Monday, 31 December 2012

penghujung 2012

hari ni 31/12/12

hari yang hujung di penghujung tahun.

aku x cuti pon hari ni. maklom la, cuti dah habes.haha..cuti krismas hari tu pon dah kena tarik tahun depan punya cuti. aiseh... xtau la orang lain yg ada anak mcm mana, tapi cenggini la aku. jap jap EL sbb irdina demam. jap jap MC sbb irdina x sehat lagi. x sampai hati nak hantar dia ke pengasuh bila sakit. lagi pulak hubby memang sgt tegas bab anak sakit ni. dia sendiri sanggup MC jugak bila irdina demam. tu lah penangan anak.heee...kadang2 berganti2 kami MC/EL..mana la x sampai hujung tahun cuti dah habih.haha

pagi tadi dengar radio, sana sini duk cerita pasal rekod 2012, azam 2013 dan sebagainya...hmmmm...apa aku punya rekod 2012 eh? azam 2013 pulak macam mana? huuuu.. serius aku ni jenis yang x reti nak berazam2.aku kan suka go with the flow. kadang2 aku rasa macam xdak matlamat pulak..bila tengok org lain buat list azam memasing baru terfikir...aku ni xdak target utk tahun depan ka?huuu......**ni kalo cerita kat hubby mesti dia kondem aku.haha..sebab dia tau aku ni "hot hot ciken shittt!"**

yeahhh..."hot hot ciken shiittt!!" adalah masalah utama aku..mula2 kemain semangat..lama sikit semangat entah ke mana.. contohnya eh...

DIET
- berat aku sekarang +- 10kg lebih dari berat asal masa kawin & seblum pregnant. kemain susah nak buang lelemak ni..mana tak nya, hubby pon dah x strict kontrol makan aku macam dulu, so kemain sakan la aku makan.haha..kemain macam2 produk beli try tapi aku "hot hot ciken shit"..makin lama makin malas..makan pon awl2 ja terkontrol pastu kelauttt~ hadoih..

makanya, bila banyak kali da kena perli ngn hubby pasal "hot hot ciken shitt!!" ni, aku berazam nak membuang perangai "shittt" ini. irdina jugak banyak memberi inspirasi utk aku berubah. seriously, motherhood has changed me & my perception a lot! jadi, meh nak list down azam & wishlist utk tahun depan..

AZAM 2013

1. dapatkan berat asal sebelum pregnant.. **baru leh jadi hot mummy**
2. pandai memasak **skrg dah pandai masak gulai ikan! haha..teruk!**
3. menjadi isteri & ummi yang rajin, pantas dan tuntas!
4. ....



WISHLIST 2013

1. penuhkan isi rumah
    - meja makan
    - water filter
    - ...
2. honeymoon BALI
3. melancong ke Europe
4. shopping @ Bandung
5. ....


heh, sakan wishlist tahun depan nih. macam la banyak sangat duit nak fullfill semua tu..tapi kalau ada rezeki lebih tahun depan, apa salahnya kan...hehe. xpa, kalau x sempat 2013 continue 2014. tapi apapun, sebelum nak berjalan2 ke sana sini, kami nak ke Mekah dulu. this is my hubby wish. Alhamdulillah, ada jugak rezeki kami di hujung tahun ni untuk menunaikan umrah InsyaAllah pada Feb 2013 nanti.doakan semua berjalan dengan lancar ya!

ohoo, sebelum tu meh tengok rekod 2012 aku. apa yang aku dah buat & dapat capai:-

1. memiliki rumah sendiri **Alhamdulillah**
2. tukar kabinet dapur **Yeayyy!!**
3. bertukar ke putrajaya **double yeayyy!!**
4. ....??

eh..? tu itu ja ka?? x kesah la. janji ada jugak sikit pencapaian di tahun 2012 dari xdak apa2 kan. kadang2 macam x percaya kan, bila kita berkahwin, rezeki dimurahkan..bila mengandung, lagi2 la Allah murahkan rezeki. Sungguh! Kami x pernah rasa terbeban dari segi kewangan semenjak ada irdina malah Allah lebihkan lagi rezeki kami ni.. Syukur sangat2!! memang anak itu adalah rezeki. Aku doakan kawan2 aku semua cecepat kawin especially pepetom nih! heeee

ok lah, sekian saja coretan di akhir 2012. berjumpa lagi kita di tahun depan **esok je ponn**.hoyehhhh!

lot's of love from our tiny family =P


Friday, 21 December 2012

our 2nd honeymoon

salam jumaat....

disebabkan oleh semalam malam jumaat, so hari ni mood lovey dovey datang & terasa macam nak cerita pasal 2nd honeymoon kami.hohohohohoh

masa awal kawin dulu, x sempat nak pegi honeymoon betul2 sebab masing2 punya schedule sgt tight.hubby asyik outstation.huhu.planning nak pegi lambat sikit & dah beli pon tiket ke medan..tup tup pregnant. trus cancel..haha. masa 1st anniversary, x bole nak celebrate sbb aku tengah berpantang. nur irdina nazihah adalah hadiah teristimewa untuk 1st anniversary kami...

jadi, di tahun 2012 ni, untuk meraikan 2nd anniversary, aku bg suggestion kat hubby untuk pergi honeymoon kat pangkor. mulanya macam x konfem sangat nak pegi tapi bila difikirkan kami x sempat nak honeymoon seblum ni, maka jadilah perancangan ke pangkor. still for me it's not a real honeymoon sbb kami x amek package honeymoon pon since we are quite tight on budget & pada kami x bes nak stay pangkor lama2.haha..tapi oke la untuk kami menikmati masa berdua...




merempit bersama..mengimbau kenangan di zaman belajar dulu..weewwiiitttt




kesayangan saya dulu kini dan selamanya...


sat ja honeymoon kami ni..2 hari 1 malam saja..walaupun berdua, aku still teringat kat irdina. si kecik tu kami tinggal kat tokmi sat. tokmi lak oke sajaaaa....seronok menjaga cucu manja yg sorang ni. dah la nama timangan tokmi utk irdina adalah manja. makin manja la dia.hehe. walaupun dia x ikut, tapi irdina la yg paling banyak dapat barang..untuk family, kami belikan jajan2.

InsyaAllah November 2013 ni kami akan menyambut anniversary yg ke-3. Aku da bgtau hubby yg aku teringin nak amik package honeymoon..hubby kata kalau nak honeymoon package yg best, pi Bali terus. weeeee....i loikeee!! mulai dari sekarang, kena start saving untuk next honeymoon lah..akn di cuba sedaya upaya. maybe dah boleh start survey2 ke kan? anyone can suggest me the best honeymoon package @ Bali??


Wednesday, 19 December 2012

fever again

ohhh..
my darling daughter had fever again last night..
hope she will recover soon...
boleh dikatakan setiap minggu mesti demam sehari dua..
awal bulan hari tu tiba2 demam, 
petang tu elok ja lagi main2 dengan ummi & abah.
last week pun demam jugak..
overdose makan buah moktan rasanya..
minggu ni pulak tiba2 demam macam hari tu..
tokmi kata mungkin perubahan cuaca kot..
sat hujan, sat panas..
syiannya anak ummi ni..
tunggu ummi balik jumaat ni ya.
i miss u so much sayang!

budak demam tdoq pakai pampers sajo..**nyunyu wajib menjadi peneman**

my sweet Irdina



Monday, 17 December 2012

weekend gateway

hiiiiiiii!!

selamat hari isnin dan selamat kembali bekerja. haih, malasnya nak kerja di hujung2 tahun ni. nak kata kerja xdak, sebenarnya ada. tapi kenapa aku rasa macam aku xdak kerja eh? WI dah siap, test report dah siap, hmmmm......apa lagi eh?? tunggu testing masuk esok je la. lepastu baru ada kerja.huhuhuh

okeh, mari lupakan hal kerja sebentar. mari cerita pasal hari minggu yang lepas. nothing special. just a short weekend gateway to pulau betong, balik pulau. penang. hehe. semua ini perancangan opah sebab irdina sangat suka main air..sayang bebeno dekat cucu yang sorang nih. kebetulan tok ki ada kursus di kem bina negara pulau betong & kebetulan jugak ada satu rumah jurulatih yang kosong, jadi tok ki ajak kami semua untuk bercuti di sana. like always, ummi is soooo eksaited bila nak bawa irdina jalan2. irdina xtau la eksaited ke x.haha

jadi, kami gerak ke penang pun dah agak petang & hari pulak hujan. seperti biasa, kalau p area2 bayan lepas/ balik pulau, memang wajiblah singgah makan ikan bakar di teluk tempoyak. rasanya memang femes kan ikan bakar kat teluk tempoyak ni..memang sedap punn..harga pun boleh tahan. nexttt...dah kenyang makan, kami gerak ke pesta pulau pinang.hoyeahhhhh..dah lama x mai pesta. rasanya last pi pesta 6 - 7 tahun yg lalu. wuih, lama tuuuu....again, ummi is sooooo eksaiteddd!!haha. 





si kecik ni dah mula mengantuk masa makan di teluk tempoyak lagi.isk2

malam minggu memang sangat ramai orang! jem oke sekeliling nak masuk pesta tu. parking kena pandai cari.seeloknya parking la kat tempat parking yg disediakan oleh kerajaan negeri. RM3.00 sahaja per entry. kalau parking kat lain tu aku x sure berapa hengget. tiket nak masuk pesta tu pun murah. hanya RM 3.00 per person sahaja! since dah jadi mak pak budak nih, memang x la kami nak pi ke theme park tu..kami just jalan pusing2 kat booth jualan saja.. sob sob..**aku teringin nak main sebenanqnya.haha** x bajet pun nak soping sbb dah hujung bulan kan, ongkosnya juga dah makin berkurangan. tapi terdapat certain barang yg xleh resist dan akhirnya ter'soping' jugak.hahahah..dapat la aku angkut karpet yang ringan & boleh basuh dlm mesin basuh tu dengan harga RM50 dan bath mat fiber RM15..sangat okeee rasanya! pastu ada la lagi menda kecik2 yang aku bekenan aku hangkut.hahahah..

disebabkan oleh dah pukul 10 lebih, irdina dah mula meragam sebab sangat mengantuk. selalunya anak dara ni 7.30mlm & ke atas memang dah tidoq. silap kami jugak x bawak stroller. kononnya dah besaq ni xyah la stroller. bjorn pon x naik dah. merasa la ummi dukung si kecik ni sampai lenguh tangan mcm nak tercabut haa..tapi xpa, eksesais buang lemak kata abahnya.haha..akhirnya kami sampai ke kem bina negara tu dalam pukul 12. dah la jalan sangat horror! serius horror sbb tengah malam kan. tapi aku x terasa sangat horror tu sbb tertidoq. sedar2 dah sampai.hahahha

aktiviti yang dinanti2kan esoknya telah tiba. mandi lauttt!!! weeee....awal2 pagi lagi irdina dah bangun. mcm tau tau ja orang nak bawak dia mandi laut.hehe...pantai kat kem ni sangat bersih. x tercemar sangat macam kat batu feringgi tu. mungkin sebab kedudukan pantai yang jauh dari kawasan industri. aku suka tempat2 macam ni...definitly will come again untuk mandi laut.hehe..kemain terjun laut dengan swim suit yang opah belikan.

tengok tu punya eksaited!


x pueh hati sebab abah bawak naik padahal tangan tu dah biru & menggigil kesejukan.isk2



meh zoom sikit haaa...

she is soooo eksaiteddd!!

seronoknya irdina main air. kalau boleh nak berenang sampai kecut..tapi disebabkan oleh tangan dah biru, bibir dah menggigil, terus abah bawak naik..mana x sejuknya, baru pukul 8 lebih masa tu..dah la kawasan tu disebalik bukit jadi matahari pun lambat sampai.memang sejuk la air laut masa tu.hehe. x pasal2 ,mandi awai pagi tu..

overall, aku sangat suka weekend gateway macam ni. dapat release tension, tenangkan minda, happy2 dengan family. akan di usulkan kat abahnyeww untuk next2 weekend gateway lagi nanti.hee...

bye2.









Thursday, 13 December 2012

dress baru!




kata tokmi: kalau irdina duduk kampung sebulan x dak baju pun xpa. tokmi leh buatkan.ni ada 2 helai lagi x siap. hehe

kata ummi: no wayyyy!!hahahaha...tokmi buat la banyak2.nanti ummi angkut bawak balik.tima kaceh tokmi.hee

p/s: ini dress adalah recycle selendang ummi. more are coming.hoho


Wednesday, 12 December 2012

kitchen cabinet is done :)

**the mood is slowly coming~ haha**

okeh, as promise before kononnya nak update progress renovate dapur kan. tapi disebabkan oleh MALAS, aku update sepintas lalu cenggitu saja. actually it's not a major renovation. just changing my kitchen cabinet. dalam kepala memang duk plan nak besarkan dapur tu.nak extend sampai ke belakang. tapi memakan kos yang agak tinggi. ye la, nak kena cari kontraktor bagai. harga bahan binaan pun mahal sekarang ni dan kami pun x plan nak stay lama2 kat SK. Kami lebih suka kalau dapat bertukar balik ke utara. **harap2 ada peluang dalam 4 5 tahun lagi**

oppss..of topic sebentar. so, antara sebab musabab aku nak tukar kabinet tu boleh refer kat entry ini. sekarang dah 2 minggu ++ dengan kabinet baru. sukaaaaa sangat!! sangat convenient, ruang yang banyak untuk sorokkan pinggan mangkuk dan lain-lain.hehe.


this is the old cabinet. so messy!



this is how it's look before the installation. gigih kami buang kabinet lama & sental kotoran serta sampah sarap tinggalan lipas. pheww~ nasib ada abah & mak yg tolong kami. tengkiu very much!



finally, it's done.

merah mak ngah haaa...memang aku idamkan dapur merah mak ngah ni dari dulu lagi. akhirnya tercapai jua...cuma cat dinding tu xtau nak cat warna apa. xkan merah jugak kot?haha...xpa, rilek2 slow2 dulu...still have lots of time to think & decorates. :) xmo kelam kelibut. tapi buat masa sekarang, setiap minggu sangat bz! rasanya sampai bulan 1 ni kot which every week kami balik kampung. kenduri la, kursus la, irdina holiday kat kampung lagi. pheww...weekdays pulak kerja di siang hari. malam nak mengeram. hahahahaha

harapnya lepas ni kena makin rajin memasak. seriously i actually not really reti masak! haha. but i do love baking. :)

ok la, till then peeps. nak sambung buat kerja opis pulak.huhuh

**hope the mood will not vanish**





Tuesday, 11 December 2012

tidak rajin.

oh gosh!!

i'm too lazy to write a thing.
tiap2 hari bukak ja blog ni tapi x update pon..
pliss pliss plisssss mood rajin datang plisssss!!

 
Images by Freepik