Friday, 7 February 2014
i wishhhh.....
heh, x abih2 lagi nak mengeluh kan...kata dah terima kenyataannnnn..haiyoh, mungkin sebab masih baru so x berapa nak ready lagi.bole gittewww??haha
kebetulan pagi tadi masa nak pi keja, dah perasan tayar belah driver tu macam kempis sikit tapi rasa macam boleh lenjan lagi..baru keluar x sampai 100 m dari rumah, dengar bunyi "bap bap bap"..gaya bunyi macam dah flat dah tayar tu. terus brenti tepi.tengok2 memang dah flat.huuuu.ni kalo aku lenjan jugak mau pecah terus...mau x mau terpaksa la patah balik..
me is blurrr...x tau nak buat apa sebab tayar flat..masa ni la aku rasa sangat2 memerlukan hubby..dulu masa hubby ada kat sini, langsung x risau..terus kol saja, satgi hubby sampai setelkan semua.hohoho. kali ni, kelam kabut kol hubby mengadu **sebbek x nangeh..haha**, hubby suruh tangkap gambar tunjuk camna keadaan tayar..dia pun tengok agak flat jugak then terus decide nak datang SK petang ni...
tapi memandangkan dia dah booking tiket flight untuk mai sini malam isnin depan, aku rasa alang2 sangat kalau dia nak mai petang ni n balik petang ahad..isnin tu nak terbang balik ke sini sbb ada kursus kat uniten.haihhhh...nampaknya aku kena berdikari lebih dari biasa lagi..hubby kata kalau pam sikit tayar tu dah boleh bawak pi kedai tayar..makanya, pergilah meminjam pam kat jiran depan rumah.lenguh kaki jugak aku mengepam smpai agak2 kembung skit, baru berani nak bawak jalan g kedai tayar.
Alhamdulillah, sampai jugak la aku bawak ke kedai tayar untuk tampung tayar..rupanya lubang tu halusssss sangat. jenuh budak kedai tu cari. sebbek kena 5 hengget ja.sebbek murah..
hahahahha..maklumla, xtau rate tampung tayar sbb sebelum ni semua ni keja hubby..aku ni tau naik keta bawak pi keja ja..heheheh
Kadang2 rasa dugaan betul bila PJJ ni..semua kena hadap sorang2..sekarang baru aku sedar betapa aku memerlukan hubby di sisi..huuu..bersabarlah wahai hati..i still have irdina n baby in my tummy yang temankan aku disini..x ketinggalan jugak mak aku yg tersayang..hehe..how i love them all sooo much!
Sometimes, being far could make us closer. x kisah la dengan orang yang kita berjauhan dan juga yang berada di sekeliling kita =)
Wednesday, 5 February 2014
berdikari
Tuesday, 7 January 2014
perihal supplement
sekarang kemain pemes Shaklee tu..time pregnant kat Irdina dulu harom xtau apa tu Shaklee..da beranak time cari milk booster baru terjumpa...tapi x beli pun. hubby kata kalo x istiqomah mengepam, makan la tok nenek supplement apa pun x banyak jugak susu. lagi satu mind set tu jangan duk set susu xdak.. yesss, my hubby sangat pentingkn penyusuan susu ibu and he always support me BF irdina dulu..cuma aku yang tertewas awal..BF irdina sampai dia 10 bulan saja and i is sooo sad..sobs sobs..now, i've learned the lesson! InsyaAllah bertekad nak BF adik baby smpai 2 tahun..this is a MUST!
oke, off topic dah..haha
so, memang aku berkira2 kali ni nak amik shaklee..siap dah bgtau dokter kata nak beli shaklee..dokter kata oke saja cuma nanti bila next checkup dia nak tgk kandungan iron sama ada mencukupi atau tidak..tapi dokter kata, sama saja kalau amik supplement dari klinik pun dan harganya jauh lebih murah..Shaklee mahal sebab dia MLM..hubby sangat2 setuju dengan dokter sbb memang dia x support aku membazir untuk nih..hahaha..sebab dia tau aku ni hangat2 taik hayam, takut menang membeli alah memakan..huhuhu
nak dijadikan cerita, 2 minggu lebih jugak la aku berkira2 nak beli ke x shaklee tu..dah siap wassap dealer tanya harga semua bagai tapi x jugak order..sampai la balik dari bercuti tadi, aku dah nekad nak oder shaklee..sekali bila bukak online banking, tengok2 balance dah sikit..huih, biaq betuiiiiii!!! rupanya dah kena tarik untuk payment loan rumah..tapi kata ada payment holiday loan rumah untuk bulan 11 & 12..tapi kenapa dia tarik dari gaji bulan 12???? whyyyyy??!! aku dah berangan duit2 tu nak guna untuk beli itu ini :( :(
sememangnya dah ditakdirkan duit tu bukan untuk shaklee dan bukan untuk aku membazir macam tu saja..finally, aku decide untuk amik obimin dan kalsium macam dulu..hubby kata, sehat elok ja irdina lahir..ummi makan obimin n kalsium ja pun..kesimpulannya, dengarlah cakap suami anda..hahahahaha **tetiba**
x kiralah apa jenis supplement yang kita amik pun, yang penting sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah supaya anak dalam kandungan sihat dan membesar dengan sempurna... :)
Monday, 6 January 2014
2014! mari bina azam baru.... :)
iolss mood baru nak meningkat naik ni..alhamdulillah dah makin beransur hilang sickness2 ni..mintak2 la hilang terus dan kembali semula energy asal..terima kasih en hubby kerana banyak sangat tolong uruskan irdina dan hal rumah tangga...i love u more & more..mmuuahhhhh2 :* :* :* :* :*
sekejap saja kan dah masuk 2014..dah 6 hari di tahun baru..2013 was amazing year for me...banyak cuti dihabiskan untuk travel bersama family dan of course yang paling menggembirakan bila aku disahkan pregnant sekali lagi.. :) Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan kami untuk dapat ahli baru.. 3 bulan lepas stop planning pill, kami dikurniakan rezeki ni..x sangka jugak cepat sebab selalunya orang kata lepas stop pill tu, body akan ambil masa yg agak lama untuk normalised balik hormon2..mak sedara aku pon 6 bulan stop baru dapat conceive balik..pucuk pangkalnya, semuanya terletak pada ketentuan Allah. :)
2014 will be another amazing and splendid year!
ini adalah antara azam yang aku target nak capai untuk tahun ni:
1. berharap sangat untuk bersalin normal!
2. berazam untuk breastfeed next baby sampai umur 2 tahun!
3. nak belajar memask dengan mak n mak mertua..heeee...
4. turunkan berat badan lepas besalin nanti ke berat ideal!!
eheee...cukup 4 ni dulu la. banyak2 takut x tercapai nanti..azam tahun lepas pun belum tercapai sepenuhnya..kalu nak review pon macam x berbaloi ja..hakhakhak....so, better fokuskan untuk azam 2014 nih...semoga aku diberikan kekuatan dan semangat untuk mencapainya... InsyaAllah :)
Thursday, 26 December 2013
Throwback holiday: Medan 2012
Percutian ni di sponsor oleh FIL...thank you sooo much!! kalo nak mengharapkan kami mengumpul duet sendri memang x cukup derr sbb seblum tu dh berjoli sakan kat Langkawi.hohoh..kami cuma perlu sediakan duit shopping.hoyeahhhh! duet shopping cukup la kan kalo nak simpan sket2 kami laki bini ni.hee.. kami pi 13-16 Julai 2012..balik time hari besday aku tuuuu..kira celebrate kat Medan la.ceewwaaahhhh. x celebrate pon.just a simple wish dari hubby pon dah memadai.hee..trip ni pun dah boleh dikategorikan sbg hadiah besday jugak kannn.. :)
************************************************************************
13 Julai 2012
flight kami dari penang airport pukul 4.30 ptg..x sampai sejam dah sampai Medan. x sempat nak paneh pungkok flight dah land...Airport Medan sangatlah kecik berbanding airport2 di Malaysia. turun2 flight kena jalan kaki ke airport. dah la panas, sian kat irdina.huhuhuh. semua urusan kat imegresen sana setel dengan lancar. nasib baik pak supir dan pemandu pelancong kami dah ada tunggu. aku x ingat apa nama supir kami tapi pemandu pelancong tu kami panggil ibu hartini/tini..**sebab dah lama sangat, banyak menda aku dah lupa.haha**. tapi sekarang airport kat Medan dah canggih...besar macam KLIA dah katanya..hehe
![]() |
| dua orang eksaited nak naik flight..haha |
| ada budok penat travel jauh katanya..hee |
![]() |
| kena balut macam ni baru boleh tidoq lena..huuu |
| outfit sementara sebelum beli sweater dan cap...hehe |
14 Julai 2012
esoknya lepas breakfast, kami pusing2 sebentar di pekan Brastagi..actually, xdak apa sangat lah yang menarik bagi aku...view pon biasa2 aja...serius cantik lagi Cameron Highland...hahaha..kemudian kami teruskan perjalanan ke Lake Toba..x ingat dah berapa jam perjalanan tapi bagi aku sangat lah lamaaaaa....nasib juga time tu aku still BF irdina, so keja dia memeram kat aku dan tidoq..langsung x banyak kerenah.heee.senang bawak anak dara tu jalan2....hoho...dalam perjalanan, kami singgah di Air Terjun Si Piso-Piso..view sangat cantek! Kawasan ni terletak di permulaan Lake Toba..tempat yang kami nak bermalam nanti masih jauh nun di hujung sana...serius sangat besar Lake Toba ni! kagum aku dengan alam ciptaan Allah ni...
| di Air Terjun Si Piso-Piso |
setelah beberapa jam perjalanan, kami singgah di salah satu tempat yang orang suka singgah minum2 dan makan2 sambil menikmati pemandangan Lake Toba yang cantik..di sini, kami dihidangkan pisang goreng dan teh halia panas...dengan cuaca yg sejuk sbb angin bertiup kuat, minum teh halia dan makan pisang goreng panas adalah satu nikmat! dah kenyang perut, kami teruskan perjalanan ke Parapat..huih, jauh sungguh nak ke sana pun..sepatutnya dah smpai di Parapat, kami akan naik bot ke Pulau Samosir, pulau di tengah2 Lake Toba..tapi memandangkan keadaan angin yg bertiup kuat dan air tasik agak bergelora, makanya program ke Pulau Samosir ditunda ke hari esoknya...aktiviti petang di Parapat pada hari itu adalah bebas.makanya kami pon layan tidoq ja la..penat lenguh badan suma naik van lama sangat..huuuu..
| nyummm nyummmmm |
nasib malam kami di Parapat tidak diganggu oleh "makhluk2" lain..tapi irdina ada jugak terjaga macam x selesa..huuuuu
15 Julai 2013
pagi2 hari lepas breakfast, kami pun menaiki bot ke Pulau Samosir..pulau ni dihuni oleh orang batak apa ntah..aku pon x hengat..kebanyakannya bukan beragama islam..kami di bawa melawat kawasan bersejarah dan cara kehidupan masyarakat di Pulau Samosir...banyak kedai2 yang menjual cenderamata tapi kena berhati2 dalam nak tawar menawar..guide kami dah warning awal2..kami pun dah terkena, ingat nak beli fridge magnet..mula kata 3 magnet 12000 rupiah, bila nak bayar dia naikkan lagi harga..bila kita argue balik, dia marah2 sambil menjerit2..pehhh, x beragakk..terus kami blah dari situ...haahhaha..peniaga tu duk bising2 lagi kat belakang tapi kami buat x dengar n buat muka x bersalah..hohohoho..so, hati2 ya kalau nak membeli di sana..
lepas habis pusing di Pulau Samosir, kami bertolak ke tanah besar dan akan bergerak balik ke Medan..yang ni pun makan masa setengah hari dari Parapat ke Medan..huuuu...sekali lagi lenguh abih pungkok2..sampai2 di Medan, kami di bawa pusing2 ke factory outlet (FO) dulu sementara menunggu makan malam dan check in di hotel..aku sukaaaaa sangat pi FO ni...macam2 aku hangkut untuk irdina...hubby kata ni belum lagi bawak aku pi Bandung..kalu pi sana lagi menggila aku..sedangkan FO yg x besar mana kat Medan ni pon dah buat aku separuh gila...heheee...untuk irdina saja, aku abihkan dalam 300000 +- rupiah..pueh hatiiiiiiii....tapi still rasa x cukup..boley gittewww???haha...hubby kata duit kena simpan utk esok kalo nak soping kain pasang dan telekung kat pajak ikan..
![]() |
| trying her new outfit from FO :) |
kat sini kami menginap di Madani Hotel kalo x silap namanya..hotel milik org Islam...dalam bilik siap ada Al-Quran lagi..Alhamdulillah, malam tu irdina tidoq nyenyak sekali..sikit pon xdak gangguan...bilik hotel pon sangat selesa...
16 Julai 2012
hari ni hari last kami di Medan...flight balik Malaysia petang dalam pukul 5 lebih macam tu..jadi, kami masih ada masa lagi untuk menyoping..hohohoh..lepas breakfast, kami angkut semua barang dan check out...destinasi soping 1st yg tourist guide kami bawak adalah ke kedai telekung...dia kata kedai ni agak mahal sikit tapi kualiti telekung dia sangat baik..hmm...memang agak mahal bagi aku..aku target telekung bunga sulam penuh tu bawah RM50 sepasang...tapi di kedai ni dalam RM 80 sepasang...disebabkan kami x punya banyak masa untuk pusing2, aku pun beli la 2 pasang utk mak dan adik...
dah habis semua soping telekung, kami di bawa ke mall apa ntah namanya...request by cousin hubby..nak menyoping handbad murah katanya...disebabkan aku macam x berapa bekenan dengan barang2 kat situ, maka kami pun pusing dalam mall saja tengok2 kalu ada benda yang menarik...perut pulak dah mula berkeroncong, so kami pi lepak2 kat kfc..saja nak try kfc Medan..hahahah...set kfc sini lain dari kat Malaysia...rasa pon agak lain..pastu hidangkan atas pinggan kaca..pehhh, kaya dan rajin membasuh pinggan betul kfc kat Indonesia nih..nak dijadikan cerita, abah irdina tengah beratur di kaunter nak beli aiskrim sundae tetiba ada bunyik...
"pranggggggg pang pang pang"
bertaburan kaca di lantai...kus semangatttttt..ingatkan irdina dah yang jatuh baby chair sekali..nasib la irdina tengah duk atas riba aku masa tu, tapi ditendangnya sisi meja sampai senget meja tu..aku pulak x sempat nak capai pinggan kaca itu, maka jatuh berderai lah ia...habis satu kfc terdiam dan tengok kat kami...arghhh, merah padam dah muka aku tau..hubby yg tengah beratur terus x jadi beli dan datang kat kami..terus dia ajak kemas2 dan kami pun berlalu pergi dari kfc dengan selambanya...hahhahahahah..kenangan sungguh!
| ini la budok yang pecahkan pinggan ittewwww..haha |
next, destinasi soping kami yang terakhir adalah di pajak ikan (pasar ikan)...kenapa dipanggil pajak ikan? sebab dulunya tempat tu adalah pasar yang menjual ikan tapi kemudian diubah menjadi tempat jual kain2 pasang dan lain2...tempat ni memang terkenal di kalangan rakyat Malaysia yang nak soping kain pasang...aku dah target satu kedai ni, lupa dah nama dia tapi doory yang rekemen sbb bole dapat harga kain pasang yg murah tambah2 kalau beli banyak...memang aku nak memborong banyak2 pun....sampai di kedai yang di cari, mula la aku menggila pilih...semua kain sulam tu cantik2! rasa macam nak borong semua..x ingat dah sepasang aku dapat berapa heng tapi sangat murah la...kalu di Malaysia, mau dekat 2 ratus sepasang...cekik darah betul kan....baik la pi soping straight kat indon...hahahahha..
dah puas nyoping, kami pun bertolak ke airport..sampai Penang airport dalam pukul 8 malam mcm tu..ni lah 1st flight irdina dan Alhamdulillah dia sangat behave..ni tandanya boleh bawak pi jalan2 lagiii..heeee...
| mari pulangggg.... |
***********************************************************************
sekian saja cerita percutian pertama kami sekeluarga ke luar negara...heee...so, how Medan? bagi aku OK dan menarik untuk dijelajahi...tapi untuk diulangi mungkin berfikir 2 kali kot...rasa better pi Bandung / Bali / Jakarta pulak...heheh..just my personal opinion :)
2 tahun lebih baru ada hati nak siapkan entry ni kan..teruk2.isk2...tapi memang aku berazam nak siapkan jugak sebagai kenangan....seronok tau bila korek2 balik entry lama2 ni..haha...
Tuesday, 24 December 2013
oh irdina :)
Wednesday, 11 December 2013
ragam kali ni ~
dah di penghujung tahun 2013 dah pun...bzzzz sgt lately dengan testing bagai...nak melayan kerenah customer.arghhhh..dah la mood x menentu, badan penat, lambat makan ja nak muntah tapi nak makan pulak x lalu..haih, macam2 kan.dugaaannnnn...
pregnancy pulak baru masuk 2 bulan..pehhh, lagi sebulan nak menempuh sickness nih.. kadang rasa nak give up tapi kadang bersyukur jugak x seteruk dulu.apa pun, mengandung memang best tapi bila kena morning sickness ni terus rasa down..huhuh..kuat mengeluh kan aku nih..biasa la orang mengandung kan mood x menentu.hahaha **alasan**
pregnancy kali ni ada sikit perbezaan dari yg 1st dulu..kalo masa pregnant kat irdina, aku x leh makan seafood sangat especially sotong dan udang.tengok pun da rasa mual2 **hover kan!**.yang lalu nak makan pun ayam & ikan, tapi mostly ayam la...tapi kali ni ayam x berapa bole nak masuk sangat..seafood2 tu suka kemain tapi xdak la hari2 makan..tapi boleh telan la dari dulu tengok pon dah mual2 kan..hoho
makan pulak kena kerap2..kalo exceed 2 jam x makan apa, mula la perut nak meragam..bergelodak semacam, maka terpaksa la aku cari benda untuk mengunyah..so far aku kunyah2 breakfast cereal. sat milo, sat koko krunch, sat honey star..mana yang rasa lalu nak telan itu la yang bantai..boleh la melegakan sikit perut tu...kalu abeh malas mengunyah, minum ja susu...tapiiii...kadang2 x lut jugak sbb angin akan tolak balik susu tu keluar..makanya, cecepat la ke toilet..huhuhuh
sekarang kan musim hujan,makanya lantai mozek adalah sangat sejuk dan kaki aku x tahan...cepat sangat masuk angin bila kaki sejuk nih..walopon dah sapu minyak telon irdina berkodi2 tapi tetap sama..makanya lagi, terpaksa la aku berstokin dalam rumah dan juga di luar rumah.tidoq pun kena berstokin.hahahaha...berstokin luar rumah yg wajib tu pun kadang2 skip **astaghfirullah**.isk2 tapi xpa, mungkin ni jadi pemangkin untuk aku berstokin sentiasa...bagus la adik baby ni, awal2 dah ajar ummi untuk menutup aurat dengan lebih sempurna..heee..semoga Allah pelihara kamu sayang. :)
cuma ada satu persamaan masa pregnant dulu dan sekarang....aku mampu telan cekelat berkodi2..hahahhahah...coklat lah ubat perut kosong aku pagi2 dan dikala aku penin2..makan ceklat terus rasa fresh sebentar. nasib la aku borong banyak2 masa pi langkawi hari tu...hohohoh..harap2 x kena kencing manis..uuuuuuuuu
Tuesday, 26 November 2013
Lemauuuu..
Huuu...ingatkan boleh rilek ja x kena morning sickness, sekali kena juga walaupun x ganas macam dulu..huhuh..start masuk 6 weeks ja makin menjadi2. penat memanjang walaupun dah rest secukup2nya..perut asyik berangin pastu tekak mesti rasa loya..tapi kalo dapat air masam, especially mango, InsyaAllah hilang loya dan badan segar bugar balik...tapi x lama pun, lemau jugak x lama lepastu.haha. at least oke la kan, bole jugak pi keja daripada dulu nak drive pon x bole...
Cuma kali ni bila aku extra penat mesti akan bleeding sikit..x la fresh blood, cuma brown spotting setompok dua...lepas tu mesti rasa cramp kat perut...huu..makanya, bila aku pun x berapa nak sihat nih, terpaksa la kami hantar irdina duk ngan tokmi kat kampung...tokmi ngan tokabah kemain suka cucu sorang tu balik duk ngan depa...kali ni mungkin lama sikit kut kami tinggalkan dia kat kampung. .mungkin sampai aku betul2 sehat...sian anak ummi. Ummi pun hari2 rindu kat dia. Rasa sunyi & pelik bila xdak anak dara sorang tu kat rumah nih..huu
Wednesday, 20 November 2013
Expanding.... :)
I've been waiting for this, moment to expand our tiny family..heeeee..yeszzaaa, im pregnant, again! yayyy!!
x sangka cepat jugak rezeki kali ni..EDD 17th July 2014. sehari lepas birthday aku! ummi nak pujuk adik baby keluar 16 july..pastu abah pulak kata nak pujuk adik baby keluar 7 july, konon nak bagi sama tarikh birthday ngan abah lettewwww..hahaha
pregnancy kali kedua nih lebih rileks berbanding yang 1st dulu..dulu dapat tau ja pregnant 5 minggu, terus uwekkkk uwekkkk muntah lemah longlai bagai..lembik dekat 3 bulan bak angg! tapi kali ni, Alhamdulillah Allah mudahkan semuanya. masih sihat segar bugar macam biasa. cuma kadang2 ja penat, letih, mood swing, loya sikit...yang lain semua ok sajaa..heheheee..semoga diberi kemudahan sampai hari bersalin nanti..weeee, can't wait to see my tiny family expanding next year!
oh ya, EDD time bulan puasaaaa...hukhuk..punya la target takmau bulan posa sebab xmo kena ganti banyak2 sekali kena jugak.so, next year raya berempat lah kami..InsyaAllah...heee
Monday, 11 November 2013
its been 3 years since 11.11.10
Alhamdulillah kami masih kekal bahagia menyulam cinta dan asmara bersama sejak 11.11.10. semoga kebahagian kami ini kekal hingga ke syurga. tapi rumahtangga mana yang x pernah bergolak dilanda masalah kan...begitu jugak kami. ada masa gaduh2 manja gittewwww..baru la meriah suasana kan.hahaha. apapun, terima kasih Allah kerana telah memberikan kamu, suamiku sebagai pembimbing keluarga kecil ini di duniaMu...love u till jannah sayang!
| the moment |
![]() |
| after 3 years.. |
![]() |
| 3 of us :) |
![]() |
| tengkiyuuuu so much for this anniversary present! love u mucho2!! heeee :) |













