Saturday, 14 April 2012

blood test result.

haih...lemau betui la rasa duk kat hospital lama lama nih.

hari ni baru 2nd day. bila masuk sini ja, aku jadi lost track dengan masa. telupa hari ni hari apa, sekarang pukul berapa, dekat luar ada apa...sebelum ni paling lama aku penah duduk hospital masa bersalin kat irdina. bercuti 3 hari 2 malam di hotel kpj perda. kali ni, kena tambah lagi 2 hari. demi anak punya pasal, apa pun x pa.

khamis lepas, tokmi bawak irdina pergi klinik pakar kanak-kanak sebab tiba2 lepas minum susu formula badan dia naik merah merah . habis satu badan. aku suspek irdina alah dengan laktos susu lembu. rupanya lain pulak jadinya. doktor syak paru paru irdina terkena jangkitan kuman dan perlu di refer ke hospital dengan segera. bila dapat tau ja irdina kena masuk wad, kami laki bini jadi x keruan.terkejut sangat. malam tu jugak cabut balik tg piandang. hubby speed laju gilas sampai aku kecut perut.then, esoknya (jumaat) terus bawak dia pi kpj perda.doktor bagitau, memang kena tahan wad, minimum 5 hari!wah, pening kepala dengar.huhuh

hati ibu mana x sedih bila tengok anak yang kecik ni kena cucuk untuk ambil darah dan pasang tube untuk masuk ubat nanti. nak menanges rasa tapi kena kuatkan hati supaya irdina pun kuat jugak.

alhamdulillah, result blood test hari ni menunjukkan irdina negative dari jangkitan kuman or whatsoever. cuma banyak kahak saja. lega rasanya hati ni. abah irdina mintak nak balik esok. doktor kata tengok dulu macam mana. mintak2 la irdina boleh discharge esok.

so, treatment yang tinggal hanyalah chest physiotherapy untuk keluarkan kahak selain drip antibiotik dan gas untuk cairkan kahak. kesian budak nih. setiap kali kena sedut gas, mesti nangis x berhenti lak tu..kesian ummi tengok..hari ni saja 3 4 kali menangis sampai penat. x tahan la nak duk lama2 kat hospital kalau macam ni. sedih.

menanges sampai bengkak mata. syian anak ummi ni.huu


nampak x ada darah dalam line tube tu?huu

alhamdulillah hari ni ada single ward kosong kat bahagian kanak2. so, kami berpindah ke sini. senang sikit nak buat treatment. nurse pon baby friendly. kat ward seblum ni, nurse x reti ke apa ntah. tengok dia buat baby macam patient dewasa. geram sangat. dah la bila masukkan drip, mesti darah termasuk dalam tube tu. x paham aku macam mana dia buat. bila nurse bahagian kanak2 buat, oke ja. x paham lewww..bila darah dah beku kat dalam tube, nak flush balik masuk dalam mesti la sakit. menangis la irdina. sabar ja la ummi dia nih.huh.
in her new pediatric ward.

Semoga Allah beri kesembuhan kepada irdina. mintak2 la kami dapat dischare esok.huu..

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik