Monday, 31 December 2012

penghujung 2012

hari ni 31/12/12

hari yang hujung di penghujung tahun.

aku x cuti pon hari ni. maklom la, cuti dah habes.haha..cuti krismas hari tu pon dah kena tarik tahun depan punya cuti. aiseh... xtau la orang lain yg ada anak mcm mana, tapi cenggini la aku. jap jap EL sbb irdina demam. jap jap MC sbb irdina x sehat lagi. x sampai hati nak hantar dia ke pengasuh bila sakit. lagi pulak hubby memang sgt tegas bab anak sakit ni. dia sendiri sanggup MC jugak bila irdina demam. tu lah penangan anak.heee...kadang2 berganti2 kami MC/EL..mana la x sampai hujung tahun cuti dah habih.haha

pagi tadi dengar radio, sana sini duk cerita pasal rekod 2012, azam 2013 dan sebagainya...hmmmm...apa aku punya rekod 2012 eh? azam 2013 pulak macam mana? huuuu.. serius aku ni jenis yang x reti nak berazam2.aku kan suka go with the flow. kadang2 aku rasa macam xdak matlamat pulak..bila tengok org lain buat list azam memasing baru terfikir...aku ni xdak target utk tahun depan ka?huuu......**ni kalo cerita kat hubby mesti dia kondem aku.haha..sebab dia tau aku ni "hot hot ciken shittt!"**

yeahhh..."hot hot ciken shiittt!!" adalah masalah utama aku..mula2 kemain semangat..lama sikit semangat entah ke mana.. contohnya eh...

DIET
- berat aku sekarang +- 10kg lebih dari berat asal masa kawin & seblum pregnant. kemain susah nak buang lelemak ni..mana tak nya, hubby pon dah x strict kontrol makan aku macam dulu, so kemain sakan la aku makan.haha..kemain macam2 produk beli try tapi aku "hot hot ciken shit"..makin lama makin malas..makan pon awl2 ja terkontrol pastu kelauttt~ hadoih..

makanya, bila banyak kali da kena perli ngn hubby pasal "hot hot ciken shitt!!" ni, aku berazam nak membuang perangai "shittt" ini. irdina jugak banyak memberi inspirasi utk aku berubah. seriously, motherhood has changed me & my perception a lot! jadi, meh nak list down azam & wishlist utk tahun depan..

AZAM 2013

1. dapatkan berat asal sebelum pregnant.. **baru leh jadi hot mummy**
2. pandai memasak **skrg dah pandai masak gulai ikan! haha..teruk!**
3. menjadi isteri & ummi yang rajin, pantas dan tuntas!
4. ....



WISHLIST 2013

1. penuhkan isi rumah
    - meja makan
    - water filter
    - ...
2. honeymoon BALI
3. melancong ke Europe
4. shopping @ Bandung
5. ....


heh, sakan wishlist tahun depan nih. macam la banyak sangat duit nak fullfill semua tu..tapi kalau ada rezeki lebih tahun depan, apa salahnya kan...hehe. xpa, kalau x sempat 2013 continue 2014. tapi apapun, sebelum nak berjalan2 ke sana sini, kami nak ke Mekah dulu. this is my hubby wish. Alhamdulillah, ada jugak rezeki kami di hujung tahun ni untuk menunaikan umrah InsyaAllah pada Feb 2013 nanti.doakan semua berjalan dengan lancar ya!

ohoo, sebelum tu meh tengok rekod 2012 aku. apa yang aku dah buat & dapat capai:-

1. memiliki rumah sendiri **Alhamdulillah**
2. tukar kabinet dapur **Yeayyy!!**
3. bertukar ke putrajaya **double yeayyy!!**
4. ....??

eh..? tu itu ja ka?? x kesah la. janji ada jugak sikit pencapaian di tahun 2012 dari xdak apa2 kan. kadang2 macam x percaya kan, bila kita berkahwin, rezeki dimurahkan..bila mengandung, lagi2 la Allah murahkan rezeki. Sungguh! Kami x pernah rasa terbeban dari segi kewangan semenjak ada irdina malah Allah lebihkan lagi rezeki kami ni.. Syukur sangat2!! memang anak itu adalah rezeki. Aku doakan kawan2 aku semua cecepat kawin especially pepetom nih! heeee

ok lah, sekian saja coretan di akhir 2012. berjumpa lagi kita di tahun depan **esok je ponn**.hoyehhhh!

lot's of love from our tiny family =P


No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik