Tuesday, 17 April 2012

discharge

muka hepi 1st day kat hospital


alhamdulillah anak ummi dah discharge dari hospital ahad lepas.

lega ummi n abah ni bila doktor bagitau kahak dia da banyak berkurangan.lega sebab anak ummi ni xdak jangkitan apa-apa di paru-paru..

Terima kasih Ya Allah kerana melindungi Nur Irdina Nazihah dari sebarang penyakit merbahaya.

kadang-kadang ujian dari Allah macam ni telah membuatkan kami sedar dan di beri petunjuk. Semoga kami lebih berusaha menjadi lebih baik dan sentiasa ingat pada Nya.

minggu ni dapat MC dari doktor untuk menjaga irdina. keadaan irdina x la teruk sangat, tetapi amat kejam lah kalau aku nak tinggalkan dia di kampung selepas keluar dari hospital dan balik KL untuk pi kerja. my family is my priority!

semoga anak ummi kembali sihat macam biasa. hidung selalu jugak tersumbat. kesian dia sampai kadang-kadang bernafas ikut mulut. macam orang penat. kesian sangat! lepas bagi ubat titik dalam hidung baru lega.huu.

apapun, irdina tetap berselera makan. itu ummi sukaa!!makan banyak2 lagi ya sayang supaya membesar dengan sihat. ummi n abah love you!

2 comments:

  1. harap2 irdina cepat sihat ye. huhu

    ReplyDelete
  2. tq aunty cura..

    alhamdulillah berkat doa semua irdina da sehat macam biasa. :)

    ReplyDelete

 
Images by Freepik