Friday, 9 December 2016

Resepi : Homemade mushroom soup + garlic crouton

Holaaaaa....

Jom break jap dari cerita travel...kali ni meh kita update resepi puleeeee....sapa sini suka makan mushroom soup angkat tangannn?!! semua suka kan..especially kalo pi pizza hut tu cam rasa x cukup ja semangkuk kecik tu kan...resepi ni aku dapat dari mak sedara..dia pun belajar dari kawan dia...serius mavelessss!! lagi sedap dari pizza hut punya tauuuu **bos aku la yang kata..hahaha** tiada campuran langsung dengan instant mushroom soup yang ada di pasaraya tu...purely homemade gittewwwww...memandangkan aku dah siap tulis resepinya dan dah forward kat opismate semua, meh aku nak share jugak kat blog ni sebab good feedback banyak sangat....hahahhaha **seblah tangan ke bahu mata ke atas, sila rolling eyes**

Resepi Mushroom soup sedap =)

Bahan A
125 gm butter @ gantikan dengan ½ cawan olive oil
5 ulas  bawang putih (dipotong kasar)
4 senduk kecil tepung gandum
4 cawan air @ 3 cawan air + 1 cawan susu

Bahan B
Shitake Mushroom (dihiris nipis @ dicincang halus)
Brown Button Mushroom (dihiris nipis @ dicincang halus)
Isi ayam di potong dadu
2 kiub ayam Maggi/ 1 peket kecil serbuk ayam Tumix ( kalo rasa x cukup boleh tambah lagi ikut kesesuaian rasa)
Black pepper
Garam


Cara-Cara:

  • 1.       Cairkan butter & masukkan bawang putih. Tumis sampai naik bau.
  • 2.       Kemudian masukkan tepung gandum & kacau hingga sebati. Perlahankan api & masukkan air @ air+susu. Kacau sebati & tutup api.
  • 3.       Masukkan adunan ke dalam blender & blend sampai hilang ketulan2 tepung tu.
  • 4.       Masukkan semula adunan yang dah pekat & smooth selepas di blend tu ke dalam periuk & buka api.
  • 5.       Kemudian masukkan ayam, cendawan butang & shitake ke dalam periuk.
  • 6.       Lepas tu masukkan 2 ketul kiub ayam. Kalau masih rasa kurang, boleh tambahkan lagi ½ -1 kiub…agak2 ikut sesedap rasa sendiri..Kalau pakai Tumix, boleh masukkan sedikit demi sedikit sepeket kecil tu – ikut tahap rasa masing2. Takot kalo masuk sekaligus satgi masin kejung…haha
  • 7.       Tambahkan black pepper & garam sesedap rasa.
  • 8.       Terus masak sampai mengikut tahap kepekatan yang digemari. **kalo makin sejuk, sup ni akan makin pekat**


Garlic Bread crouton

½ buku roti gardenia yang kecil
1/3 – ½ cawan olive oil ( bole ganti dengan butter cair juge)
½ labu bawang putih (dicincang halus)
1 sudu besar dried parsley (McCormick @ Masterfood) – optional (kalo buh lagi sedap & wangi)
Garam


Cara-cara:
  • 1.       Roti dipotong dadu, ikut suka nak besar mana…nak byk potong kecik2 ( gunting je senang…xyah gigih nak potong..haha)
  • 2.       Dalam mangkuk lain, campurkan olive oil + bawang putih + dried parsley. Then, tambahkan garam agak2 dalam 2 cubit…gaul sebati pastu rasa dulu..kalu dah cukup masin ok la…kalu kurang tambah sket lagi…
  • 3.       Kemudian tuangkan adunan campuran olive oil td ke roti. Gaul sebati..kalau boleh biar semua roti bersalut dengan minyak tu. Kalu rasa minyak tu kurang, tambah la sket lagi…
  • 4.       Kalu ada air fryer, masukkan dalam air fryer & masak dalam 10 – 12 minit. Bergantung pada tahan kegaringan kegemaran masing2..
  • 5.       Boleh juga bakar dalam oven pada suhu 170, dalam 8 -10 minit @ agak2 sampai da garing.
  • 6.       Kalau nak goreng jugak boleh je, tapi kena google @ youtube la cara2nya…hohohoho


S    Sekian resepinya...

       Sila la cuba..masa 1st time rasa yang mak aku buat, serius aku macam WOW! ni lah rasa mushroom soup yang dicari-cari...ceeewaaahhhhh...mulanya aku ingat mak ada campur dengan yang instant punya...ropanya langsung xdak..dan ropanya sangat senangggggg!! Sila la cuba..serius x menyesal! haha

   
aku masak garlic crouton ni dgn air fryer...serius senang & memudahkan!

creamy mushroom soup...nyammm nyammmmm





No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik