Thursday, 27 June 2013

jalan-jalan floria 2013 di petang sabtu yang berjerebu

ahahahah..panjang betui tajuk entry...

heh..gigih kami menapak ke floria putrajaya ni walopon jerebu semakin teruk sabtu lalu..but it's still bearable to breath in the air. sebenarnya aku ingatkan bukak dari awal bulan 6, 2 minggu seblum start tu dah terjah mai precint 2 ni. skali kosong, apa pon tadak.hahaha...rupanya salah tengok tarikh maaaa...floria ni start dari 22 jun - 30 jun 2013....apa laaaa, mata kero sungguh!haha...memang dari awal lagi aku dah aim nak mai 1st day..kerap jugak aku remind hubby. selamat hubby pon mau pi hari sabtu tu...sampai jugak aku on 1st day yo.hoho..lagi pulak dah janji nak bawak irdina jalan2 tengok bunga **sebenarnya ummi dia yg tegedik2 nak tengok sangat**

cantik2 jugak monumen yg dia buat dari bunga2 ni..x sempat nak snap banyak2 sebab kami sampai pun dah nak pukul 7.bajet org x berapa nak ramai, sekali ramai kutttt...kawasan pameran sangat luas. x sempat nak round semua sbb nak kejar maghrib lagi kan. jadi, jalan2 je la kat mana kaki tu rasa nak melangkah. agak2 da bosan pusing sebab semua bunga yg sama ja, kami pon keluar pastu pi alamanda cari big apple.hohohoho..**me is soooo gemok rite now!huuu**







sila abaikan aku yg gemuk itu..huuuuu


haha..penuh gambar muka kami anak beranak ...x tertangkap pon gambaq monumen2 yg lain..tapi aku suka background gambar last ni..very nice! boleh cek kat instagram (#floria) or google gambar2 floria putrajaya 2013 ni. mcm2 gambar yg menarik..yg lg bes adalah di waktu malam...lampu lip lap cantik2! sila la melawat..jerebu pon dah abeh da nih..so, boleh la bernafas dengan leganya....hehe




Sunday, 16 June 2013

Makan-makan : Mr Kabab & Biryani, P15, Putrajaya

Salam....
Selamat hari ahad! Bersiaran kali ini dari kampung.weeee...sukaaa balik kampung! Kosong pulak rasa malam ni sebab irdina pi tdoq ngan tokmi..wuwu.pandai dia set tempat tdoq kt bilik tokmi noo..ummi bagi can la dia tdoq ngn tokmi.leh ummi ngan abah feeling2 pengantin baru malam ni. Ahaksss!  Okeh, dah mengarut lebih. X seswai dengan tajuk entry pulak. Kita nak cerita makan2 dicerita lain pulak kan.isk2...
Baiklah, ceritanya begini. Kami tau kewujudan satu kedai makan arab/pakistan kat p15 putrajaya tu..pernah janji ngan hubby nak try makan ctu lama dah tapi hajat x tertunai sebab x terbukak pintu hati nak terjah. Boley gittew?haha... sekali, dah boring xtau nak dinner kat mana dah **asek2 warung pak maidin** hubby bg cadangan untuk terjah kedai tu.
Namanya Mr Kabab & Biryani.  Sebelum ni duk nampak dari tepi saja kedainya, x bajet la pulak rupanya dia bukak sampai 5 lot kedai..can u imagine that? Serius besar! So, kami yakin makanan di situ xkan mengecewakan. Kami oder lamb biryani, garlic nan dan tandoori,  maggo juice dan mango lassi...bagi aku ia sangat best! Superb! Patut la bole expand kedai sampai 5 lot. Rasa makanan memang berbaloi dengan harga yg medium. X terlalu mahal, x terlalu murah.just nice. ;) rempah2 dia semua cukup rasa. Mango juice & lassi pon terbaik!  Macam blend 5 6 bj mango tanpa dimasukkan air.. kedai ni sangat menepati citarasa family kami, tambah2 lagi hubby aku yg agak cerewet bab2 makan nih. Hubby kata kedai ni masuk dlm senarai seminggu sekali kedai makan yg boleh kami kunjungi.haha.. maklumla, aku kan jarang memasak,jadinya kena la ada list2 kedai makan nih.hukhuk..
Personally, aku lagi suka mkn kt mr kabab ni dari Saba' yg kat cyberjaya tu..dah la harga mahal, mknn biasa2 saja..disebabkan oleh teringin haritu kami ter terjah jugak..lepas tu nyesal dah xmo p mkn kt saba'..heran kenapa pemes sgt. Lain org lain citarasanya kan.hehe..






Thursday, 13 June 2013

Perfect choc chip cookies

haaaaa...

seperti yg dijanjikan terdahulu meh nak tepek resipi choc chip cookies yg aku ada try buat hari tu..alaaaa, yg x menjadi tu. x menjadi bukan salah respi ya, itu salah aku sendri sbb gatei pi tambah extra tepung sesuka hati. bajet cm cookies expert la kan. sekali jadi cookies batu. mau tepelanting gigi kalo nak gigit..tapi still rapuh dan mempunyai rasa yang unik. memang dah ala2 famous amos sebenar. cara nak membuatnya pun dah agak unik. sebab tu aku pilih resepi ni untuk try & error. next time, kalu buat lagi aku dah xmo menderhaka kepada resepi. nanti x jadi lagi kan naya. membazir ja.huuuu.

Perfect Choc Chip Cookies

1 3/4 cawan all-purpose flour  (250 g)
1/2 sudu teh baking powder
14 sudu besar unsalted butter
1/2 cawan gula
3/4 cawan gula perang
1 sudu teh garam
2 sudu teh vanilla
1 biji telur ( gred A)
1 biju kuning telur (gred A)
1 1/4 cawan chocolate chips
3/4 cawan kekacang - almond/walnut/pecan ~ optional

Cara-cara:

1. Panaskan oven. Campurkan tepung dan baking powder bersama dan ketepikan dahulu.
2. Ambil 10 sudu butter dan panaskan ia di atas kuali sehingga bertukar menjadi "brown". ** Heat butter over medium-high heat until melted, about two minutes. Continue cooking, swirling pan constantly until butter is dark golden brown and has nutty aroma, about one to three minute**
3. Setelah selesai, masukkan ke dalam mangkuk dan tambahkan lagi 4 sudu butter lebihan tadi. gaul sehingga butter tersebut cair.
4. Kemudian, di mangkuk yg sama masukkan gula, gula perang, garam dan ekstrak vanilla. gaul hingga sebati. selepas itu, masukkan telur dan telur merah. gaulkan sebati sehingga adunan nampak "thick, smooth and shiny"
5. Rehatkan adunan selama 10 minit.
6. Next, masukkan campuran tepung ke dalam mangkuk tadi dan gaul sehingga rata. Masukkan choc chip dan kekacang.
7. Bakar di dalam oven lebih kurang 8 minit atau sehingga agak2 masak.


Sekian hasil nukilan respi yg aku dah translate kan dari internet.haha.unik kan cara nak buat dia. aku suka kat part nak "browned" kan butter tu.. brown butter tu bau sangat sweet. mcm karamel gittew. dan bau ni lah yg menyumbangkan kewangian dan kesedapan yg lain pada biskut ni. pastikan sukat betul2! jgn jadi cam aku..pandai2 tambah itu ini. sukatan pun x betul.huhuhuhu

oke la, kalo x  berapa nak puas hati dengan resipi yg aku dah translate ni, bole klik link ni utk ke blog yg aku copy tu. siap ada gambar cookies dia lagi..cookies aku x jadi camtu pon.wuwuwuwuwuw






Sunday, 9 June 2013

Glass bottle :D

Bertambah lagilah koleksi botol2 susu irdina...terima kasih abah kerana membelanja botol susu baru untuk anak manja abah nih..hee.. hubby memang duk kata kalo jumpa avent kaca yg 9 oz punya dia nak beli. Ni sebabnya dulu aku duk menyanyi2 kat dia nak try botol kaca pulak.hahaha..so, sekarang dah ada complete set..stainless steel dah ada, kaca dah ada, plastik punya apatah lagi kan...

Aku suka guna tiga2 jenis nih..masing2 ada pro n cons..antaranya:
-botol plastik ni kalau terlambat basuh n susu dah bau masam, bau masam tu melekat kat botol.jadi kena rendam lama skit dgn air panas, baru hilang bau..ia juga sgt seswai utk bawa masuk bilik utk bancuh di tgh2 malam sbb ringan dan senang nampak bacaan sukata.

-botol stainless steel x seswai utk bawa masuk bilik sbb x nampak sukatan bacaannya..yg lain2 is oke..ummi suka sbb nampak lain dr yg lain.hee

-botol kaca avent ni berat sikit sbb kaca dia agak tebal.need yo be extra careful bila handle..tp InsyaAllah x pecah kalo setakat anak baling2 manja. Kalo baling mcm nak mengamuk tu aku pun x jamin la kan..haha..kalau irdina minum guna botol ni, aku pun  sambil tengok2 jugak sbb takut dia baling sana sini.huuu..botol ni agak x seswai bwk masuk bilik sbb berat.takut mamun2 terjatuh atas irdina. x ke naya si kecik tu..huuu..lain2 issokeyy standard mcm avent2 yg lain..ya, kami pengguna tegar brand avent! Haha

Aku bekenan tomme tippy lama jugak dah tp x berpeluang nak dapatkan satu..salah satu sebabnya, lubang teats dia agak besaq..irdina duk besa yg kecik ni so dia agak masuk jugak la dgn brand MAM. Nnti nak jugak survey tomme tippy sbb pernah ternampak teats dia yg lubang kecik.heheheh..

Nampak macam aku dah nak buat koleksi botol susu ja kan.haha..ya, semenjak dah tukar status jadi mak budak ni, barang anak yg aku gilakan...dah x berapa nak heran pon barang2 sendiri.. terasa satu kepuasan dpt belikan apa yg aku impikan untuk irdina bila tengok dia comel dan selesa dgn brg2/ baju2 yg aku belikan.. ♡♥

P/s: sekarang tgh stroller hunting yg umbrella fold punya utk travel lepas raya nih..weeee.. bekenan hauck-go-s tapi susah beno nak cr kat malaysia nih.huuuu

 
Images by Freepik