Showing posts with label **home sweet home**. Show all posts
Showing posts with label **home sweet home**. Show all posts

Monday, 10 February 2014

unexpected journey

Plan asal hujung minggu ni nak ronda2 jalan TAR dengan mak dan adik, sekali dapat panggilan telefon dari kampung yang tok sedara meninggal..makanya, kami pun bergegas balik kampung pagi2 hari sabtu tadi...this is sooooo unexpected and part of me is excitedddd...ya la, since my heart is no longer here, dapat balik kampung even 2 hari 1 malam pun dah cukup bermakna.hehe

me is sooo happy to meet hubby again walaupun malam ni nak pi amik dia kat airport pulak..x sabaq ooo nak jumpa hubby nak manja2..hahahahahah..irdina pon hepi jugak jumpa abah..malam2 tidoq pon bekepit dengan abah dia..maklumla, sebelum ni duk besa bekepit, pastu tetiba xdak.syiannnn anak ummi ni..

happy...3 of us :)

i'm looking forward for this week & next week activities! hubby datang malam ni dan akan balik penang malam rabu. then, jumaat malam InsyaAllah datang balik dengan tokabah sebab next weekend cousin aku kawen kat shah alam..dan mungkin ramai sedara nak datang rumah aku jugakk..weeeee =) me is soo like meriah2 ni..xdak la sunyi sangat rasa..lepas tu,next weekend, hubby akan datang lagi untuk temankan aku checkup n tengok adik baby! heee. aku memang dah cakap kalu checkup even dekat hospital nanti, aku xmo pi sensorang...nak jugak dia temankan sbb masa irdina dulu memang dia fully temankan aku kemana2 saja checkup...dan hubby pun berfikiran sama macam aku.heeeee..me is soo love u sayang! mmuuahhh :)

checkup kali ni InsyaAllah boleh nampak jantina adik baby. so, bole la ummi ronggeng2 pi expo baby lagi dengan aunty dory hujung bulan ni. hohohohoho




Friday, 12 July 2013

menu sahur & berbuka 1-2 Ramadan :)

soo sad....

x dapat la nak merasa puasa 1 Ramadan lagi tahun nih..period datang menjelma sehari sebelum.huhuh...nak buat mcam mana. nanti hujung2 Ramadan pon mesti x posa lagi. x dapat nak semayang raya lagi la nampaknya...mungkin ada hikmah disebaliknya.. :)

puasa tahun ni puasa ke-3 sebagai isteri dan ummi...weee..sepanjang 3 tahun ni ada saja kenangan manis di setiap puasa tu...masa puasa yg pertama, aku tengah pregnant kat irdina. dah 8 bulan dah masa tu..awalnya memang takut x mampu nak puasa tapi gagahkan jugak sambil berazam nak posa penuh. hari 1st & 2nd tu lembik la skit, siap rasa nak pitam bagai..tapi gagahkan jugak sampai berbuka. alhamdulillah hari2 seterusnya aku dapat puasa dengan baik..sangat seronok oke, xdak kena ganti! hoho..tahun ke-2 puasa pulak aku tengah breastfeed irdina..tapi masa tu susu dah semakin berkurangan..bila masuk bulan puasa terus merudum..aku x salahkan sebab berpuasa susu merudum, semuanya salah aku jugak sbb dah x konsisten mengepam dan masa tu irdina masih stay kat kampung..setiap minggu kami ulang alik balik kampung..hari jumaat ja mesti bukak posa kat highway..hehe..tahun ni, merasa la aku jadi fulltime ummi sebab irdina dah duduk dengan kami...mencabar la skit dari segi mental dan fizikal...ya la, budak tengah nak buas & manja kan, macam2 la kerenahnya yg membuatkan ummi & abah kena bersabar lebih..

kalau 2 tahun lepas, mostly kami ke bazar saja untuk beli menu berbuka dan beli lauk sesiap untuk sahur. tapi tahun ni lain skit, aku memasak untuk berbuka dan sahur..weeeee...satu pencapaian terbaru untuk aku **clap2** ya la, sampai bila kan nak makan luar..tambah2 pulak ada support dari hubby, baru la semngat sikit nak memasak...seronok bila tengok hubby makan nasi habis dengan lauk yg aku masak. :)

hari 1st puasa, hubby rikues nasi tomato untuk sahur, jadi aku masak awal2 la malam sebelumnya tu untuk dinner sekaligus ke sahur..resepi boleh gugel yaa...aku cari resepi paling simple dan senang nak buat yet sedap! resepi ni pon da di approve oleh hubby..tapi aku still rasa nasi tomato family aku yg paling sedap namun nak buatnya sangat merenyahkan...huhuh...lauk dia ayam masak pedas olahan aku sendri..ikut sedap tekak nak rasa macam mana..Alhamdulillah, dah makin terer buat ayam masak pedas nih.hehe


untuk berbuka pula, plan asalnya nak buat gulai ikan dan ayam masak pedas tapi tetiba hubby tukar menu. nak tomyam katanya...pkul 5 baru nak surf resepi, pastu ke giant beli barang..pukul 6 baru start memasak..haiyohhhh...kelam kabut jugak aku masa tu...pastu dah pukul 7 baru rikues nak telur bistik pulak..surf resepi lagi..nasib baik senang..15 menet siap pastu hidang2 la semuanya..nak masah renyah tapi bila hidang2 macam simple la pulak.....

maaf ya, telur bistik tu terhangit sket...terlambat nak kalih dalam belanga..huuu

lauk berbuka tu memang aku masak lebih sket untuk sampai ke sahur nanti...tapi banyak ja lebih sbb tomyam aku masak banyak.sampai hari ni ada lagi...tomyam x berapa nak menjadi.salah beli pes tomyam.aku dah berkeras kat hubby kata pes tu salah tapi dia kata betul, so layankan la..tomyam tu lebih nak jadi kepada masak asam pedas...aku dah beli pes tomyam adabi, satgi balik nak oter2 untuk berbuka hari nih..hehe...

untuk berbuka hari ke 2 pulak, aku da tanya awal2 hubby nak makan apa..xmo jadi kalut2 macam hari sebelumnya..hubby rikues kari daging dan telur dadar...aduiii, bab kari2 ni aku lemah skit...x berapa nak reti masak walaupun mak dah ajar berkali2...huhuhuhu..makanya, gugel lagi la resepi...tengok kat blok masakan Dapur Tanpa Sempadan mcm sedap ja resepi kari dia, so aku pun tulis la list barang2 yg nak dibeli. semangat tengah hari balik amik irdina pastu pi giant beli barang..santan pulak suh hubby pi beli kat pasar borong..jadi, balik keja boleh trus masak..kalu x jadi sempat la juga nak cari bekap lain kan..keletung keletang, jadi la kari aku...risau dah mula2 takot x jadi..sbb aku penah buat x jadi.huuu...sebagai sampingan lain memandangkan ada cendawan tiram yg banyak dalam peti ais, aku buat la sayur campur. pastu goreng telur dadar...dan lauk yg sama ni jugak la bawa ke sahur...hehehe

x sempat nak snap gambar kari ayam sbb duk kalut2 dengan si kecik tu dan dah nak berbuka..nanti dah sempat snap aku tempek kat sini :)

haaa...ni dia kari aku..so so la menjadi tapi betul la kata tuan punya resepi tu, simpan sehari lagi sedap..memang maveles!!



so, menu apa plak hari ni? awal lagi hubby dah email resepi..kontroversi sunggu nama resepi tu..haha..aku akan padankan dengan tomyam yg akan di oter sebentar lagi dan Insya Allah kalau cukup bahan nak buat kuih buah melaka...dah belajar buat ngan mak hari tu..heeeeee..okeee, selamat berbuka semua !!



p/s: semoga aku terus istiqamah memasak untuk yg tersayang.. ;)


Tuesday, 12 March 2013

memasak untuk yg tersayang

helloo worlds!!!


cheewahhhhh...kemain.haha...i'm still quite busy **kengkononya** but manage to find sometime to write something here.so, kali ni meh nak cerita pasal masak memasak. ahaaaa, satu family aku tau aku ni paling x reti memasak. ya, aku sedaq diri akulah org yg paling loser dlm bab masak memasak.haha.
mak, abah & adik aku suma superb masak memasak! especially mak & abah. perghhhh, sedap sehingga menjilat jari! adik aku so so la...terer skit la dari aku. HAHA

entah cemana mai mana mood aku hari tu entah, tetiba teringin nak masak nasik tomato untuk irdina & hubby..surf punya surf resepi akhirnya dapat la dari satu blog. simple & nampak mcm sedap..so apa lagi, roger hubby kata malam ni aku nak masak. tengah hari tu seblum amik irdina, sempat aku singgah alamanda cari barang..semangat x??!!hohoho

malam tu keletung keletang la aku kat dapur...si irdina macam biasa. pantang tengok aku kat dapur, dia pon mula la mengada2 nak itu, nak ini, nak suruh dukung la.kengkonon nak tolong ummi masak..tolong la sangat kan si kecik tu.heh....menjerit la aku ke abahnyew suh amik irdina, jadi aku bole memasak dengan tenangnya..hohohoh...tung tang tung tang siap la aku punya nasi tomatoto & aym masak pedas..x berani nak buat aym masak merah buh tomato banyak2 sebab hubby jenis makan pedas2...tapi nasik aku telebih air..hukhuk.maklumla, 1st time memasak masakan yg kompleks sket nih.huhuh..kemain tepon mak mintak tips nak bg nasik x lembik..dalam hati riso jugak hubby xmo makan sebab salah satu kepantangan dia adalah nasik lembik.huuuuuuu...doa & tawakal je la aku..mak kata memang nasik tu nampak lembik benyai sbb ada butter, nanti da sejuk dia terlerai la jadi sebutir2...fuh, masa kaut buh dlm pinggan utk hubby kemain aku kipas2 bagi sejuk. nak bagi terlerai sebutir2..haha..gigih beno..alhamdulillah, hubby makan bole tahan la. dapat kpi 2.9/5 dari hubby.hahahahha...jadi la kannnnn....irdina? heh..makan dengan cara dia la..

pastu, hubby request lagi nasik tomatoto utk weekend lepas..aku pon oke saja sbb bahan2 semua dah ada..kali ni air nasik aku sukat betul2..fuh alhamdulillah, semua menjadi...hubby pon mkn bnyk! ada satu perasaan happy yg x dpt nak digambarkan bila suami makan banyak makanan yg kita masak!! dah lama x rasa mcm tu sbb seblum ni asek mkn kedai..xpon beli tomyam bgkus, aku just masak nasik & gorang teloq ja.hahahah..mmg loser abeh la. so, aku berazam nak belajar memasak lagi utk suami & anak yg tersayang...tapiiii....**ada jugak tapi, isk3** kena tengok mood jugak.haha..kalau tgh mood malas tu jawabnya kedai le jugak.hahahahaha



portion org diet.haha

Wednesday, 30 January 2013

kong jugak akhirnyaaa~

akhirnya,

setelah hampir 2 tahun setengah menggunakan wuju, lenjan pi sana pi sini, kong jugak bateri dia semalam.nasib baik la sempat sampai rumah. kalo x memang naya ja stuck tgh highway otw nak balik KL..huhuh

nasib jugak la hubby MC semalam..demam sejuk dia kembali semula..oleh itu, aku pon masuk opis lambat sikit.bole bwk keta dia.huhu..alamatnya melayang la duit nak beli bateri baru.haiyohhhh..

hari ni aku EL sbb pengasuh irdina cuti..hah, si kecik ni da bangun.maka, bermula lah episod aku nk berkuntau dgn dia.haha


daaa~

Wednesday, 12 December 2012

kitchen cabinet is done :)

**the mood is slowly coming~ haha**

okeh, as promise before kononnya nak update progress renovate dapur kan. tapi disebabkan oleh MALAS, aku update sepintas lalu cenggitu saja. actually it's not a major renovation. just changing my kitchen cabinet. dalam kepala memang duk plan nak besarkan dapur tu.nak extend sampai ke belakang. tapi memakan kos yang agak tinggi. ye la, nak kena cari kontraktor bagai. harga bahan binaan pun mahal sekarang ni dan kami pun x plan nak stay lama2 kat SK. Kami lebih suka kalau dapat bertukar balik ke utara. **harap2 ada peluang dalam 4 5 tahun lagi**

oppss..of topic sebentar. so, antara sebab musabab aku nak tukar kabinet tu boleh refer kat entry ini. sekarang dah 2 minggu ++ dengan kabinet baru. sukaaaaa sangat!! sangat convenient, ruang yang banyak untuk sorokkan pinggan mangkuk dan lain-lain.hehe.


this is the old cabinet. so messy!



this is how it's look before the installation. gigih kami buang kabinet lama & sental kotoran serta sampah sarap tinggalan lipas. pheww~ nasib ada abah & mak yg tolong kami. tengkiu very much!



finally, it's done.

merah mak ngah haaa...memang aku idamkan dapur merah mak ngah ni dari dulu lagi. akhirnya tercapai jua...cuma cat dinding tu xtau nak cat warna apa. xkan merah jugak kot?haha...xpa, rilek2 slow2 dulu...still have lots of time to think & decorates. :) xmo kelam kelibut. tapi buat masa sekarang, setiap minggu sangat bz! rasanya sampai bulan 1 ni kot which every week kami balik kampung. kenduri la, kursus la, irdina holiday kat kampung lagi. pheww...weekdays pulak kerja di siang hari. malam nak mengeram. hahahahaha

harapnya lepas ni kena makin rajin memasak. seriously i actually not really reti masak! haha. but i do love baking. :)

ok la, till then peeps. nak sambung buat kerja opis pulak.huhuh

**hope the mood will not vanish**





Thursday, 29 November 2012

sepintas lalu

sekali lagi mood malas nak update blog menjelma..macam2 nak cerita tapi akhirnya kelaut..lately, sangat bizi..bizi dengan anak, suami, rumahtangga & kerjaya. **kerjaya la sangat.haha** i'm sure most of working blogging mommies macam ni kan?hee..

so, update sepintas lalu:

1. nur irdina nazihah dah mula berjalan. setiap hari cipta rekod langkah terbaru & semakin laju berjalan. kadang2 tu almost macam nak berlari..gigi pon dah nak naik batang yg ke-2. Oh, dah besar la anak ummi sayang ni!

2. irdina dah makin memahami apa yg berlaku di sekeliling..faham apa yang ummi cakap. faham kalau ummi marah, lepas tu buat muka nakal nak pujuk ummi balik. mana la ummi x cair dengan anak sorang ni. :)

3. akhirnya, setelah hampir sebulan menunggu, kabinet dapur dah bertukar yg baru. sangat sukaa!!! sekarang masa untuk men'deko' dapur. baru semangat nak memasak. **jangan semangat jadi hangat2 tahi ayam sudeee**

4. we just celebrating our 2nd wedding anniversary on 11/11/12. went for a short honeymoon trip to pangkor. next year, nak plan awal2. nak honeymoon jauh sikit. bali mungkin? ambil package honeymoon.sweet!

5. planning for 2nd baby?? NOT YET. walaupun jauh di sudut hati ada perasaan teringin nak pregnant kembali namun masa masih belum seswai. need to organize my current life dulu.huuu

6. planning nak pegi umrah tahun depan. semoga dipermudahkan jalan & rezeki kami.

7. ..........

till we meet again.

**harap2 mood aku x kelaut dah lepas ni. semoga rajin update.caiyok!**


Monday, 22 October 2012

soon kitchen cabinet

hoyeahhh...

hari ni dapat design drawing dari kitchen cabinet designer dan aku sangat sukaaa!!!so, aku dah pilih design yang berkenan di hati dan dah boleh proceed untuk order. tunggu siap dan pasang ja lagi...wahhh, macam x percaya akan dapat kabinet dapur baru...me is sooo excaited!





InsyaAllah if everything went smooth, my kitchen will look exactly like one of the above pictures. will compare with the actual one later. :)

Wednesday, 26 September 2012

nak renovate la!

it's time to renovate my kitchen!

1st time masa masuk rumah tu, impression aku pada dapur tu adalah WOW! full set kitchen cabinet atas bawah, siap dengan build in dapur masak lagi. sungguh menjimatkan kami yang baru kahwin ni dari nak pening2 kepala memikirkan nak beli dapur dan kabinet bagai dengan sewa RM600 sebulan. sangat berbaloi!  and now, the house is officially mine. Alhamdulillah. 

dan, aku dah semakin muak dengan kabinet dapur tu..dah semakin mereput & aku berjaya menjadi penternak lipas agresif.haha..mana x agresif kalau kita tengah masak pun lipas tu boleh keluar & lalu depan aku selambe rock dia ja..aku cucuh montot dia dengan fire starter baru tegedik2 lari. soooo sakit hati! mulanya xmo guna racun serangga sebab memikirkan ada irdina. pesticide is not good for baby, but since irdina bercuti ke kampung, abahnya pun dengan gigih sembur Baygone (lipas) dalam kabinet tu. esoknya, bergelimpangan la segala keturunan tok nenek lipas tu atas lantai. manyak siokkk ooo aku **tapi geli**. rasa macam dendam terbalas dengan kematian keturunan lipas tu.haha...x hingin aku nak snap gambar setelah aku kumpul lipas2 tu dan tempek kat sini. konfem kome nak muntah.

keadaan dapur sekarang..sooo semak! x lalu aku nak simpan dlm  kabinet bawah mahupun atas kerna semuanya ada bau lipas!

dan, aku pun bising2 kat hubby nak tukar kabinet. sebenarnya, dari dulu lagi aku dah bising2 tapi memandangkan bajet xdak terpaksa relaks dulu. sekarang dah rasa agak2 macam mampu sikit tu yang hubby approve permintaan aku dengan syarat kalau nak tukar, tukar terus yg stainless steel punya.senang.lipas x mampu nak menyelinap masuk, x mereput dan tahan karat..

hah, lega aku! eksaited nak p survey kabinet baru. maka, minggu ni aku isytiharkan minggu survey kabinet!hoho...sukaaa sukaaa!! ada tempat yang kami jumpa jual harga kilang tapi kena tunjuk contoh design yg kita nak..ada certain jugak yg ada showroom.macam tu lagi senang kita nak decide. apa2 pun, kami masih dalam survey mode. kalau rajin, aku akan update progress.**kalau rajin okee** abeh malas nanti aku tunjuk yang dah siap **InsyaAllah**.

hehe 

Wednesday, 29 August 2012

i'm sooooooo buzy!

phewwww...i'm exausted.

seriously, it's not easy being a working & full time mummy..

sebelum ni tokmi jaga, ummi dia bole la rilek2 saja duk rumah. balik kerja goyang2 kaki. kalau rajin, masak dinner utk abahnyewww..kemas rumah pun gitu2 aja. banyak masa leh rilek2.bila weekend, cabut balik kampung jumpa irdina..malam tidoq lena sampai pagi. baju pon iron time subuh2 lepas mengepam stok utk irdina.

tapiii minggu ni...

hari ni, dah 3 hari ummi jaga irdina. isnin lepas rilek sikit sebab ummi cuti & hantar irdina ke rumah ibu pengasuh untuk testing. Alhamdulillah dia oke..x nangis teruk2 punnnn. siap rampas puting member sorang lagi sampai budak tu nanges.haha. sementara irdina di rumah pengasuh, ummi memulakan misi mencuci rumah. ya la, sebelum cuti raya, ummi tinggalkan rumah agak tunggang langgang. bila anak ummi dah ada ni, kebersihan harus diutamakan...vacuum semua habuk2. mop lantai sampai berkilat. susun2 semua barang yg berselerakan. hari tu rasa penat sangat..malam tu pulak pi kl hantaq maksu irdina sbb dia pinjam keta ummi utk balik raya hari tu.

esoknya, terbangun lambat sebab terlupa kunci jam. kelam kabut ummi. mana nak iron baju, nak masak bekal utk anak ummi, nak siapkan beg anak ummi ke pengasuh, hari pulak hujan lebat...sooooo hectic! irdina pulak bangun awal, konfem2 dalam 7.30 mcm tu da ngantuk balik. time tu la ummi nak mandi, nak siap2 pi keja..meraung haaa anak dara tu depan bilik air sementara ummi mandi. jenuh ummi mandi laju2.haha.gedebuk gedebek sempat jugak hantar irdina kat pengasuh sebelum pukul 8 & ummi pon sempat sampai ofis ngam ngam 830.phewww..what a buzy tuesday morning....

tu baru cerita di pagi hari..di petang harinya pulakkkk.....

oleh sebab abah irdina sampai dulu, so dia la yg pi amik irdina. abah kata dengar irdina nangis teruk sampai tersedu sedan. nampak ja abah, terus irdina senyap. abah dia ni bukan boleh pelik2 sikit kat anak dia. mula la nak pikir macam2.hadeihhhh....pening kepala ummi. sampai rumah, abah buat spot cek seluruh badan. alhamdulillah okeee...cuma mata ja bengkak sikit sebab nanges tadi. ummi sampai, buat double spot cek pulak..irdina is OK.hehe..so, terus bedesup pi semayang Asar, then suapkan irdina makan malam. biasala anak dara ni..makan saja dah sejam.nak mandi lagi, nak siap lagi...makin besar ni makin susah nak bagi pakai baju. dia boleh duduk statik selama 2 3 saat saja. mana sempat ummi nak pakaikan pampers & baju semua dalam 2 3 saat cekk oiiiii...nasib baik abah pandai bagi mndi dia. so, ringan sikit kerja. ummi pulak prepare2 kat dapur utk masak diner dan bubur nasi irdina esok pagi..phewww...jangan harap la dapat rehat goyang2 kaki macam sebelum ni.haha..

sebelum ni, pukul 730 irdina dah tidur. semenjak 9 bulan ke atas ni jadual tidur berubah. makin besar makin lewat. sekarang dalam pukul 830 - 900 baru mau tidur. nak tidur pon ada pe'el dia. guling2 satu katil sambil cari port yang paling best untuk tidur.serius lawak.haha.setiap malam macam ni. abeh x 'torah' sangat, ummi bg nenen sambil tepuk2 pungkok.terus lesappppppp ke alam mimpi indah.haha..baru la ummi boleh goyang2 kaki seketika...tugas2 lain banyak lagi nak buat ni..iron baju kerja, basuh pinggan mangkuk, sidai baju & etc....see, it's not easy right?

dari pengalaman 2 hari lepas, ummi & abah pon berdiskusi menyusun jadual harian supaya lebih teratur..Alhamdulillah, hari ni keadaan lebih baik dari semalam yg kelam kabut gila.. mungkin bagi org lain dah biasa dengan benda2 ni, tapi bagi weekend parent macam kami ni masih dalam mood penyesuaian menjadi full time parent. doakan kami mampu menjadi yang terbaik untuk si kecil kami. :)

hah, kemain panjang aku story kan. penat menulis ni.hee..dah la penat cuti raya x abesh lagi..weekend bulan ni penuh dengan aktibiti. hujung minggu ni kami akan ke Terengganu, holiday bersama family mertua. depa memang kaki berjalan. holiday kali ni di sponsor lagi.kami cuma sediakan duit minyak + tol + shopping..memang sempoi & terbaik la family mertua aku nih. :P next week lepas tu nak balik kampung pulak, bagi irdina jumpa tokmi..tokmi hari2 teringat kat irdina. kalu tokmi tepon tanya irdina macam mana, tokmi mesti 'hujan'..syiannnn kat tokmi.huuu..what to dooooo....ummi pun kena belajar macam mana nak jaga anak ummi.huuu...weekend lepas tu baru free kot.hukhuk

**my sweet little girl**

Thursday, 23 August 2012

Salam raya...

Assalamualaikumm...
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
Andai ada tesalah bahasa tersilap kata
Harap dapat dimaafkan...
************************************
Raya tahun ni turn rumah aku dulu..manyak siokkk wooo..heee. Beraya bersama si kecik tu sangat seronok! Such a new experience n i love it! Irdina sangat seronok beraya sampai flat la.malam2 mesti tidoq awai. Dah 10 bulan nih macam2 perangai cerdik tu keluaq dan sangat melucukan. :) nnti aku hapdet gambar2 raya...naseb baik sempat jugak lari2 snap gambar family kecil2an kami nih.heeee...
Syukur alhamdulillah.I'm blessed with my life. Semoga setiap raya kami dapat bergembira bersama keluarga. :p

Tuesday, 10 July 2012

Irdina!

Dah pandai merangkak 1 2 step.
Dah pandai berdiri sendiri asalkan ada tempat untuk di capai.
Cepatnya anak ummi ni membesar!
Alhamdulillah.....


Tuesday, 26 June 2012

alkisah.....

alkisah....

selepas pantang..

"anak tu kecik lagi..risau tokmi kalau nak hantaq kat nursery/pengasuh..xpa la bagi tokmi jaga dulu. tokmi pun bukan ada nak buat apa sangat pun kat rumah ni."

niat nak fully BF anak sampai cukup 6 bulan..bila tinggal anak kat kampung stok susu merudum.so, decide ambil unpaid leave 2 bulan..bila nak masuk kerja balik..

"risaunya tokmi kalau nak bagi irdina kat pengasuh. dah la pengasuh tu pun tengah mengandung. sat lagi takut dia pun x larat nak jaga irdina. sian cucu tokmi ni..xpa la, meh la tokmi jaga dulu. nanti dah 6 bulan ke atas hampa ambil la dia balik."

bila irdina dah 8 bulan..

ummi dengan yakin hati nak bawak irdina balik duduk SK dengan ummi. ditemani tokmi dan maksu untuk testing hantar irdina kat pengasuh. maklum la, anak dara tu dah pandai. dah kenal orang, memilih pulak tu. kalau tengok orang tua ja, mesti menangis. isnin lepas, semangat ummi ambil cuti sempena nak hantar anak ummi ke pengasuh. alhamdulillah anak ummi ni ok. x menangis pun tengok ibu (pengasuh). seronok lagi ada sebab ada ramai kawan-kawan. sinar harapan untuk irdina tinggal dengan ummi nampaknya sangat cerah! namun, keesokannya....

"tokmi risau la nak letak dia kat pengasuh tu lagi buat masa ni. dia baru duk meniarap berundur..budak-budak tu semua dah pandai merangkak la, meniti tepi-tepi sofa tu. kalu terjatuh kat atas belakang irdina yang duk memusing kat lantai ni x ka naya? kalau patah pinggang anak tu kita x leh nak buat apa dah. anak tu dah la pompuan, masa keluaq dulu elok ja, bila besaq jadi macam tu pulak.hang mau ka anak hang jadi macam tu kak? xpa la tokmi jaga irdina dulu sampai dia dah boleh merangkak meniti tepi2 sofa macam budak-budak tu..lepas tu hampa ambil la balik anak hampa ni. tokmi x halang dah. kalau x larat nak ulang alik tetiap minggu, balik la 2 minggu sekali.."

huh, tokmi dah keluarkan ayat-ayat untuk memujuk ummi supaya irdina balik kampung semula duk ngan tokmi. nehi tokmi nehi kalau nak balik 2 minggu sekali. seminggu x jumpa ni pun dah rindu bagai nak rak kat anak dara tu. mulanya ummi berkeras..ummi's motherhood instinct cuba melawan balik. namun, akhirnya ummi terpaksa mengalah juga sebab 1(ummi) lawan 3(tokmi, tokabah & abah irdina), kompem la ummi yang kalah. hadehhhh...xpalah, ummi mengalah dulu buat sementara ni..mungkin ada hikmah di sebaliknya. tapi, bila sampai masanya nanti, ummi akan fight untuk anak ummi nih!!!caiyokkkkk caiyokkkk ummi irdinaaaaa!!!

**saya cucu kesayangan tokmi..apo tengok2?!!**

Friday, 8 June 2012

ho ho ho balik kampong!!

**quick update**

sat lagi nak balik kampung lagi.
tengah tunggu abah irdina sampai untuk amik ummi irdina ni
kami rindu kat anak kami ni!!
minggu depan InsyaAllah minggu terakhir untuk ulang alik. :)


mana abah irdina nih??isk3

Wednesday, 11 April 2012

alhamdulillah!

malam tadi, check peti surat.

dapat surat dari MPSJ! at last, after almost 1 year ++ process, akhirnya rumah ni dah di pindah milik ke nama aku. this is our 1st rented house which now become our own.

teringat lagi tahun lepas, masa tengah morning sickness yang teruk, aku mengagahkan diri jugak ikut hubby pergi cari rumah sewa sebab tuan rumah nak jual rumah ni. mungkin rezeki anak kami, x payah kami nak pindah randah sebab tuan rumah offer kat kami pulak. Alhamdulillah..syukur sangat!

so, sekrang dah boleh start planning untuk decorate rumah!!!yeehuuuu!!!harap hubby sudi melaburkan ongkosnya.hahahaha
 
Images by Freepik