Tuesday, 25 October 2016

#jenjalanjalan - Turkey Trip 2016 - Part 3

Atartuk Airport (Istanbul)  >  Bolu  >  Ankara  >  Cappadocia   >  Konya  >  Pamukkale  > Ephesus  > Izmir > Bursa  >  Istanbul


Perjalanan ke Konya mengambil masa lebih kurang 4 jam, bergantung pada pemanduan dan keadaan cuaca..keadaan bentuk muka bumi sekeliling masih lagi lebih kurang macam pemandangan dari Ankara ke Cappadocia...tanah yang luas terbentang dan juga bukit bukau..saujana mata memandang tapi membuatkan perjalanan sepertinya tidak berpenghujung..boring jugak kadang tu, x sabar nak cecepat sampai...cuaca agak berangin dan sesekali hujan juga makanya hubby kena drive dengan berhati-hati..berbeza dengan Ankara & Cappadocia, bentuk muka bumi di Konya pula lebih landai..

Kami sampai di Konya hari Khamis malam Jumaat..ramai couple check in jugeee...mungkin depa ni pasangan suami isteri yang sedang belajar di Konya Universiti **husnuzonn**..ramai hokehhhh..hahah..masa nak check in kat sini satu hal jugak..ayam cakap ngan itik..lama gila hubby pi check in..ingatkan ada problem apa la yang lama sangat..hotel tempat kami menginap tu agak unik. macam mini apartment pun ada..ada mesin basuh, dapur untuk memasak, ruang tamu & yang menariknya bilik dan toilet adalah di tingkat atas. hanya 1 bilik saja..konsep yang menarik..sepanjang travel x pernah lagi jumpa hotel macam ni.x sempat pulak nak tangkap gambar dalam hotel sebab masing2 kepenatan nak mandi & berehat..since dah ada mesin basuh ni memang seronok la aku mendobi semua baju busuk dari hari 1st sampai..stok baju bersih pulak makin sikit..dah la x biasa guna mesin front load,pastu jenuh nak translate bahasa kat mesin tu pulak..nasib ada install english-turkish punya kamus..hahaha..since baju yang basuh sangat banyak, aku ada jemur jugak yang jenis tshirt tu di balkoni dengan harapan x  ditiup angin...rupanya angin sangat kuat sampai mampu menerbangkan satu baju tdoq irdina yang aku sayang sangattttt...Esoknya bila checkout request nak mintak tolong amikkan baju tu, orang hotel xmo sebab xmau ganggu guest yang duk kat bawah kami tu..makanya, tinggal ja la baju tu kat situ..xdak rezeki Irdina nak pakai baju tu lagi dah..huu


baibai baju irdina...duk la kat Konya naa..huhu
Since dah sampai Konya ni, aku ajak jugak hubby untuk jalan2 sebentar di bandar & cari fridge magnet..memang target aku kali ni untuk kumpul fridge magnet di setiap tempat yang kami lawati. Konya ni lebih dikenali sebagai bandar sufi. Di sini ada Mevlana Museum yang menyimpan hasil peninggalan para sufi terdahulu..berpandukan GPS akhirnya kami sampai juga di muuseum tu..Sepatunya kalau nak masuk kena bayar dalam 10-15 lira kut kalau x silap tapi rezeki kami hari tu kami dapat masuk free saja...mungkin rezeki hari jumaat kan. 



perkarangan mengambil wuduk..kat dalam tu masjid jadi boleh solat di situ..




Setel jalan-jalan tangkap gambar sikit, kami keluar untuk beli souvenir..mungkin orang Malaysia ramai jugak yang singgah kat Konya, pandai cakap melayu tau orang2 yang menjual ni.."mari mari abang kakak, murah murah" "dari malaysia? malaysia bagus..murah kakak 1 lira saja"...belilah kami fridge magnet 2 3 ketoi..haha


di perkarangan kedai-kedai souvenir.. 
Seterusnya perjalanan diteruskan ke Pamukkale..ada apa kat situ??Pamukkale adalah antara tempat pelancongan terkenal di Turki..ia adalah tempat takungan kolam air panas di batuan yang berwarna putih seperti kapas..Pamuk tu sendiri bermaksu kapas dalam bahasa turki..Pamukkale bermaksud istana kapas... selain kolam air panas, terdapat juga bandar lama Hierapolis, tinggalan dari zaman Ancient Greek dulu..menarik kan?! Di Turki pun ada tinggalan sejarah dari zaman Greek, x yah susah2 nak pi Greece dah...haha..bukan di Pamukkale ni saja, ada beberapa lagi tempat tinggalan sejarah dari zaman Ancient Greek  ni yang ada di Turki untuk dilawati, antaranya di Ephesus..memandangkan kami dah plan untuk ke Ephesus, jadi kami x masuk pun bandar Hierapolis ni walaupun mengikut rating di Trip Advisor, tour di Hierapolis lebih berbaloi daripada Ephesus..huhu..

Dari jauh dah nampak kawasan batuan putih tu..cantik sangat tau..bayangkan keadaan sekeliling yang berbatu cekelat & pokok2 menghijau, tetiba ada satu kawasan putih macam bersalji..x ke pelik nampak gitu? X sabar2 nak naik nak cuba2 rendam kaki kat kolam air panas dia, tapi memandangkan baru sampai, kami pi check in hotel dulu. Hotel di Pamukkale ni biasa2 saja tapi sangat dekat dengan tempat attraction tu.  Masa kat sini aku dah mula x sihat, batuk & selesema yang teruk! nasib ada bawak ubat sesiap dari sini..nak dekat habis sebotol jugak la ubat batuk aku telan...x pernah lagi travel sebelum ni aku x sihat macam ni..nasib jugak ada mak & abah mertua..boleh depa tolong2 tengokkan anak2...huhu




Esoknya, selepas breakfast kami pun gerak ke kawasan batuan putih tu..bila dah sampai rupanya nak naik ke kawasan kolam air panas tu berbayar..kalau x silap dalam 20 - 30 lira..pastu kena mendaki tinggi pulak tu, konfem mak & abah mertua x larat nak naik..dengan budak2 ni lagi...aku pulak nakkkk sangattt naik tapi hubby macam x berapa setuju sebab xkan nak tinggalkan budak2 ni dengan mak & abah lama2..kesian pulak kat depa..lagi pulak cuaca agak mendung dan sangat sejukkk, x silap suhu masa tu dibawah 10 degree..dengan beranginnya lagi...akhirnya aku mengalah la jugak..just tangkap gambar kat kawasan sekeliling..cantik jugak pemandangannya tapi aku nak naik atas tengok pool terrace dia...sob sob sob...X pa, aku dah masukkan Pamukkale dalam wish list untuk revisit nannti sekali dengan Cappadocia...haha..hubby please take note ya! 




tekangkang kaki mak nak halang anak dari lari pi main dgn itik..haha

sejukkkk..hari mendung



Kami

Lepas siap bergambar semua, kami jalan sekeliling tengok souvenir & tapau la fridge magnet seketoi dua...next kami terus gerak keluar dari Pamukkale menuju ke Ephesus..kena gerak awal sebab nak jalan-jalan kat Ephesus pulak...

Cerita Ephesus akan bersambung di entry part 4..

Nextttt....



No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik