Showing posts with label **makan**. Show all posts
Showing posts with label **makan**. Show all posts

Friday, 16 August 2013

Selamat Hari Raya 2013

Salam Eidulfitri!

Bulan puasa lepas sungguh lemau nak mengupdate entry! last entry pasal menu berbuka 1 & 2 Ramadan ja.padahal ada ja lagi menu hari2 lain yg aku semangat masak..tapi mood pon da lemau apa boleh buat kan...hahaha

Alhamdulillah, dapat mengisi Ramadan dengan lebih baik dari tahun2 lepas. Semoga panjang umur dan diberi kesempatan untuk menemui Ramadan akan datang supaya dapat mengisinya dengan lebih cermerlang. InsyaAllah :)

Raya tahun ni masih bertiga...belum ada tambahan lagi.hohoho...tapi kali ni aku rasa puas duduk kat kampung..mungkin sebab balik raya lama kut..kalo ikutkan hati, nak ja cuti 2 minggu. tp disebabkan oleh cuti reserve nak pi jalan2 hujung bulan ni, terpaksa la cuti pendek...pendek la sangat kannnn..10 hari jugak tu lepak kat kampung.isk2

Akhir kata, tuan tanah malas nak membebel panjang...kepada pembaca2 budiman yang tersinggah terbaca dan x tersuka apa2 yang tuan tanah coretkan di tanah blog ni, tuan tanah nak mintak ampun mintak maaf zahir dan batin..sekian saja dari tuan tanah yg hot hot ciken shit nak update blog.


SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI!
MAAF ZAHIR BATIN




**susah sungguh nak ajak anak dara ni tangkap gambaq...huhuhuh

Sunday, 16 June 2013

Makan-makan : Mr Kabab & Biryani, P15, Putrajaya

Salam....
Selamat hari ahad! Bersiaran kali ini dari kampung.weeee...sukaaa balik kampung! Kosong pulak rasa malam ni sebab irdina pi tdoq ngan tokmi..wuwu.pandai dia set tempat tdoq kt bilik tokmi noo..ummi bagi can la dia tdoq ngn tokmi.leh ummi ngan abah feeling2 pengantin baru malam ni. Ahaksss!  Okeh, dah mengarut lebih. X seswai dengan tajuk entry pulak. Kita nak cerita makan2 dicerita lain pulak kan.isk2...
Baiklah, ceritanya begini. Kami tau kewujudan satu kedai makan arab/pakistan kat p15 putrajaya tu..pernah janji ngan hubby nak try makan ctu lama dah tapi hajat x tertunai sebab x terbukak pintu hati nak terjah. Boley gittew?haha... sekali, dah boring xtau nak dinner kat mana dah **asek2 warung pak maidin** hubby bg cadangan untuk terjah kedai tu.
Namanya Mr Kabab & Biryani.  Sebelum ni duk nampak dari tepi saja kedainya, x bajet la pulak rupanya dia bukak sampai 5 lot kedai..can u imagine that? Serius besar! So, kami yakin makanan di situ xkan mengecewakan. Kami oder lamb biryani, garlic nan dan tandoori,  maggo juice dan mango lassi...bagi aku ia sangat best! Superb! Patut la bole expand kedai sampai 5 lot. Rasa makanan memang berbaloi dengan harga yg medium. X terlalu mahal, x terlalu murah.just nice. ;) rempah2 dia semua cukup rasa. Mango juice & lassi pon terbaik!  Macam blend 5 6 bj mango tanpa dimasukkan air.. kedai ni sangat menepati citarasa family kami, tambah2 lagi hubby aku yg agak cerewet bab2 makan nih. Hubby kata kedai ni masuk dlm senarai seminggu sekali kedai makan yg boleh kami kunjungi.haha.. maklumla, aku kan jarang memasak,jadinya kena la ada list2 kedai makan nih.hukhuk..
Personally, aku lagi suka mkn kt mr kabab ni dari Saba' yg kat cyberjaya tu..dah la harga mahal, mknn biasa2 saja..disebabkan oleh teringin haritu kami ter terjah jugak..lepas tu nyesal dah xmo p mkn kt saba'..heran kenapa pemes sgt. Lain org lain citarasanya kan.hehe..






Tuesday, 12 March 2013

memasak untuk yg tersayang

helloo worlds!!!


cheewahhhhh...kemain.haha...i'm still quite busy **kengkononya** but manage to find sometime to write something here.so, kali ni meh nak cerita pasal masak memasak. ahaaaa, satu family aku tau aku ni paling x reti memasak. ya, aku sedaq diri akulah org yg paling loser dlm bab masak memasak.haha.
mak, abah & adik aku suma superb masak memasak! especially mak & abah. perghhhh, sedap sehingga menjilat jari! adik aku so so la...terer skit la dari aku. HAHA

entah cemana mai mana mood aku hari tu entah, tetiba teringin nak masak nasik tomato untuk irdina & hubby..surf punya surf resepi akhirnya dapat la dari satu blog. simple & nampak mcm sedap..so apa lagi, roger hubby kata malam ni aku nak masak. tengah hari tu seblum amik irdina, sempat aku singgah alamanda cari barang..semangat x??!!hohoho

malam tu keletung keletang la aku kat dapur...si irdina macam biasa. pantang tengok aku kat dapur, dia pon mula la mengada2 nak itu, nak ini, nak suruh dukung la.kengkonon nak tolong ummi masak..tolong la sangat kan si kecik tu.heh....menjerit la aku ke abahnyew suh amik irdina, jadi aku bole memasak dengan tenangnya..hohohoh...tung tang tung tang siap la aku punya nasi tomatoto & aym masak pedas..x berani nak buat aym masak merah buh tomato banyak2 sebab hubby jenis makan pedas2...tapi nasik aku telebih air..hukhuk.maklumla, 1st time memasak masakan yg kompleks sket nih.huhuh..kemain tepon mak mintak tips nak bg nasik x lembik..dalam hati riso jugak hubby xmo makan sebab salah satu kepantangan dia adalah nasik lembik.huuuuuuu...doa & tawakal je la aku..mak kata memang nasik tu nampak lembik benyai sbb ada butter, nanti da sejuk dia terlerai la jadi sebutir2...fuh, masa kaut buh dlm pinggan utk hubby kemain aku kipas2 bagi sejuk. nak bagi terlerai sebutir2..haha..gigih beno..alhamdulillah, hubby makan bole tahan la. dapat kpi 2.9/5 dari hubby.hahahahha...jadi la kannnnn....irdina? heh..makan dengan cara dia la..

pastu, hubby request lagi nasik tomatoto utk weekend lepas..aku pon oke saja sbb bahan2 semua dah ada..kali ni air nasik aku sukat betul2..fuh alhamdulillah, semua menjadi...hubby pon mkn bnyk! ada satu perasaan happy yg x dpt nak digambarkan bila suami makan banyak makanan yg kita masak!! dah lama x rasa mcm tu sbb seblum ni asek mkn kedai..xpon beli tomyam bgkus, aku just masak nasik & gorang teloq ja.hahahah..mmg loser abeh la. so, aku berazam nak belajar memasak lagi utk suami & anak yg tersayang...tapiiii....**ada jugak tapi, isk3** kena tengok mood jugak.haha..kalau tgh mood malas tu jawabnya kedai le jugak.hahahahaha



portion org diet.haha

Monday, 17 December 2012

weekend gateway

hiiiiiiii!!

selamat hari isnin dan selamat kembali bekerja. haih, malasnya nak kerja di hujung2 tahun ni. nak kata kerja xdak, sebenarnya ada. tapi kenapa aku rasa macam aku xdak kerja eh? WI dah siap, test report dah siap, hmmmm......apa lagi eh?? tunggu testing masuk esok je la. lepastu baru ada kerja.huhuhuh

okeh, mari lupakan hal kerja sebentar. mari cerita pasal hari minggu yang lepas. nothing special. just a short weekend gateway to pulau betong, balik pulau. penang. hehe. semua ini perancangan opah sebab irdina sangat suka main air..sayang bebeno dekat cucu yang sorang nih. kebetulan tok ki ada kursus di kem bina negara pulau betong & kebetulan jugak ada satu rumah jurulatih yang kosong, jadi tok ki ajak kami semua untuk bercuti di sana. like always, ummi is soooo eksaited bila nak bawa irdina jalan2. irdina xtau la eksaited ke x.haha

jadi, kami gerak ke penang pun dah agak petang & hari pulak hujan. seperti biasa, kalau p area2 bayan lepas/ balik pulau, memang wajiblah singgah makan ikan bakar di teluk tempoyak. rasanya memang femes kan ikan bakar kat teluk tempoyak ni..memang sedap punn..harga pun boleh tahan. nexttt...dah kenyang makan, kami gerak ke pesta pulau pinang.hoyeahhhhh..dah lama x mai pesta. rasanya last pi pesta 6 - 7 tahun yg lalu. wuih, lama tuuuu....again, ummi is sooooo eksaiteddd!!haha. 





si kecik ni dah mula mengantuk masa makan di teluk tempoyak lagi.isk2

malam minggu memang sangat ramai orang! jem oke sekeliling nak masuk pesta tu. parking kena pandai cari.seeloknya parking la kat tempat parking yg disediakan oleh kerajaan negeri. RM3.00 sahaja per entry. kalau parking kat lain tu aku x sure berapa hengget. tiket nak masuk pesta tu pun murah. hanya RM 3.00 per person sahaja! since dah jadi mak pak budak nih, memang x la kami nak pi ke theme park tu..kami just jalan pusing2 kat booth jualan saja.. sob sob..**aku teringin nak main sebenanqnya.haha** x bajet pun nak soping sbb dah hujung bulan kan, ongkosnya juga dah makin berkurangan. tapi terdapat certain barang yg xleh resist dan akhirnya ter'soping' jugak.hahahah..dapat la aku angkut karpet yang ringan & boleh basuh dlm mesin basuh tu dengan harga RM50 dan bath mat fiber RM15..sangat okeee rasanya! pastu ada la lagi menda kecik2 yang aku bekenan aku hangkut.hahahah..

disebabkan oleh dah pukul 10 lebih, irdina dah mula meragam sebab sangat mengantuk. selalunya anak dara ni 7.30mlm & ke atas memang dah tidoq. silap kami jugak x bawak stroller. kononnya dah besaq ni xyah la stroller. bjorn pon x naik dah. merasa la ummi dukung si kecik ni sampai lenguh tangan mcm nak tercabut haa..tapi xpa, eksesais buang lemak kata abahnya.haha..akhirnya kami sampai ke kem bina negara tu dalam pukul 12. dah la jalan sangat horror! serius horror sbb tengah malam kan. tapi aku x terasa sangat horror tu sbb tertidoq. sedar2 dah sampai.hahahha

aktiviti yang dinanti2kan esoknya telah tiba. mandi lauttt!!! weeee....awal2 pagi lagi irdina dah bangun. mcm tau tau ja orang nak bawak dia mandi laut.hehe...pantai kat kem ni sangat bersih. x tercemar sangat macam kat batu feringgi tu. mungkin sebab kedudukan pantai yang jauh dari kawasan industri. aku suka tempat2 macam ni...definitly will come again untuk mandi laut.hehe..kemain terjun laut dengan swim suit yang opah belikan.

tengok tu punya eksaited!


x pueh hati sebab abah bawak naik padahal tangan tu dah biru & menggigil kesejukan.isk2



meh zoom sikit haaa...

she is soooo eksaiteddd!!

seronoknya irdina main air. kalau boleh nak berenang sampai kecut..tapi disebabkan oleh tangan dah biru, bibir dah menggigil, terus abah bawak naik..mana x sejuknya, baru pukul 8 lebih masa tu..dah la kawasan tu disebalik bukit jadi matahari pun lambat sampai.memang sejuk la air laut masa tu.hehe. x pasal2 ,mandi awai pagi tu..

overall, aku sangat suka weekend gateway macam ni. dapat release tension, tenangkan minda, happy2 dengan family. akan di usulkan kat abahnyeww untuk next2 weekend gateway lagi nanti.hee...

bye2.









Friday, 10 August 2012

iftar with petoms

huh..lama rasanya x gather2 together macam ni dengan petom2..susah jugak nak cari time bila semua orang free kan.nasib baik dapat jugak curi2 masa untuk bukak posa sekali semalam.weeeeee....i'm so glad to meet theme there!almaklumla, sejak dah kawin ni tumpuan mestila ke suami.bila dah ada anak, tumpuan tu nak kena bahagi dua pulak.jadinya, masa untuk kawan2 sangat terhad.hukuk..so, here goes the story & pictures:

The Manhattan Fish Market
Subang Parade
090812


petom berempat ni ja sampai awal..yang lain sampai x lama lepas waktu berbuka sebab stuck dalam jem..isk2


our platter set..makan sampai muntoh...


**gaya macam pengantin baru...syian irdina kena tinggai kat kampung.isk2**

us..the petom..

love them all! I'Allah, kalau ade rezeki nnti aku buat open house kecil-kecilan eh..bergantung pada tahap 'kebuasan' dan 'kemerapan' si kecik tu..haha..

Wednesday, 21 March 2012

misi mengGEMUKkan diri!

ahaaa...orang lpas bersalin lagi mau kuruskan badan..aku ni tebalik pulak.isk3..nafsu makan memang dasat.dulu buleh la nak kontrol2..skrg ni tambah dengan menyusukan anak ni lapaq x hengat. salu kalu BF baby ni makin senang kurus.tapi badan aku ni jenis makan telebih skit trus naik.hahaha..oke, mana tak naik badan kalau kat rumah ni ada saja supplement utk bagi gemok!

1. dalam kabinet dapur penuh dengan jajan n keropok kerepek. hubby beli ja lebih tapi makannya dak pun.oleh itu, jajan2 itu menjadi mangsa aku di kala menonton putri yg ditukar & bella calamidades.**inilah rutin harian seorang suri rumah sementara.bulan depan dah xleh wat macam nih.haha**

2. cake of the month! yg ni yg paling xleh tahan. sentiasa memanggil2 walaupun duk dlm peti ais. hari2 kompem satu slice.kalu setakat cake dari ah boon bakery, memang aku x layan namun apakan daya apabila ianya adalah sebijik kek secret recipe yg menggiurkan.hahaha..bulan lepas chocolate cheese berries, bulan ni choc mud.bulan depan?x tau lagi.kena tengok selera hubby nak makan yg mana pulak sampai cemuih.isk3

choc cheese berries
choc mud

3. diner homemade nasik goreng atas pkul 8.00 mlm. **kadang2 pukul 10 mlm pastu terus tidoq.haha** mana x lambat masak, nak tidoqkan anak dara kicik ni pon dah amek masa.itu kalu dia mau tidoq awai.kalu lambat lagi lambat la ummi dia masak n makan.kalu makan secoet xpa jugak.ni 2 pinggan wehh!haha

4. snek terbaru dalam peti ais: 1 quart baskin robin! flavor choc chip n choc royale apa ntah.semuanya coklat.memang menggembirakan dan juga menggemukkan!

sekian terima kasih. saya semakin kurus gemok!!lepas ni nak makan jusmetbagi gemok kurus.hahahaha



 
Images by Freepik