Monday, 22 October 2012

soon kitchen cabinet

hoyeahhh...

hari ni dapat design drawing dari kitchen cabinet designer dan aku sangat sukaaa!!!so, aku dah pilih design yang berkenan di hati dan dah boleh proceed untuk order. tunggu siap dan pasang ja lagi...wahhh, macam x percaya akan dapat kabinet dapur baru...me is sooo excaited!





InsyaAllah if everything went smooth, my kitchen will look exactly like one of the above pictures. will compare with the actual one later. :)

Thursday, 18 October 2012

1 year old!!

**i should have published this yesterday but i'm too busy to write.huu**

to my dearest sweet lovely charming princesss,
HAPPY 1st BIRTHDAY
we love you soo much!
jadilah anak yang baik, bersopan santun dan cemerlang dunia akhirat...






Monday, 8 October 2012

saya nak makan macam budak besar la ummi!

yeah...irdina is back in action with ummi di SK..

maka bermulalah episod2 baru setiap hari untuk ummi menjaga irdina. :) Alhamdulillah, makin besar ni dah agak 'senang sikit' nak di urus berbanding sebelum ni. dah kurang mengamuk bila ditinggalkan sebentar di depan..sebelum ni, pantang ummi hilang sat, konfem mengamuk.isk2..irdina kan dah besar.x lama lagi dah nak setahun! harus la perangai pun makin berubah jadi budak besar.makin nakal.makin comel.makin cheeky! tu yang buat tokmi susah nak lepaskan irdina balik duduk ngan ummi.hehe.

tapi, dalam banyak2 benda, ummi paling risaukan pemakanan irdina. dia sangat SUSAH nak makan semenjak dua menjak nih. dari umur 6 - 11 bulan ++, makanan ruji irdina adalah variasi bubur nasi bersama ikan & sayuran yang tawar. no salt for babies below 12 month! tapi sekarang kalau ummi buat bubur nasi, jangan harap dia nak makan dengan senang lenang..jenuh kena ligan (kejar). macam2 usaha ummi & tokmi buat nak bagi dia makan. apa yang dia tau adalah main, merayap2 keliling rumah & guling2 atas katil. menyusu pun makin kurang. ummi is sooo risau! semua orang tengok kata anak ummi ni kecik. latest timbang x sampai 7.5kg @ 11 month! huuu...

oleh sebab x berapa hari lagi dah nak setahun, ummi cuba2 bagi dia makan macam orang besar. kebetulan sabtu tadi opah ajak kami p kenduri, so, ummi pon decide nk try bagi dia makan nasik kenduri tu. nasik kenduri kan sedap. opah pun suggest macam tu jugak sebab susah sangat cucu dia ni nak makan. mula2 bagi  nasi kenduri kosong, dia macam oke la...then ummi add on kuah ayam masak merah & daging masak hitam skit serta ditambah ayam yg dipenyek sekali dengan nasik kenduri. haaaaaaa, baru dia tau betapa sedapnya makan. berselera betul makan walaupun kuah2 tu agak terasa pedas sikit. ummi lambat suap ja dia menjerit. hahahahahahaha..sunggung tableh blahh~**she is truly anak abah & ummi. suka makan pedas!**

rupanya anak ummi nak makan style orang besar dah!! mulanya ummi agak risau takut perut dia xleh terima & kut2 la ada side effect tapi alhamdulillah irdina oke2 saja..seems like her tummy can accept all those type of food. :) ummi is legaaaa~hehe. esoknya untuk breakfast, opah masak nasi lemak & ummi pun suapkan nasi lemak+sambal ikan bilis sikit+telur goreng. sooo nyummmy! as expected, dia makan agak banyak la jugak. lepas pekena nasi lemak & susu skett, terus tidoq dekat 3 jam..haaa, puas~

then, semalam makan nasik lauk gulai (kari)ikan bawal. berselera macam biasa. so, kesimpulannya anak ummi dah besar. nak makan variety. and its a challenge for ummi untuk memasak hari2..**fyi, aku ni sebenarnya x reti memasak.haha**

p/s: plan menu untuk petang ni adalah nasi goreng.heheee..
 
Images by Freepik