Monday, 3 August 2015
Keguguran....
Thursday, 30 July 2015
Breastpump
Tuesday, 7 July 2015
07.07.15
Happy Birthday to my dearest Mr. Husband!
Monday, 15 June 2015
random
Wednesday, 15 April 2015
mengajar anak-anak duduk dalam car seat
susah jugak nak ajar budak2 ni duduk dalam car seat..ada saja drama dari dua beradik ni especially humaira ...dia punya mengamok tuuuuuu...x menahan..disebabkan oleh nak travel x lama lagi dan budak berdua ni wajib duduk dalam car seat, maka ummi dan abah hanya mempunyai sebulan saja untuk mengajar mereka supaya bertahanlah duduk dalam car seat itteewwwww...huhuhuhuh
masa sudah suntuk ni, kemain ummi google macam mana nak ajar budak2 especially baby duk dalam car seat...banyak jugak suggestion yang jumpa antaranya umpan anak dengan mainan favorite, hari2 bagitau kenapa dia kena duduk dalam car seat dll. mungkin setiap budak lain caranya so menggunakan suggestion orang, ummi testing untuk budak2 ni..heheh..
seminggu sebelum, hari-hari bagitau adik dgn kakak kena belajar duduk dalam car seat, kalau xmau xleh ikut ummi ngan abah pi jalan2..irdina tu ofkos la dah memang faham apa kita cakap...humaira?? buat muka blurr ja bila bagitau..haha..mulanya nak test budak2 ni time weekend..at least abah drive, ummi boleh la tengok & pujuk kalau2 ada yang mengamok..tapi, disebabkan tokmi n maksu nak balik kampung awal hari jumaat tu, so ummi decide untuk bawak budak2 ni ambil abah kat airport...ofkos mereka WAJIB duduk dalam car seat masing2! kalau x macam mana ummi nak drive kan...
10 minit pertama.....si kakak memang eksaited duduk atas seat dia sendiri..ummi pun rasa lebih selamat macam tu..kalau x duk pi balik depan belakang pastu pening nak muntah..x pun bila ter'brek' mengejut dia mengamuk kat kita..haha...si adik??awal2 masih bertahan...masuk saja highway cyberjaya nak ke dengkil-klia, mengamuk sakan sebab ummi x amik..kemain la longgok macam2 bear, mainan kat dia semua x lut...sambil2 pujuk pun x lut jugak...haihhhh...tapi ummi terpaksa buat xtau...last skali terpaksa berhenti sat di stesen minyak...bila ummi ambil, senyap terus..alahai humaira..mcm mana nak travel nanti ni..huhuuhuhuhuh...dah pujuk n bg dia rilek dlm 5 menet, ummi letak balik humaira di car seat dan teruskan perjalanan dannnn sambil bukak lampu dalam kereta...baru la humaira diam sampai airport...rupanyaaaa, takut gelap kottt..hahaha..masa abah bawak oke la pulak dia...haiyohhh la anak ummi ya humaira oi!
| muka sembab baru lepas mangamok |
| dua2 tengah sedap lena dibuai mimpi |
| humaira dah mula nak start enjin mengamok..haha |
Wednesday, 25 March 2015
Biskut Oat Chocolate Chip versi sihat
haruslah resipi versi sehat punya..kata tengah diet kan tapi mulut tuuuuu...craving nak makan macam2 sangat! hari2 mesti tapau kudap-kudap...kalau bukan soft cookies famous amos **mmm,sedapnya cranberry oatmeal** paling koman mesti tapau soft cookies subway...sedappp sangattt!!! tapi kalori untuk sebiji soft cookies paling kurang pun 150kcal ke atas. jadi, kenapa aku x google saja resepi untuk healthy choc chip cookies kan?!
lalu, jumpa lah resipi yang sangat healthy **bagi aku la**...x menggunakan tepung, telur dan butter. semua itu digantikan dengan oat, susu & minyak sayuran. ni resepinya...
2/3 cwn + 1/2 cwn tepung oat (140g)
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
4 sudu besar gula perang
4 sudu besar gula putih
1/4 cwn atau 1/3 cwn badam /pecan/walnut/hazelnut cincang
1/2 cwn atau lebih chocolate chip (better semi-sweet)
1 sudu teh vanila extract
2 sudu besar minyak sayuran
3-5 sudu besar susu
cara-cara:
1. campurkan semua bahan kering dalam satu bekas dan gaulkan
2. campurkan semua bahan basah dalam satu bekas lain dan sebatikan.
3. masukkan bahan basah ke dalam adunan bahan kering serta gaul hingga sebati
4. bakar didalam oven yang dipanaskan pada suhu 150 - 170 degree sampai masak.
tips:
**tepung oat tu aku blend saja instant oat sampai halus.
**aku blend gula sampai halus supaya senang larut dan kurang manis skit. kalau guna gula kasar takut nanti gula x lanah maka jadila biskut oat gula...hahaha
**kacang tu nak letak boleh, xnak letak pun bole.ikut suka hati.
**susu masukkan dulu 3 sudu besar..agak-agak x cukup baru tambah lagi 1 atau 2 sudu besar.
Thursday, 19 March 2015
Wednesday, 4 March 2015
Salam 2015..hehehehe
issokayy...let's start new words in 2015 :)
Assalamualaikum ...
Dah bulan 3 dah pun..baru terkedek-kedek nak up post baru.haha.me is soooo not in wrinting mood plus busy sangat dengan testing..tambah-tambah lagi dengan customer yang banyak songeh..mencabar keimanan dan kesabaran tapi banyak jugak benda baru dapat belajar...ok la tu kan..
So, anak-anak apa cerita? Alhamdulillah sihat-sihat saja, membesar bagai juara! hoyeahhhh...Humaira dah 7 bulan ++..dah start solid food masa seminggu lagi nak masuk 6 bulan..will story that later **kalau sempat & ada mood nak update lagi lepas ni naaa..haha**.. kakak Irdina is soooo big girl! diapers free di siang hari..dah try buat malam tapi beberapa kali terbabas..sampai lencun habis, bukan setakat tilam tapi dengan baju sekali..haru biru tengah malam kena tukar cadar, lap badan & tukar baju semua..xpa la kakak, next year kita try lagi. next year dah nak masuk sekolah..weeee**ummi is feeling old...sigh**
This year travel plan? hurmmm...maybe nak tour pulau-pulau di Malaysia..last month dah pi Pulau Manukan, Sabah...SubhanAllah..sangat cantikkkk! so, looking forward for our next pulau tour..entah bilanya..haha...since husband tukar ke Nibong Tebal, dia sangattt busy!Susah nak cuti panjang..hari tu MAS buat promo tiket ke london utk bulan 3 or 4 ni, memang memendam rasa ja la kami sebab jadual hubby sangat pack dan sangat susah nak cuti..kalo tak boleh tour europe sekali lagi dengan anak-anak pulak...huhuhuhu..xpa, ada rezeki lain kali pulak kan.. :)
My update? hahah...me is soooo gemok now!! huhuuh...sejak masuk kerja, berat makin naik n kadang-kadang sangat drastik..sehari naik sekilo tuuuuu...gilaaa wehhhhh!! padahal x makan banyak mana pun **tipuuuuuuuuuuuuuu....hahah**. Finally, sebab rasa dah over sangat...aku join membership dengan Kevin Zahri..ya, i'm sacrificing my RM100 shopping budget this month..sob..sob...but it worth it!
Now i know, rupanya aku gemuk air..sob..sob..again..which is, agak senang nak turun berbanding gemuk lemak..**i'm lucky..yippeeee** Dah 2 hari aku start kurangkan calorie intake, minum banyak air dan dah turun 1 kg by today!! yipppeeeeeee!! Alhamdulillah x kacau sangat production susu untuk Humaira asalkan ambil karbohidrat & protein yang mencukupi..looking forward to cut more kilos!
oke lah...cukup bebelan untuk hari ini..banyak kerja menanti..huhu..
Tuesday, 28 October 2014
Nur Irdina Nazihah dah 3 tahun!
2. dah x pakai pampers **yay!!** sebab dah pandai bagitau nak "cicin" kecuali bila nak berak dan tidur malam
3. peminat setia upin dan ipin..kalau dapat tengok kat youtube di henpon sanggup x tidoq, makan & minum..lepas kena marah kawkaw dengan abah baru tau serik..hahahaha..sekarang duk tunggu upin ipin kat tv9 hari-hari.
17/10/14, anak ummi seorang nih da 3 tahun! dah jadi kakak .dah boleh pi sekolah dah dia ni.heheheh..so kita buat a mini celebration later kat Secret Recipe Giant, Seri Kembangan. kebetulan abah & tokabah ada kat sini, boleh kita celebrate ramai-ramai. boleh ja ummi nak buatkan kek untuk irdina tapi x sempat la sayang..ummi duk berangan nak buat cupcake dengan dia..nanti la kita cari hari cuti yang panjang kita buat cupcake sama-sama okey!
Wednesday, 1 October 2014
Buang air kecil tak lawas
Ehee....sopan gittewww tajuk entry kali ni..buleh ja nak letak kencing tak lawas tp better sopan sikit la kannn...hehe
Alkisahnya, baru-baru ni aku terkena penyakit ni..last kena masa sebelum kawen dulu..tu pun dia hilang sendri lepas minum air kosong banyak2..makumla, pundi kencing masih elok..sekarang dah beranak dua, alignment pundi kencing senang nak lari..hahahha...seksa woooo...dengan rasa nak terkencing kerapnya, pastu bila pi toilet asyik x puas, dengan anak nak susunya lagi..haiyohhhh..miserable aku jadinya..plan nak pi soping kat penang pun cancel...huuu
Dua hari jugak la aku merana sebelum jumpa the fast natural remedy untuk penyakit ni...berbotol2 aku minum air kosong..at least bila pi toilet tu banyak la jugak yang keluar & kurang sikit sakitnya..google punya google rupanya ramai jugak kaum wanita yang kena..lelebih lagi yang dah bersalin...antara punca utamanya adalah sebab tahan kencing terlalu lama..yeszzaaa, ni lah sebabnya aku kena kencing tak lawas ni..punya sedap tidoq sanggup tahan sampai ke subuh..amik obattttttt..merasa la aku akibat kemalasan tahap gaban ini..hahaha
Sebelum tu, kenapa sebab tahan kencing boleh jadi penyakit ni? Sebabnya air kencing kan mengandungi segala bagai bakteria dan kuman..bila ditahan, bakteria & kuman itu berkumpul di salur kencing dan menyebabkan jadinya penyakit kencing x lawas...ni secara ringkasnya lah..kalau nak detail, sila google sendiri ya...ramai yang kata pi klinik amik ubat tapi x berapa nak berkesan...then, terjumpa satu blog yang bagitau natural remedy untuk mengubati penyakit ni iaitu dengan minum 100% pure cranberries juice...katanya boleh cari kat watson, brand 21st century..makanya bergegas la aku ke parit buntar..mungkin dah memang rezeki aku, ada sebotol ja lagi pure cranberries juice tu...siap ada less haa..aku dapat dengan harga RM 39.95 dari RM 4+.++..murah jugak kan...
Sampai rumah terus zassss aku minum..x peduli dah masam ka apa janji hilang la penyakit ni...alhamdulillah, baru sekali minum dah berasa kurang dan petang ni dah lega...it's truely work faster than I thought...kalau nak ubati penyakit ni kena minum 3x sehari..dan kalau nak total protection boleh la amalkan minum sekali setiap hari..so, pure cranberries juice ni dah masuk dalam list supplement aku bersama set shaklee yang aku amalkan sekarang..hoho..since aku breastfeed Humaira, natural remedy is my main choice to consume...Kalau dah xdak sangat baru la cari ubat doktor..
So, to women out there...if you had this kind of penyakit, please make an effort to find the 100% pure cranberries juice ni! It's natural & works like magic! Ceeewwwaahhhh **might be depend on your body reaction to the medicine too**
My life is happy again now! Hahahah





























