Tuesday, 28 October 2014

Nur Irdina Nazihah dah 3 tahun!


3 perkara tentang Irdina Nazihah


1. sangat petah bercakap. kadang-kadang ummi kena tegur sebab salah cakap/buat benda depan dia..

2. dah x pakai pampers **yay!!** sebab dah pandai bagitau nak "cicin" kecuali bila nak berak dan tidur malam

3. peminat setia upin dan ipin..kalau dapat tengok kat youtube di henpon sanggup x tidoq, makan & minum..lepas kena marah kawkaw dengan abah baru tau serik..hahahaha..sekarang duk tunggu upin ipin kat tv9 hari-hari.



17/10/14, anak ummi seorang nih da 3 tahun! dah jadi kakak .dah boleh pi sekolah dah dia ni.heheheh..so kita buat a mini celebration later kat Secret Recipe Giant, Seri Kembangan. kebetulan abah & tokabah ada kat sini, boleh kita celebrate ramai-ramai. boleh ja ummi nak buatkan kek untuk irdina tapi x sempat la sayang..ummi duk berangan nak buat cupcake dengan dia..nanti la kita cari hari cuti yang panjang kita buat cupcake sama-sama okey!







apa pun, ummi sayang saaaaaaaangat kat kamu..walau ummi selalu bising-bising marah kamu, tapi ketahuilah ummi sayang kamu. mungkin kamu rasa terpinggir sebab ummi asyik melayan adik, tapi sayang ummi buat kamu x pernah hilang, makin bertambah..ummi selalu berdoa semoga Allah pinjamkan kamu kepada kami lebih lama, kurniakan kamu kesihatan yang baik, kurniakan kamu hati yang lembut, agar kami dapat mendidik & mengajar kamu supaya kamu membesar menjadi anak yang solehah dan menjadi bekalan untuk kami di akhirat nanti.







No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik