Showing posts with label **jalan2**. Show all posts
Showing posts with label **jalan2**. Show all posts

Tuesday, 19 April 2016

Europe Trip May 2015 - Perancangan Perjalanan

**Mood rajin cek dah maiii dahhhh..hewhewhew**

Meh nak sambung cerita yang tergendala hari tu pasal europe trip kami...

Kami mulakan perjalan dari KL ke Paris, turun di Charles De Gaulle (CDG) airport dengan flight Etihad Airways. Transit sekejap di Abu Dhabi. Kami lebih prefer transit flight macam ni instead of direct flight KUL-CDG sebab x terasa sangat letih perjalanan.at least ada jugak masa nak meregang otot dan berjalan2 sebentar..lama-lama dalam flight memang membosankan..lagi pulak flight dari KL tengah malam & sampai di Abu Dhabi dah pagi, makanya nak kena mandikan anak-anak supaya depa rasa fresh & selesa. Keselesaan & mood anak-anak memang menjadi keutamaan kami kali ni. Perjalanan KL - Abu Dhabi ambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit dan Abu Dhabi - Paris 6 jam 15 minit..so total waktu perjalanan sekali dengan transit lebih kurang 16 jam ++...



Di sini meh nak senaraikan beberapa perkara penting sebelum travel yang kami buat dengan cara kami**actually mostly hubby yang buat..haha** sebagai panduan dan rujukan untuk anda yang merancang untuk travel mengikut selera sendiri..

1. Perancangan Perjalanan / Travel Itinerary.

Perkara paling penting sebelum travel setelah dah terbeli tiket flight adalah perancangan perjalanan ataupun travel itinerary. Masa ni lah kita kena plan route, tempat yang nak pi singgah & tempat bermalam..Kerja-kerja ni semua aku serahkan dekat hubby sebab dia memang pakar bab planning.hoho..aku cuma bagitau mana tempat yang aku nak pi then pandai-pandai la dia adjust masuk dalam plan..Lagi satu pandai-pandai lah bajet sendiri berapa malam nak bermalam di satu-satu tempat bergantung pada jumlah tempat menarik yang terdekat untuk di lawati. Macam kami peruntukkan 1 atau 2 malam di Paris - Switzerland dan 3 malam di London sebab nak shopping punya pasai..hahah.
So, roughly kami akan mulakan perjalanan dari Paris - Brussels - Amsterdam - Frankfurt - Interlaken - London - Paris. Jelajah kami kali ni akan melalui 6 buah negara.


Yang bestnya pi EU country ni, kita boleh melepasi sempadan antara negara tanpa perlu berhenti untuk menunjukkan passport dan sebagainya. Macam dari France tiba-tiba eh eh dah masuk Belgium rupanya, gittewwwww...ada jugak signbord welcome tu tapi kadang tak perasan pun..

2. Booking hotel & kenderaan.

Once dah ada route perjalanan, then kami proceed dengan booking hotel, kereta sewa & train Eurostar ke London. Lepas dah decide nak duduk 3 malam di London, aku pun usha tiket train Eurostar yang termurah kami boleh dapat di website Eurostar. Selalunya masa weekdays la..weekend surely mahal! Tiket paling murah yang aku dapat ialah 44.50 Euro seorang sehala. Kereta sewa hubby amik dengan Hertz sebab dalam banyak-banyak website, Hertz paling reliable dan dalam budget kami pada masa tu. Kami dapat mini SUV Renault Captur...best jugak Renault ni...driving manual tapi ada auto cruise, jadi x la penat sangat hubby bawak..cumanya leceh skit masa nak harung jem la..mau tercabut lutut..hahaha..Owh, rezeki kami dapat Renault ni denga built in GPS! x payah nak sewa GPS lain dah..

Hotel pulak xdak la nak booking yang berbintang tu..kebanyakannya budget hotel..kami peruntukkan lebih kurang RM 150 kebawah semalam. Dapat harga lagi murah lagi bagus...dah boleh jimat sikit di situ..Cuma kat London bugjet kena tinggi skit sebab kali ni kami nak stay kat central dan dekat dengan subway. Lesson learnt dari first trip ke UK dulu, hubby booking hotel di Wembley..agak jauh dari central London.Hotel memang selesa & murah tapi tak praktikal bila bawak anak-anak ni..

3. Entrance ticket.

Antara ticket yang kami purchase sebelum travel adalah entrance Keukenhof + parking & London HOHO bus..last December 2014 yang pi UK tu x sempat nak pusing London so sebab tu kali ni beli tiket naik London HOHO..seronok skit sebab naik dengan anak-anak...

4. Travel insurance.

Travel insurance ni x lah mahal mana pun...Kami ambil untuk satu family lebih kurang dalam RM100 - RM200 ++ untuk sepanjang tempoh travelling ni...yang ni x pandai nak ulas banyak sangat sebab hubby yang buat & lebih tahu.mungkin boleh google jugak pasal ni.yang pastinya, hubby ambil travel insurance ni as precaution. ya la, kalau terjadi apa-apa at least dah ada backup. selebihnya berdoa dan bertawakal kepada Allah supaya semua urusan dipermudahkan..

5. Barang keperluan anak-anak

Masa ni Irdina baru 4 tahun dan Iman 10 bulan. Since undang-undang sana mewajibkan penggunaan car seat, makanya terpaksa kami latih anak-anak duk dalam car seat sebulan sebelum travel..hahahha.. maklumla, harap ja ada car seat tapi x pernah nak praktikkan...bila nak travel baru kelam kabut nak ajaq anak-anak.padan muka..hewhewhew...Untuk Irdina, hubby sewa child seat **sebab murah sket berbanding car seat** dan kami bawak dari sini carseat untuk Iman..nasib ringan nak mengangkut ke sana sini...

Strolller??? A big NO from hubby...katanya beg dah banyak dan berat, mana nak pegang anak-anak dan usung stroller lagi..makanya, gigihlah aku menggendong si Iman tu dengan Bjorn...banyak berjasa sungguh Bjorn tu...x sia-sia beli masa Irdina kecik dulu...nasib Iman ringan lagi masa ni..hahahha..tapi kesian jugak la dekat Irdina...gigih dia ikut kami berjalan kat London...macam mana penatnya kami, macam tu jugak la dia...kesian sangat bila teringat tapi hubby kata ni la pengalaman untuk dia...kompom dia akan ingat sampai bila-bila..hahahahhaha

6. Stok Makanan & ubat-ubatan

Since drive sendiri dan berpandukan apps Zabihah **apps entry makanan halal di luar negara**, banyak jugak kami jumpa tempat makan muslim & halal...Stok makanan macam megi, biskut, serunding bagai tu ada la jugak bawak tapi x banyak...Oh, kali ni aku bawak periuk nasik kecik & magic baby bullet tu untuk blend makanan Iman...Stok beras tu dari ketupat bungkus adabi..Kami banyakkan biskut dan kudap-kudap jugak untuk Irdina...

Stok ubat pulak memang kami ambil sesiap di klinik sini...masing-masing dengan ubat sendiri. yang penting ubat batuk, selesema & demam..kalau jenis suka pakai koyok untuk hilangkan lenguh-lenguh boleh angkut salonpas sekali...hehe..segala jenis minyak angin kegemaran masing-masing pun aku bawak....


Itulah serba sikit persediaan dan perancangan kami sebelum travel...agak ad hoc jugak sebab beli tiket bulan 2 dan travel bulan 5...dengan masing-masing tengah busy, so terpaksa curi-curi masa untuk planning semua bagai...Alhamdulillah segala urusan perjalanan kami dipermudahkan pergi dan balik...Cuma ada beberapa tempat yang kami x dapat & x sempat pergi sebab kekangan masa dsbg...X pa, aku dah masukkan dalam bucket list untuk repeat next time kalau ada rezeki lagi...hahahahhaha **hubby, please take note!**

Sekian....hewhewhew








Wednesday, 3 February 2016

Europe Trip May 2015 - The Journey Begin

Pheww...nak dekat setahun baru nak up story Europe trip tahun lepas?? hahaha..nak buat macam mana, bizi memanjang..tapi kali ni aku akan cuba untuk habiskan keseluruhan part2 travel ni..takut jadi cam entry pi korea dulu..smpai part berapa entah pastu terus stop...hahahah..terukkkk!! oke, let's start the journey story.. =)

Since Dec 2014 dah jelajah UK secara backpackers berdua, kesiankan anak2 kena tinggal, hubby tanpa sengaja skodeng2 tiket flight..dan kebetulan masa survey tu, x silap dalam bulan 2 ada promo dari etihad airways. since bagi hubby harganya berpatutan, terus hubby ambil tiket KUL - CDG (Paris). Total harga tiket kami 4 beranak around RM7k++. kali ni memang amik return tiket Paris sebab nak tour europe jugak..xkan asek2 pusing UK saja kan...tapi of kos la akan bawak budak2 ni ke london jugak nanti..

kami memang backpackers saja kali ni..x ambil travel agent langsung sebab kami memang selesa dengan itinerary percutian sendiri.flexibel dan boleh ubah suka hati...europe memang sangat sesuai untuk backpackers..tambah ada buadak2, lagi la nak kena sesuaikan dengan masa & mood depa...kalau dengan agent ni rasanya kelam kabut sikit...sebulan dua sebelum travel, kami dah survey & booking sesiap penginapan dan kereta sewa. masa ni itinerary pun dah kena ada dan dah tau nak pusing ikut route mana...semua ni aku serahkan dekat hubby sebab dia terer skit bab2 planning ni..

selain penginapan & kereta sewa, entrance tiket ke tempat2 yang kami nak pi pun dah beli siap2..penting ya ni untuk dapat extra diskaun. untuk ke london nanti kami akan naik keretapi eurostar..tiket eurostar ni pun kena beli awal2 ya..sila survey dulu harga tiket di website eurostar untuk mendapatkan harga yang paling berpatutan dan sesuai dengan bajet...lepas tu baru plan bila masa yg sesuai untuk ke london. kami yang berbajet ciput ni kena la cari harga yang paling murah..lagi satu, pastikan tiket yg dibeli tu ada flexibility untuk tukar time..ada sebabnya,,,nanti aku cerita..total return tiket keretapi london-paris ni dalam RM700++...asalnya plan nak drive ja terus ke london tapi nampak gaya macam leceh pulak nak bawak keluar kereta sewa dari paris ke london..nak kena naik kapal bagai..so yang terbaik adalah dengan menaiki kereta api...tu untuk dewasa saja ya...kanak2 bawah 4 tahun free..=)

persedian nak ke europe kali ni x banyak sangat sebab bukan musim sejuk..di musim bunga ni pun sejuk jugak tapi pakai sweater saja pun dah oke..hubby lagi sempoi, pakai selipar selamba ja..orang lain semua paling kurang sneakers, ni dia pakai selipar cam kat malaysia...x stail langsung! hahahahah..untuk anak2, kami bawa ubat sesiap dari sini...segala jenis stok ubat tok nenek bawak sebagai spare..selebihnya berserah dan tawakal semoga kami dan anak2 sihat saja..

oke la, sambung next part ya untuk cerita dah smpai di europe nanti...hehehhe..panjang2 sangat kang penat nak menulis dan penat pulak orang nak membaca..hehe



Paris May 2015




Wednesday, 15 April 2015

mengajar anak-anak duduk dalam car seat

phewwwww....

susah jugak nak ajar budak2 ni duduk dalam car seat..ada saja drama dari dua beradik ni especially humaira ...dia punya mengamok tuuuuuu...x menahan..disebabkan oleh nak travel x lama lagi dan budak berdua ni wajib duduk dalam car seat, maka ummi dan abah hanya mempunyai sebulan saja untuk mengajar mereka supaya bertahanlah duduk dalam car seat itteewwwww...huhuhuhuh

masa sudah suntuk ni, kemain ummi google macam mana nak ajar budak2 especially baby duk dalam car seat...banyak jugak suggestion yang jumpa antaranya umpan anak dengan mainan favorite, hari2 bagitau kenapa dia kena duduk dalam car seat dll. mungkin setiap budak lain caranya so menggunakan suggestion orang, ummi testing untuk budak2 ni..heheh..

seminggu sebelum, hari-hari bagitau adik dgn kakak kena belajar duduk dalam car seat, kalau xmau xleh ikut ummi ngan abah pi jalan2..irdina tu ofkos la dah memang faham apa kita cakap...humaira?? buat muka blurr ja bila bagitau..haha..mulanya nak test budak2 ni time weekend..at least abah drive, ummi boleh la tengok & pujuk kalau2 ada yang mengamok..tapi, disebabkan tokmi n maksu nak balik kampung awal hari jumaat tu, so ummi decide untuk bawak budak2 ni ambil abah kat airport...ofkos mereka WAJIB duduk dalam car seat masing2! kalau x macam mana ummi nak drive kan...

10 minit pertama.....si kakak memang eksaited duduk atas seat dia sendiri..ummi pun rasa lebih selamat macam tu..kalau x duk pi balik depan belakang pastu pening nak muntah..x pun bila ter'brek' mengejut dia mengamuk kat kita..haha...si adik??awal2 masih bertahan...masuk saja highway cyberjaya nak ke dengkil-klia, mengamuk sakan sebab ummi x amik..kemain la longgok macam2 bear, mainan kat dia semua x lut...sambil2 pujuk  pun x lut jugak...haihhhh...tapi ummi terpaksa buat xtau...last skali terpaksa berhenti sat di stesen minyak...bila ummi ambil, senyap terus..alahai humaira..mcm mana nak travel nanti ni..huhuuhuhuhuh...dah pujuk n bg dia rilek dlm 5 menet, ummi letak balik humaira di car seat dan teruskan perjalanan dannnn sambil bukak lampu dalam kereta...baru la humaira diam sampai airport...rupanyaaaa, takut gelap kottt..hahaha..masa abah bawak oke la pulak dia...haiyohhh la anak ummi ya humaira oi!

muka sembab baru lepas mangamok


nak keluar esoknya, kami letak dua2 dalam car seat lg..kali ni dua2 kat belakang..semak kereta penuh dengan segala bantal masing2, bear dll..nak pujuk diam punya pasal..hahaha...alhamdulillah dua2 behave dan baik2 saja...humaira siap terlena dengan nyenyaknya dalam tu...mission complete!! yeahhhh!!! dah lulus untuk ikut ummi n abah jalan2..heheheh



drama terjadi lagi lepas hantar abah ke airport...awalnya dua2 bantai tidoq sedap punya...tengah hari kan waktu tidoq budak2 ni...lucky ummi budak2 ni start jaga bila dah kat traffic light nak masuk simpang ke SK..humaira apa lagi...mula la start enjin nak mengamok dia tuuu...nasib dekat dengan rumah dahhh..kalu x ummi pun melalak sekali..hahahah

dua2 tengah sedap lena dibuai mimpi
humaira dah mula nak start enjin mengamok..haha
bila tiap kali keluar, mereka dah diwajibkan untuk duduk dalam car seat masing2...alhamdulillah kakak is good dan adik is getting better..cumanya, kalau ummi drive sorang2 mesti adik akan mengamuk masa otw tu...tapi kalau abah yg drive x pulak dia nak buat perangai lagu tu...oooo, behave la tu kononnya depan abah ehhhh...pandai kamu humaira..so, one of travel checklist settle..mari berharap mereka akan behave seperti ini lagi nanti...heheheheh



Tuesday, 24 June 2014

been busy

dah nak masuk 37 minggu dah haaa...

adik baby pun semakin hari semakin aktif & BH contraction semakin kerap dan panjang..ummi masih bekerja..nasib minggu ni last week..next week dah nak start cuti dengan amik MC dulu kat dokter sebelum deliver..memang kalau ikutkan hati kalau boleh nak kerja sampai betul2 nak bersalin tapi nak buat macam mana, plan dulu terpaksa dirombak lepas abah dapat pindah balik penang.huu..kebetulan pulak time ni la ummi nak bz dengan testing bagai..

selalu macam ni tau, time tengah x plan apa2, xdak nak pi holiday mana2 bukannya ada kerja sangat pun...tapi bila dah ada plan semua bagai time tu la nak bz gila2...stresss hoi! tambah dah cukup sarat ni, nak ulang alik jumpa vendor, masuk bilik equipment, cari barang dll membuatkan ummi semput & malas sangat! tu belum nak kena troubleshoot issue yang tetiba jadi...warghhhhh!! sabaq2

nasib minggu ni last nak keja..haha

ummi, abah & kakak irdina dah x sabaq nak jumpa adik baby! weeeee..semoga dipermudahkan semuanya..Aminnnnn

gigih berjalan di Floria Putrajaya 2014 last weekend..haha

Kak Long comeyyyy :)

Sunday, 27 April 2014

Rindu laa...

Uhuuuu...
Rindu la kat irdina..sebelum ni terasa rumah meriah sebab ada irdina..ni irdina dah balik kampung semula dengan tokmi n abah...kebetulan hubby pun ada 1 minggu kat sini last week, me was soooo very happy! Terasa lengkap semula...we also had a short weekend gateway to PD..**will story that later**
Ni baru beberapa jam lepas hantaq irdina, abah n tokmi ke airport, ummi dah rinduuuuu sangatt kat dia! Sunyi tau duk rumah. Ikutkan hati nak keluar pi merayau2 sbb xmo sunyi2 sangat.huuu...alhamdulillah semua selamat sampai penang. Irdina la ni duk nak nek kapai tebang sangat. Setiap kali pi airport mesti ingat dia yang nak naik..dek kerana kesiankan anak dara tu, abah dia pun belikan tiket balik skali hari ni..so ummi was left alone with makcu..uuuuuuuu...
Ummi can't wait for this Wednesday! X sabar nak balik kampung and have another weekend gateway to CH! weeee ♡♡♡♡

Tuesday, 15 April 2014

lemau again...

eheheh...

ni bukan lemau sickness mabuk2 ya...aku da sehat alhamdulillah. perut makin membesar, berat makin bertambah. dah naik +- 10 kg da ni.huuuuu...kalo dulu berat sekarang ni adalah berat nak bersalin da, tapi ni baru 6 bulan stgh..warghhhhhh!!! cemana nak turunkan berat lepas bersalin ni??!! kompem mencabar.huuhuhuhu...harap2 lepas ni x naik banyak dah..pliissssssssssss... =( =(

oke, off topic dah..ekceli aku dah lemau kerja...nak cuti panjanggggggg...nak pi holidayyyyyy!!!!!!!!! so far, banyak plan plan holiday yang terbantut..semuanya gara2 hubby bz la, x kena dengan timing org lain la, bajet xdak la..huuuu..plan cuti sekolah hujung bulan 5 nanti nak pi pulau redang. ingatkan time tu aku baru 7 bulan ++...rupanya masa tu dah 8 bulan ++. lagi 2 minggu nak cukup 9 bulan. amat berisiko rasanya kalau nak travel naik bot bagai..huhuhu..makanya terpaksa cancel..huuuu

next planning nak pi berkelah and bermalam di teluk batik. mak aku ajak naik cameron highland tapi rasa macam xdak apa selain sejuk dan nyaman saja di sana..kadang rasa boring dah pi sana.hahah..pi berkelah tepi pantai la pulak. boleh rendam irdina dalam air laut, bagi ilang abeh gatai2 badan dia tu..huuuu..ingat nak ajak hubby pi masa cuti hari pekerja nanti, tapi tetiba dia kena standby pulak masa tu..haih..see, selalu bila plan baik punya ada saja yg x kena..huhu..nak paksa jugak hubby untuk available time tu...2 hari 1malam ja kottt..wuuuuu..kemain bz dia kat opis baru ni..nak ajak pi holiday bz, nak manja2 pun bz...boleh tak bila time aku balik mesti dia ada breakdown. even bukan standby tapi rajin kemain turun site. pastu balik subuh2 hari.siang tu kompem mengantuk & penat.nak ajak kemana pun dah x bes..huuuuu

me want a holiday pleaseeee!!!!



Thursday, 26 December 2013

Throwback holiday: Medan 2012

hoh..ini cerita zaman tok nadok ni..patutnya 2 tahun lepas da update tapi memanjang kemalasan...dah nak dekat 2 tahun baru nak story. apo laaaa..isk2

Percutian ni di sponsor oleh FIL...thank you sooo much!! kalo nak mengharapkan kami mengumpul duet sendri memang x cukup derr sbb seblum tu dh berjoli sakan kat Langkawi.hohoh..kami cuma perlu sediakan duit shopping.hoyeahhhh! duet shopping cukup la kan kalo nak simpan sket2 kami laki bini ni.hee.. kami pi 13-16 Julai 2012..balik time hari besday aku tuuuu..kira celebrate kat Medan la.ceewwaaahhhh. x celebrate pon.just a simple wish dari hubby pon dah memadai.hee..trip ni pun dah boleh dikategorikan sbg hadiah besday jugak kannn.. :)

************************************************************************

13 Julai 2012

flight kami dari penang airport pukul 4.30 ptg..x sampai sejam dah sampai Medan. x sempat nak paneh pungkok flight dah land...Airport Medan sangatlah kecik berbanding airport2 di Malaysia. turun2 flight kena jalan kaki ke airport. dah la panas, sian kat irdina.huhuhuh. semua urusan kat imegresen sana setel dengan lancar. nasib baik pak supir dan pemandu pelancong kami dah ada tunggu. aku x ingat apa nama supir kami tapi pemandu pelancong tu kami panggil ibu hartini/tini..**sebab dah lama sangat, banyak menda aku dah lupa.haha**. tapi sekarang airport kat Medan dah canggih...besar macam KLIA dah katanya..hehe

dua orang eksaited nak naik flight..haha

ada budok penat travel jauh katanya..hee

destinasi pertama kami setelah sampai di Medan adalah ke Brastagi..kami akan bermalam di sini..Brastagi ni adalah tempat pelancongan tanah tinggi ala-ala Cameron Highland gitu...sejuk jugak malam di sini..aku x expect malam akan sejuk gilos, so aku x ready pon sweater utk irdina..sian irdina...aku hanya bagi pakai jumpsuit dan balut dengan selimut..x cukup tebal selimut yang bawak, lastly balut dengan comforter hotel..nasib yg tu tebal, baru buleh tidoq lena si kecik tuu...tapiiiiii...ada kejadian x diingini berlaku.huuu...biasa la kalau kita datang tempat baru, dan kawasan tempat tu berdekatan dengan kubur, gereja, kuil dsbg **paham2 la indonesia kan macam2 agama ada** tambah pulak medan ni kawasan orang batak yang puja macam2, irdina kena usik tepat jam 12.00 malam...horror sangat aku rasa masa tu..mula irdina menangis merengek2 biasa saja, bila makin lama pujuk makin kuat menangis..kami dah boleh agak kenapa jadi macam tu, terus abah irdina azan kuat2 dan mintak sesapa yg kacau tu pi la tempat lain... Alhamdulillah, x lama lepas tu irdina tenang semula..huhuhuh..sian anak ummi...


kena balut macam ni baru boleh tidoq lena..huuu

outfit sementara sebelum beli sweater dan cap...hehe


14 Julai 2012

esoknya lepas breakfast, kami pusing2 sebentar di pekan Brastagi..actually, xdak apa sangat lah yang menarik bagi aku...view pon biasa2 aja...serius cantik lagi Cameron Highland...hahaha..kemudian kami teruskan perjalanan ke Lake Toba..x ingat dah berapa jam perjalanan tapi bagi aku sangat lah lamaaaaa....nasib juga time tu aku still BF irdina, so keja dia memeram kat aku dan tidoq..langsung x banyak kerenah.heee.senang bawak anak dara tu jalan2....hoho...dalam perjalanan, kami singgah di Air Terjun Si Piso-Piso..view sangat cantek! Kawasan ni terletak di permulaan Lake Toba..tempat yang kami nak bermalam nanti masih jauh nun di hujung sana...serius sangat besar Lake Toba ni! kagum aku dengan alam ciptaan Allah ni...





di Air Terjun Si Piso-Piso






setelah beberapa jam perjalanan, kami singgah di salah satu tempat yang orang suka singgah minum2 dan makan2 sambil menikmati pemandangan Lake Toba yang cantik..di sini, kami dihidangkan pisang goreng dan teh halia panas...dengan cuaca yg sejuk sbb angin bertiup kuat, minum teh halia dan makan pisang goreng panas adalah satu nikmat! dah kenyang perut, kami teruskan perjalanan ke Parapat..huih, jauh sungguh nak ke sana pun..sepatutnya dah smpai di Parapat, kami akan naik bot ke Pulau Samosir, pulau di tengah2 Lake Toba..tapi memandangkan keadaan angin yg bertiup kuat dan air tasik agak bergelora, makanya program ke Pulau Samosir ditunda ke hari esoknya...aktiviti petang di Parapat pada hari itu adalah bebas.makanya kami pon layan tidoq ja la..penat lenguh badan suma naik van lama sangat..huuuu..

nyummm nyummmmm


nasib malam kami di Parapat tidak diganggu oleh "makhluk2" lain..tapi irdina ada jugak terjaga macam x selesa..huuuuu

15 Julai 2013

pagi2 hari lepas breakfast, kami pun menaiki bot ke Pulau Samosir..pulau ni dihuni oleh orang batak apa ntah..aku pon x hengat..kebanyakannya bukan beragama islam..kami di bawa melawat kawasan bersejarah dan cara kehidupan masyarakat di Pulau Samosir...banyak kedai2 yang menjual cenderamata tapi kena berhati2 dalam nak tawar menawar..guide kami dah warning awal2..kami pun dah terkena, ingat nak beli fridge magnet..mula kata 3 magnet 12000 rupiah, bila nak bayar dia naikkan lagi harga..bila kita argue balik, dia marah2 sambil menjerit2..pehhh, x beragakk..terus kami blah dari situ...haahhaha..peniaga tu duk bising2 lagi kat belakang tapi kami buat x dengar n buat muka x bersalah..hohohoho..so, hati2 ya kalau nak membeli di sana..









lepas habis pusing di Pulau Samosir, kami bertolak ke tanah besar dan akan bergerak balik ke Medan..yang ni pun makan masa setengah hari dari Parapat ke Medan..huuuu...sekali lagi lenguh abih pungkok2..sampai2 di Medan, kami di bawa pusing2 ke factory outlet (FO) dulu sementara menunggu makan malam dan check in di hotel..aku sukaaaaa sangat pi FO ni...macam2 aku hangkut untuk irdina...hubby kata ni belum lagi bawak aku pi Bandung..kalu pi sana lagi menggila aku..sedangkan FO yg x besar mana kat Medan ni pon dah buat aku separuh gila...heheee...untuk irdina saja, aku abihkan dalam 300000 +- rupiah..pueh hatiiiiiiii....tapi still rasa x cukup..boley gittewww???haha...hubby kata duit kena simpan utk esok kalo nak soping kain pasang  dan telekung kat pajak ikan..


trying her new outfit from FO :)


kat sini kami menginap di Madani Hotel kalo x silap namanya..hotel milik org Islam...dalam bilik siap ada Al-Quran lagi..Alhamdulillah, malam tu irdina tidoq nyenyak sekali..sikit pon xdak gangguan...bilik hotel pon sangat selesa...

16 Julai 2012

hari ni hari last kami di Medan...flight balik Malaysia petang dalam pukul 5 lebih macam tu..jadi, kami masih ada masa lagi untuk menyoping..hohohoh..lepas breakfast, kami angkut semua barang dan check out...destinasi soping 1st yg tourist guide kami bawak adalah ke kedai telekung...dia kata kedai ni agak mahal sikit tapi kualiti telekung dia sangat baik..hmm...memang agak mahal bagi aku..aku target telekung bunga sulam penuh tu bawah RM50 sepasang...tapi di kedai ni dalam RM 80 sepasang...disebabkan kami x punya banyak masa untuk pusing2, aku pun beli la 2 pasang utk mak dan adik...

dah habis semua soping telekung, kami di bawa ke mall apa ntah namanya...request by cousin hubby..nak menyoping handbad murah katanya...disebabkan aku macam x berapa bekenan dengan barang2 kat situ, maka kami pun pusing dalam mall saja tengok2 kalu ada benda yang menarik...perut pulak dah mula berkeroncong, so kami pi lepak2 kat kfc..saja nak try kfc Medan..hahahah...set kfc sini lain dari kat Malaysia...rasa pon agak lain..pastu hidangkan atas pinggan kaca..pehhh, kaya dan rajin membasuh pinggan betul kfc kat Indonesia nih..nak dijadikan cerita, abah irdina tengah beratur di kaunter nak beli aiskrim sundae tetiba ada bunyik...

"pranggggggg pang pang pang"

bertaburan kaca di lantai...kus semangatttttt..ingatkan irdina dah yang jatuh baby chair sekali..nasib la irdina tengah duk atas riba aku masa tu, tapi ditendangnya sisi meja sampai senget meja tu..aku pulak x sempat nak capai pinggan kaca itu, maka jatuh berderai lah ia...habis satu kfc terdiam dan tengok kat kami...arghhh, merah padam dah muka aku tau..hubby yg tengah beratur terus x jadi beli dan datang kat kami..terus dia ajak kemas2 dan kami pun berlalu pergi dari kfc dengan selambanya...hahhahahahah..kenangan sungguh!

ini la budok yang pecahkan pinggan ittewwww..haha


next, destinasi soping kami yang terakhir adalah di pajak ikan (pasar ikan)...kenapa dipanggil pajak ikan? sebab dulunya tempat tu adalah pasar yang menjual ikan tapi kemudian diubah menjadi tempat jual kain2 pasang dan lain2...tempat ni memang terkenal di kalangan rakyat Malaysia yang nak soping kain pasang...aku dah target satu kedai ni, lupa dah nama dia tapi doory yang rekemen sbb bole dapat harga kain pasang yg murah tambah2 kalau beli banyak...memang aku nak memborong banyak2 pun....sampai di kedai yang di cari, mula la aku menggila pilih...semua kain sulam tu cantik2! rasa macam nak borong semua..x ingat dah sepasang aku dapat berapa heng tapi sangat murah la...kalu di Malaysia, mau dekat 2 ratus sepasang...cekik darah betul kan....baik la pi soping straight kat indon...hahahahha..

dah puas nyoping, kami pun bertolak ke airport..sampai Penang airport dalam pukul 8 malam mcm tu..ni lah 1st flight irdina dan Alhamdulillah dia sangat behave..ni tandanya boleh bawak pi jalan2 lagiii..heeee...


mari pulangggg....


***********************************************************************

sekian saja cerita percutian pertama kami sekeluarga ke luar negara...heee...so, how Medan? bagi aku OK dan menarik untuk dijelajahi...tapi untuk diulangi mungkin berfikir 2 kali kot...rasa better pi Bandung / Bali / Jakarta pulak...heheh..just my personal opinion :)

2 tahun lebih baru ada hati nak siapkan entry ni kan..teruk2.isk2...tapi memang aku berazam nak siapkan jugak sebagai kenangan....seronok tau bila korek2 balik entry lama2 ni..haha...

Wednesday, 9 October 2013

Jalan-jalan Korea, Annyeonghaseyo! - part 2


1/9/2013 (Ahad)

Mengikut itinerary, sepatutnya semalam kami pi Gyeongbokgung dan jalan-jalan kat Cheonggyecheon stream tapi dah semua flat, makanya ditangguhkan ke hari lain yang bersesuaian. kemain itinerary kan,..sampai2 terus nak jalan-jalan..sekali 1st day pon dah failed..haha. jadi, hari ni kena la ikut perancangan untuk ke Namsangol Hanok Village dan Namsan Tower. pagi2 lagi dah eksaited aku nak melihat suasana di korea. semalam kan x sempat menikmati. kemain merah mak ngah haaa tiga beranak kami. kalo semalam kami turun kat stesen Singil, hari ni kami ikut stesen Yeongdeungpo pulak..dua2 stesen ni dekat dengan motel kami tapi untuk 1st timer, better straight ke stesen Singil (line 5). senang nak spot hotel dan lebih dekat, bagi kami laa..dari Yeongdeungpo (line 4) , kami straight ke Chungmuro station (line 3) pastu jalan la kaki ke Namsangol Hanok Village..sebelum keluar, hubby dah mark sesiap tempat yang kami nak pi kat google map & offline map..keluar saja dari Chungmuro station dan ikut direnction map, terus kami sampai straight kat pintu masuk Namsangol Hanok Village. nak masuk free ya..






Namsangol Hanok Villange ni macam perkampungan zaman dulu2 orang korea. rumah tradisional korea la kiranya...ruang dalam rumah kecik2 comei ja..macam mana la orang korea dulu2 masuk kan..jenuh tebongkok2..haha..paling xleh blah toilet open air dia. terfikir jugak xkan xdak cover langsung?? mungkin dulu2 toilet jauh sket kut dari rumah, nak poo poo or shi shi jauh dari orang.hahaha..apa2 ja la. kat sini jugak boleh try pakai hanbok dan tangkap gambar..tapi entah kenapa aku x teringin pun...hmmmmm..**ke simpan duet untuk shooping hujung2 nanti???hhahaha**












next, dah puas jalan2 pusing di Namsangol Hanok Village, kami nak ke Namsan tower pulak. asalnya nak naik balik train kat Chungmuro tu tapi bila tengok subway map, hanya perlu satu transit saja untuk ke Myeongdong. hubby kata dari patah balik ke subway dan naik 1 train ja, baiklah jalan kaki sebab mengikut map depan tuuuuu ja... tapiiii, depannn tuuuuu ja la sangat...bepeluh ketiak jugak hoi nak jalan ke myeongdong! aku sikitttt lagi nak meletop..memandai betui hubby i nih. tau la selalu turun site sambil tengok map. tapi ni korea, bukannya malaysia sayangku huiiiii....nasib jugak la x sesat. kalo x dah nangeh tengah jalan da haa..hahaha

dah penat jalan kaki ke myeongdong tu sepasal...lepastu nak ke stesen cable car pulak. hazab weh! jalan naik bukit bagai. dengan tolak si kecik yang tengah sedap tidur dalam buggy sambil memanjat bukit...berganti2 la kami menolak....kali ni aku berpeluh tahap gaban. tercungap2 bila sampai kat stesen cable car tu..dah la bekpes sikit ja. x bajet pulak kena jalan jauh naik bukit camnih.huuuuuu....nasib bawak bekal biskut dan roti gardenia. sampai ja atas namsan tower lepas naik cable car tu, terus cari port nak melepak..lutut cam dah nak tercabut, kaki dah lenguh2... nasib ada satu tempat kosong tepi sorang ahjussi ni. menyempit la kami 3 beranak kat situ..duk bawah pokok sambil menikmati bunyi cengkerik di musim panas dengan angin sepoi2 bahasa yang menyamankan. heaven! sambil2 tu tengok la ragam orang korea bersantai..sejam berehat sambil snap2 gambar sket, kami jalan ke tempat padlock yang banyak tu...seriussss banyak.kami x beli pun apa2 jenis kunci untuk letak kat situ..hubby x bagi..tapi bila pikir2 balik cam nyesal plak! patutnya letak la kan satu untuk kenangan kami da sampai kat Namsan Tower...hukhukhuk..



irdina malu-mali sebab ahjussi seblah asek nak tegur dia..haha




tenang dan mendamaikan..silap haribulan buleh terlena nih!

sesi merehatkan kaki




seoul view from namsan tower


next agenda, teddy bear museum. aku memang naaakkkkk sangat bawak irdina ke sini. irdina kan sangat suka bear! tapi bear yg besar ragam tinggi nak lebih kurang aku tu dia takut..tambah2 yang bejanggut bejambang stail org korea dulu2 tu..hahaha...terus xmo jalan kaki..nak suh orang dukung xpun tolak dia dlm buggy.isk2..spoil laaa....tapi bear yg kecik comei2 tu dia oke.heheheh..apo la anak ummi ni. teddy bear museum ni menceritakan sejarah kehidupan org korea dari zaman yg maharaja dulu2 sampai la kedatangan org inggeris hingga la ke evolusi moden korea sekarang..siap ada bear k-pop and bear buat breakdance tauu...comel sangattt...x lupa jugak bear gangnam! besar pulak tu..kemain bergangnam stail di situ..haha



takut bear besaq sangat..isk2





bear k-pop ya olllss




bergangnam dengan bear besar..haha

annyeongggg irdina!!

dah habis dah tour itinerary kami untuk hari pertama nih...perut pon dah kriokk krioookkkk! lapar sangat dah masa ni..hubby decide ke itaewon untuk lunch..lunch apa pukul 3 lebih dah masa tu. kami terus ke Myeondong station untuk ke itaewon..2 kali tukar subway line kut..1st time sampai itaewon tercangak2 nak makan dekat mana..tengok seberang jalan nampak banyak kedai turki yg jual kebab..tapi aku nak nasikkkkk!! i is hungry like monster dah ni tau..jalan punya jalan sampai naik ke atas bukit sikit nun,ada la jumpa kedai yg jual nasi tapi penuhhhh pulak..so redo ja la makan kat kedai kebab pun..aku suruh hubby amik yang combination ada nasi..walopon sikit x kesah la...janji ada kan..ngengadaaaa..haha..


ice peach tea and lemonade..yummy & refreshing

mine is on the right..yang ada nasi secoet..jadi la kannnn
 satu ja tips kalo nak makan kat korea ni... SILA JANGAN CONVERT HARGA MAKANAN KE DUIT MALAYSIA...kalo x kamu mesti rasa x berbaloi dan mesti x termakan..hahahahhahah... makanya, anggaplah kalau harga kebab tu 8000 Won = RM 8. **sila jangan darab 3**

sedap jugak kebab dia nih...ke aku yang lapar sangat??bole jadi la..irdina pon makan kebab jugak..tapi meratah isinya saja.isk2...aku suh makan roti or nasik dia xtmau..lagi prefer makan kambing slice tu..jangan x tau haa, irdina ni peminat kambing tegar..suka beno makan kambing macam abah dia..hehe. nexttttt...da kenyang isi perut semua, kami p semayang kat masjid itaewon. selalu tengok dlm gambar kan, kali ni dah jejak kaki dan dapat bersolat kat sini...masjid yang kemas dan cantik nun di atas bukit...jenuh jugak la nak menapak ke sini..panjat bukit kemain tinggi...kompem malam ni kami flat lagi..hahaha. dah selesai semayang, masing2 memang betul2 dah x larat..kaki aku pun da rasa longgaq2 nak tecabut..bole gitew?? untuk diner, kami ada tapau lebihan kebab tadi..untuk irdina, kami tapau nasi goreng kat kedai indon. kedai ni terletak seblah kiri ya kalau otw nak ke masjid..nama kedai tu kedai sarah kut..x ingat da.huhuh..kesian jugak kat irdina sebab sebutir nasik pun x jamah lagi dari pg tadi..roti pun bukannya kenyang sangat..malam tu ngap ngap irdina makan nasi goreng..nasib baik sedap.hehehe
di depan masjid itaewon

sementara tunggu nasi gorengnya siap..

so, setel dah hari kedua..berangan jugak nak menikmati suasana malam di korea tapi kami terlalu penat untuk berjalan lagi..tunggu lain hari saja la..heehe..

 
Images by Freepik