Friday, 8 January 2016

Minggu pertama Irdina di APC

hahahaha

kelakar oke tengok & dengar cerita budak-budak masuk sekolah ni...especially yang 1st day masuk hari isnin tadi..irdina start skolah hari selasa so relax la lagi hari isnin tu..since anak baru nak masuk tadika, xdak la banyak sangat preparation nak kena buat, cuma kena belikan beg skolah ja la....

seriously aku tak tau nak expect apa untuk hari pertama irdina ke sekolah..dari pandangan mata kasar aku ni, walaupun dia x pernah duk nursery **pernah la sat dulu 2 minggu**, duk rumah pengasuh pun masa kecik2 dulu ja, nampak dari gaya dia bercakap & bermain dengan sepupu sepapat macam oke saja..so, aku expect insyaAllah dia boleh bawak diri kat sekolah..but then, jangkaan aku meleset...hahahahahahah

hari pertama..

awal2 dah pesan supaya irdina jangan nanges pi skolah..bangun pagi & mandi xdak masalah sebab memang irdina jenis bangun awal & dah biasa mandi awal..part ni aku lega sikit..bermasalah sikit masa nak siap pakai tudung..ya la, x pernah pakai tudung tetiba nak kena pakai tudung pi skolah...macam2 alasan aku bagi finally mau jugak dia pakai tudung...

irdina dan beg sekolah pilihan..isk3


dari rumah gayanya macam happy nak ke sekolah..itu ini ditanya..keluar dari rumah, orang lain yang nak pi skolah, orang lain yang nanges..hahahhaha...mengamuk sakan humaira kena tinggal. apo la budak kecik tuuuuu...sedih la tu kena tinggal..tokmi kata dia mogok xmau makan sepagi tu..hakhakhak
budak mogok main thomas smpai terlena sendri..sian kat dia..haha


sampai kat skolah, muka dah mula nampak cuak..aku suruh dia pi masuk barisan, beratoq dengan kawan2  tapi irdina xmau..duk pegang tangan aku x mau lepas..siap kata x bagi aku balik, suruh duk kat sekolah dengan dia...ahhhh, sudah budak niiii...teacher semua duk pujuk2 tapi still dia xmau lepaskan aku...pastu ada sorang teacher ni amik dia, dukung and pujuk kat tepi tingkap..masa tu aku cecepat keluar..pastu dengar dia jerit ummiiiiiiiiiiii sambil nanges2...haiyooo..x sampai hati nak belah, aku masuk balik..berlari dia dakap aku balik..drama sangat anak dara ni tauuuuu...pastu aku pujuk2 dia..ugut sikit kata kalau dia xmau masuk barisan dengan kawan2 ummi balik, kalau dia baris elok2, ummi tunggu kat tepi...nasib dia dengar cakap...

first day session

bukan irdina saja yang nanges2...ada lagi 2 3 orang budak pun sama...hahaha..sabaq ja la kan...then ada sorang ayah student cakap kat aku suh tinggalkan ja...nanti pandai ja dia bawak diri pastu 2 3 hari oke la dia....tu la, aku pun silap pi masuk balik tadi, tapi x smpai hati kut nak tingaikan dia...sob sob sob...then senyap2 aku menyelinap keluar bila irdina x perasan..tengah turun tangga dengaq suara dia meraung kat atas....redooo ja la tinggalkan anak kat situu..semoga semua baik2 saja...sungguh x sangka drama ini terjadi...hahahahha

1st day teacher hantar gambar student kat group wassap, x nampak pun mana muka irdina..rupanya dia x berapa mau join lagi..nasib minggu ni minggu orientasi, untuk suai kenal dulu..mungkin irdina neves juga...teacher bagitau pagi tu saja 10 kali dia pi toilet....memang neves sangat anak ummi ni..aiyoooooo

tengah hari lepas ambil irdina, aku tanya seronok x pi skolah? irdina kata seronok, esok nak pi lagi..alhamdulillah...dia dah mula oke..teacher kata makan pun mau jugak..lega aku dengar sebab irdina ni jenis budak cerewet...kalau dia x mau makan, memang dia x makan smpai la tengah hari..tapi tengok bekal air kosong x terusik pun..xpa la nak, baru 1st day, ummi xleh letak high expectation sangat kat kamu..eheheh



hari kedua....

kebetulan malam tu abah irdina datang KL sat sebab esoknya nak kena hantar barang kat sini...abah janji nak hantar irdina, so irdina xleh nanges2 da...irdina agak takut dengan abah..abah garang lebih dari ummi...hahaha...seperti yg dijanjikan, irdina pi skolah dengan abah, ummi ikut belakang..tapi masa nak hantar irdina naik ke sekolah, kami hantar berdua..alhamdulillah...no more drama from irdina.pheewwww...lega sikit untuk hari kedua..

kalau hari pertama banyak pada suai kenal, hari kedua ni pulak semua dah start solat dhuha...teacher ada hantar gambar dalam group. jenuh aku tenung cari muka irdina.rupanya kat belakang luar saf..aiyoooo, buat perangai xmau sembahyang pulak. time break terus aku call teacher sebab risau tengok dia macam tu...teacher kata don't worry, irdina is ok...tu dia baru lepas balik dari toilet..hari ni 2 kali ja baru pi toilet..teacher kata insyaAllah lama2 ok la tu dia...ni baru 1st week, memang akan ada yang malu2 nak join lagi....okeeee, sekali lagi ummi has high expectation kat anak ummi ni...hahahah

anak-anak solat dhuha.. :)


sampai rumah, setiap masa aku pesan kat dia esok pi skolah sembahyang skali dengan kawan2...kalau irdina pandai sembahyang, bole mintak kepala ketapi thomas yang baru kat abah..hakhakhak

hari ketiga...

irdina makin improve. hari ni teacher hantar video student semua solat dhuha..dan, nampak irdina berdiri sekali dengan kawan2 perempuan kat saf belakang..walaupun mata melilau merata, tangan tergaru sana sini, it's ok sayang...janji kamu mahu sembahyang sekali...syahdu tau tengok budak2 ni pandai solat sama2..siap ada yang jadi imam..sejuk perut tengok anak kecik solat camni...

walaupun ada sedikit improvement dari 2 hari lepas, irdina masih malu nak berkawan..ada satu gambar yang teacher hantar, irdina macam terpinggir sorang2 kat belakang, sibuk dengan beg besaq dia tu..kesian sangat tengok, last2 kami bagi dia bawak beg galas yang kecik..dannnnn, irdina x makan pagi..al kisahnya aku terlambat ambil irdina hari ni, then teacher call bgtau irdina lapar & nak bagi dia makan mee...aku cakap xpa, sebab aku nak smpai dah..**instructor training lepas lambat pule tengah hari ni** bila aku smpai, teacher bagitau tadi pagi irdina xmau makan..dia malu kat kawan2..bila kawan2 yg half day dah balik dan yg full day naik tingkat atas, baru dengar suara irdina bercakap dengan teacher...pulak dah anak aku niiiii...haiyohhhhh


ce cari mana irdina..hint - cari beg hijau besaq..hahaha

macam biasa, kat rumah senantiasa kena pesan kat irdina supaya makan apa yang teacher bagi, kalu x nanti lapaq..

oh ya, teacher bagi homework mewarna, jenuh huiiiiii nak suruh anak dara ni mewarna sampai siap..separuh ja dia boleh kaler..sabaq ja la dengan budak ni...

hari keempat...

hari ni lambat sikit masuk kelas..kawan2 dah mula solat..huhuhu..masa ambil irdina tadi macam2 dia cerita..katanya dia da pandai sembahyang dengan kawan2, pandai makan kat sekolah..hari ni teacher bagi nasi lemak sedap, irdina makan sampai habis katanya...macam ni la patut hari2 tau irdina sayang...heheh

dah start masuk kelas...irdina kelas 5 Earth..hehe


oh my sweet little irdina =)


semoga next week xdak la monday blues ya sayang.**ummi ja bleh nak monday blues ni..haha**..tetiba cuti 2 hari, pastu dia buat perangai xmau pi skolah pulak naya ja ummi nanti...hahahhahahaha


phewwww....ni la kisahnya irdina dan sekolah...x sangka pemalu jugak anak aku yang sorang ni..nasib drama dia buat 1st day saja...kalu hari2 penin la aku setiap kali nak hantaq dia pi skolah...apa pun, banyak lesson learnt kali ni buat panduan ummi & abah untuk prepare supaya kamu dan adik menjadi anak2 yang terbaik & cemerlang dunia akhirat..aminnnnnn =)

Tuesday, 29 December 2015

Tadika pilihan.....

haih...

sudah besar anak ummi yang sorang ni...tahun depan dah 5 tahun, nak masuk tadika dahhhhhh!! semua macam x percaya kamu dah nak masuk sekolah..lagi 2 tahun masuk darjah satu! wowwwwwww...

runsing jugak nak mencari tadika yang bersesuaian dan berpatutan di zaman sekarang ni...tiap2 tahun yuran pendaftaran akan naik, especially yang swasta ni. dekat area rumah aku ni banyak jugak la pilihan tadika...asalnya nak masukkan irdina ke genius aulad, boleh geng dengan anak jiran depan rumah tu...tapi memandangkan yuran pendaftaran sahaja 1.6k, phewwwwwwww...macam dah nak sama ummi daftar universiti dulu haaa...tapi ni baru tadika kotttttt...

maka, mencarilah lagi tadika yang bersesuaian...ada juga aku mohon tadika perpaduan kat precint 16 ni...tapi memang harapan la nak dapat...tambah tengok gaji mak bapak...huhu. finally, aku daftarkan irdina ke tadika PASTI di LEP1..yuran pendaftaran pun murah, bawah 1k..monthly pun oke jugak...dekat area kawasan rumah ...sehala dengan jalan keluar nak pi kerja..so senang la nak hantar & ambil. last weekend ada open day untuk daftar anak, tapi kami x pi pun sebab balik kampung..

masa bincang dengan hubby last weekend, dia kata nak masukkan irdina ke tadika al-baghdadi...aku x pernah dengar pun pasal ni...tapi hubby cakap dia ada perasan tadika tu kat SK...rupanya tadika tu mengajar teknik hafazan al-quran dan juga ko-kurikulum yang lain macam tadika biasa..hubby memang dah survey2 pasal tadika ni and sangat berkenan dengan modul pembelajaran tadika ni. makanya, aku pun cecepat google & daftar online...

kebetulan cikgu tadika PASTI dah call suruh pi register sebab budak 5 tahun ramai..ada lagi beberapa tempat kosong ja...first come first serve. huh, dah cuak aku sebab al-baghdadi x contact lagi untuk confirmkan registration. terus laju2 aku google contact number & call. Alhamdulillah, masih ada kekosongan untuk irdina.dah buat appointment untuk esok dan baru nak tgk structure fees dia macam mana...hubby x kesah kalau bayar mahal sikit asalkan berbaloi dan insyaAllah pelaburan kami hantar irdina ke al-baghdadi ni dapat membuahkan hasil..semoga irdina dapat belajar & menghafaz dengan baik..

semoga urusan aku nak daftarkan irdina ke tadika al-baghdadi esok dipermudahkan..

p/s: debor ummi nak daftarkan anak masuk tadika..hewhewhewhew















Tuesday, 15 December 2015

Careless

Haihhh....

I had a bad day.....
Ipong 6 jatuh atas jalan tar dan screen cracked!!!!!
Menjerit aku tang situ jugak! 
Why am i soooo careless??!!
Call husband and he's laughing at me...
Nasib dia claim balik duit blikan ipong ni kat aku hari tu...so xdak la sakit hati sangat...
Hubby pun dah fed up nak blikan barang  sebab aku x reti jaga & cepat rosak..
Last time dia bg ipong 5, aku bg jatuh lubang jamban KLIA...
Redo ja la husband dapat bini camni...huuu

Baru berangan nak soping hujung tahun...
Dah kena tarik sket untuk repair ipong...huuuu....
Mahal kut nak tukaq screen, dah la apple x cover warranty 😭😭
Sila nangessss....huhuhuh









Monday, 30 November 2015

Selamat Hari Lahir Irdina sayang!

Pejam celik pejam celik kejappp ja Irdina dah 4 tahun! You grow up so fast sayang!  
Tahun depan dah nak masuk sekolah...**uuuuu...again, ummi feel so old**  

Disebabkan ummi & abah x pernah buat birthday celebration kat Irdina, maka tahun ni marilah kita buat birthday partayyy secara kecil-kecilan...tapi more to doa selamat & family gathering sahaja...jemput jiran2 & sedara terdekat kat rumah tokmi sebab kebetulan masa tu kami balik kampung...


Plan nak buat simple saja tapi bila pi MR DIY, maka terbeli la pulak prop yg kat belakang tu..hahaha...jadi la nak oiii...ummi ni bukan kreatip sangat. Lagi pulak leh recycle untuk next birthday celebration kannn...irdina kata nak jadi princess **penangan crita frozen** tapi cari crown x jumpa..nasib dapat jugak cekak reben pink yang ada crown secoet tu..itu pun dah happy sangat2 dah dia..

Kek semua home made by me...baking sampai tengah malam haaa.nasib ada pembantu (a.k.a maksu)..kalu x jenuh sampai ke pagi baru siap...semangat buat 3 jenis kek..brownies kedut with salted caramel & almond croquant, moist chocolate cake with choc ganache & cream cheese dan juga carrot cake...a must have tasty delicious carrot cake tu requested by tok abah..asyik semua chocolate pun muak jugak kan...





Sebenarnya dalam kepala plan nak buat deko kek yang lagi best dan cupcake as gift tapi masa dan keadaan x mengizinkan...tokmi kata oke la camni pun..bukannya nak buat majlis kawen pun yg nak ber"desert" table bagai..haha..






Alhamdulillah, all went well...x sempat nak tangkap gambar ramai2..maklum la budak2 len suma jenis x reti duk diam..jenuh panggil nak amik gambar sekali tapi sorang pun xmau..konon malu lettewwww..hahaha..termasukla si iman humaira tu...

Apa2 pun semoga nur irdina nazihah menjadi anak yang solehah, anak yang mendengar kata, cemerlang dunia & akhirat...ummi love you so much! Tahun depan pi sekolah rajen2 naaa...jangan malas2! Hehe






Wednesday, 5 August 2015

Nur Iman Humaira dah setahun!!

I called her "ushuk"...cos i love her baby smell..she still got her baby smell till now tapi masam peluh budak besaq tu dah ada la bila berpeluh tahap gaban..haha...

How time flies, she's one year old ++ already..ummi still can recall the feeling when you out from my womb! Now you are a big girl. Almost nak jadi kakchik tapi Allah knows best..you still can be my "ushuk" for the next few years..heheh

19 july...happy one year old sayang!! Sorry no big celebration for you coz surely you won't remember your 1st birthday party *cheapskate & lazy ummi..haha* Tunggu kamu besar skit kita buat birthday partay kamu, ummi & abah sekali...hehehe..semoga menjadi anak yang solehah serta cemerlang dunia & akhirat..ummi love you!





                Kesayangan ummi!




Monday, 3 August 2015

Keguguran....

Yes, I'm pregnant again for my 3rd child...kali ni memang unplanned! Melekat secara eksiden.haha.masa mula dapat tau, xtau nak react macam mana.perasaan bercampur. sedih,happy,blur...eh, betul ka pregnant ni? 

Dapat detect sebab keluar brown spotting..masa ni dah delay period seminggu lebih tapi x suspect pregnant sebab xdak tanda langsung! Breast x bengkak, supply susu macam biasa..nothing abnormal. Ingat brown spotting tu permulaan nak period tapi semalaman pakai pad, setitik pun x keluar.okeeee....dah mula suspect lain macam maka dicapailah pregnancy test yg sedia ada..1st test, double line yg sangat kabur...then decide beli clear blue yg digital tu terus...

Baammmmmmm....



Konfem humaira nak dapat adik! Terkesima juga aku masa keluar sign "pregnant" tu..bagitau hubby, and he said "alhamdulillah, kita terima rezeki Allah.." He's so positive! Mungkin sebab dia pun x kesah nak bertambah anak sebab hubby memang sangat sukakan baby. Budak2 ni pun kadang naik menyampah sebab asek kena cium & gomol dgn abah! 

my concern, kami pjj. Handle dua orang budak ni pun kadang rasa serabut inikan pulak  nak tambah lagi sorg. Lagi pulak, kesiankan tokmi.dah penat tolong jaga dua orang..kalu 3, lagi la penat! Tapi tokmi pun redo jugak walaupun mulanya nak pengsan katanya dengar aku pregnant lagi.finally, everybody accepting I'm pregnant.

Alkisah keguguran bermula jumaat lepas.tiba2 ada tompok darah keluar.aku anggap itu perkara biasa..mungkin sebab badan aku terlampau penat.memang aku penat...dari jumaat minggu sebelum tu sampai la jumaat lepas memang x rest sangat..ulang alik kl - png, irdina jatuh bilik air & buat p ct scan, training tgh2 kl 3 hari berturut2 mengharung jem nak keluar dari jalan sultan ismail, tu x termasuk sesat barat sampai ke tengah2 bukit bintang, pam susu rosak & nak mecari pam baru, hubby x jadi datang kl sbb kena standby, makanya kami yang kena balik kampung..huhu..i was really exhausted!! Ikutkan hati malas nak balik kampung tapi melapuk kat KL bertiga saja pun x best jugak..at last, balik la jugak..

Then, my bleeding start worsen..dah macam period masa heavy flow..berganti2 pad & kemuncaknya pagi ahad bila sakit senggugut macam cramp sangat kuat tapi alhamdulillah still bearable..petang ahad sakit mula hilang dan aku ingatkan xdak apa2 tp still heavy bleeding..nak p check kat klinik, semua klinik dr perempuan tutup..ingat nak ajak hubby pi hospital terus tapi hubby cakap rilek dulu..so kami decide nak pi klinik esoknya..

Namun, esoknyaa...

Belum sempat nak pi klinik, perut tiba2 rasa memulas macam nak tercirit..tengah siap2 tu, kelam kabut aku pi toilet..x sempat nak cangkung, plup terjatuh  seketul dari rahim..menjerit aku panggil tokmi! Konfem dah jatuh sesuatu dari rahim dan dengan yakinnya aku telah keguguran..x boleh nak describe perasaan waktu ni..ketulan tu pulak dah jatuh masuk lubang toilet.lagi lah blur xtau nak buat apa..call hubby, dia advice suruh ambil balik sbb kesian katanya..lebih baik sempurnakan dgn cara elok daripada flush terus dlm toilet tu..makanya, kami pun berusaha untuk ambil balik janin tu..

Aku x pernah pun track dah berapa week aku pregnant. Masa cek dengan clear blue dulu dalam 2-3 weeks, plus minus sekarang dah 5 weeks..tu belum lagi ikut kiraan doktor based on LMP which is aku x ingat pun bila LMP aku..*dah nama pun melekat eksiden kan, mmg x ingat la..haha* melihat pada saiz janin yang keluar, umurnya lebih dari 8 weeks..dokter klinik pulak kata dalam 3 bulan lebih..aku pun x sangka sebesar tu sebab bajet hanyalah gumpalan darah seketui saja..rupanya keluar janin yang dah nak terbentuk macam manusia..dah boleh nampak kat mana mata, bentuk kepala, tangan & kaki.SubhanaAllah! Tergamam & terkedu rasanya tgk janin tu..timbul rasa yang bersalah teramat sebab x jaga anak yg sorang ni betul2..hubby also feel what i feel..sama2 rasa menyesal dan sedih...hubby had quite a special connection with all his children in my womb. Dia yang akan termimpi akan budak2 ni sebelum mereka lahir & yes last nite he dreamed about this little one...& seems like a boy..tapi ni cuma mimpi, kami x percaya bulat2 tapi kemungkinannya tetap ada kan..sebelum ni pun hubby yang kerap mimpikan irdina & humaira masa masih dalam perut lagi dan semuanya sama macam dalam mimpi dia..

Apa2 pun, bersyukur sebab janin  keluar habis semua & aku x perlukan D&C...sekarang cuma perlu rehat & berpantang 44 hari! Macam orang bersalin tuuu...OMG!! Dah la raya x habis lagi, open house & jamuan sana sini...kempunan lagi le gamaknya aku niii..huhu.xpa la, janji badan sehat & kembali cergas...start dr pantang ni kena diet semula! Semoga mampu nak turunkan berat badan ketika berpantang  ini...*pelik rasa berpantang tapi xdak baby...huhuh*

Thursday, 30 July 2015

Breastpump

If u wish to fully breastfeed your baby...my strong suggestion is please invest to buy a good & suitable breastpump that match with your budget!!

Kenapa aku cakap mcm tu? Thanks en suami sudi invest belikan medela swing masa anak 1st dulu...alhamdulillah mudah mengepam & hasil yang memberansangkan...namun atas beberapa sebab, I didn't manage to fully bf irdina...learned from lesson, dari mula pregnant humaira aku dh berniat nak fully bf dia & fikirkan cara untuk buat stok & maintain supply..yes, i did manage to fully bf her until now...dah setahun dah si kecik tu...sangat berbaloi dengan pembelian medela swing dulu...berkhidmat smpai anak kedua umur 1 thn...sehinggalah lepas raya hari tu, swing dah mula buat perangai...

Mungkin sbb salah aku jugak...valve ada kecacatan sket sbb aku slalu gigit nak tarik kalu x bole cabut dengan tangan..spare part x sempat nak beli sebab dah nak raya..disebabkan itu, susu selalu backflow ke dalam pam..makanya aku terpaksa kerap cuci pam mengikut instruction...*boleh cari kat website medela*..mungkin sbb x keringkan dengan betul or beberapa permasalahan lain, swing lost suction..memang x rasa suction langsung bila on..menggelabah sangat aku masa ni..dah la tgh training kat kl, stok humaira pun dah nyawa2 ikan....memang seharian menahan sakit susu penuh *seksa oo*..huhuh

Emergency sgt nak mencari breastpump lain...terpaksa pinjam breastpump  member (doory) untuk sementara waktu..dah la dengan bajet kurang, duit gaji bulan ni nak kena retain smpai hujung bulan, baru lepas raya pulak tu, maka kenalah cari breastpump yang berbajet rendah...memang nak cari double pump kali ni...dah survey & berkenan dgn spectra 9+ which seller pun boleh cod di seri kembangan..but, being en suami yang tahu pe'el bininya yang sorang ni, dia membangkang aku ambik brand lain selain medela...makanya, menteri kewangan aku tu meluluskan bajet untuk ambil medela swing maxi selepas beberapa perbincangan dibuat..hahaha.niat di hati nak rembat freestyle tp mahal sangat..lagi pulak beza swing maxi & freestyle cuma dr segi display & rechargeable battery sahaja..memang kalu amik freestyle dapat full set dengan cooler bag, ice box bagai tp semua tu aku dapat masa beli swing dulu..currently market price medela swing maxi mostly  1k above tapi aku jumpa seller di mudah.my yang jual below 1k dannnn boleh cod di seri kembangan!!!seller ni juga trusted seller di lelong so yakin sikit aku nak membeli dengan dia..alhamdulillah sekarang dah dapat barang & i'm one happy mommy with new breastpump! Hakhakhak





Tuesday, 7 July 2015

07.07.15


Happy Birthday to my dearest Mr. Husband!
I love you to the moon & back..
Another year older & wiser..
I wish you all the best in life & career..
Semoga murah rezeki & sentiasa dilimpahi rahmat Allah..
Juga semoga sentiasa di bawah lindungan-Nya.
Amin.


You are the best husband that i ever wished & dreamed for!
The best "abah" to our daughters!
I'm grateful to have you
& 
lets stay in love forever, dunia & akhirat :)



Monday, 15 June 2015

random

Phewww...

semenjak ipong jatuh lubang jamban KLIA hari tu malas nak update instagram..i am sooo being katak di bawah tempurung..wasap ja yang mampu noks..itupun kadang2 online kat laptop sebab annoyed dgn keypad lenovo yang x sensitip and asik typo..**fat fingers syndrom..haha**

so, how is me? i'm good..Alhamdulillah.satu family baru baik demam 2 minggu lepas. nasib la semua x demam kat europe hari tu..nasib balik sini dekat 3 minggu baru demam..ni 1st time humaira demam teruk & kesian sangat kat dia. blurr sket aku nak handle baby yg x sihat ni..maklumla, kakak dah besar ni kurang demam dia..kalu demam pun dah treat macam org besar..few sleepless night then aku pun join demam sekaki..hahaha

me & hubby...still PJJ...**sob sob sob**
got few chances untuk pindah tapi tu la kalu belum rezeki, maka berPJJ la kami lagi..kadang rasa kesian kat tokmi & tokabah yang ikut separated sebab kesiankan cucu2..i'm lucky to have a great mother yang sanggup datang duduk sini, ikut kami ulang alik & tolong jagakan anak2..semoga ada rezeki untuk aku berpindah ke utara secepat mungkin...huhuhu

well, ingat nak buat entry europe trip kami hari tu tapi gambar pun tak ambil lagi dari hubby, so, cam nanti dulu laaa...pastu entah bilaaaa la nak update khennn...hahahha

lagi 2 hari nak puasa..mari bersama membina azam baru untuk berubah ke arah yang lebih baik! 

Selamat Berpuasa Semua!
Salam Ramadan :)



Wednesday, 15 April 2015

mengajar anak-anak duduk dalam car seat

phewwwww....

susah jugak nak ajar budak2 ni duduk dalam car seat..ada saja drama dari dua beradik ni especially humaira ...dia punya mengamok tuuuuuu...x menahan..disebabkan oleh nak travel x lama lagi dan budak berdua ni wajib duduk dalam car seat, maka ummi dan abah hanya mempunyai sebulan saja untuk mengajar mereka supaya bertahanlah duduk dalam car seat itteewwwww...huhuhuhuh

masa sudah suntuk ni, kemain ummi google macam mana nak ajar budak2 especially baby duk dalam car seat...banyak jugak suggestion yang jumpa antaranya umpan anak dengan mainan favorite, hari2 bagitau kenapa dia kena duduk dalam car seat dll. mungkin setiap budak lain caranya so menggunakan suggestion orang, ummi testing untuk budak2 ni..heheh..

seminggu sebelum, hari-hari bagitau adik dgn kakak kena belajar duduk dalam car seat, kalau xmau xleh ikut ummi ngan abah pi jalan2..irdina tu ofkos la dah memang faham apa kita cakap...humaira?? buat muka blurr ja bila bagitau..haha..mulanya nak test budak2 ni time weekend..at least abah drive, ummi boleh la tengok & pujuk kalau2 ada yang mengamok..tapi, disebabkan tokmi n maksu nak balik kampung awal hari jumaat tu, so ummi decide untuk bawak budak2 ni ambil abah kat airport...ofkos mereka WAJIB duduk dalam car seat masing2! kalau x macam mana ummi nak drive kan...

10 minit pertama.....si kakak memang eksaited duduk atas seat dia sendiri..ummi pun rasa lebih selamat macam tu..kalau x duk pi balik depan belakang pastu pening nak muntah..x pun bila ter'brek' mengejut dia mengamuk kat kita..haha...si adik??awal2 masih bertahan...masuk saja highway cyberjaya nak ke dengkil-klia, mengamuk sakan sebab ummi x amik..kemain la longgok macam2 bear, mainan kat dia semua x lut...sambil2 pujuk  pun x lut jugak...haihhhh...tapi ummi terpaksa buat xtau...last skali terpaksa berhenti sat di stesen minyak...bila ummi ambil, senyap terus..alahai humaira..mcm mana nak travel nanti ni..huhuuhuhuhuh...dah pujuk n bg dia rilek dlm 5 menet, ummi letak balik humaira di car seat dan teruskan perjalanan dannnn sambil bukak lampu dalam kereta...baru la humaira diam sampai airport...rupanyaaaa, takut gelap kottt..hahaha..masa abah bawak oke la pulak dia...haiyohhh la anak ummi ya humaira oi!

muka sembab baru lepas mangamok


nak keluar esoknya, kami letak dua2 dalam car seat lg..kali ni dua2 kat belakang..semak kereta penuh dengan segala bantal masing2, bear dll..nak pujuk diam punya pasal..hahaha...alhamdulillah dua2 behave dan baik2 saja...humaira siap terlena dengan nyenyaknya dalam tu...mission complete!! yeahhhh!!! dah lulus untuk ikut ummi n abah jalan2..heheheh



drama terjadi lagi lepas hantar abah ke airport...awalnya dua2 bantai tidoq sedap punya...tengah hari kan waktu tidoq budak2 ni...lucky ummi budak2 ni start jaga bila dah kat traffic light nak masuk simpang ke SK..humaira apa lagi...mula la start enjin nak mengamok dia tuuu...nasib dekat dengan rumah dahhh..kalu x ummi pun melalak sekali..hahahah

dua2 tengah sedap lena dibuai mimpi
humaira dah mula nak start enjin mengamok..haha
bila tiap kali keluar, mereka dah diwajibkan untuk duduk dalam car seat masing2...alhamdulillah kakak is good dan adik is getting better..cumanya, kalau ummi drive sorang2 mesti adik akan mengamuk masa otw tu...tapi kalau abah yg drive x pulak dia nak buat perangai lagu tu...oooo, behave la tu kononnya depan abah ehhhh...pandai kamu humaira..so, one of travel checklist settle..mari berharap mereka akan behave seperti ini lagi nanti...heheheheh



 
Images by Freepik