Tuesday, 28 October 2014

Nur Irdina Nazihah dah 3 tahun!


3 perkara tentang Irdina Nazihah


1. sangat petah bercakap. kadang-kadang ummi kena tegur sebab salah cakap/buat benda depan dia..

2. dah x pakai pampers **yay!!** sebab dah pandai bagitau nak "cicin" kecuali bila nak berak dan tidur malam

3. peminat setia upin dan ipin..kalau dapat tengok kat youtube di henpon sanggup x tidoq, makan & minum..lepas kena marah kawkaw dengan abah baru tau serik..hahahaha..sekarang duk tunggu upin ipin kat tv9 hari-hari.



17/10/14, anak ummi seorang nih da 3 tahun! dah jadi kakak .dah boleh pi sekolah dah dia ni.heheheh..so kita buat a mini celebration later kat Secret Recipe Giant, Seri Kembangan. kebetulan abah & tokabah ada kat sini, boleh kita celebrate ramai-ramai. boleh ja ummi nak buatkan kek untuk irdina tapi x sempat la sayang..ummi duk berangan nak buat cupcake dengan dia..nanti la kita cari hari cuti yang panjang kita buat cupcake sama-sama okey!







apa pun, ummi sayang saaaaaaaangat kat kamu..walau ummi selalu bising-bising marah kamu, tapi ketahuilah ummi sayang kamu. mungkin kamu rasa terpinggir sebab ummi asyik melayan adik, tapi sayang ummi buat kamu x pernah hilang, makin bertambah..ummi selalu berdoa semoga Allah pinjamkan kamu kepada kami lebih lama, kurniakan kamu kesihatan yang baik, kurniakan kamu hati yang lembut, agar kami dapat mendidik & mengajar kamu supaya kamu membesar menjadi anak yang solehah dan menjadi bekalan untuk kami di akhirat nanti.







Wednesday, 1 October 2014

Buang air kecil tak lawas

Ehee....sopan gittewww tajuk entry kali ni..buleh ja nak letak kencing tak lawas tp better sopan sikit la kannn...hehe

Alkisahnya, baru-baru ni aku terkena penyakit ni..last kena masa sebelum kawen dulu..tu pun dia hilang sendri lepas minum air kosong banyak2..makumla, pundi kencing masih elok..sekarang dah beranak dua, alignment pundi kencing senang nak lari..hahahha...seksa woooo...dengan rasa nak terkencing kerapnya, pastu bila pi toilet asyik x puas, dengan anak nak susunya lagi..haiyohhhh..miserable aku jadinya..plan nak pi soping kat penang pun cancel...huuu

Dua hari jugak la aku merana sebelum jumpa the fast natural remedy untuk penyakit ni...berbotol2 aku minum air kosong..at least bila pi toilet tu banyak la jugak yang keluar & kurang sikit sakitnya..google punya google rupanya ramai jugak kaum wanita yang kena..lelebih lagi yang dah bersalin...antara punca utamanya adalah sebab tahan kencing terlalu lama..yeszzaaa, ni lah sebabnya aku kena kencing tak lawas ni..punya sedap tidoq sanggup tahan sampai ke subuh..amik obattttttt..merasa la aku akibat kemalasan tahap gaban ini..hahaha

Sebelum tu, kenapa sebab tahan kencing boleh jadi penyakit ni? Sebabnya air kencing kan mengandungi segala bagai bakteria dan kuman..bila ditahan, bakteria & kuman itu berkumpul di salur kencing dan menyebabkan jadinya penyakit kencing x lawas...ni secara ringkasnya lah..kalau nak detail, sila google sendiri ya...ramai yang kata pi klinik amik ubat tapi x berapa nak berkesan...then, terjumpa satu blog yang bagitau natural remedy untuk mengubati penyakit ni iaitu dengan minum 100% pure cranberries juice...katanya boleh cari kat watson, brand 21st century..makanya bergegas la aku ke parit buntar..mungkin dah memang rezeki aku, ada sebotol ja lagi pure cranberries juice tu...siap ada less haa..aku dapat dengan harga RM 39.95 dari RM 4+.++..murah jugak kan...

Sampai rumah terus zassss aku minum..x peduli dah masam ka apa janji hilang la penyakit ni...alhamdulillah,  baru sekali minum dah berasa kurang dan petang ni dah lega...it's truely work faster than I thought...kalau nak ubati penyakit ni kena minum 3x sehari..dan kalau nak total protection boleh la amalkan minum sekali setiap hari..so, pure cranberries juice ni dah masuk dalam list supplement aku bersama set shaklee yang aku amalkan sekarang..hoho..since aku breastfeed Humaira, natural remedy is my main choice to consume...Kalau dah xdak sangat baru la cari ubat doktor..

So, to women out there...if you had this kind of penyakit, please make an effort to find the 100% pure cranberries juice ni! It's natural & works like magic! Ceeewwwaahhhh **might be depend on your body reaction to the medicine too**

My life is happy again now! Hahahah

 
Images by Freepik