Monday, 17 December 2012

weekend gateway

hiiiiiiii!!

selamat hari isnin dan selamat kembali bekerja. haih, malasnya nak kerja di hujung2 tahun ni. nak kata kerja xdak, sebenarnya ada. tapi kenapa aku rasa macam aku xdak kerja eh? WI dah siap, test report dah siap, hmmmm......apa lagi eh?? tunggu testing masuk esok je la. lepastu baru ada kerja.huhuhuh

okeh, mari lupakan hal kerja sebentar. mari cerita pasal hari minggu yang lepas. nothing special. just a short weekend gateway to pulau betong, balik pulau. penang. hehe. semua ini perancangan opah sebab irdina sangat suka main air..sayang bebeno dekat cucu yang sorang nih. kebetulan tok ki ada kursus di kem bina negara pulau betong & kebetulan jugak ada satu rumah jurulatih yang kosong, jadi tok ki ajak kami semua untuk bercuti di sana. like always, ummi is soooo eksaited bila nak bawa irdina jalan2. irdina xtau la eksaited ke x.haha

jadi, kami gerak ke penang pun dah agak petang & hari pulak hujan. seperti biasa, kalau p area2 bayan lepas/ balik pulau, memang wajiblah singgah makan ikan bakar di teluk tempoyak. rasanya memang femes kan ikan bakar kat teluk tempoyak ni..memang sedap punn..harga pun boleh tahan. nexttt...dah kenyang makan, kami gerak ke pesta pulau pinang.hoyeahhhhh..dah lama x mai pesta. rasanya last pi pesta 6 - 7 tahun yg lalu. wuih, lama tuuuu....again, ummi is sooooo eksaiteddd!!haha. 





si kecik ni dah mula mengantuk masa makan di teluk tempoyak lagi.isk2

malam minggu memang sangat ramai orang! jem oke sekeliling nak masuk pesta tu. parking kena pandai cari.seeloknya parking la kat tempat parking yg disediakan oleh kerajaan negeri. RM3.00 sahaja per entry. kalau parking kat lain tu aku x sure berapa hengget. tiket nak masuk pesta tu pun murah. hanya RM 3.00 per person sahaja! since dah jadi mak pak budak nih, memang x la kami nak pi ke theme park tu..kami just jalan pusing2 kat booth jualan saja.. sob sob..**aku teringin nak main sebenanqnya.haha** x bajet pun nak soping sbb dah hujung bulan kan, ongkosnya juga dah makin berkurangan. tapi terdapat certain barang yg xleh resist dan akhirnya ter'soping' jugak.hahahah..dapat la aku angkut karpet yang ringan & boleh basuh dlm mesin basuh tu dengan harga RM50 dan bath mat fiber RM15..sangat okeee rasanya! pastu ada la lagi menda kecik2 yang aku bekenan aku hangkut.hahahah..

disebabkan oleh dah pukul 10 lebih, irdina dah mula meragam sebab sangat mengantuk. selalunya anak dara ni 7.30mlm & ke atas memang dah tidoq. silap kami jugak x bawak stroller. kononnya dah besaq ni xyah la stroller. bjorn pon x naik dah. merasa la ummi dukung si kecik ni sampai lenguh tangan mcm nak tercabut haa..tapi xpa, eksesais buang lemak kata abahnya.haha..akhirnya kami sampai ke kem bina negara tu dalam pukul 12. dah la jalan sangat horror! serius horror sbb tengah malam kan. tapi aku x terasa sangat horror tu sbb tertidoq. sedar2 dah sampai.hahahha

aktiviti yang dinanti2kan esoknya telah tiba. mandi lauttt!!! weeee....awal2 pagi lagi irdina dah bangun. mcm tau tau ja orang nak bawak dia mandi laut.hehe...pantai kat kem ni sangat bersih. x tercemar sangat macam kat batu feringgi tu. mungkin sebab kedudukan pantai yang jauh dari kawasan industri. aku suka tempat2 macam ni...definitly will come again untuk mandi laut.hehe..kemain terjun laut dengan swim suit yang opah belikan.

tengok tu punya eksaited!


x pueh hati sebab abah bawak naik padahal tangan tu dah biru & menggigil kesejukan.isk2



meh zoom sikit haaa...

she is soooo eksaiteddd!!

seronoknya irdina main air. kalau boleh nak berenang sampai kecut..tapi disebabkan oleh tangan dah biru, bibir dah menggigil, terus abah bawak naik..mana x sejuknya, baru pukul 8 lebih masa tu..dah la kawasan tu disebalik bukit jadi matahari pun lambat sampai.memang sejuk la air laut masa tu.hehe. x pasal2 ,mandi awai pagi tu..

overall, aku sangat suka weekend gateway macam ni. dapat release tension, tenangkan minda, happy2 dengan family. akan di usulkan kat abahnyeww untuk next2 weekend gateway lagi nanti.hee...

bye2.









No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik