Tuesday, 18 October 2016

#jenjalanjalan - Turkey Trip 2016 - Part 1

yeahhhhh...mood nak hapdet sudah mariii..

marilah mulakan dengan trip ke turkey ni memandangkan ni latest trip dan segala memory masih segar di ingatan..x payah susah2 mintak itinerary kat hubby semata nak hapdet blog sebab aku memang kuat pelupanya..haha

*******************************************************************************

Turkey memang antara next destination kami nak terokai selepas europe..kebetulan ada rezeki lebih sikit awal tahun tadi, hubby start usha tiket flight ke turkey. Pilihan flight kali ni masih lagi Etihad Airways kerana kebetulan Etihad menawarkan promo harga yang paling ideal untuk kami pada tarikh pilihan travel tu. Asalnya target nak Qatar Airways, tapi mahai..sobsobsob..Macam mana nak tau tiket murah? sila browse Skyscanner or apps yang sewaktu dengannya. hari-hari! begitulah kegigihan kami mencari tiket murah dan pastinya kaki travel yang lain buat perkara yang sama macam kami jugak kan..haha.

Memandangkan kami pergi awal March, makanya dah start masuk musim bunga..kiranya tengah peralihan dari musim sejuk ke bunga la..suhu lebih kurang antara 10 - 20 degree, tapi aku prepare jugak baju sejuk untuk anak2..takut depa x berapa tahan dengan suhu macam tu..Percutian kami ke Turkey ni adalah selama 2 minggu..

Trip kali ni bukan kami 4 beranak sahaja, mak & abah mertua pun join skali & fully plan by hubby.. yes, semua plan sendiri dari route, penginapan, pengangkutan & sebagainya..seperti kebiasaan kami travel, cuma kali ni kena fikir extra sikit sebab ramai & untuk memenuhi keselesaan semua. Kalau naik Etihad, macam biasa transit di Abu Dhabi..

KL - Abu Dhabi  -- 6 jam 30 minit > flight sangatttt smooth & boleh dikatakan xdak turbulence langsung..aku lena x sedaq apa, tau2 mangkit makan, pastu dah nak sampai..haha

Abu Dhabi - Istanbul -- 4 jam 30 minit > flight ok tapi turbulence agak kuat masa lalu kat Persian Gulf .riso gak weh dah la lalu tengah laut..jenuh fligt kona merata nak elak turbulence..Alhamdulillah selamat sampai Istanbul Atartuk Airport..masa lalu kat area pergunungan Iran, pemandangan kat bawah yang bersalji putih tu sangattt cantikkkkk! SubhanAllah =) Itupun skodeng dari tingkap toilet..maklumla, seat kami tengah2, memang x nampak apa laa...hahah..

Little Red Riding Hood lapaq..sambil tunngu abah amik beg,  bagi dia mengunyah biskut seround...nampak x kegigihan kami angkut carseat disitu? =)

Once dah keluar dari arrival gate, perkara pertama yang dibuat adalah pergi amik kereta sewa..hubby sewa kereta dekat Europcar. Masalah paling utama kat Turkey ni adalah communication..walaupun kat airport, orangnya x berapa fasih & paham bahasa inggeris. last2 skali jadi itik cakap ngan ayam..layan ja laaa...jenuh jugak masa nak amik kereta sewa tu..kami ada booking car seat jugak untuk irdina, satu hal pulak la nak pusing entah kemana nak amik car seat tu..huuu..nasib baik orang europcar tu tolong bawakkan dulu..untuk iman, kami bawak sesiap dari sini..

pemanduan di turkey ni sama macam kat europe yang lain...left hand drive...mulanya hubby ingat dapat kereta ala2 size estima, sekali dia bagi nala punya besaq..boleh naik 10 orang tuuuuu...kalau nak compare, saiz dia macam hyundai starex tapi panjang sikit lagi..seriusssss menguji mental & fizikal hubby untuk drive..berbulan sakit pinggang efek stress sebab bawak keta besaq kat turkey..hahahah

Route perjalanan kami adalah seperti berikut:

Atartuk Airport (Istanbul)  >  Bolu  >  Ankara  >  Cappadocia   >  Konya  >  Pamukkale  > Ephesus  > Izmir > Bursa  >  Istanbul **save the best for the last..haha**

Untuk perjalanan pertama, kami keluar dari Istanbul untuk ke Ankara..namun disebabkan jarak perjalanan yang lebih kurang 450 km dari Istanbul ke Ankara, makanya kami berhenti di Bolu untuk bermalam di situ & meneruskan perjalanan keesokan harinya..dari airport nak ke Bolu pun aku rasa seksa sangatt..dah la letih mengharung 16 jam flight **include transit**, pastu keluar2 dari airport terus mengharung jem. mungkin timing kami sampai tu x kena dengan timing local..mungkin masa tu depa tengah nak keluar/balik ke sebelah asia..oh ya, airport kat istanbul belah europe ya...ada satu jambatan yang besarrrr dan panjanggg yang menghubungkan Istanbul bahagian Asia & Europe..Sila gugel apa nama jambatan tu kerna masa tu aku x amik port pun sebab kepala dah masuk angin..tapi pemandangan dari jambatan tu sangat ah-meh-zingggg!! nak naik jambatan ni kena tol tau..masa amik kereta sewa tu da dapat sesiap2 kad tol mcm touch 'n' go tu...tapi system tol kat Turki ni pada kami lagi dasat dari Malaysia...x perlukan menda alah smart tag tu pun dia dah boleh scan kad tol tu..pastuuu kamera speed trap bersepahh..even kat lorong kecemasan pon ada..dalam lingkungan  setiap 50 - 100 meter ada kamera...tapi ni hanya di Istanbul ja la..haha..Malaysia patut buat camni, baru terus orang x berani nak lalu lorong kecemasan..

Nasib ada budak tu lena ja tdoq masa otw ke Bolu..huhuhu

Perjalanan nak ke Bolu pun makan masa lebih dari 2 jam..aku kesian jugak dekat hubby sebab dia sangat struggle nak bawak van besaq dabak tu di jalan yang asing..dah la bawak belah kiri..masuk2 highway trus jem, gear manual pulak tu..memang pakej extreme la bagi kami..haha

Alkisah, seteleh mengharung 2 jam lebih perjalanan, kami akhirnya sampai di Bolu..nak mencari hotelnya sepasal lagi..entah cerok mana la GPS bawak kami, tapi nasib baik sampai jugak..namun, ada benda yang x menariknya berlaku..disebabkan x biasa bawak kereta besaq dabak panjang macam tu, hubby tergesel dengan kereta orang local masa nak parking depan hotel..actually, bukan kena body kereta tu punnnnn...kena tayar kereta ja sikit yang langsung x membawa kemudaratan pada kereta tu..kecoh jugak la orang2 dekat area situ bila tengok kami ni pelancong asing..aku dgn mak mertua dah risau2 dah...akhirnya orang hotel tolong setelkan, dan kami kena pow 50 lira dengan tuan kereta tu sebagai ganti rugi..hubby pun bagi ja la sebab ni tempat orang, malas nak gaduh lebih2..huhu..hari pertama di turkey dah spoil mood...huhuhu..

xdak gambar menarik untuk dikongsikan sebab masing2 kepenatan & kelaparan..kami ambil 2 bilik yang berasingan untuk kami satu family & family mertua..malam tu kami tidur dengan lenanya dengan pengharapan agar hari esok lebih baik dari hari ini..haha

sekian part 1, bersambung di bahagian seterusnya...

Monday, 17 October 2016

Irdina Nazihah - Selamat hari lahir sayang!


17/10/2016
Selamat Hari Lahir Irdina Nazihah
Ummi doakan kamu menjadi anak yang solehah, cemerlang dunia dan akhirat.
Jadilah kakak yang baik & boleh menjadi contoh kepada adik
Hati kental macam abah, tapi manja macam ummi..hewhewhew
Jangan selalu gaduh2, berebut mainan dengan adik.
Pening ummi hari-hari jadi mak singa duk nak marah kamu dua orang ni..haha
Ummi mungkin x mampu untuk menjanjikan emas dan permata buat kamu, tapi dapat menjanjikan kasih sayang yang x terhingga untuk anak ummi..
Ummi love you sayang!
Kamu anugerah terindah buat ummi dan abah!


Wednesday, 12 October 2016

Recent Update..yeahhh

yeah...aku menjengah kembali..

lamanyaaaa x update blog..bz sikit sekarang ni..sejak lepas raya haritu tetiba banyak pulak kerja, pastu bila tiba2 mood nak menulis datang, resource & masa pula x mengizinkan..

makanya, terkulai layu lah blog ini bersawang ditinggalkan..hewhewhew..

anak-anak makin membesar dengan sihatnya.. Alhamdulillah..

Irdina dah nak habis sekolah sesi 5 tahun..minggu depan start final exam huiii..ummi dulu 5 tahun duk main menyorok dalam longkang lagi cek oi..x dapat bayangkan time kamu nak UPSR, PT3 & SPM nanti...huhuhuhu..tahun depan sambung sesi 6 tahun di tadika yang sama juge..semoga banyak lagi surah2 yang kamu dapat hafaz..sekarang pun ummi & abah seronok sangat kamu dah hafaz beberapa surah yang agak panjang dan secara x langsung ummi abah pun dapat join hafaz sekali..pendedahan yang baik juga utk adik iman..walaupun x berapa lancar sebutan kadang dia ikut juga bacaan kakak...

oh, bulan ni birthday irdina...kebetulan 17/10 tu start exam, so kena postpone lah bithday celebration kat sekolah...kesian tau kat anak ummi yang sorang ni..dari kecik x penah nak celebrate..iman pun sama..orang lain semua parents buat birthday partayy dari 1 year...irdina pun ummi start buat tahun lepas ja...ummi is sooo excited untuk celebration kali ni..ummi akan buatkan kek rainbow poney yang paling cantikkkk untuk irdina! hehe..tazzabarrr untuk ittewwww...

Iman pulak? makin petah berkata-kata..kadang terkejut jugak dengan ayat2 yg keluar dari mulut dia tu..boleh tahan jugak budak ni...haha..still pantang tengok ummi mesti nak "nekk". dah 2 tahun lebih huiii, kena wean off secepat mungkin ni, tapi x sampai hati pulak bila dia buat muka sedih..iman lebih prefer fresh milk berbanding formula milk. haritu pernah nak belikan susu formula..aku kalau boleh nak bg anak minum susu kambing sbb susu kambing kan susu terbaik selepas susu ibu...kemain belikan karihome yang tin kecik tapi hampeh iman xmau sebab ada bau skett..nangis mak nak sbb hang xmau..haha...kebetulan masa survey susu lembu pulak ada tester pediasure..memang sedap yang perisa vanilla tu pastu dua beradik ni minum sampai habis..so dengan semangatnya pow abah dia suh belikan setin..pun akhirnya dua2 x berapa minat jugak..lebih prefer fresh milk/full cream milk yang dalam kotak tu...haiyohhhh..jenuh jugak nak abiskan pediasure tu & karihome pun ada lagi setengah tin...sapa nak abehkan huiiii...sob sob sob..makanya, setiap kali promo susu kotak tu kami kena angkut banyak2..hewhewhew..

me & hubby? still PJJ leeee..susah nau  aku nak tukar balik ke penang.huhu

haritu hubby ada dapat interview kenaikan & kalau dapat base office kat KL..punya la siok aku dengar, siap berangan hubby pindah balik sini.x payah aku susah2 mintak balik ke penang lagi dah..haha..tapi hubby xmo sebab kerja tu mungkin banyak outstation oversea & ada possibility utk kena stay sana dalam berbulan-bulan..lagi jauhhhh PJJ nya...kalau sekarang tetiap minggu leh jumpa, nanti berbulan-bulan pulak x jumpa..oke, x sanggup pulak di situ...makanya, kami doa untuk yang terbaik & yang terbaiknya adalah hubby maintain stay di penang & aku di SK..hehehehhe...

hidup berPJJ ni rupanya banyak jugak manis dalam pahitnya..perasaan rindu merindui macam zaman bercinta dulu datang kembali....dulu masa duk sekali mana sempat nak rasa rindu2 ni..ya la, dah depan mata 24 jam kan, nak rindu celah mana..haha..setiap kali hubby nak balik penang semula mesti rasa sedih pastu bila hubby nak datang sini pulak rasa seronokkk sangat! moment bersama dengan anak2 skali tu rasa bahagia sangat..rasa lengkap. seminggu sekali jumpa khennn..

hari-hari sentiasa msg. kalau ada sesuatu yang excited untuk dikongsi cecepat kol..dua2 buat perangai sama macam ni..nak ke mana, hatta nak pi lunch pun bagitau..just like the old days..somehow rasa kasih sayang x berkurang pun walau PJJ, bertambah lagi ada..perasaan menghargai pasangan tu lebih mendalam..

aku selalau doa supaya Allah bagi masa,waktu & tempat yang terbaik untuk aku berpindah dan mungkin sekrang masih bukan masanya..mungkin ada hikmahnya jugak..hubby selalu outstation/kursus kat area2 sini & selatan, selalunya rumah kat SK ni jadi pit stop dia untuk rehat..kalau macam ni lama lah sikit hubby dapat enjoy dengan kami. hehe

oh, panjang pulak cerita kali ni..asalnya nak cerita biasa2 saja, dah termelalut begini pula..haha..till we meet next time..daaaaa ~



Friday, 15 July 2016

Selamat Hari Raya 2016

Raya 2016 masih berempat...hehehe..

Kalini raya turn tanjong pendang dulu..so, kaler tema tokmi yg decide! Haha..Tema tahun ni semuanya hijo...dah cam mak ko hijo dah haa...hakhakhak

Cat dalam rumah hijo, langsir hijo, kuih raya pun nak ada hijo2...fuhhh...dedaun pepohon kat luar rumah pon hijo, memang mak oi suma hijo la...hahaha

Selamat hari raya buat semua yang tersinggah kat blog ni..ya, macam2 kononya aku nak hapdet tapi angin kemalasan selalu bertandang...hewhewhew..
cek xdak fb, ig pn dh x aktip so belog ini saja media sosial yg aku ada...makanya update suam2 kuku akan terdapat di sini..hoho

Selamat hari raya, maaf zahir batin!










Monday, 27 June 2016

21 Ramadan

Semalam 21 Ramadan...boleh plak ummi x perasan..

Selamat Hari Lahir Iman Humaira!!!

Dah cukup 2 tahun anak ummi ni...oke, dah boleh stop mengempeng kat ummi..hahaha..

Budak besar yang makin banyak akal dan ragamnya..kadang buat ummi geram, kadang buat ummi marah dan selalu buat ummi sayang! Anak yang manja, yang sedikit ikut perangai ummi dan sedikit ikut perangai abah tapi copy cat perangai kakak..hahaha

Semoga menjadi anak yang solehah, cemerlang dunia akhirat..sayanggg imann!!

Ummi: iman, iman sayang ummi dakkk??
Iman: dakkkk

Hahahahahahha









Thursday, 5 May 2016

what i love....

okeh, break kejap dari cerita travel..

Now i have discover my passion..it doesn't take too long to discover that i love baking..hahahha..tu ja punnn...

But seriously, i had a big dream for my passion...mana tau satu hari nanti apa yang aku suka ni boleh memberi pulangan lumayan untuk aku....yes, sekarang dah ramaiiii homebakers yang meniaga. even ofismate aku pun dah start buat bisnes baking ni...tapi setiap orang akan ada rezeki dia masing-masing kan...x salah kalau aku pun nak mencuba..hehe

Me? aku memang dah lama nak start bisnes ni tapi keaadaan sekarang agak tidak mengizinkan. anak-anak masih kecik dan perlukan lebih perhatian...kalau aku start baking, kompem depa akan terabai sedikit..**mungking banyakk..huhu**..lagi pulak aku n hubby still pjj..nak berulang alik lagi, then xkan bila ada hubby pun aku nak baking..sudah kurang kualiti masa bersama di situ..hubby pun dah bagi warning kalau dia ada jangan baking..sob sob sob...tapi aku still ambil tempahan secara sambilan di mana aku rasa ada waktu lapang untuk baking..

sebelum ni ada jugak dah yang order cake..paling banyak order carrot cake and chocolate brownies topped with salted caramel & almond croquant...fuhh, gempak kan nama....hahahah..ada jugak tempahan cake & cupcakes untuk event TM dari ofis adik aku..yang tu memang aku bagi bulat-bulat kat dia untuk buat...cuma pantau dari segi kualiti dan bahan yang digunakan...bagi aku, menggunakan bahan-bahan yang berkualiti akan membuatkan kek rasa lebih sedap...


carrot cake


carrot cake


chocolate brownies with salted caramel & almond croquant

Ni lah antara cake yang dah termasuk dalam senarai baking & dah ada orang order & repeat order..Alhamdulilah..walaupun bukan order hari-hari tapi aku tetap suka..coming soon, soft japanese cotton cheesecake will add in the list...itu favourite hubby & dia yang suggest utk aku jual kek tu raya ni...hewhewhew...mungkin boleh la by request..

Bawah ni pulak kek yang orang order kat adik aku...kebanyakannya kek birthday & kek untuk event TM...yang TM tu  x jumpa la pulak dalam gallery..mungkin aku dah delete...nanti kalu jumpa aku tempek sini...






Aku dah ada beberapa list of cake receipe untuk dicuba dan mana tau kut2 boleh start jual kan...mula dengan minat dan mungkin satu hari nanti dapat jadi sumber pendapatan..aku dah cakap kat hubby nanti bila nak renovate rumah dia yang nak siap hujung tahun ni, kena buat satu kaunter/ruang untuk aku baking...x sabar untuk ittewwww....heee...








Tuesday, 19 April 2016

Europe Trip May 2015 - Perancangan Perjalanan

**Mood rajin cek dah maiii dahhhh..hewhewhew**

Meh nak sambung cerita yang tergendala hari tu pasal europe trip kami...

Kami mulakan perjalan dari KL ke Paris, turun di Charles De Gaulle (CDG) airport dengan flight Etihad Airways. Transit sekejap di Abu Dhabi. Kami lebih prefer transit flight macam ni instead of direct flight KUL-CDG sebab x terasa sangat letih perjalanan.at least ada jugak masa nak meregang otot dan berjalan2 sebentar..lama-lama dalam flight memang membosankan..lagi pulak flight dari KL tengah malam & sampai di Abu Dhabi dah pagi, makanya nak kena mandikan anak-anak supaya depa rasa fresh & selesa. Keselesaan & mood anak-anak memang menjadi keutamaan kami kali ni. Perjalanan KL - Abu Dhabi ambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit dan Abu Dhabi - Paris 6 jam 15 minit..so total waktu perjalanan sekali dengan transit lebih kurang 16 jam ++...



Di sini meh nak senaraikan beberapa perkara penting sebelum travel yang kami buat dengan cara kami**actually mostly hubby yang buat..haha** sebagai panduan dan rujukan untuk anda yang merancang untuk travel mengikut selera sendiri..

1. Perancangan Perjalanan / Travel Itinerary.

Perkara paling penting sebelum travel setelah dah terbeli tiket flight adalah perancangan perjalanan ataupun travel itinerary. Masa ni lah kita kena plan route, tempat yang nak pi singgah & tempat bermalam..Kerja-kerja ni semua aku serahkan dekat hubby sebab dia memang pakar bab planning.hoho..aku cuma bagitau mana tempat yang aku nak pi then pandai-pandai la dia adjust masuk dalam plan..Lagi satu pandai-pandai lah bajet sendiri berapa malam nak bermalam di satu-satu tempat bergantung pada jumlah tempat menarik yang terdekat untuk di lawati. Macam kami peruntukkan 1 atau 2 malam di Paris - Switzerland dan 3 malam di London sebab nak shopping punya pasai..hahah.
So, roughly kami akan mulakan perjalanan dari Paris - Brussels - Amsterdam - Frankfurt - Interlaken - London - Paris. Jelajah kami kali ni akan melalui 6 buah negara.


Yang bestnya pi EU country ni, kita boleh melepasi sempadan antara negara tanpa perlu berhenti untuk menunjukkan passport dan sebagainya. Macam dari France tiba-tiba eh eh dah masuk Belgium rupanya, gittewwwww...ada jugak signbord welcome tu tapi kadang tak perasan pun..

2. Booking hotel & kenderaan.

Once dah ada route perjalanan, then kami proceed dengan booking hotel, kereta sewa & train Eurostar ke London. Lepas dah decide nak duduk 3 malam di London, aku pun usha tiket train Eurostar yang termurah kami boleh dapat di website Eurostar. Selalunya masa weekdays la..weekend surely mahal! Tiket paling murah yang aku dapat ialah 44.50 Euro seorang sehala. Kereta sewa hubby amik dengan Hertz sebab dalam banyak-banyak website, Hertz paling reliable dan dalam budget kami pada masa tu. Kami dapat mini SUV Renault Captur...best jugak Renault ni...driving manual tapi ada auto cruise, jadi x la penat sangat hubby bawak..cumanya leceh skit masa nak harung jem la..mau tercabut lutut..hahaha..Owh, rezeki kami dapat Renault ni denga built in GPS! x payah nak sewa GPS lain dah..

Hotel pulak xdak la nak booking yang berbintang tu..kebanyakannya budget hotel..kami peruntukkan lebih kurang RM 150 kebawah semalam. Dapat harga lagi murah lagi bagus...dah boleh jimat sikit di situ..Cuma kat London bugjet kena tinggi skit sebab kali ni kami nak stay kat central dan dekat dengan subway. Lesson learnt dari first trip ke UK dulu, hubby booking hotel di Wembley..agak jauh dari central London.Hotel memang selesa & murah tapi tak praktikal bila bawak anak-anak ni..

3. Entrance ticket.

Antara ticket yang kami purchase sebelum travel adalah entrance Keukenhof + parking & London HOHO bus..last December 2014 yang pi UK tu x sempat nak pusing London so sebab tu kali ni beli tiket naik London HOHO..seronok skit sebab naik dengan anak-anak...

4. Travel insurance.

Travel insurance ni x lah mahal mana pun...Kami ambil untuk satu family lebih kurang dalam RM100 - RM200 ++ untuk sepanjang tempoh travelling ni...yang ni x pandai nak ulas banyak sangat sebab hubby yang buat & lebih tahu.mungkin boleh google jugak pasal ni.yang pastinya, hubby ambil travel insurance ni as precaution. ya la, kalau terjadi apa-apa at least dah ada backup. selebihnya berdoa dan bertawakal kepada Allah supaya semua urusan dipermudahkan..

5. Barang keperluan anak-anak

Masa ni Irdina baru 4 tahun dan Iman 10 bulan. Since undang-undang sana mewajibkan penggunaan car seat, makanya terpaksa kami latih anak-anak duk dalam car seat sebulan sebelum travel..hahahha.. maklumla, harap ja ada car seat tapi x pernah nak praktikkan...bila nak travel baru kelam kabut nak ajaq anak-anak.padan muka..hewhewhew...Untuk Irdina, hubby sewa child seat **sebab murah sket berbanding car seat** dan kami bawak dari sini carseat untuk Iman..nasib ringan nak mengangkut ke sana sini...

Strolller??? A big NO from hubby...katanya beg dah banyak dan berat, mana nak pegang anak-anak dan usung stroller lagi..makanya, gigihlah aku menggendong si Iman tu dengan Bjorn...banyak berjasa sungguh Bjorn tu...x sia-sia beli masa Irdina kecik dulu...nasib Iman ringan lagi masa ni..hahahha..tapi kesian jugak la dekat Irdina...gigih dia ikut kami berjalan kat London...macam mana penatnya kami, macam tu jugak la dia...kesian sangat bila teringat tapi hubby kata ni la pengalaman untuk dia...kompom dia akan ingat sampai bila-bila..hahahahhaha

6. Stok Makanan & ubat-ubatan

Since drive sendiri dan berpandukan apps Zabihah **apps entry makanan halal di luar negara**, banyak jugak kami jumpa tempat makan muslim & halal...Stok makanan macam megi, biskut, serunding bagai tu ada la jugak bawak tapi x banyak...Oh, kali ni aku bawak periuk nasik kecik & magic baby bullet tu untuk blend makanan Iman...Stok beras tu dari ketupat bungkus adabi..Kami banyakkan biskut dan kudap-kudap jugak untuk Irdina...

Stok ubat pulak memang kami ambil sesiap di klinik sini...masing-masing dengan ubat sendiri. yang penting ubat batuk, selesema & demam..kalau jenis suka pakai koyok untuk hilangkan lenguh-lenguh boleh angkut salonpas sekali...hehe..segala jenis minyak angin kegemaran masing-masing pun aku bawak....


Itulah serba sikit persediaan dan perancangan kami sebelum travel...agak ad hoc jugak sebab beli tiket bulan 2 dan travel bulan 5...dengan masing-masing tengah busy, so terpaksa curi-curi masa untuk planning semua bagai...Alhamdulillah segala urusan perjalanan kami dipermudahkan pergi dan balik...Cuma ada beberapa tempat yang kami x dapat & x sempat pergi sebab kekangan masa dsbg...X pa, aku dah masukkan dalam bucket list untuk repeat next time kalau ada rezeki lagi...hahahahhaha **hubby, please take note!**

Sekian....hewhewhew








Friday, 15 April 2016

template baru!

hehehe...cantik tak template blog iols yang baru ni? dah lama duk remain template yang sama..bosan dah kan..tengok pun dah x semangat..haha...

so diharapnya dengan template baru ni, semangat blogging itu datanglah kembali...

hewhewhew...

Thursday, 31 March 2016

mood kelaut lagiiiii....huhuhuh

haihhh...

kerja sudah habis..sementara menanti kerja baru banyak masa terluang..niat nak berbelog, nak mencoretkan semua kenangan berjalan2 hari tu, tapiiiii....malas ya amat nak menaip..idea datang di waktu yang tak seatutnya...bila dah depan laptop jadi krik krik krik sangat..akhirnya sambung surfing...

sekian..

**mood jetlag dari istanbul x abeh lagi kut niii...hahahahah

Sunday, 13 March 2016

Jetlag + malas!

2 minggu cuti, esok masuk kerja balik..haishhhh.malashnyaaaa..

jetlag x abeh lagi, letih x sempat nak rehat sangat weekend ni...

Hubby baru balik penang & i just miss him so much! 2 minggu travel dengan hubby dan anak2 yg sungguh bermakna!



 
 
Images by Freepik