Monday, 3 March 2014

dilemma..oh stroller

eheee...

dalam banyak2 barang baby, yang paling aku suka adalah stroller. mungkin bagi certain orang x nampak apa keperluan stroller itu dan x kesah design macam mana janji boleh pakai, tapi bagi modern mommy **cheewwaaahhhhh** macam aku nih, sangat sukakan gaya dan trend design stroller masa kini...haha..kemainnnnnn

haritu bekenan quinny zap xtra, dah dapat beli dan puas hati tapi susah nak bawak travel pulekkkkk...masa nak pi korea terpaksa beli mydear buggy..hubby xmo bawak quinny..hukhuk.
sekarang, tengah famous stroller babyzen yoyo!!!! me is soooooooo bekenan..1st lightweight stroller yang menepati size cabin luggage flight dan boleh bawak masuk simpan kat tempat luggage atas kepala tuuuuu...memandangkan kami ni suka travel dan dah terbeli tiket flight utk tahun depan, makanya babyzen yoyo adalah stroller yang menepati keperluan kami..haha..sangat senang nak fold & unfold..x caya tengok video dia kat youtube ni..sebelah tangan dukung anak, sebelah tangan bukak stroller.serius smart! even buggy mydear tu pun perlukan kedua2 belah tangan utk fold & unfold..

tapiii...tapiiiii...tapikannnnnnnnn

hubby kata kalau nak beli stroller baru, dia suh tolak quinny tuuu..sobsobsob..dia x suka ada banyak2 stroller..menyemak katanya...pembaziran jugak bila ada banyak2 nih..huuuu..tapi since anak nak masuk dua ni, aku verangan nak beli carseat maxi cosi cabriofix utk adik baby. boleh pakai dengan body quinny tu. body quinny bila dah lipat memang kecik dan sangat convenient..inisiatif nak beli car seat sebab nak ajar adik baby duduk dalam tu awal2..xmo jadi macam kakak dia..buas sangat dlm kereta..sat kedepan, sat kebelakang..berapa kali dah jatuh gedebuk gedebek bila ter'brek' mengejut.huuu..sangat bahaya okeee...dah ada pengajaran disitu..

tapikannnn lagi

kalau beli carseat, x compatible la pulek dengan babyzen yoyo niii...so far yang aku duk gugel, xdak lagi carseat yang compatible..huuuu..tapi nak jugak2 stroller tu..selagi x dapat, selagi tu la aku akan duk nyanyi2 tepi telinga hubby..hahaha...ada jugak aku jumpa beberapa online shop yg buat kutu utk stroller ni..tapi bila kira2 balik harga macam mahal sket..better aku simpan duit sendiri bulan2 xpun tunggu bonus nanti khennn...

setelah difikir2kan ada beberapa alternatif untuk aku tukar stroller ni. hohohoh

1. jual quinny zapp yang ada sekarang, dan upgrade ke quinny zapp extra 2.0 yang boleh fold seat sekali dengan body stroller..so, boleh la add on car seat maxi cosi.

2. maintain quinny, dan buat tabung simpanan untuk babyzen yoyo. dalam masa yang sama, pau hubby untuk car seat.hakhak..**memang tak la laki cek nak setuju**

haih, hover kan mak...anak x demand, mak plak yang ngengada lebih.ceittt..let's wait and see what happen next...adakah berjaya aku memujuk hubby utk babyzen yoyo & maxi cosi cabriofix.....

p/s: hmmpphhhhhhh......tabung stroller xleh start lagi bulan ni sebab wuju pau suh repair aircond dan tukar tayar depan dia....sobsobsob =(

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik