Tuesday, 7 January 2014

perihal supplement

heh..kompius iols tau nak amek supplement apa pregnant kali ni..

sekarang kemain pemes Shaklee tu..time pregnant kat Irdina dulu harom xtau apa tu Shaklee..da beranak time cari milk booster baru terjumpa...tapi x beli pun. hubby kata kalo x istiqomah mengepam, makan la tok nenek supplement apa pun x banyak jugak susu. lagi satu mind set tu jangan duk set susu xdak.. yesss, my hubby sangat pentingkn penyusuan susu ibu and he always support me BF irdina dulu..cuma aku yang tertewas awal..BF irdina sampai dia 10 bulan saja and i is sooo sad..sobs sobs..now, i've learned the lesson! InsyaAllah bertekad nak BF adik baby smpai 2 tahun..this is a MUST!

oke, off topic dah..haha

so, memang aku berkira2 kali ni nak amik shaklee..siap dah bgtau dokter kata nak beli shaklee..dokter kata oke saja cuma nanti bila next checkup dia nak tgk kandungan iron sama ada mencukupi atau tidak..tapi dokter kata, sama saja kalau amik supplement dari klinik pun dan harganya jauh lebih murah..Shaklee mahal sebab dia MLM..hubby sangat2 setuju dengan dokter sbb memang dia x support aku membazir untuk nih..hahaha..sebab dia tau aku ni hangat2 taik hayam, takut menang membeli alah memakan..huhuhu

nak dijadikan cerita, 2 minggu lebih jugak la aku berkira2 nak beli ke x shaklee tu..dah siap wassap dealer tanya harga semua bagai tapi x jugak order..sampai la balik dari bercuti tadi, aku dah nekad nak oder shaklee..sekali bila bukak online banking, tengok2 balance dah sikit..huih, biaq betuiiiiii!!! rupanya dah kena tarik untuk payment loan rumah..tapi kata ada payment holiday loan rumah untuk bulan 11 & 12..tapi kenapa dia tarik dari gaji bulan 12???? whyyyyy??!! aku dah berangan duit2 tu nak guna untuk beli itu ini :( :(

sememangnya dah ditakdirkan duit tu bukan untuk shaklee dan bukan untuk aku membazir macam tu saja..finally, aku decide untuk amik obimin dan kalsium macam dulu..hubby kata, sehat elok ja irdina lahir..ummi makan obimin n kalsium ja pun..kesimpulannya, dengarlah cakap suami anda..hahahahaha **tetiba**

x kiralah apa jenis supplement yang kita amik pun, yang penting sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah supaya anak dalam kandungan sihat dan membesar dengan sempurna... :)

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik