Tuesday, 15 April 2014
lemau again...
ni bukan lemau sickness mabuk2 ya...aku da sehat alhamdulillah. perut makin membesar, berat makin bertambah. dah naik +- 10 kg da ni.huuuuu...kalo dulu berat sekarang ni adalah berat nak bersalin da, tapi ni baru 6 bulan stgh..warghhhhhh!!! cemana nak turunkan berat lepas bersalin ni??!! kompem mencabar.huuhuhuhu...harap2 lepas ni x naik banyak dah..pliissssssssssss... =( =(
oke, off topic dah..ekceli aku dah lemau kerja...nak cuti panjanggggggg...nak pi holidayyyyyy!!!!!!!!! so far, banyak plan plan holiday yang terbantut..semuanya gara2 hubby bz la, x kena dengan timing org lain la, bajet xdak la..huuuu..plan cuti sekolah hujung bulan 5 nanti nak pi pulau redang. ingatkan time tu aku baru 7 bulan ++...rupanya masa tu dah 8 bulan ++. lagi 2 minggu nak cukup 9 bulan. amat berisiko rasanya kalau nak travel naik bot bagai..huhuhu..makanya terpaksa cancel..huuuu
next planning nak pi berkelah and bermalam di teluk batik. mak aku ajak naik cameron highland tapi rasa macam xdak apa selain sejuk dan nyaman saja di sana..kadang rasa boring dah pi sana.hahah..pi berkelah tepi pantai la pulak. boleh rendam irdina dalam air laut, bagi ilang abeh gatai2 badan dia tu..huuuu..ingat nak ajak hubby pi masa cuti hari pekerja nanti, tapi tetiba dia kena standby pulak masa tu..haih..see, selalu bila plan baik punya ada saja yg x kena..huhu..nak paksa jugak hubby untuk available time tu...2 hari 1malam ja kottt..wuuuuu..kemain bz dia kat opis baru ni..nak ajak pi holiday bz, nak manja2 pun bz...boleh tak bila time aku balik mesti dia ada breakdown. even bukan standby tapi rajin kemain turun site. pastu balik subuh2 hari.siang tu kompem mengantuk & penat.nak ajak kemana pun dah x bes..huuuuu
me want a holiday pleaseeee!!!!
Wednesday, 9 April 2014
I'm feeling loved!!
This song is dedicated to me by hubby this morning. The lyrics & melody is soo sweet..me is sikit lagi nak nanges terharu tauuu...somehow, being a 'pjj' couple make u appreciate ur love one more and that's what we feel rite now! I love u mr hubby! ♡♡♡
"Ku adalah manusia
Yang paling beruntung
Memiliki kamu
Kau tiada habisnya
Menyayangi aku sepenuh hatimu
Cinta yang luar biasa
Ku serahkan.. pada dirimu
Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hatiku kan menjagamu
Demi cinta seutuhnya
Ku kan berjanji seumur hidupku
Takkan lelah mendampingimu"
#Song by Sabhi Sadhi, "Cinta Sesungguhnya"
P/s: tetiba terasa feeling2 cam baru kena ngorat ngan pakwe masa zmn muda remaja dulu ..hikhikhik...but it sweeter bcos he is my husband now♡♡♡♡
Thursday, 27 March 2014
wishlist
sedar x sedar masuk 6 bulan dah aku pregnant. 3 months ++ to go! should be thinking what to buy for adik baby dah ni. heee...so, pink or blue?? ce teka, ce teka....
it's pink!Alhamdulillah
kalo ikutkan teringin nak baby boy tapi rezeki Allah tentukan girl, kami terima dengan senang hati :) irdina dapat geng main masak2..ummi dapat geng menyoping sorang lagi..hee..dah dapat bayangkan kecomelan irdina dan adik dia nanti..weeee...mesti sweet sangat! aku suka tengok both anak dr halina, wife dr syed muzaffar tu..dua2 girl & sgt sweet n comel..harap2 irdina dan adik dia macam tu jugak nanti. =)
oleh itu, x banyak la barang utk kami tambah. boleh recycle kakak irdina punya sikit2. mostly baju bajan la...banyak yg elok lagi..cuma ada la beberapa barang yang ummi nak belikan untuk adik. sian jugak dia, xkan semuanya nak recycle kakak punya kan..hehehe. so, ummi pun dah buat wishlist barang yang ummi nak beli kali ni untuk kami.here goes the list:
1. car seat maxi cosi pebble **InsyaAllah...target cabriofix tapi kat UK, pebble tengah sale. harga termasuk shipping sampai Malaysia lagi murah dari cabriofix yang jual kat sini. Ummi dah contact seller tu. harapnya dia reply la cepat..huhuhuh**
2. newborn outfit. **romper banyak boleh recycle kakak punya. ummi is soo in love with mothercare punya material so dah terbeli pinky long sleeve vest ni hari tu. nasib ada diskaun 40%.hohoho. next target, sleepsuit pulak.weeee!!**
Monday, 17 March 2014
risau
i've been on that stage of their life..sememangnya kita hanya mahukan keseronokan..nak enjoy katanya!semuanya terletak atas kemahuan diri sendiri dan pengaruh rakan2. ya, aku belajar kat universiti swasta. selalunya bila orang dengar belajar dekat U swasta ni semuanya sosial, perangai x elok dll..kebanyakan yang buruk2 saja. tapi Alhamdulillah, aku dikelilingi rakan2 yang sangat bagus,..we just enjoying ourselves, doing things together, "gosipping" like all girls love to, laughing like monster etc...seronok bila kenangkan balik.hehe...that time x dengar la pulak budak mati kat konsert sebab dadah bagai ni..ke aku yang taktau or x dengar berita.. tapi sekrang aku rasa benda2 macam ni sangat ekstrem dan budak2 sekarang semakin dan tersangat lah sosial!
sebagai seorang mak, of course aku sangat risau dengan masa depan anak2 aku.risau bila memikirkan dengan siapa anak2 aku bakal berkawan, mampukah mereka bertahan dengan dugaan di luar sana...risau keadaan di masa hadapan.
risau risau risau!!
"Ya Allah, berikanlah kami petunjuk dan jalan untuk mendidik anak2 kami menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. yang sentiasa takut untuk melakukan larangan-Mu. yang sentiasa akan mengikut perintah-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Thursday, 13 March 2014
bersalin di mana?
yang ni kena start fikir dari awal2 mengandung lagi..nak bersalin kat mana nanti?? since aku dah ada experience anak sulung dulu, membantu jugak la utk kali kedua ni. masa bersalin kat irdina dulu, i was hoping for normal delivery tapi keadaan x mengizinkan **kalau betul la kan** ataupun disengajakan untuk C-sec. wallahualam
jadi kali ni, aku nak strive jugak untuk normal. xmau serah diri awal dan nak tunggu betul2 sakit baru gerak pi hospital!
since due date masa tengah bulan puasa dan nak dekat raya dah, aku dalam dilemma nak bersalin kat mana. memang sangat convenient kalau nak bersalin kat KL/Selangor ni sebab banyak choice private hospital yang ada dokter perempuan..kalau bersalin sini, nak travel balik kampung lepas bersalin tu satu hal...pastu masa dah nak terberanak, belum tentu hubby ada sini untuk temankan..me want hubby temankan macam duluuuu..uuuuuu
makanya, lepas berbincang dan berfikir panjang, kami decide utk bersalin di Penang/Perak. Here are the list of some private hospital yang terdekat dengan aku:
1. KPJ Penang, Bandar Perda
- dulu aku bersalin kat sini dgn Dr Fawziah. bagi aku, aku x berapa ngam sangat dengan dia. dia serius dan susah nak senyum. pendek kata, x berapa mesra. tambah pulak aku ni kan 1st time, lagi la tatau apa2 dan dia pun x banyak membantu. dari awal check up, dia asik kata kepala baby besar dan aku maybe kena C-sec. see, awal2 lagi dah bagi hint. bila dah bersalin, dia bagitau tulang pelviks aku kecik dan lepas ni kalau nak bersalin lagi memang kena operet. oh nooooo, ini yang aku x mau dengar.
- sekarang, bila checkup utk anak kedua ni, doc akan tanya history bersalin anak 1st. bila cerita, semua macam buat muka pelik kenapa aku kena operet sedangkan baby sedang2 saja. hmmmmmmmmm....so, KPJ is out of my list this time.
2. Pearl Maternity Hospital, Bayan Lepas
- google punya google, terjumpa hospital ni. dokter perempuan islam dan mendapat review yang agak baik dari orang ramai **walaupun ada jugak sesetengah yang kata dokternya garang**. bila bagitau hubby, dia setuju. nasib jugak PMCare cover sini. maka, aku pun set la appointment...apa yang aku x gemarnya, receptionist/ nurse yang angkat kol tu sangat lah x memberangsangkan. macam biadap pun ada sbb aku x habis cakap dia dah letak. so, aku dah cam slack sikit nak ke situ...maybe out of list jugak.hmmmmmmm
3. Columbia Asia Taiping
- ini final choice hospital. taiping dekat dengan rumah mak aku. dokter perempuan india. memang kalau boleh nak yang muslim tapi ada dokter lelaki..memang x la aku nak tadah perut kat dokter laki kan..bila kol utk set appointment, dia kata boleh walk in..biasa la kalau hospital besar ni mesti receptionist berbudi bahasa..maka, sabtu lepas kami ke sana untuk buat detail scan 4d. saja suka2 nak tengok keadaan adik baby.
- 1st time ke Columbia Asia Taiping ni, rasa selesa dengan suasana dalam hospital yang tenang dan x sesak. walaupun kena tunggu almost 2 jam baru sampai turn, me is tak kesah sebab masuk2 ja bilik dokter, kami disambut dengan senyuman dan dokter sangat baik dan lembut serta peramah..after sembang2 sket pastu dia buat detail scan..Alhamdulillah, adik baby is growing healthy. bila buat 4d, x berapa nak jelas sebab baby still kecik tapi dah boleh nampak iras2...nampak macam kakak dia dulu ja.hahahah..nak kata apa dah kan, ummi n abah pun kadang org kata adik beradik, maka anak pun nak sepesen la gittewwww...hahahahha..jantina adik baby???? hmmmm...hmmmmm...hmmmmmm...nanti la tunggu lagi skali scan 19 hb ni kat klinik baru nak konfem betul2...heheh..hari tu dokter macam ragu2 sket tapi dia konfemkan jugak jantina tu..xpa2, kali ni ummi rileks skit.x kalut eksaited macam dulu...dulu anak 1st khennn, semua benda ummi eksaited! hoho
- guest how much detail scan 4d???? it only cost me RM103 for scan & consultation! me sangat puas hati! walaupun dokter hanya print 4 gambar scan without cd, aku memang x kisah sebab dengan servis yang macam ni membuatkan aku nak datang lagi..yeszzaaaa, terus kami decide aku akan bersalin kat sini. hubby pun suka enviroment Columbia Asia Taiping =) oh lagi satu, aku dapat goodies bag jugak..weee weee weee, me is soooo suka! **sapa yang x suka kan dapat goodies bag..heheh..mak shin chan sangat!**'
Pray for MH370
Pray for MH370
Satu dunia sedang bercerita tentang kehilangan pesawat malaysia airlines MH370..kehilangan yang sangat misteri. Tiba2 lenyap dari radar. Banyak sangat versi cerita dan teori semua orang duk buat...Kadang2 sampai serabut baca spekulasi yang macam2 tu!
Sesungguhnya kejadian ini amat terkesan kat aku..kenapa?? Sebabnya, pada malam kejadian aku pun berada di klia..menanti untuk naik flight MH1194 ke penang pada pukul 1145 malam...ni 1st time aku naik MAS...sebelum ni asik naik AirAsia dan baru sekali merasa naik Malindo Air sbb tiket balik penang bole dapat murah..kebetulan pulak kali ni aku dapat tiket MAS dgn harga berpatutan, awat pulak x beli khennnn...haruslah nak merasa naik dari klia pulak...
But I felt something strange that nite...it's not like x sedap hati tapi more to rasa neves...mebi sbb 1st time nak naik MAS kut..ceittt..mcm la baru 1st time naik flight kan nak neves2 ni...dah lah boarding gate nun jauh di hujung skali, jenuh mak buyung ni nak berjalan...huhuhuh...nasib sampai2 flight dah ada..syukurla x delay..kalu delay mau lagi lambat aku sampai...
Flight start jalan dalam pukul 1157 cmtu (if im not mistaken)..masa nak gerak ke runway tu terasa cm dia jalan laju..kona2 masuk runway terus rempit utk take off...pehhh, memang pilot rempit ni...kalu AA selalunya dia akan stop sat baru pecut...alhamdulillah time take off suma mcm biasa..x la terasa apa2 sangat....20 menet ++ lepas tu tetiba flight cm gegar2..biasa la tu langgar awan..tetiba gegar gila2 sambil terasa menjunam...masyaAllah...cuak gila aku waktu tu, dup dap dup dap rasa...pastu pilot buat announcement dah nak landing..huish, biaq betui ni..cepat gila dah nak landing..aku dah makin cuak..jangan la jadi apa2..mcm2 doa aku baca.mintak2 selamat landing...huuu...seryes x penah rasa perasaan ni..even masa pi korea dulu pun xdak experience mcm ni...huuuu..Mungkin itu adalah perkara biasa bagi frequent flyer or kamu mungkin pernah rasa yg lagi dahsyat, tapi since aku x pernah mengalaminya, aku rasa luar biasa..
Alhamdulillah...selamat jugak landing kat penang...jumpa2 hubby terus aku cerita betapa neves & cuaknya aku td...hubby pun cakap pilot MAS ni rempit..sebab cepat jugak aku smpai...masa otw balik rumah, hari hujan..so, aku assume yg gegar2 teruk td tu sebab langgar awan hujan..it's ok..
Esok harinya, hubby bangun tidoq bagitau ada flight MAS hilang..dasat betui laki aku ni..dapat tau dalam mimpi ka?? Ropanya mangkit2 tidoq terus tgk forum favorite dia tu...x lama lepas tu keluar berita kat tv..seriusssssss buat aku ingat balik experience aku malam td! MasyaAllah...kalau betul la apa2 jadi dekat flight yg hilang tu, aku dapat bayangkan apa penumpang2 rasa dan aku sendiri dapat bayangkan kalau aku dalam situasi tu..betul2 buat aku rasa x senang..betul2 buat aku ingat mati!
huuu..x dapat nak gambarkan perasaan tu. Bila terkenang balik, aku mungkin ada terselisih dengan para penumpang MH370 di klia..mereka juga x jangka itu mungkin kali terkahir dapat jumpa family, dapat peluk cium anak2, suami/isteri, mak abah....apa2 pun, kalau itu dah qada & qadar Allah, kita manusia x mampu nak buat apa..memang kita sayang dan cintakan keluarga kita tapi kita kena lebih cintakan Allah..mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku..jugak jadi iktibar utk aku lebih ingat Allah dari lebih lalai dengan hal2 dunia.
Apapun, marilah kita doakan yg terbaik utk MH370..I don't have any relatives in that flight but I know the FO. my ex-schoolmate at mrsm taiping...kami satu batch of course. Dia dalam kelas reka cipta, x amik biologi..lepas habis spm, aku ada dgr cerita dia masuk pilot school...mungkin memang minat dia nak jadi pilot kan...and also got 2 close relative to TM staff...yg sorang tu wife AGM if I'm not mistaken...mesti husband dia tengah risau sangat kan..huu..semoga semua anggota penyelamat mendapat petunjuk dan dapat mengakhiri penantian ni...betul la, penantian itu suatu penyeksaan...
Wednesday, 12 March 2014
mencari mood
banyak benda terfikir nak update tapi bila bukak ja page new post, terus blank tatau nak update apa..
hmmm...semoga esok mood aku datang...sigh~
Monday, 3 March 2014
dilemma..oh stroller
dalam banyak2 barang baby, yang paling aku suka adalah stroller. mungkin bagi certain orang x nampak apa keperluan stroller itu dan x kesah design macam mana janji boleh pakai, tapi bagi modern mommy **cheewwaaahhhhh** macam aku nih, sangat sukakan gaya dan trend design stroller masa kini...haha..kemainnnnnn
haritu bekenan quinny zap xtra, dah dapat beli dan puas hati tapi susah nak bawak travel pulekkkkk...masa nak pi korea terpaksa beli mydear buggy..hubby xmo bawak quinny..hukhuk.
sekarang, tengah famous stroller babyzen yoyo!!!! me is soooooooo bekenan..1st lightweight stroller yang menepati size cabin luggage flight dan boleh bawak masuk simpan kat tempat luggage atas kepala tuuuuu...memandangkan kami ni suka travel dan dah terbeli tiket flight utk tahun depan, makanya babyzen yoyo adalah stroller yang menepati keperluan kami..haha..sangat senang nak fold & unfold..x caya tengok video dia kat youtube ni..sebelah tangan dukung anak, sebelah tangan bukak stroller.serius smart! even buggy mydear tu pun perlukan kedua2 belah tangan utk fold & unfold..
tapiii...tapiiiii...tapikannnnnnnnn
hubby kata kalau nak beli stroller baru, dia suh tolak quinny tuuu..sobsobsob..dia x suka ada banyak2 stroller..menyemak katanya...pembaziran jugak bila ada banyak2 nih..huuuu..tapi since anak nak masuk dua ni, aku verangan nak beli carseat maxi cosi cabriofix utk adik baby. boleh pakai dengan body quinny tu. body quinny bila dah lipat memang kecik dan sangat convenient..inisiatif nak beli car seat sebab nak ajar adik baby duduk dalam tu awal2..xmo jadi macam kakak dia..buas sangat dlm kereta..sat kedepan, sat kebelakang..berapa kali dah jatuh gedebuk gedebek bila ter'brek' mengejut.huuu..sangat bahaya okeee...dah ada pengajaran disitu..
tapikannnn lagi
kalau beli carseat, x compatible la pulek dengan babyzen yoyo niii...so far yang aku duk gugel, xdak lagi carseat yang compatible..huuuu..tapi nak jugak2 stroller tu..selagi x dapat, selagi tu la aku akan duk nyanyi2 tepi telinga hubby..hahaha...ada jugak aku jumpa beberapa online shop yg buat kutu utk stroller ni..tapi bila kira2 balik harga macam mahal sket..better aku simpan duit sendiri bulan2 xpun tunggu bonus nanti khennn...
setelah difikir2kan ada beberapa alternatif untuk aku tukar stroller ni. hohohoh
1. jual quinny zapp yang ada sekarang, dan upgrade ke quinny zapp extra 2.0 yang boleh fold seat sekali dengan body stroller..so, boleh la add on car seat maxi cosi.
2. maintain quinny, dan buat tabung simpanan untuk babyzen yoyo. dalam masa yang sama, pau hubby untuk car seat.hakhak..**memang tak la laki cek nak setuju**
haih, hover kan mak...anak x demand, mak plak yang ngengada lebih.ceittt..let's wait and see what happen next...adakah berjaya aku memujuk hubby utk babyzen yoyo & maxi cosi cabriofix.....
p/s: hmmpphhhhhhh......tabung stroller xleh start lagi bulan ni sebab wuju pau suh repair aircond dan tukar tayar depan dia....sobsobsob =(
Wednesday, 12 February 2014
sembang tengah hari
happy cek sebab hubby ada kat sini 2 hari..2 hari ni pi ofis sama-sama.weeee..tapi malam ni hubby dah nak balik penang.sedey sikit di situuu..tapi xpa, jumaat ni hubby mai balik.hoho
lunch 2 hari ni pon lunch sama-sama even ada lunch yg dah disediakan di ILSAS..masing-masing nak luangkan kualiti masa bersama-sama..it was a very good time we had together =) balik keja pon sama-sama..suka sangattttt!!terasa normal kembali buat seketika..heeee
okeh, back to the main topic.
alkisahnya, masa nak bayar parking di alamanda tadi ada sepasang couple depan kami..kemain manja-manja gitteewwww, lalu mengingatkan aku time zaman kami laki bini ni couple dulu...hahahha..lepas couple tu blah, aku cakap kat hubby:
aku : mmmmm..mmmmm...manjanya couple tadi..x kawen lagi kemain haaa..sok ni dah kawen, nak pegang bini camtu pon susah..**cakap sambil jeling-jeling kat hubby**
hubby: **gelak sambil jeling manja balik kat aku sambil tangan nak bayar parking autopay** ehehehe...nak buat macam mana, dah kawen bila nak pegang ja kena short letrik..camna nak manja-manja lagu tu...
aku: ellleeehhhhhh...alasannnnnnnn
hubby: betui laaaa....tebalik pulak kita ni..patutnya dulu time couple tu yang kalu pegang kena short letrik, ni dah kawen pulak jadi camtu..hahahhahaha
heh, ada saja jawapan laki aku nih..rasa lawak pun ada..hahahahhahah...
tapi kadang, ada logiknya jugak.we had build up our own theory.. =) bila dah kawen ni, hidup penuh dengan aktiviti..bila balik keja penat, maka badan pun mula mengeluarkan cas negatif ..selalu bila aku nak pegang hubby mesti sakit cam kena short letrik tu..kadang hubby pun jadi camtu jugak..**ni teori pandai2 kami ja tau..haha**tapi x selalu laa...cuma time penat melampau ja jadi lagu tuu..hohohohoh
tapi dah kawen ni, buat apa nak tunjuk manja lebih depan public..kat rumah malam jumaat kan dah terlebih-lebih manja..hahahahha..tambah pulak dah beranak pinak.kena la jaga kelakuan sikit depan anak-anak kan...kadang, bukanlah nak bangga time couple dulu kami bermanja-manja bagai..cuma masing-masing sedang berada si zaman jahiliyah di mana terlalu mengikut perasaan dan pengisian ilmu agama tu sangat-sangat kurang..Alhamdulillah, lepas dah halal ni kami diberi hidayah sikit demi sedikit dan cuba untuk perbaiki diri menjadi hambaNya yang lebih baik. =) dan semoga kalian juga begitu..
sekian cerita sembang tengah hari antara laki bini..rasa macam kelakar tapi bila terkenang zaman seblum kawen membuatkan aku banyak berfikir..makanya, terjadi lah entry ni yang mulanya aku rasa lawak tapi ada pengajaran disebaliknya untuk difikirkan bersama.hehe..
wassalam
Monday, 10 February 2014
unexpected journey
![]() |
| happy...3 of us :) |













