sesuai utk BF. sila google utk reviewnya tau. tapi, aku akan pilih mana yang perlu sahaja sebab kadang x semua aku akan pakai. **learn from experience** lagi pulak, mak mertua pun dah ada order jamu kampung utk aku..heheheh..yang penting, masuk 8 bulan nanti, aku nak beli Virgin coconut oil dia utk buat perenium massage utk memudahkan dan mengurangkan koyakan ketika bersalin..**really hoping for normal delivery nanti!**


6. buaian/katil baby rotan
hehe..ni wishlist bersama hubby sebab haritu tengok anak cousin hubby guna. kami sangat2 berkenan. kenapala masa irdina dulu x terfikir nak cari yang macam nih..heh..insyaAllah hujung minggu ni nak pi survey..kalu rasa cam mahal sangat, just guna balik ja la baby cot irdina dulu..add on tilam & crib set saja..tapi tu pun makan kos jugak.hmmmmm



okeh, ini saja dulu wishlist untuk kali ni..semua ni akan dibeli secara berperingkat. mana yang mungkin x perlu mungkin akan dikeluarkan dari wishlist. tapi rasanya macam semua perlu jaaaa...hahahhahaha. me is sooooo sexcited! =)) doakan semuanya berjalan lancar yaaaaaa. Aminnnn





Monday, 3 March 2014

dilemma..oh stroller

eheee...

dalam banyak2 barang baby, yang paling aku suka adalah stroller. mungkin bagi certain orang x nampak apa keperluan stroller itu dan x kesah design macam mana janji boleh pakai, tapi bagi modern mommy **cheewwaaahhhhh** macam aku nih, sangat sukakan gaya dan trend design stroller masa kini...haha..kemainnnnnn

haritu bekenan quinny zap xtra, dah dapat beli dan puas hati tapi susah nak bawak travel pulekkkkk...masa nak pi korea terpaksa beli mydear buggy..hubby xmo bawak quinny..hukhuk.
sekarang, tengah famous stroller babyzen yoyo!!!! me is soooooooo bekenan..1st lightweight stroller yang menepati size cabin luggage flight dan boleh bawak masuk simpan kat tempat luggage atas kepala tuuuuu...memandangkan kami ni suka travel dan dah terbeli tiket flight utk tahun depan, makanya babyzen yoyo adalah stroller yang menepati keperluan kami..haha..sangat senang nak fold & unfold..x caya tengok video dia kat youtube ni..sebelah tangan dukung anak, sebelah tangan bukak stroller.serius smart! even buggy mydear tu pun perlukan kedua2 belah tangan utk fold & unfold..

tapiii...tapiiiii...tapikannnnnnnnn

hubby kata kalau nak beli stroller baru, dia suh tolak quinny tuuu..sobsobsob..dia x suka ada banyak2 stroller..menyemak katanya...pembaziran jugak bila ada banyak2 nih..huuuu..tapi since anak nak masuk dua ni, aku verangan nak beli carseat maxi cosi cabriofix utk adik baby. boleh pakai dengan body quinny tu. body quinny bila dah lipat memang kecik dan sangat convenient..inisiatif nak beli car seat sebab nak ajar adik baby duduk dalam tu awal2..xmo jadi macam kakak dia..buas sangat dlm kereta..sat kedepan, sat kebelakang..berapa kali dah jatuh gedebuk gedebek bila ter'brek' mengejut.huuu..sangat bahaya okeee...dah ada pengajaran disitu..

tapikannnn lagi

kalau beli carseat, x compatible la pulek dengan babyzen yoyo niii...so far yang aku duk gugel, xdak lagi carseat yang compatible..huuuu..tapi nak jugak2 stroller tu..selagi x dapat, selagi tu la aku akan duk nyanyi2 tepi telinga hubby..hahaha...ada jugak aku jumpa beberapa online shop yg buat kutu utk stroller ni..tapi bila kira2 balik harga macam mahal sket..better aku simpan duit sendiri bulan2 xpun tunggu bonus nanti khennn...

setelah difikir2kan ada beberapa alternatif untuk aku tukar stroller ni. hohohoh

1. jual quinny zapp yang ada sekarang, dan upgrade ke quinny zapp extra 2.0 yang boleh fold seat sekali dengan body stroller..so, boleh la add on car seat maxi cosi.

2. maintain quinny, dan buat tabung simpanan untuk babyzen yoyo. dalam masa yang sama, pau hubby untuk car seat.hakhak..**memang tak la laki cek nak setuju**

haih, hover kan mak...anak x demand, mak plak yang ngengada lebih.ceittt..let's wait and see what happen next...adakah berjaya aku memujuk hubby utk babyzen yoyo & maxi cosi cabriofix.....

p/s: hmmpphhhhhhh......tabung stroller xleh start lagi bulan ni sebab wuju pau suh repair aircond dan tukar tayar depan dia....sobsobsob =(

Thursday, 26 December 2013

Throwback holiday: Medan 2012

hoh..ini cerita zaman tok nadok ni..patutnya 2 tahun lepas da update tapi memanjang kemalasan...dah nak dekat 2 tahun baru nak story. apo laaaa..isk2

Percutian ni di sponsor oleh FIL...thank you sooo much!! kalo nak mengharapkan kami mengumpul duet sendri memang x cukup derr sbb seblum tu dh berjoli sakan kat Langkawi.hohoh..kami cuma perlu sediakan duit shopping.hoyeahhhh! duet shopping cukup la kan kalo nak simpan sket2 kami laki bini ni.hee.. kami pi 13-16 Julai 2012..balik time hari besday aku tuuuu..kira celebrate kat Medan la.ceewwaaahhhh. x celebrate pon.just a simple wish dari hubby pon dah memadai.hee..trip ni pun dah boleh dikategorikan sbg hadiah besday jugak kannn.. :)

************************************************************************

13 Julai 2012

flight kami dari penang airport pukul 4.30 ptg..x sampai sejam dah sampai Medan. x sempat nak paneh pungkok flight dah land...Airport Medan sangatlah kecik berbanding airport2 di Malaysia. turun2 flight kena jalan kaki ke airport. dah la panas, sian kat irdina.huhuhuh. semua urusan kat imegresen sana setel dengan lancar. nasib baik pak supir dan pemandu pelancong kami dah ada tunggu. aku x ingat apa nama supir kami tapi pemandu pelancong tu kami panggil ibu hartini/tini..**sebab dah lama sangat, banyak menda aku dah lupa.haha**. tapi sekarang airport kat Medan dah canggih...besar macam KLIA dah katanya..hehe

dua orang eksaited nak naik flight..haha

ada budok penat travel jauh katanya..hee

destinasi pertama kami setelah sampai di Medan adalah ke Brastagi..kami akan bermalam di sini..Brastagi ni adalah tempat pelancongan tanah tinggi ala-ala Cameron Highland gitu...sejuk jugak malam di sini..aku x expect malam akan sejuk gilos, so aku x ready pon sweater utk irdina..sian irdina...aku hanya bagi pakai jumpsuit dan balut dengan selimut..x cukup tebal selimut yang bawak, lastly balut dengan comforter hotel..nasib yg tu tebal, baru buleh tidoq lena si kecik tuu...tapiiiiii...ada kejadian x diingini berlaku.huuu...biasa la kalau kita datang tempat baru, dan kawasan tempat tu berdekatan dengan kubur, gereja, kuil dsbg **paham2 la indonesia kan macam2 agama ada** tambah pulak medan ni kawasan orang batak yang puja macam2, irdina kena usik tepat jam 12.00 malam...horror sangat aku rasa masa tu..mula irdina menangis merengek2 biasa saja, bila makin lama pujuk makin kuat menangis..kami dah boleh agak kenapa jadi macam tu, terus abah irdina azan kuat2 dan mintak sesapa yg kacau tu pi la tempat lain... Alhamdulillah, x lama lepas tu irdina tenang semula..huhuhuh..sian anak ummi...


kena balut macam ni baru boleh tidoq lena..huuu

outfit sementara sebelum beli sweater dan cap...hehe


14 Julai 2012

esoknya lepas breakfast, kami pusing2 sebentar di pekan Brastagi..actually, xdak apa sangat lah yang menarik bagi aku...view pon biasa2 aja...serius cantik lagi Cameron Highland...hahaha..kemudian kami teruskan perjalanan ke Lake Toba..x ingat dah berapa jam perjalanan tapi bagi aku sangat lah lamaaaaa....nasib juga time tu aku still BF irdina, so keja dia memeram kat aku dan tidoq..langsung x banyak kerenah.heee.senang bawak anak dara tu jalan2....hoho...dalam perjalanan, kami singgah di Air Terjun Si Piso-Piso..view sangat cantek! Kawasan ni terletak di permulaan Lake Toba..tempat yang kami nak bermalam nanti masih jauh nun di hujung sana...serius sangat besar Lake Toba ni! kagum aku dengan alam ciptaan Allah ni...





di Air Terjun Si Piso-Piso






setelah beberapa jam perjalanan, kami singgah di salah satu tempat yang orang suka singgah minum2 dan makan2 sambil menikmati pemandangan Lake Toba yang cantik..di sini, kami dihidangkan pisang goreng dan teh halia panas...dengan cuaca yg sejuk sbb angin bertiup kuat, minum teh halia dan makan pisang goreng panas adalah satu nikmat! dah kenyang perut, kami teruskan perjalanan ke Parapat..huih, jauh sungguh nak ke sana pun..sepatutnya dah smpai di Parapat, kami akan naik bot ke Pulau Samosir, pulau di tengah2 Lake Toba..tapi memandangkan keadaan angin yg bertiup kuat dan air tasik agak bergelora, makanya program ke Pulau Samosir ditunda ke hari esoknya...aktiviti petang di Parapat pada hari itu adalah bebas.makanya kami pon layan tidoq ja la..penat lenguh badan suma naik van lama sangat..huuuu..

nyummm nyummmmm


nasib malam kami di Parapat tidak diganggu oleh "makhluk2" lain..tapi irdina ada jugak terjaga macam x selesa..huuuuu

15 Julai 2013

pagi2 hari lepas breakfast, kami pun menaiki bot ke Pulau Samosir..pulau ni dihuni oleh orang batak apa ntah..aku pon x hengat..kebanyakannya bukan beragama islam..kami di bawa melawat kawasan bersejarah dan cara kehidupan masyarakat di Pulau Samosir...banyak kedai2 yang menjual cenderamata tapi kena berhati2 dalam nak tawar menawar..guide kami dah warning awal2..kami pun dah terkena, ingat nak beli fridge magnet..mula kata 3 magnet 12000 rupiah, bila nak bayar dia naikkan lagi harga..bila kita argue balik, dia marah2 sambil menjerit2..pehhh, x beragakk..terus kami blah dari situ...haahhaha..peniaga tu duk bising2 lagi kat belakang tapi kami buat x dengar n buat muka x bersalah..hohohoho..so, hati2 ya kalau nak membeli di sana..









lepas habis pusing di Pulau Samosir, kami bertolak ke tanah besar dan akan bergerak balik ke Medan..yang ni pun makan masa setengah hari dari Parapat ke Medan..huuuu...sekali lagi lenguh abih pungkok2..sampai2 di Medan, kami di bawa pusing2 ke factory outlet (FO) dulu sementara menunggu makan malam dan check in di hotel..aku sukaaaaa sangat pi FO ni...macam2 aku hangkut untuk irdina...hubby kata ni belum lagi bawak aku pi Bandung..kalu pi sana lagi menggila aku..sedangkan FO yg x besar mana kat Medan ni pon dah buat aku separuh gila...heheee...untuk irdina saja, aku abihkan dalam 300000 +- rupiah..pueh hatiiiiiiii....tapi still rasa x cukup..boley gittewww???haha...hubby kata duit kena simpan utk esok kalo nak soping kain pasang  dan telekung kat pajak ikan..


trying her new outfit from FO :)


kat sini kami menginap di Madani Hotel kalo x silap namanya..hotel milik org Islam...dalam bilik siap ada Al-Quran lagi..Alhamdulillah, malam tu irdina tidoq nyenyak sekali..sikit pon xdak gangguan...bilik hotel pon sangat selesa...

16 Julai 2012

hari ni hari last kami di Medan...flight balik Malaysia petang dalam pukul 5 lebih macam tu..jadi, kami masih ada masa lagi untuk menyoping..hohohoh..lepas breakfast, kami angkut semua barang dan check out...destinasi soping 1st yg tourist guide kami bawak adalah ke kedai telekung...dia kata kedai ni agak mahal sikit tapi kualiti telekung dia sangat baik..hmm...memang agak mahal bagi aku..aku target telekung bunga sulam penuh tu bawah RM50 sepasang...tapi di kedai ni dalam RM 80 sepasang...disebabkan kami x punya banyak masa untuk pusing2, aku pun beli la 2 pasang utk mak dan adik...

dah habis semua soping telekung, kami di bawa ke mall apa ntah namanya...request by cousin hubby..nak menyoping handbad murah katanya...disebabkan aku macam x berapa bekenan dengan barang2 kat situ, maka kami pun pusing dalam mall saja tengok2 kalu ada benda yang menarik...perut pulak dah mula berkeroncong, so kami pi lepak2 kat kfc..saja nak try kfc Medan..hahahah...set kfc sini lain dari kat Malaysia...rasa pon agak lain..pastu hidangkan atas pinggan kaca..pehhh, kaya dan rajin membasuh pinggan betul kfc kat Indonesia nih..nak dijadikan cerita, abah irdina tengah beratur di kaunter nak beli aiskrim sundae tetiba ada bunyik...

"pranggggggg pang pang pang"

bertaburan kaca di lantai...kus semangatttttt..ingatkan irdina dah yang jatuh baby chair sekali..nasib la irdina tengah duk atas riba aku masa tu, tapi ditendangnya sisi meja sampai senget meja tu..aku pulak x sempat nak capai pinggan kaca itu, maka jatuh berderai lah ia...habis satu kfc terdiam dan tengok kat kami...arghhh, merah padam dah muka aku tau..hubby yg tengah beratur terus x jadi beli dan datang kat kami..terus dia ajak kemas2 dan kami pun berlalu pergi dari kfc dengan selambanya...hahhahahahah..kenangan sungguh!

ini la budok yang pecahkan pinggan ittewwww..haha


next, destinasi soping kami yang terakhir adalah di pajak ikan (pasar ikan)...kenapa dipanggil pajak ikan? sebab dulunya tempat tu adalah pasar yang menjual ikan tapi kemudian diubah menjadi tempat jual kain2 pasang dan lain2...tempat ni memang terkenal di kalangan rakyat Malaysia yang nak soping kain pasang...aku dah target satu kedai ni, lupa dah nama dia tapi doory yang rekemen sbb bole dapat harga kain pasang yg murah tambah2 kalau beli banyak...memang aku nak memborong banyak2 pun....sampai di kedai yang di cari, mula la aku menggila pilih...semua kain sulam tu cantik2! rasa macam nak borong semua..x ingat dah sepasang aku dapat berapa heng tapi sangat murah la...kalu di Malaysia, mau dekat 2 ratus sepasang...cekik darah betul kan....baik la pi soping straight kat indon...hahahahha..

dah puas nyoping, kami pun bertolak ke airport..sampai Penang airport dalam pukul 8 malam mcm tu..ni lah 1st flight irdina dan Alhamdulillah dia sangat behave..ni tandanya boleh bawak pi jalan2 lagiii..heeee...


mari pulangggg....


***********************************************************************

sekian saja cerita percutian pertama kami sekeluarga ke luar negara...heee...so, how Medan? bagi aku OK dan menarik untuk dijelajahi...tapi untuk diulangi mungkin berfikir 2 kali kot...rasa better pi Bandung / Bali / Jakarta pulak...heheh..just my personal opinion :)

2 tahun lebih baru ada hati nak siapkan entry ni kan..teruk2.isk2...tapi memang aku berazam nak siapkan jugak sebagai kenangan....seronok tau bila korek2 balik entry lama2 ni..haha...

Wednesday, 9 January 2013

walau miskin tetap nak menyoping!

hahahaha...

tajuk x leh blah tapi itulah kenyataan.

ingatkan bank islam still bagi payment holiday kat aku untuk bulan january ni sebab setiap kali bukak bank islam, duit rumah still x kena tarik lagi. heh, kemain seronok le aku menjoli2...alih2, minggu lepas masa nak balik kl dr penang, sempat cek bank statement..sekali dah tinggal 50 heng ++ je...hancur luluh harapan nak menyoping aku.haha

oleh itu, sementara nak tunggu gaji hujung bulan ni, korek mengorek la aku kat mana yang ada duet.serius aku miskin.haha. namun begitu, keinginan nak menyoping tetap ada. tambah pulak dapat tau hujung minggu ni ada baby kiko sales!!! satu sale yg wajib di terjah! x macam sale poney tahun lepas. x pi pon sale tu sbb ramai yg komen x worth it...tapi utk baby kiko ni, aku rasa macam nak pi jugak sebabnya, aku suka dress dia. dah x minat poney sbb bagi aku design biasa2 aja...mostly dress irdina adalah baby kiko & semuanya sangat cute. even the price is affordable. dan bila dah namanya SALE, konfem lagi murah la kan?!!hehe






tempatnya pon dekat ja dengan rumah aku..since sale start esok, maka aku akan monitor review orang dulu..kalau ramai kata best, planning nak amek half day jumaat boley?? haha


p/s: mak da bising kat aku sbb asyek menyoping baju bajan kasut bagai untuk anak tapi untuk diri sendiri yillekkkkk..haha.. :P boley gitu? 

Wednesday, 26 September 2012

me too want Storksak!

i was introduced to Storksak when i read Dr. Halina's entry in her blog here and then terus gedik2 google pasal DIAPER BAG tu..ya, itu adalah diaper bag. ingatkan handbag brand apa la mulanya tu kan..hahaha. teras jatuh chenta haa kau dengan Storksak! so stylish & simple..i bet all mommies out there also would love their design..

Storksak Olivia

hoyeah, aku sudah jatuh chenta dengan Storksak Olivia! Cantek kannnnnn...semangat tengok produk review dalam youtube.lagilah aku berkenan dan kalau boleh nak order after gaji masuk!haha..after convert the price into MYR, guess how much?? RM 500++..next, try google pulak mana malaysian online store yg jual Storksak..so jumpa kat sini. Olivia price is RM599!(w/o shipping cost yet) fuhhh...berpeluh haaa...memang x dapat la nak borong bulan ni..hahahhaha.

oleh itu, aku memasang niat nak potong RM200 sebulan mulai bulan ni. so, by Disember, dah boleh order.hohohohoho...adakah niat aku ni akan jadi kenyataan? tunggu la Disember ni. kalau jadi kenyataan tu InsyaAllah aku update kat sini.hahaha

**semalam masa lunch ngan hubby, aku try bodek dia:

me: abang abang abang abangggggg sayaaanggggggg..hehehehhehheeeeee *manja2 gitew*

hubby: hah, nak apa pulak ni? awat?

me: hari tu dah janji kan kalo masuk duit claim nak belanja ayang henbeg kann?kan kan kan??

hubby: haaaaa...tadak tadak tadak..dah lari bajet dah ni..tu la, bulan lepas belanja sakan masa raya..abeh dah aih suma claim tu..nak beli henbeg, kumpul duit sendiri.

me: alaaaaaaaaa....huhuhuhuhu

**heh, menyesal aku x angkut handbag mahal awai2 masa hubby tengah offer dulu..konon nak tunggu yang lagi berkenan. bila bajet dah lari kan menyesal.hahahahha...xpa2, tunggu claim yang akan datang ya sayanggggg! hohoho

Tuesday, 14 August 2012

persiapan raya irdina

oh oh...4 hari lagi nak raya!! raya pertama as a mummy..seronok la dah ada anak nih.feel tu lebih sikit. semuanya eksaited. lagi eksaited bila nak prepare baju raya + aksesori raya sebab anak aku pompuan..rambang mata ummi nak memilih.ikutkan hati, semuanya nak dicapai! nasib baik abah kontrol nafsu menyoping ummi untuk baju anak sebab dah terlampau banyak. haritu kat Medan, dah angkut 4 lai legging & 2 blouse. lepas tu, dah janji ngan abah dah cukup baju irdina tu. tapi dalam hati rasa x cukup lagi. kasut, matching headband, & dress x dak lagi...so, apa lagi..menggoogle la ummi cari semua benda2 tu...haha...setakat ni, untuk irdina semua dah komplit.tunggu hari raya tiba ja lagi untuk melaram semua tuuu..haha.meh tengok list persiapan raya irdina:

legging 4 helai
blouse 2 helai
dress 2 pasang
baju kurung 4 pasang (3 dah siap, 1 pending)
headband 5 jenis
kasut + baby sandals 3+1

raya headband collection

raya shoes collection

free hair clip.. :) **melekat jugak hairclip ni kat rambut dia yg ciputtttt tu.haha**


ahaaa, kalah ummi dia...ummi kasut pon x cari lagi. handbag dah betahun x tukar2..sekarang asyik usung beg medela tu ke sana sini. minggu ni last shopping ...tadi baru lepas teman abah dia soping kat alamanda seblah ni.mentang2 la gaji masuk awai.huh, jelesh2! xpa, sok turn ummi pulak. ujung bulan lepas raya semua pokaiiiiii...hahahahha

ish, cepat la jumaat pelishhh!

Monday, 30 July 2012

Poney Warehouse Sale! Wajib terjah!

Salam Isnin...

huaarghhhhhh!!!
mengantuk gila okeh.macam biasa, sampai SK pukul 2 pagi..nasib baik sahur tadi x terbabas. kalau x melepet la kami laki bini kat opish.haha..oke, off topik!

Since kami balik melalui PLUS highway dari KL **lepas hantar adik aku kat Kg Baru**..harusla potong ikut jalan belakang **melalui South City Plaza** untuk ke Equine..x kose lee nak pusing jauh2 nak masuk SK ikut simpang kat D'Alpinia **sebelum masuk LDP** tu. tengah malam buta kompem la x jem jalan belakang ..

then, i saw a banner on PONEY Warehouse Sale!banner dia macam ni:-


dekat dengan rumah! harusla wajib terjah kan! so, mommies & friends out there, mari kita soping habis habisan..raya dah nak dekat ni..aku nak cari dress yang chomel2 untuk gegirl kecik tuuuu...hehe..

sukaaa, sukaaaa!!!!




p/s: nak try sekodeng2 dulu poney kat alamanda seblah ni..mana tau kot2 harga lebih kurang sama. baik amik yang kat outlet. lagi bersih & puas hati kan..hee :)
 
Images by Freepik