Tuesday, 26 June 2012

alkisah.....

alkisah....

selepas pantang..

"anak tu kecik lagi..risau tokmi kalau nak hantaq kat nursery/pengasuh..xpa la bagi tokmi jaga dulu. tokmi pun bukan ada nak buat apa sangat pun kat rumah ni."

niat nak fully BF anak sampai cukup 6 bulan..bila tinggal anak kat kampung stok susu merudum.so, decide ambil unpaid leave 2 bulan..bila nak masuk kerja balik..

"risaunya tokmi kalau nak bagi irdina kat pengasuh. dah la pengasuh tu pun tengah mengandung. sat lagi takut dia pun x larat nak jaga irdina. sian cucu tokmi ni..xpa la, meh la tokmi jaga dulu. nanti dah 6 bulan ke atas hampa ambil la dia balik."

bila irdina dah 8 bulan..

ummi dengan yakin hati nak bawak irdina balik duduk SK dengan ummi. ditemani tokmi dan maksu untuk testing hantar irdina kat pengasuh. maklum la, anak dara tu dah pandai. dah kenal orang, memilih pulak tu. kalau tengok orang tua ja, mesti menangis. isnin lepas, semangat ummi ambil cuti sempena nak hantar anak ummi ke pengasuh. alhamdulillah anak ummi ni ok. x menangis pun tengok ibu (pengasuh). seronok lagi ada sebab ada ramai kawan-kawan. sinar harapan untuk irdina tinggal dengan ummi nampaknya sangat cerah! namun, keesokannya....

"tokmi risau la nak letak dia kat pengasuh tu lagi buat masa ni. dia baru duk meniarap berundur..budak-budak tu semua dah pandai merangkak la, meniti tepi-tepi sofa tu. kalu terjatuh kat atas belakang irdina yang duk memusing kat lantai ni x ka naya? kalau patah pinggang anak tu kita x leh nak buat apa dah. anak tu dah la pompuan, masa keluaq dulu elok ja, bila besaq jadi macam tu pulak.hang mau ka anak hang jadi macam tu kak? xpa la tokmi jaga irdina dulu sampai dia dah boleh merangkak meniti tepi2 sofa macam budak-budak tu..lepas tu hampa ambil la balik anak hampa ni. tokmi x halang dah. kalau x larat nak ulang alik tetiap minggu, balik la 2 minggu sekali.."

huh, tokmi dah keluarkan ayat-ayat untuk memujuk ummi supaya irdina balik kampung semula duk ngan tokmi. nehi tokmi nehi kalau nak balik 2 minggu sekali. seminggu x jumpa ni pun dah rindu bagai nak rak kat anak dara tu. mulanya ummi berkeras..ummi's motherhood instinct cuba melawan balik. namun, akhirnya ummi terpaksa mengalah juga sebab 1(ummi) lawan 3(tokmi, tokabah & abah irdina), kompem la ummi yang kalah. hadehhhh...xpalah, ummi mengalah dulu buat sementara ni..mungkin ada hikmah di sebaliknya. tapi, bila sampai masanya nanti, ummi akan fight untuk anak ummi nih!!!caiyokkkkk caiyokkkk ummi irdinaaaaa!!!

**saya cucu kesayangan tokmi..apo tengok2?!!**

3 comments:

  1. la shiannye irdina kena balik kampung balik.....

    ReplyDelete
  2. mira!!!

    lama betui x nampak hang. bila sekodeng blog asek private ja.isk2....

    congrats dah peknen yee.. :P

    ni bukan kena syian kat irdina..kena syian kat ummi dia sbb hari2 rindu kat dia.hukhuk

    ReplyDelete
  3. hahahahaha!
    blog private pun bukan sebab apa, sebab tak update.
    ni sekarang baru rasa nak update balik.
    so jenguk2 la ye...

    heee...thanks ummi irdina.
    jangan sedih2 naa....

    ReplyDelete

 
Images by Freepik