Wednesday, 11 April 2012

jalan-jalan langkawi!

salam 1blog.hee

aku suka jalan2 & nasib baik dapat suami yang sangat suka berjalan2!sempena aku masih dalam unpaid leave, kami plan untuk bercuti ke langkawi with my family. family hubby xmo ikut sbb dah cemuih pi langkawi.haha.for me, this is my 1st time pergi langkawi!

diulangi...1st time pergi langkawi!!!haha..sangat kesian okeee...selama 24 tahun ni, aku x pernah menjejakkan kaki di langkawi.makan coklat dari langkawi dah banyak kali. tu pon sebab orang bagi merasa.haha. so, jadinya aku sangatlah super duper eksaited! ditambah pulak dah ada anak dara kecik tu, lagi la aku eksaited nak bawak dia jalan2.hubby booking banglo tnb dari 27/3 - 30/3. 4 hari 3 malam kami melepak di situ dengan bayaran hanya RM30 saja. itupon tolak gaji.haha. kalau TM resort mahal sikit. boleh refer sini. pulak tu takdak pantai untuk mandi manda tapi dekat dengan tempat nak naik bot utk pergi island hopping.oke, meh nak cerita detail lagi.mungkin agak panjang.hoho


27/3/12 Selasa.

bertolak dari rumah mak aku (tg piandang) agak lambat juga sebab tunggu abah balik kerja.kena kerja malam pulak hari seblumnya tu.isk3.abah sampai rumah, trus masak ayam masak ros (sgt sedap oke!!), then kalut2 siap. mak aku pulak da siap masak sambal udang. so, packing2 semua, dalam pkul 10 lebih kami bertolak. of kos la hubby yang drive sbb abah aku mesti ngntok.so, dia tidoq saja dalam perjalanan termasuklah anak dara kicik ni yang kerjanya kalau masuk kereta saja kompem nak nenen pastu tidoq. umminya yang eksaited ni x mengantuk langsung oke!!haha.neves nak naik feri kot sbb takut pening muntah2.haha.

kami sampai di jeti kuala perlis dlm pkul 12 lebih. hubby pergi beli tiket dapat feri pukul 2 ptg. lama lagi nak kena tunggu. as usual, aku yg asek kelaparan dah bising2 lapar. nasib baik ada kfc depan jeti. melantak la kfc dulu.makan punya makan x sedar dah nak pukul 1.30 ptg. terus pegi jeti untuk loading barang.lepastu anak dara ni pulak nak nenen. so, bagi refill dulu skit sebab dah nak dekat pukul 2.kereta pun x pi parking lagi. kelam kabut loading semua n hubby cepat2 pi park keta.nasib baik orang x ramai sangat di jeti. x la sesak sangat.

dalam feri pulak, tetiba irdina mengamok.mana x mengamok, x puas nenen tadi sbb dpt sikit saja.dah tu mengantok sama sebab pkul 2 ke atas memang time dia tidoq.jenuh pujuk2 akhirnya mau gak nenen pastu tertidoq.feri yang kami naik ni agak kecik n sempit so, terasa la jugak pening skit masa mula2 tu. lama2 dah oke.dah nak dekat sampai, irdina bangun senyum2 gelak2. dah puas tidoq gamaknya. lpas tu dia poo poo pulak.abes bocoq sampai ke baju.alamatnya, sampai kat jeti kuah kena tukar baju.isk3

kat sini, kami sewa vios.sehari RM 70. 4 hari RM 250.sangat berbaloi sebab kami dah jimat banyak untuk penginapan. murah kan sewa vios ni.mungkin kami pergi time bukan cuti sekolah.sebab tu dpt harga yang boleh tahan..so, perjalanan diteruskan ke banglo tnb di pantai tengah.dekat dengan pantai cenang.memang kawasan pelancongan..ramai mat salleh n pak arab..hari2 cuci mata tengok mat salleh berbikini. yg lelaki pulak ber'spenda'.merah lagi tu you!hahahah

sampai saja kat banglo tu, terus semua orang flat.it was so cozy and feel like home.complete dengan dapur, pinggan mangkuk etc.ada 3 bilik and aircond setiap bilik.fuh, bes tidoq nih..untuk diner malam tu, kami makan lauk pauk yg dah dimasak.cuma beli beras saja untuk masak nasik.asalnya, plan nak jalan2 malam tu sebab ada pasar malam area kedawang kalu x silap tapi mak n abah x larat dah nak keluar.so, tinggal aku tinggalkan irdina with her tokmi n tok abah sebab awal2 lagi dah tidoq.penat kunun.hakhak. her ummi n abah leh pi deting2 sat kat pasar malam ja ponnnn.

**hari pertama pon dah panjang benau story.haha**

28/3/12 Rabu.

believe it or not, tidur malam tu aku rasa sangat panjang.asek terjaga saja walopon irdina x mintak nenen..lambatnya nak pagi.isk2.ini adalah sebabnya x sabar nak main2 kat pantai di waktu pagi dan berjalan2..agak2 baru nak terlena balik, anak dara kecik ni pulak bangun.oleh itu, aku pon bangun terus sebab dah pukul 6 lebih.haha.pagi2 suasana sangat indah. view pon chantek.tukar baju semua terus bedesup pegi pantai bawak irdina jalan2 dengan tok abahnya.hehehe..agak2 dah panas sket tu, terus balik banglo..

planning untuk hari ni adalah jalan2 sahaja. pusing langkawi sepuas-puasnya sebab langkawi ni x besar mana pon. 1st skali, target ialah island hopping. ingatkan dapat pegi pagi sebab xmau panas sangat, alih2 ada petang sebab trip pagi dah jalan pukul 9 td.kami sampai situ pukul 10..kalau nak buat island hopping ni dinasihatkan untuk ke kaunter terus sebab dapat harga murah.cuma RM 25 sahaja. kalau kita tanya orang/ulat tiket yg bukan dikaunter, ada yg akan kata tiketnya RM 30-40.xpon mahal lagi.so berhati2 lah.better beli di kaunter.so, trip kami adalah pada pukul 2 ptg nanti.oleh itu, aktibiti pagi ni bertukar ke cable car.

dari situ, kami terus ke cable car.,kata orang, antara tempat yang wajib untuk dilawati kalau pergi langkawi adalah cable car. namun, hampa seketika apabila sampai situ sebab dia tengah buat maintenance.pukul 12 baru dia buka balik. malas nak menunggu, kami pun pusing2 nak pergi tempat lain. tengok sign board ada pantai pasir hitam.aku tanya hubby, pasir pantai tu warna hitam ka?hubby kata ya. aku pon teringin nak tengok lalu terus suruh dia drive ke situ.sampai2 saja kat pantai pasir hitam, "hoh, ni ja ka yang hitamnya??macam pantai biasa ja". know what, aku imagine keseluruhan pasir pantai ni kaler hitam. rupanya secoet2 saja yang ada lagi.heh.buleh la tu. at least, merasa jugak pegang pasir warna hitam walaupun teksturnya sama macam pasir biasa.hahaha.




hari dah makin tengah hari, kami pun terus pergi lunch. **agak amazing sebab terjumpa anak mat salleh baru balik tadika KEMAS kat situ**. lepas tu pergi padang mat sirat, tempat beras terbakar. lagi skali, nothing there.kecuali kalau nak shopping kain batik, topi murah2 etc. irdina dapat topi satu. tokmi belikan sebab patang nanti nak pegi island hopping takut panas. rugi ummi x beli satu.hukhuk

next, balik banglo jap untuk sembahyang semua, kami keluar balik ke tempat island hopping tu. x jauh pon.5 menet saja dari tempat kami duduk tu.betul2 seblah tm resort. ingatkan kami berlima saja yg akan naik bot tu, rupanya ada jugak mat salleh yg join kami. sebenarnya agak risau jugak nak pegi island hopping ni sebab takut irdina meragam. stok susu pon x bawak.aku terpikir macam mana la kalau dia nak nenen atas bot nanti. haru biru kang nanti.tapi sangkaan aku meleset sebab.......guess what?? anak dara tu tidoq oke bila bot jalan!pandai pulak tu.bila bot berhenti, dia terjaga. bot jalan balik, dia sambung tidoq.haha..so, her ummi dah x risau dah dia mintak nenen atas bot.hoho.

muka budak neves + eksaited nak naik bot! 
aktiviti island hopping ni akan bawak kita pergi ke pulau dayang bunting, tengok helang makan dan pulau beras basah.overall, aku sangat satisfied dan seronok.dapat tengok kejadian alam yang sangat cantik. i truely love nature. suasana tasik dayang bunting sangat menenangkan.air tasik sangat jernih sampai kita boleh nampak ranting pokok besar yang tenggelam dalam tasik. boleh tengok kat area tepi2.tengah2 memang tak nampak la.haha. kat sini, irdina sempat refill dan poo poo.siap bocor lagi tu.trus kena tukar baju.haha.

**they are my heart**
**moment with tokmi & tokabah**

aktiviti tengok helang makan tu takdak apa sangat.biasa2 saja..kat pulau beras basah, pasirnya sangat halussss!!hubby kata pasirnya macam tepung.kat sini, for the 1st time, ummi bagi can irdina main pasir.main sampai dia cemuih.sampai merah kaki haa..hahaha..seronok betui anak dara kecik ni main.sampai bila balik rumah sebut pasir pun tergedik2 seronok.x leh blah! pukul 5 sampai darat balik, terus balik ke banglo..


malamnya, aktiviti mencari makan. kami mencari restoran seafood yang sedap.based on hubby search, ramai orang rekomen makan di restoren nelayan.mula2 sesat jugak la mencari jalan, akhirnya jumpa jugak. makan kat situ??for me, so so saja.sedap dan bes lagi makan seafood kat jeram masa tengah pregnant dulu. harga x la mahal sangat.mungkin sebab bukan musim cuti sekolah.



kenyang makan, kami straight pergi ke pekan kuah.saja nak jalan2 windows shopping dulu seblum shopping for real keesokannya. oleh sebab dah nak dekat pukul 10 malam baru sampai ke pekan kuah, banyak kedai dah tutup.nasib baik haji ismail group bukak lagi.sempat la memborong cokelat sikit.hehe.lepas tu, terus balik tidoq..penat seharian berjalan2 haa..esoknya adalah shopping day!aku sukaa!!

29/3/2012 Khamis

hari ni, awal2 pagi lagi semangat bangun sebab nak bermandi manda di pantai..seronok2.dah lama x mandi pantai. tokmi tolong pegang irdina. tapi aku x mandi sangat pun. seronok mencari siput bayam..hoho..x sangka pulak kat pantai tu ada siput yang boleh dimakan nih. kebetulan abah saja tengok2 siput kat pantai tu, tup tup terjumpa siput bayam. abah pun apa lagi, semangat la dia mencari sampai penuh poket seluar. kena kepit ngan ketam pon x kesah. masih kental mencari.hahaha..hubby pon cari, dapat la beberapa ekor. mak aku pon dapat banyak jugak.yang paling looser adalah aku.dapat sekoq ja!hahaha. siput jenis ni memang ada kat pantai berpasir.bila air surut, boleh la cari.hee

**siap di rebus dan sedia dimakan.nyum nyum**
bila matahari dah naik, kami pon balik.then, siap chantek2 sebab nak p nek cable car hari ni.hoyehhh!!! eksaited + neves. risau gayat nih.hehehe..mak aku mulanya xmau naik. pujuk punya pujuk, naik jugak.hoho. memang gayat pun tapi x rasa sangat sebab slow ja. view dari atas sangat cantek. definitely will come again for next visit.hee..masa nak turun tu, cable car terhenti seketika. mungkin sebab angin kuat kut.kami agak cuak seketika...paling cuak adalah mak aku.haha



oke, dah puas dah pi semua tempat yang nak pi. next is shopping timeee!!!!tengkiu hubby kerana memberi bajet yang agak besar untuk aku soping. maklumla, aku kan x bergaji.mana nak ada duet simpanan untuk soping.hukhuk..selain dari cokelat, aku soping seperti mak2 yang lain..beli pinggan mangkuk n periuk bagai.haha..sangat murah oke!!!kalau nak bandingkan dengan harga kat tanah besar ni memang la berganda. kat sini set pinggan corelle dlm RM300++..kat jusco dalam RM600++.isk3...so, wajibla amek satu set..oh, terasa diri makin veteran..dulu x heran pun set pinggan mangkuk kuali periuk belanga ni..haha

dah penat soping, balik la ke banglo. untuk diner, kami masak sendiri sebab nak keluar awal sikit. nak sambung shopping!x abeh lagi soping siang tadi..soping sampai lebam.hoho.the, balik banglo n tidoq. esoknya dah nak balik dah..huuuu

30/3/2011 Jumaat

ini hari, sudah mau pulang.sedih2..minggu depan pulak dah nak masuk kerja. double sedih.huu...bangun pagi2 untuk packing baju2 semua. abah siap beli 1 extra beg untuk angkut pinggan mangkuk periuk belangan tu.semangat haa..checkout dari banglo dalam pukul 10 lebih, lepas tu straight ke pekan kuah. hubby beli tiket balik dulu, lepas tu sambung soping lagi sikit! memang x abeh soping lagi nih. hubby n abah dah pening kepala nak angkut barang2 tu semua.hoho...bukan selalu nak soping macam ni.heee..

bot kami pukul 1..ingat x ramai sangat orang nak keluar dari langkawi. rupanya ramai jugak. haish..jenuh bersesak2..irdina pulak tetiba wat perangai dalam bot.isk2...jenuh la abah dia usung sana usung sini nak bagi dia. rupanya anak dara tu mengantuk nak tidoq tapi xleh tidoq sebab panas. bawak pi dekat tempat sejuk baru mau tidoq. itu pun dah nak sampai kat jeti kuala perlis.haiyoh..



huh, akhirnya percutian kami pun tamat. adeh, penat menaip panjang2..2 minggu jugak la nak menaip haa.hehe.next vacation adalah ke Medan dalam bulan july nih..tengkiu to my MIL yang men'sponsor' percutian kami. cuma bawak duit soping saja..kalau dapat bonus ni kena tarik sikit simpan untuk soping di medan pulak.hee...dah nak raya pulak tu. soping kain baju raya kat sana lewwww..nak suruh tokmi buatkan baju kurung kat irdina.awww, mesti comel!heee..

p/s: hmm, planning nak mini vacation ke cameron highland la bulan depan.heee

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik