Showing posts with label **2014**. Show all posts
Showing posts with label **2014**. Show all posts

Tuesday, 28 October 2014

Nur Irdina Nazihah dah 3 tahun!


3 perkara tentang Irdina Nazihah


1. sangat petah bercakap. kadang-kadang ummi kena tegur sebab salah cakap/buat benda depan dia..

2. dah x pakai pampers **yay!!** sebab dah pandai bagitau nak "cicin" kecuali bila nak berak dan tidur malam

3. peminat setia upin dan ipin..kalau dapat tengok kat youtube di henpon sanggup x tidoq, makan & minum..lepas kena marah kawkaw dengan abah baru tau serik..hahahaha..sekarang duk tunggu upin ipin kat tv9 hari-hari.



17/10/14, anak ummi seorang nih da 3 tahun! dah jadi kakak .dah boleh pi sekolah dah dia ni.heheheh..so kita buat a mini celebration later kat Secret Recipe Giant, Seri Kembangan. kebetulan abah & tokabah ada kat sini, boleh kita celebrate ramai-ramai. boleh ja ummi nak buatkan kek untuk irdina tapi x sempat la sayang..ummi duk berangan nak buat cupcake dengan dia..nanti la kita cari hari cuti yang panjang kita buat cupcake sama-sama okey!







apa pun, ummi sayang saaaaaaaangat kat kamu..walau ummi selalu bising-bising marah kamu, tapi ketahuilah ummi sayang kamu. mungkin kamu rasa terpinggir sebab ummi asyik melayan adik, tapi sayang ummi buat kamu x pernah hilang, makin bertambah..ummi selalu berdoa semoga Allah pinjamkan kamu kepada kami lebih lama, kurniakan kamu kesihatan yang baik, kurniakan kamu hati yang lembut, agar kami dapat mendidik & mengajar kamu supaya kamu membesar menjadi anak yang solehah dan menjadi bekalan untuk kami di akhirat nanti.







Wednesday, 5 February 2014

berdikari

assalamualaikum....

it's been quite a long time i'm not writing here..huhuh...as usual kalau mengandung dan ditambah pulak dengan sicknes2  bagai tu memang mood aku kelaut...bila ada update tu maknanya mood baru kelangit sket lepastu kelaut balik..hahaha..

hello february! 2nd month in 2014..mulai bulan ini, aku kena berdikari lebih dari biasa..yeszzaaaa, me now PJJ with my hubby...sobs sobs sobs =( semua ini terjadi gara-gara tiba-tiba hubby dapat kelulusan untuk berpindah ke TNB Nibong Tebal bulan lepas..i never know he applied for that..memang dia pun xdak cerita sebab katanya kalau cerita kat aku memang xkan dapat punya..sebab tu dia buat diam saja...sampai atiiii..dah la dapat tau time tengah mabuk haritu, dengan emosi x stabilnya maka menagis2lah akuuu kat dia...uuuuuuuuu...ingat sesenang ka aku nak mintak pindah balik penang cam dia! huuuuuuu

but, thinking from the positive side, mungkin ada hikmah disebalik semua ini. apa yang Allah dah tetapkan untuk yg terjadi sekarang adalah yang terbaik untuk kami sekeluarga sekarang dan mungkin akan ada yang lebih baik untuk masa depan..mana tau, dengan izin Allah aku dapat pindah ke penang sebelum aku deliver :) .. tapi, yang aku perasan, Allah mudahkan urusan aku untuk mintak bertukar. bila bagitau manager & AGM, boss2 aku ni x kesah kalau aku mintak pindah...bila bersemuka dengan GM untuk mintak sain borang pertukaran, Alhamdulillah diluluskan dengan syarat ada pengganti..dan x sampai seminggu, ada dah yang contact aku untuk gantikan tempat aku di sini...sekarang, hanya menanti panggilan dari HR penang kalau ada kekosongan..harap kalian semua yang terbaca doakan aku cepat2 dapat pindah ya...

x sanggup rasanya berjauhan dengan hubby..dari awal menikah dulu, tak pernah berpisah lama macam ni. dulu, kalau hubby outstation pun dia akan berusaha ulang alik sebab kesian nak tinggal wife kesayangan ni sensorang kat rumah..ceeewaahhhhh! haha...pendek kata, aku memang jenis yang terlalu bergantung pada hubby walaupun sebenarnya aku ni oke ja kalau nak berdikari sensorang pun..apapun, sekarang aku kena lebih berdikari sbb kami hanya akan berjumpa hujung minggu saja. hunjung minggu ja la yang bole nak manja2 ponnnn..hukhuk..

huwaaaaaaa....x sangka aku pon kena berPJJ!!!!! =(( =(( =((

memandangkan aku sedang mengandung, semua orang risaukan aku bila hubby dapat pindah ni..nasib baik la mak aku ada dan sehat lagi..sekarang, mak yang temankan aku dan irdina kat rumah ni. nanti bila mak balik kampung, adik aku pulak akan temankan..nasib baik jugaklah dia tengah praktikal skrg..so, boleh la ulang alik walaupun jauh sket...see, perancangan Allah adalah yang terbaik..disaat hubby dapat pindah, tapi aku masih bernasib baik ada yang akan temankan...dan aku akan sentiasa berfikir positif sampai kami sekeluarga dapat bersatu semula macam dulu.. =) mungkin rezeki anak kedua ni aku akan dapat berpindah dalam masa terdekat..siapa tahu kan? again, being positive is the key :)

dan hari ini, aku dah dapat terima kenyataan yang kami telah berjauhan untuk sementara. cuma jasad, bukan kasih sayang..our love will never fade to each other, InsyaAllah, instead it will grow more and more... ("*")

dan kemarin dulu jugak, pecah rekod aku drive selama 9 jam dari parit buntaq ke seri kembangan....jem huiiiiii nak mampuih kat heway..ramai sungguh umat manusia balik cuti raya cina ni..mana x balik kan, da cuti panjang..tambah2 yang keja kat wilayah cam aku ni..dapat cuti hari wilayah.hehe..seronok dapat balik kampung lama2..tenang hati pikiran dan badan..hilang abeh suma mabuk2 aku..sekarang dah masuk fasa start lalu makan untuk menggemokkan diri dan fasa happy pregnancy..weeeee! perut pun dah makin nampak..me sooo happy! irdina pon dah pandai cium2 perut ummi sayang adik baby..ummi harap irdina dapat jadi kakak yang baik dan sayangkan adik2 nanti...ummi is sooo in love with both anak2 ummi ni =)

oke lah, sekian saja coretan kali ni..bila mood makin meningkat ni mungkin akan rajin la jugak kotttt aku nak bercerita di sini..heee...

babai for now =)





Monday, 6 January 2014

2014! mari bina azam baru.... :)

salam...

iolss mood baru nak meningkat naik ni..alhamdulillah dah makin beransur hilang sickness2 ni..mintak2 la hilang terus dan kembali semula energy asal..terima kasih en hubby kerana banyak sangat tolong uruskan irdina dan hal rumah tangga...i love u more & more..mmuuahhhhh2 :* :* :* :* :*

sekejap saja kan dah masuk 2014..dah 6 hari di tahun baru..2013 was amazing year for me...banyak cuti dihabiskan untuk travel bersama family dan of course yang paling menggembirakan bila aku disahkan pregnant sekali lagi.. :) Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan kami untuk dapat ahli baru.. 3 bulan lepas stop planning pill, kami dikurniakan rezeki ni..x sangka jugak cepat sebab selalunya orang kata lepas stop pill tu, body akan ambil masa yg agak lama untuk normalised balik hormon2..mak sedara aku pon 6 bulan stop baru dapat conceive balik..pucuk pangkalnya, semuanya terletak pada ketentuan Allah. :)

2014 will be another amazing and splendid year!

ini adalah antara azam yang aku target nak capai untuk tahun ni:

1. berharap sangat untuk bersalin normal!
2. berazam untuk breastfeed next baby sampai umur 2 tahun!
3. nak belajar memask dengan mak n mak mertua..heeee...
4. turunkan berat badan lepas besalin nanti ke berat ideal!!

eheee...cukup 4 ni dulu la. banyak2 takut x tercapai nanti..azam tahun lepas pun belum tercapai sepenuhnya..kalu nak review pon macam x berbaloi ja..hakhakhak....so, better fokuskan untuk azam 2014 nih...semoga aku diberikan kekuatan dan semangat untuk mencapainya... InsyaAllah :)



 
Images by Freepik