Wednesday, 25 April 2012

6 months old and her birth story.


Nur Irdina Nazihah bt Mohd Iqbal.
my very own daughter.
anugerah Allah yang x ternilai.
pengikat kasih ummi dan abah.
now turn 6 months old ++.

dah 6 bulan anak ummi ni hidup di muka bumi Allah. semoga anak ummi ni akan membesar dengan sihat dan sempurna. semoga anak ummi menjadi anak yang baik, pintar, cerdik, lemah lembut, sopan santun dan solehah.

kadang-kadang aku rasa macam x percaya aku dah ada anak.
macam x percaya aku pernah mengandung dan pernah bersalin.
macam x percaya ada stretch mark yang sangat teruk kat perut.haha.
macam x percaya budak comel ni anak aku.isk2..
kadang-kadang rasa muda lagi tau you ollsss..hahaha..
hakikatnya aku ni dah jadi mak dah weiiii!

sangat seronok dapat pengalaman merasa dan tengok perkembangan baby dari dalam perut sampai la dia membesar.awal2 pregnancy memang x rasa diri kita macam pregnant sebab xdak baby bump lagi.for me, start 4 bulan baru mula nak feeling2 jadi mommy-to-be sebab perut dah naik sikit. lepas tu memang feeling abih la bila baby bump makin membesar.heee..then,baby start menendang dalam perut. awal2 memang x rasa sebab kecik sangat. start nak masuk 5 bulan, baru mula rasa. dari rasa macam angin2 saja dalam perut sampaila ke tendangan yang sebenar. it's such a miracle experience!then, the next miracle thing adalah melahirkan irdina. :)
meh nak cerita pengalaman bersalin aku.

16/10/11 Ahad

petang.

masa ni dah 38 weeks ++ kalau x silap. memang tengah menunggu hari untuk baby keluar. dah x larat nak usung perut. petang tu duk sembang2 dengan kakak ipar. dia tanya xdak turun tanda ka? memang satu tanda pun xdak. cuma ada pelvic pain tu ja yang sat ada sat tadak.huu. tapi aku ternanti2 jugak kut2 ada tanda turun darah ka apa ka.tapi hampa. then, dia cerita penglaman dia bersalin dan etc. abeh sembang, aku pun bangun nak pi mandi, tiba2 pelvic pain datang kembali. tapi kali ni lagi sakit dari yang seblum nih. bayangkan nak berjalan angkat seblah kaki pun dah sangat sakit. rasa macam bilik air yang dekat secoet tu jauh sangat.

malam tu, memang x selesa tidur. mengiring sakit, terlentang sakit.kadang2 mengerang jugak la aku sekali dua.memang x tentu arah. tapi nasib baik mau terlena jugak. yang peliknya, perut x sakit pun. x rasa ada contraction pon. tu yang x sangka memang dah nak bersalin esoknya.isk3

17/10/11 Isnin

pagi.

bangun pagi tu ingatkan pelvic pain tu dah hilang, rupanya masih sama lagi sakitnya. sambil2 tu duk tunggu gak kut2 sakit perut. sakit perut nak memerut ada la.hahaha..breakfast pagi tu hanya minum secawan air milo dan sebiji kuih ketayap.sebabnya x lalu nak makan. kebetulan hari ni ada appointment dgn doktor utk cek bukaan jalan. hubby macam malas nak pergi sebab takut x bukak lagi. lagi pulak dia dah lama sangat cuti dan plan nak balik kl hari ni. tapi aku ajak jugak pi sebab macam x tahan sangat dah dengan pelvic pain ni. hubby pon layankan saja..

12.30 tgh hari.

nasib baik orang x ramai sangat masa tu. since muka aku ni dah di 'mark' KIV admit, aku di panggil dulu.hoho..neves ni nak kena seluk cek bukaan jalan. sangat x sukaa!huuu..doktor cek bukaan jalan dah 3 cm!sangat terkejut aku. doktor suruh admit terus. then dia masukkan ubat untuk cepatkan bukaan rahim.kedudukan baby masih belum masuk jalan dan pasal kepala baby agak besar tu dia kata akan usahakan untuk aku bersalin normal. aku pulak macam x percaya baby dah nak keluar!happy + neves..

1.00 ptg

trus naik ke labour room. ada 3 labour room. 2 jenis yang biasa, 1 VIP. siap ada sofa bagai.haha. 1 labour room biasa dah ada orang yg tengah tunggu masa ja nak bersalin.dan of kos aku masuk yang kosong tu.haha.contraction x rasa sangat lepas doktor masukkan ubat tu. nurse suruh aku tukar baju hospital.oh, macam x percaya aku dah nak bersalin. x lama lagi dapat tengok anak sendiri.eksaited, neves, takut semuanya bercampur2.disebabkan oleh takut xdak energy nak meneran nanti **sebab breakfast sikit sangat** aku suh hubby belikan milo ais kedai mamak & kek choc cheese berries.dalam kepala dah terbayang2 kesedapannya.haha.sempat lagi tu walaupun tengah sakit.namun, hampa sebab doktor dah remark kat nurse aku xleh makan dan minum bila dah masuk ubat. apakah??!!! aku baca orang lain boleh ja makan suma.huuu..tensen sebentar.tapi aku curi2 gak minum air kosong sebab dahaga sangat.huu..x lama lepas tu dah start rasa sakit contraction. macam period pain..dah biasa sangat dah.boleh rilek jalan2 pusing labor room sebab nurse advice untuk cepatkan bukaan.makin lama terasa makin lenguh pinggang, lenguh kaki & contraction period pain makin kuat sampai rasa x larat nak jalan.then, nurse tanya macam mana contaraction? of kos la makin sakit. dia suruh baring dan pasang mesin CTG utk monitor heart beat baby & contraction level.

2.30 ptg

makin lama makin sakit rasanya tapi still bearable. x lama lepas tu doktor datang untuk cek bukaan. doktor kata bukaan dah 4 cm..doktor nak pecahkan air ketuban untuk cepatkan lagi proses.nurse bagi gas etonoks untuk disedut supaya x rasa sangat. serius, sedut2 terus rasa lali. terasa macam di awangan. x rasa pon doktor pecahkan, tau2 rasa air panas mengalir. haaa, lepas tu mau tau la kedahsyatan contraction nih..makin bertambah kesakitan sampai aku x lepas gas etonoks tu.sedut macam orang semput.memang rasa macam x sedar apa. yang aku tau, hubby ada di sisi.bacakan doa nabi yunus, lapkan peluh yang mengalir ketika menahan contraction, memberi kata2 semangat serta menyumbangkan tangan untuk digenggam.tengkiyu sangat2 sayang!

4.30 ptg

mak & abah dah sampai kat hospital.ada depan labour room tapi x leh masuk sebab husband saja boleh masuk. jadi, mak & abah tunggu kat luar. doktor pon datang lagi untuk cek bukaan. masa ni baru 5-6 cm.aku dalam hati, whatttt???baru 5-6 cm???sakit sangat2 kuttttttttt....beberapa kali panggil nurse sebab x tahan sangat. nurse offer untuk cucuk ubat tahan sakit kat montot. apa ntah namanya.petidin kut.1st time nurse offer, aku refuse sebab ingatkan epidural.bila nurse bagitau cucuk kat montot, baru aku accept.huhuh..dalam kepala memang dah set xmau epidural langsung!akan bertahan semampu mungkin!lepas kena pain killer tu, boleh la aku terlana sekejap.

7.00 mlm.

contraction makin mengganas! x terkira berapa minit sekali datangnya. yg lagi tensen bila orang bilik sebelah dah nak bersalin. dengar nurse semua sorak2 suruh push..terasa aku pon mcm nak push jugak tapi tahan dulu. tapi makin lama rasa nak meneran tu makin kuat.suruh hubby panggilkan nurse.cek bukaan dah 7 cm. lagi 3 cm to go tapi rasa macam x mampu bertahan..x lama lepas tu doktor datang.doktor cek jalan & kedudukan kepala baby. dengar doktor diskas dengan nurse kata kepala baby masih tinggi. x turun masuk jalan dia nak keluar.then, doktor monitor heart beat baby, seems like baby stress. aku pon tatau macam mana baby stress.haha.at last, doktor decide untuk emergency C-sect since kepala baby x turun **tersangkut kut** and iby & baby dlm keadaan stress.. aku memang reda & pasrah sebab rasa memang x tertanggung dah kesakitan tu.energy memang dah kering kontang.bayangkan la dari pagi hanya makan kuih ketayap seketul & milo secawan.huu

7.30 mlm

masuk OT room. seblum masuk tu kena sign beberapa form. boleh pulak kan.orang tengah sakit2 ni boleh lagi dia mintak sign sana sini.menggeletar tangan aku menyain. tapi cepat jugak la diorg buat kerja.zup zap zup zap pasang itu ini trus aku x sedar. aku kena bius full okee..so, memang x nampak or rasa doktor godek2 perut keluarkan baby. huuuu...i wish i can feel & see it.

8.14 mlm

lahirlah Nur Irdina Nazihah.

sedar dari bius, terus rasa nak termuntah. ada sorang tengah tunggu aku sedar kot, cepat2  dia amikan bekas. x sempat sampai bekas tu sampai, aku dah termuntah.isk3..masa ni macam x percaya dah bersalin. raba2 perut dah kempis..terus rasa x sabar nak jumpa baby! tapi badan sangat lemah..keluar dari OT, 1st skali nampak muka hubby. lega alhamdulillah semuanya selamat. nak tanya hubby mana baby, tapi x mampu nak bercakap sebab mulut rasa sangat perit..berbotol2 jugak la kena masuk air malam tu.

apa yang paling aku terkilan, aku x mampu nak BF irdina malam tu. she have her 1st taste with FM.esoknya baru nurse bawak irdina kat aku dan ajar cara untuk BF. terkial2 jugak la aku masa awal2 tu. tapi still aku x mampu nak fully BF irdina lepas tu sebab sakit C-sect & badan masih lemah.alhamdulillah lepas discharge, i'm able to fully BF her until she turns 5 month 3 weeks. then terpaksa campur sebab stok susu x berapa nak cukup & dah intro solid food. but still, portion of BM lebih banyak dari FM.hanya topup FM bila diperlukan saja.sampai sekarang, aku masih mengepam di ofis mahupun di rumah untuk irdina. alhamdulillah, masih ada rezeki untuk irdina walaupun dah x semewah dalam pantang dulu. semoga berterusan sehingga dia berumur 2 tahun. :)

that's all my story. wahhh, penat bercerita..memang dah plan nak cerita lama dah tapi masa & waktu membataskan.pengalaman ni patut diabadikan kat sini kerana akan menjadi kenangan sampai bila2. it's just a wonderful experience & i wish i can stay strong for my next baby and have normal delivery!caiyok2!

5 comments:

  1. Terharunya bace entry beranak ko ni. Sob sob. Bila lah pulak turn aku ni ek.. Hihi

    ReplyDelete
  2. hehe..InsyaAllah akan sampai jugak masanya nanti.. :)

    ReplyDelete
  3. waahh..xsangka plak ko siap dh ade anak dh. ko kawin bile pun aku xxtau. hehe. tahniah k. tengkiu jgk sbb sudi singgah blog aku. klu x aku pun xtau kabarmu. hehe

    ReplyDelete
  4. @doory - ehehe..ko pon akan experience x lama lagi. :-P

    @erin - seronok dpt jumpa member2 skolah dulu.:-) aku xde fb, mgkin tu rmai xtau aku da kawen.hehe

    ReplyDelete

 
Images by Freepik