Wednesday, 26 September 2012

nak renovate la!

it's time to renovate my kitchen!

1st time masa masuk rumah tu, impression aku pada dapur tu adalah WOW! full set kitchen cabinet atas bawah, siap dengan build in dapur masak lagi. sungguh menjimatkan kami yang baru kahwin ni dari nak pening2 kepala memikirkan nak beli dapur dan kabinet bagai dengan sewa RM600 sebulan. sangat berbaloi!  and now, the house is officially mine. Alhamdulillah. 

dan, aku dah semakin muak dengan kabinet dapur tu..dah semakin mereput & aku berjaya menjadi penternak lipas agresif.haha..mana x agresif kalau kita tengah masak pun lipas tu boleh keluar & lalu depan aku selambe rock dia ja..aku cucuh montot dia dengan fire starter baru tegedik2 lari. soooo sakit hati! mulanya xmo guna racun serangga sebab memikirkan ada irdina. pesticide is not good for baby, but since irdina bercuti ke kampung, abahnya pun dengan gigih sembur Baygone (lipas) dalam kabinet tu. esoknya, bergelimpangan la segala keturunan tok nenek lipas tu atas lantai. manyak siokkk ooo aku **tapi geli**. rasa macam dendam terbalas dengan kematian keturunan lipas tu.haha...x hingin aku nak snap gambar setelah aku kumpul lipas2 tu dan tempek kat sini. konfem kome nak muntah.

keadaan dapur sekarang..sooo semak! x lalu aku nak simpan dlm  kabinet bawah mahupun atas kerna semuanya ada bau lipas!

dan, aku pun bising2 kat hubby nak tukar kabinet. sebenarnya, dari dulu lagi aku dah bising2 tapi memandangkan bajet xdak terpaksa relaks dulu. sekarang dah rasa agak2 macam mampu sikit tu yang hubby approve permintaan aku dengan syarat kalau nak tukar, tukar terus yg stainless steel punya.senang.lipas x mampu nak menyelinap masuk, x mereput dan tahan karat..

hah, lega aku! eksaited nak p survey kabinet baru. maka, minggu ni aku isytiharkan minggu survey kabinet!hoho...sukaaa sukaaa!! ada tempat yang kami jumpa jual harga kilang tapi kena tunjuk contoh design yg kita nak..ada certain jugak yg ada showroom.macam tu lagi senang kita nak decide. apa2 pun, kami masih dalam survey mode. kalau rajin, aku akan update progress.**kalau rajin okee** abeh malas nanti aku tunjuk yang dah siap **InsyaAllah**.

hehe 

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik