Showing posts with label **2nd pregnancy**. Show all posts
Showing posts with label **2nd pregnancy**. Show all posts

Tuesday, 24 June 2014

been busy

dah nak masuk 37 minggu dah haaa...

adik baby pun semakin hari semakin aktif & BH contraction semakin kerap dan panjang..ummi masih bekerja..nasib minggu ni last week..next week dah nak start cuti dengan amik MC dulu kat dokter sebelum deliver..memang kalau ikutkan hati kalau boleh nak kerja sampai betul2 nak bersalin tapi nak buat macam mana, plan dulu terpaksa dirombak lepas abah dapat pindah balik penang.huu..kebetulan pulak time ni la ummi nak bz dengan testing bagai..

selalu macam ni tau, time tengah x plan apa2, xdak nak pi holiday mana2 bukannya ada kerja sangat pun...tapi bila dah ada plan semua bagai time tu la nak bz gila2...stresss hoi! tambah dah cukup sarat ni, nak ulang alik jumpa vendor, masuk bilik equipment, cari barang dll membuatkan ummi semput & malas sangat! tu belum nak kena troubleshoot issue yang tetiba jadi...warghhhhh!! sabaq2

nasib minggu ni last nak keja..haha

ummi, abah & kakak irdina dah x sabaq nak jumpa adik baby! weeeee..semoga dipermudahkan semuanya..Aminnnnn

gigih berjalan di Floria Putrajaya 2014 last weekend..haha

Kak Long comeyyyy :)

Wednesday, 14 May 2014

warded at 30 weeks 5 days

holaaaa...

kali ni bersiaran langsung dari sepital.hahah =)

never expected me to have this kind of vacation on wesak day.haiyohhhh..baru plan nak mengeram kat rumah. sekali kena duk sepital pulak.huuuu..alkisahnya bermula dengan brown spotting di pantyliner..ingatkan biasa saja sebab sebelum ni pernah jugak jadi.tapi dia stop sendiri.pernah tanya dokter, dokter kata mungkin sebab stress dan penat..sememangnya masa jadi tu aku stress skit. kali ni nak kata stress x jugak..hepi jaa rasa sebab dapat luangkan masa kat kampung lama.mungkin lebih kepada penat kut sebab hari2 keluar ke sana sini.....tapi makin petang makin teruk sebab dah keluar seketul darah beku..warghhhh!! horror sangat rasa..tapi kena cepat2 bertenang. xleh gelabah sangat.cecepat inform mak n hubby..hubby suggest pi klinik biasa dulu cek tengok sebelum pi hospital..makanya aku cecepat siap pi klinik kat parit buntar..bila cek, almhamdulillah kedudukan uri masih di atas dan baby masih aktif macam biasa. tapi dokter advice kalau brown spotting and bleeding berterusan kena pi hospital terus. lega sket aku sbb baby oke..

malam tu siap boleh bantai pulut durian lagi tauuu...kempunan lamaaaa dah ni nak makan durian. pokok durian belakang rumah mentua x berapa jadi tahun ni, lagi la kempunan aku.hahahha...sambil2 tu monitor jugak kut2 ada lagi brown spotting tu.so far, sampai pkul 1 pg xdak apa2..so rilek la sambung tidoq sampai pagi...tapi, bila cek semula pagi tu ada la pulekkk..aku wat lek ja dulu pi mandi pa suma sebab nak continue monitor lagi. still masih ada dan dah start nak banyak balik. terus bagitau kejut hubby suh bangun & pi sepital terus. nasib semalam cuti wesak tapi kesian jugak la kat hubby sebab dia tidoq lambat nak settlekan keja yang menimbun tu. kami gerak ke columbia asia taiping dalam pukul 11 lebih dan straight ke emergency room..sebab xdak orang, cepat ja aku terus dibawa ke labour room..rezeki aku jugak xyah tunggu lama2 kut sebab dokter memang dah ada kat sepital sebab ada org nak bersalin. terus dia datang cek tengok brown spotting bagai..dokter amik sample kat dlm miss V..cuak jugak aku takut sakit tapi oke jaa...lemah lembut dokter ni. dah amik sample, dokter bagitau kena warded 1 malam sbb nak monitor..dokter suspect sebab infection pada keputihan..huuu..dokter riso terbesalin awal makanya aku kena cucuk ubat untuk matangkan paru2 baby..sakit hoiiii cucuk tu..cucuk tetanus x sakit cam tu..huuuuu..hubby request untuk balik makan, amik barang pa suma dan sign form of responsibility sbb xmo masuk wad lagi walaupun dah check in.ahahah..kami akan datang balik seblum pukul 5 tapi pukul 6 lebih baru sampai kat sepital.heee..sempat jugak la aku ironkan baju keja dia untuk hari ni..




hubby temankan sampai dokter datang cek dan dinner sampai..alhamdulillah cek baby aktif macam biasa dan uri di atas. mostly mungkin sebab infection pada keputihan tapi result tu akan tau seminggu lagi..lepas tu kena cucuk lagi untuk ubat matangkan paru2 baby dan makan ubat antibiotik..nak meleleh jugak la ayaq mata tahan sakit cucuk kali kedua ni..yg 1st td staff nurse yg buatkan, x la rasa sakit benau camni..huuuuuu...since dapat bilik double bedded sebab single bedded da penuh, hubby xleh temankan..nak suruh tokmi temankan pun sian dia sebab xdak sofa panjang yg selesa untuk baring..makanya, tawakkal la aku lepak sensorang kat sepital.huuuuu..oke jaaa ni cuma lambat sket la leh terlelap..hopefully hari ni boleh discharge keluaq da..nak rest kat rumah pulak.bosan la duk sepital.wuwuwuwu

last nite dinner..sedap jugak hummmmm

subuh2 lagi dah kena monitor CTG

late breakfast..huuuu
nasib jugak la jadi ni masa aku tengah cuti kat kampung..at least ada la husband & family utk bg support.kalau jadi masa duk kat SK sorang2 x ke naya aku..mau emosi terumbang ambing ni...aturan Allah untuk kami sekeluarga sangat cantik..di kala aku tengah sarat nak cukup ni, hubby kena pergi training attachment dekat area2 KL/Bangi/Shah Alam untuk sebulan starting next week...elok2 sampai aku da cukup 9 bulan nanti InsyaAllah....aku pun akan start cuti panjang mulai awal bulan 7..masa tu pun da 37 weeks++. memang nak get redi kat kampung la masa tu..oleh itu, mari settlekan kerja awal2..huhuhu


Tuesday, 6 May 2014

review produk : Tanamera

assalamualaikum

eheee...dulu masa 1st pregnancy aku ni noob sangat! apa pun tatau, lebih2 lagi tentang penjagaan diri ketika mengandung. akibatnya, sendiri la tanggung. terasa huduh kemain masa tu. muka ja org nampak glowing sbb hari2 basuh dgn facial wash..haha..masa mengandung ni kan macam2 side efek yang kita dapat dari perubahan hormon, especially pigmentation. dalam bahasa melayunya, kulit jadi gelap berdaki2 terutamanya di kawasan yg berlipat seperti leher, ketiak & paha...**haha, over x description aku?** ala, ibu2 yang ernah mengandung mesti dah merasainya kan..malu tau tengok diri sendiri. nasib lepas bersalin, pakai scrub bagai hilang jugak daki2 tu..

tapi kali ni, sekali kena, aku dah beringat. bila masuk trimester kedua, dah mula nampak kesan pigmentation. so, sebagai langkah inisiatif permulaan aku beli scrub brand watson kat watson..mula ingat nak amik yang coco butter tapi teringin yang olive pulak..so, rembat lah yang olive tu...oke la, terasa bersih dan lembut kulit. yang paling penting kulit x kering..kadang2 almost setiap hari jugak aku pakai sebab scrub tu x kuat sangat.huuuuuuu..




satu hari, masa tengah surf2 pasal set bersalin tanamera, terbaca jugak review orang tentang penggunaan brown soap tanamera ni..banyak yang kata bagus dan sesuai digunakan ketika dari mengandung sampai la lepas bersalin untuk mendapatkan kulit yang mulus gittewwww...makanya, aku decide nak try 2 barang dari produk tanamera ni secara ala carte dan terbeli lah secara online di ardentloveonline


aku beli Virgin Coconut Oil (VCO) dan Brown Formulation Soap. VCO ni bagus untuk di sapu diseluruh badan dan boleh jugak digunakan sebagai minyak selusuh bila dah nak dekat2 bersalin nanti..boleh diminum 2 kali sehari. bagus jugak digunakan utk perineum massage untuk mengurangkan kesan koyakan semasa bersalin nanti.seeloknya disapu bila start masuk trimester 3. itulah sebabnya aku beli VCO ni..tapi mak aku kata kalau nak buat minum selusuh tu nanti dia buatkan minyak kelapa original homemade punya...x payah nak minum yang ni..ahahaha..brown soap of course la untuk ilangkan daki2 bagai tuuuuu..bagi aku, memang berbaloi aku beli 2 barang ni. masa mula2 guna brown soap tu dah kurang sket garis2 pigmentation..memang dah terasa mulus gittewwww...haha. **perasan**..tapi aku x berani guna hari2 sebab takut kulit makin menipis..kulit orang mengandung ni sensitip ye..so, aku selang guna 2 ke 3 hari sekali...sangat2 berpuas hati dengan sabun ni. kulit pun x kering..terasa kelembapan dan kelembutannya..ceeewwwaahhhh...patutla ramai review cakap best. adik aku try pun kata best pakai sabun ni..dia pun nak angkat satu nanti.heheh...insyaAllah, 2 produk ni akan aku guna berterusan sampai lepas bersalin nanti.. **harapnya x hot hot ciken shit yaaa** it's good to prevent the pigmentation early and better take care of yourself..i've learn from my mistake last time dan kali ni semuanya nak buat betul2...betul la pengalaman memang mengajar kita...


p/s: Ini bukan review berbayar..ini adalah hanya berdasarkan pengalaman dan kepuasan hati sendiri..heheheh

Thursday, 27 March 2014

wishlist

hmmmm....

sedar x sedar masuk 6 bulan dah aku pregnant. 3 months ++ to go! should be thinking what to buy for adik baby dah ni. heee...so, pink or blue?? ce teka, ce teka....

it's pink!Alhamdulillah

kalo ikutkan teringin nak baby boy tapi rezeki Allah tentukan girl, kami terima dengan senang hati :) irdina dapat geng main masak2..ummi dapat geng menyoping sorang lagi..hee..dah dapat bayangkan kecomelan irdina dan adik dia nanti..weeee...mesti sweet sangat! aku suka tengok both anak dr halina, wife dr syed muzaffar tu..dua2 girl & sgt sweet n comel..harap2 irdina dan adik dia macam tu jugak nanti. =)

oleh itu, x banyak la barang utk kami tambah. boleh recycle kakak irdina punya  sikit2. mostly baju bajan la...banyak yg elok lagi..cuma ada la beberapa barang yang ummi nak belikan untuk adik. sian jugak dia, xkan semuanya nak recycle kakak punya kan..hehehe. so, ummi pun dah buat wishlist barang yang ummi nak beli kali ni untuk kami.here goes the list:

1. car seat maxi cosi pebble **InsyaAllah...target cabriofix tapi kat UK, pebble tengah sale. harga termasuk shipping sampai Malaysia lagi murah dari cabriofix yang jual kat sini. Ummi dah contact seller tu. harapnya dia reply la cepat..huhuhuh**

2. newborn outfit. **romper banyak boleh recycle kakak punya. ummi is soo in love with mothercare punya material so dah terbeli pinky long sleeve vest ni hari tu. nasib ada diskaun 40%.hohoho. next target, sleepsuit pulak.weeee!!**


3. spare part Medela Swing. 
    - tubing 
    - connector

4. new storage bottle untuk simpan susu perahan. sekarang dah ada yang kaler2 ni. bekenan sangat!haha




5. Set bersalin Tanamera. 
 - dulu guna NonaRoguy Herbanika tu. tapi x abes pun makan jamunya sebab panas dan x berapa sesuai utk BF. Tanamera ni berasaskan bahan semulajadi,x panas dan ala ala spa gittewww, juga sesuai utk BF. sila google utk reviewnya tau. tapi, aku akan pilih mana yang perlu sahaja sebab kadang x semua aku akan pakai. **learn from experience** lagi pulak, mak mertua pun dah ada order jamu kampung utk aku..heheheh..yang penting, masuk 8 bulan nanti, aku nak beli Virgin coconut oil dia utk buat perenium massage utk memudahkan dan mengurangkan koyakan ketika bersalin..**really hoping for normal delivery nanti!**


6. buaian/katil baby rotan
hehe..ni wishlist bersama hubby sebab haritu tengok anak cousin hubby guna. kami sangat2 berkenan. kenapala masa irdina dulu x terfikir nak cari yang macam nih..heh..insyaAllah hujung minggu ni nak pi survey..kalu rasa cam mahal sangat, just guna balik ja la baby cot irdina dulu..add on tilam & crib set saja..tapi tu pun makan kos jugak.hmmmmm



okeh, ini saja dulu wishlist untuk kali ni..semua ni akan dibeli secara berperingkat. mana yang mungkin x perlu mungkin akan dikeluarkan dari wishlist. tapi rasanya macam semua perlu jaaaa...hahahhahaha. me is sooooo sexcited! =)) doakan semuanya berjalan lancar yaaaaaa. Aminnnn





Thursday, 13 March 2014

bersalin di mana?

hmmm...

yang ni kena start fikir dari awal2 mengandung lagi..nak bersalin kat mana nanti?? since aku dah ada experience anak sulung dulu, membantu jugak la utk kali kedua ni. masa bersalin kat irdina dulu, i was hoping for normal delivery tapi keadaan x mengizinkan **kalau betul la kan** ataupun disengajakan untuk C-sec. wallahualam

jadi kali ni, aku nak strive jugak untuk normal. xmau serah diri awal dan nak tunggu betul2 sakit baru gerak pi hospital!

since due date masa tengah bulan puasa dan nak dekat raya dah, aku dalam dilemma nak bersalin kat mana. memang sangat convenient kalau nak bersalin kat KL/Selangor ni sebab banyak choice private hospital yang ada dokter perempuan..kalau bersalin sini, nak travel balik kampung lepas bersalin tu satu hal...pastu masa dah nak terberanak, belum tentu hubby ada sini untuk temankan..me want hubby temankan macam duluuuu..uuuuuu

makanya, lepas berbincang dan berfikir panjang, kami decide utk bersalin di Penang/Perak. Here are the list of some private hospital yang terdekat dengan aku:

1. KPJ Penang, Bandar Perda



  • dulu aku bersalin kat sini dgn Dr Fawziah. bagi aku, aku x berapa ngam sangat dengan dia. dia serius dan susah nak senyum. pendek kata, x berapa mesra. tambah pulak aku ni kan 1st time, lagi la tatau apa2 dan dia pun x banyak membantu. dari awal check up, dia asik kata kepala baby besar dan aku maybe kena C-sec. see, awal2 lagi dah bagi hint. bila dah bersalin, dia bagitau tulang pelviks aku kecik dan lepas ni kalau nak bersalin lagi memang kena operet. oh nooooo, ini yang aku x mau dengar. 
  • sekarang, bila checkup utk anak kedua ni, doc akan tanya history bersalin anak 1st. bila cerita, semua macam buat muka pelik kenapa aku kena operet sedangkan baby sedang2 saja. hmmmmmmmmm....so, KPJ is out of my list this time.

2. Pearl Maternity Hospital, Bayan Lepas


  • google punya google, terjumpa hospital ni. dokter perempuan islam dan mendapat review yang agak baik dari orang ramai **walaupun ada jugak sesetengah yang kata dokternya garang**. bila bagitau hubby, dia setuju. nasib jugak PMCare cover sini. maka, aku pun set la appointment...apa yang aku x gemarnya, receptionist/ nurse yang angkat kol tu sangat lah x memberangsangkan. macam biadap pun ada sbb aku x habis cakap dia dah letak. so, aku dah cam slack sikit nak ke situ...maybe out of list jugak.hmmmmmmm

3. Columbia Asia Taiping



  • ini final choice hospital. taiping dekat dengan rumah mak aku. dokter perempuan india. memang kalau boleh nak yang muslim tapi ada dokter lelaki..memang x la aku nak tadah perut kat dokter laki kan..bila kol utk set appointment, dia kata boleh walk in..biasa la kalau hospital besar ni mesti receptionist berbudi bahasa..maka, sabtu lepas kami ke sana untuk buat detail scan 4d. saja suka2 nak tengok keadaan adik baby. 
  • 1st time ke Columbia Asia Taiping ni, rasa selesa dengan suasana dalam hospital yang tenang dan x sesak. walaupun kena tunggu almost 2 jam baru sampai turn, me is tak kesah sebab masuk2 ja bilik dokter, kami disambut dengan senyuman dan dokter sangat baik dan lembut serta peramah..after sembang2 sket pastu dia buat detail scan..Alhamdulillah, adik baby is growing healthy. bila buat 4d, x berapa nak jelas sebab baby still kecik tapi dah boleh nampak iras2...nampak macam kakak dia dulu ja.hahahah..nak kata apa dah kan, ummi n abah pun kadang org kata adik beradik, maka anak pun nak sepesen la gittewwww...hahahahha..jantina adik baby???? hmmmm...hmmmmm...hmmmmmm...nanti la tunggu lagi skali scan 19 hb ni kat klinik baru nak konfem betul2...heheh..hari tu dokter macam ragu2 sket tapi dia konfemkan jugak jantina tu..xpa2, kali ni ummi rileks skit.x kalut eksaited macam dulu...dulu anak 1st khennn, semua benda ummi eksaited! hoho
  • guest how much detail scan 4d???? it only cost me RM103 for scan & consultation! me sangat puas hati! walaupun dokter hanya print 4 gambar scan without cd, aku memang x kisah sebab dengan servis yang macam ni membuatkan aku nak datang lagi..yeszzaaaa, terus kami decide aku akan bersalin kat sini. hubby pun suka enviroment Columbia Asia Taiping =) oh lagi satu, aku dapat goodies bag jugak..weee weee weee, me is soooo suka! **sapa yang x suka kan dapat goodies bag..heheh..mak shin chan sangat!**'

wah, panjang huraian aku..haha...apa2 pun, aku nak kena jugak buat back up plan bersalin kat sini..ya la, kita hanya merancang dan x semestinya akan terlaksana. kalau kat sini, mungkin aku nak pilih Pusat Rawatan Islam Azzahrah or KPMC Puchong or Columbia Asia Puchong..semoga dipermudahkan semua urusan aku nanti =) amin





Wednesday, 5 February 2014

berdikari

assalamualaikum....

it's been quite a long time i'm not writing here..huhuh...as usual kalau mengandung dan ditambah pulak dengan sicknes2  bagai tu memang mood aku kelaut...bila ada update tu maknanya mood baru kelangit sket lepastu kelaut balik..hahaha..

hello february! 2nd month in 2014..mulai bulan ini, aku kena berdikari lebih dari biasa..yeszzaaaa, me now PJJ with my hubby...sobs sobs sobs =( semua ini terjadi gara-gara tiba-tiba hubby dapat kelulusan untuk berpindah ke TNB Nibong Tebal bulan lepas..i never know he applied for that..memang dia pun xdak cerita sebab katanya kalau cerita kat aku memang xkan dapat punya..sebab tu dia buat diam saja...sampai atiiii..dah la dapat tau time tengah mabuk haritu, dengan emosi x stabilnya maka menagis2lah akuuu kat dia...uuuuuuuuu...ingat sesenang ka aku nak mintak pindah balik penang cam dia! huuuuuuu

but, thinking from the positive side, mungkin ada hikmah disebalik semua ini. apa yang Allah dah tetapkan untuk yg terjadi sekarang adalah yang terbaik untuk kami sekeluarga sekarang dan mungkin akan ada yang lebih baik untuk masa depan..mana tau, dengan izin Allah aku dapat pindah ke penang sebelum aku deliver :) .. tapi, yang aku perasan, Allah mudahkan urusan aku untuk mintak bertukar. bila bagitau manager & AGM, boss2 aku ni x kesah kalau aku mintak pindah...bila bersemuka dengan GM untuk mintak sain borang pertukaran, Alhamdulillah diluluskan dengan syarat ada pengganti..dan x sampai seminggu, ada dah yang contact aku untuk gantikan tempat aku di sini...sekarang, hanya menanti panggilan dari HR penang kalau ada kekosongan..harap kalian semua yang terbaca doakan aku cepat2 dapat pindah ya...

x sanggup rasanya berjauhan dengan hubby..dari awal menikah dulu, tak pernah berpisah lama macam ni. dulu, kalau hubby outstation pun dia akan berusaha ulang alik sebab kesian nak tinggal wife kesayangan ni sensorang kat rumah..ceeewaahhhhh! haha...pendek kata, aku memang jenis yang terlalu bergantung pada hubby walaupun sebenarnya aku ni oke ja kalau nak berdikari sensorang pun..apapun, sekarang aku kena lebih berdikari sbb kami hanya akan berjumpa hujung minggu saja. hunjung minggu ja la yang bole nak manja2 ponnnn..hukhuk..

huwaaaaaaa....x sangka aku pon kena berPJJ!!!!! =(( =(( =((

memandangkan aku sedang mengandung, semua orang risaukan aku bila hubby dapat pindah ni..nasib baik la mak aku ada dan sehat lagi..sekarang, mak yang temankan aku dan irdina kat rumah ni. nanti bila mak balik kampung, adik aku pulak akan temankan..nasib baik jugaklah dia tengah praktikal skrg..so, boleh la ulang alik walaupun jauh sket...see, perancangan Allah adalah yang terbaik..disaat hubby dapat pindah, tapi aku masih bernasib baik ada yang akan temankan...dan aku akan sentiasa berfikir positif sampai kami sekeluarga dapat bersatu semula macam dulu.. =) mungkin rezeki anak kedua ni aku akan dapat berpindah dalam masa terdekat..siapa tahu kan? again, being positive is the key :)

dan hari ini, aku dah dapat terima kenyataan yang kami telah berjauhan untuk sementara. cuma jasad, bukan kasih sayang..our love will never fade to each other, InsyaAllah, instead it will grow more and more... ("*")

dan kemarin dulu jugak, pecah rekod aku drive selama 9 jam dari parit buntaq ke seri kembangan....jem huiiiiii nak mampuih kat heway..ramai sungguh umat manusia balik cuti raya cina ni..mana x balik kan, da cuti panjang..tambah2 yang keja kat wilayah cam aku ni..dapat cuti hari wilayah.hehe..seronok dapat balik kampung lama2..tenang hati pikiran dan badan..hilang abeh suma mabuk2 aku..sekarang dah masuk fasa start lalu makan untuk menggemokkan diri dan fasa happy pregnancy..weeeee! perut pun dah makin nampak..me sooo happy! irdina pon dah pandai cium2 perut ummi sayang adik baby..ummi harap irdina dapat jadi kakak yang baik dan sayangkan adik2 nanti...ummi is sooo in love with both anak2 ummi ni =)

oke lah, sekian saja coretan kali ni..bila mood makin meningkat ni mungkin akan rajin la jugak kotttt aku nak bercerita di sini..heee...

babai for now =)





Tuesday, 7 January 2014

perihal supplement

heh..kompius iols tau nak amek supplement apa pregnant kali ni..

sekarang kemain pemes Shaklee tu..time pregnant kat Irdina dulu harom xtau apa tu Shaklee..da beranak time cari milk booster baru terjumpa...tapi x beli pun. hubby kata kalo x istiqomah mengepam, makan la tok nenek supplement apa pun x banyak jugak susu. lagi satu mind set tu jangan duk set susu xdak.. yesss, my hubby sangat pentingkn penyusuan susu ibu and he always support me BF irdina dulu..cuma aku yang tertewas awal..BF irdina sampai dia 10 bulan saja and i is sooo sad..sobs sobs..now, i've learned the lesson! InsyaAllah bertekad nak BF adik baby smpai 2 tahun..this is a MUST!

oke, off topic dah..haha

so, memang aku berkira2 kali ni nak amik shaklee..siap dah bgtau dokter kata nak beli shaklee..dokter kata oke saja cuma nanti bila next checkup dia nak tgk kandungan iron sama ada mencukupi atau tidak..tapi dokter kata, sama saja kalau amik supplement dari klinik pun dan harganya jauh lebih murah..Shaklee mahal sebab dia MLM..hubby sangat2 setuju dengan dokter sbb memang dia x support aku membazir untuk nih..hahaha..sebab dia tau aku ni hangat2 taik hayam, takut menang membeli alah memakan..huhuhu

nak dijadikan cerita, 2 minggu lebih jugak la aku berkira2 nak beli ke x shaklee tu..dah siap wassap dealer tanya harga semua bagai tapi x jugak order..sampai la balik dari bercuti tadi, aku dah nekad nak oder shaklee..sekali bila bukak online banking, tengok2 balance dah sikit..huih, biaq betuiiiiii!!! rupanya dah kena tarik untuk payment loan rumah..tapi kata ada payment holiday loan rumah untuk bulan 11 & 12..tapi kenapa dia tarik dari gaji bulan 12???? whyyyyy??!! aku dah berangan duit2 tu nak guna untuk beli itu ini :( :(

sememangnya dah ditakdirkan duit tu bukan untuk shaklee dan bukan untuk aku membazir macam tu saja..finally, aku decide untuk amik obimin dan kalsium macam dulu..hubby kata, sehat elok ja irdina lahir..ummi makan obimin n kalsium ja pun..kesimpulannya, dengarlah cakap suami anda..hahahahaha **tetiba**

x kiralah apa jenis supplement yang kita amik pun, yang penting sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah supaya anak dalam kandungan sihat dan membesar dengan sempurna... :)

Tuesday, 24 December 2013

oh irdina :)

hmmm...hujung2 tahun ni memang melemaukan..semua orang pakat duk cuti sampai tahun depan..aku??? maklum la, cuti da abeh 2 bulan yg lalu, makanya bertapa la aku kat opis ni.haha

alhamdulillah, kesihatan aku dah better sket dari sebelum ni..muntah2 tu tetap ada especially waktu pagi,macam dah jadi acara wajib keluarkan isi perut. huuu..kalu x, sebu perut & loya kat tekak x hilang sampai petang. so, dah redo lah aku dengan keaadaan sekarang.huhuh..yang penting aku kena paksa diri untuk sentiasa makan..minggu depan dah nak fly, harap2 badan aku makin sehat...fuh, x sabaq nak menyoping..weeeee. kalo bleh nak soping utk adik baby skali tapi awal sangat..gender pun xtau lagi..xpa la, ummi beli yg universal dulu..huntung la kak long kamu, kompem macam2 dapat.hohoh....ada rezki time adik baby da kuaq nanti, ummi ngan abah plan vacation lain pulak yaaaa...heheheh

oh ya, setelah sebulan kami tinggal irdina dengan tokmi, sekarang kami dah bawak balik irdina. drama sungguh nak bawak balik anak dara tu pun..haha..plan asalnya nanti tokmi yang akan bawakkan irdina balik mai sini next week..tapi, memandangkan irdina macam rindu sangat kat abah n ummi, sampai tejaga tengah2 malam cari ummi dan abah..dan abah dia pun dah rindu sangat dengan anak dara dia tu, makanya, kami pun bawak jugak la dia balik..ummi rindu irdina x??? ofkos la ummi pon rindu jugakkkk...tapi memandangkan keadaan ummi yang x berapa "controlable", kesian pulak ummi nak bawak dia balik..kesian sbb ummi x mampu nak jaga dia sepenuhnya...tapi nasib baik abah dengan ikhlas hati akan take care irdina full time..cuma keja ummi tolong basuh "uuu'uhh" irdina ja..hahah..pandai nooo abah hang..yang tu jugak dia taici kat ummi...hahaha...

alkisahnya, malam nak bawak irdina balik tu, kemain semangat dia duk pi balik ke kereta, kononnya tolong abah angkat barang...tokmi tengok si kecik kaluit tu dah mula meleleh ayaq mata...sedih tengok cucu dia eksaited nak balik ngan ummi..haha..aku lek2 ja tapi dalam hati sedih jugak..sian kat tokmi. mesti sunyi dia lepas nih.kalu x kat rumah yang besaq tu ada jugak si kecik yang duk berlari2 sana sini..xpa tokmi, tahun depan lagi meriah umah tokmi! hahahaha... then, bila kereta dah jalan, irdina pulak mula buat drama...menangis dia sambil tunjuk2 kat tokmi..macam tau2 ja dia nak tinggai tokmi..duk panggil "tokabai" (tokabah) "dai" (tokmi) sambil duk tunjuk2 ke rumah tokmi...jenuh jugak la pujuk sampai aku rasa nak suh abah dia patah balik...tapi kami teruskan jugak perjalanan..alhamdulillah, lama2 irdina pon ok..tapi esoknya tercari2 jugak la "tokabai" ngan "dai" dia tu..heheheh..sbenarnya kami rasa irdina 50-50 malam tu...dia nak ikut kami tapi dalam masa yang sama dia nak ada tokmi ngan tokabah jugak..cian anak ummi ni..huhuhu...minggu depan "tokabai" ngan "dai" mai kita pi jalan2 sama2 naaaaa....

nasib jugak esoknya ajak pi rumah pengasuh pun dia ok..x menangis or buat perangai..alhamdulillah anak ummi ni makin pandai, makin bijak, makin memahami dan makin petah! perangai dia di peringkat umur sekarang yang akan membuatkan ummi dan abah sentiasa tersenyum bila dikenang nanti...hehehhe..even sekarang bila ingat keletah dia akan membuatkan aku tersenyum..heeee...

these are few memorable and cute words that come out from that little tiny lips:

1. tokabai ==> tokabah
2. dai ==> tokmi **ikut rasa sedap mulut dia ja panggil tokmi "dai".hahahah**
3. yayaq ==> ayaq
4. yayaq jin ==> ayaq vitagen **feveret nihhhh**
5. ummi, na cicin ==> ummi, irdina kencin :)
6. tapai ==> kapal
7. nanak cim ==> nak aiskrim
....
...
..
.
dan banyak lagi..hahaha...kami pasti akan merindui moment2 dia cakap pelat ni!! 





dulu ummi risau jugak anak ummi lambat bercakap..tapi orang tua2 kata kalo budak dapat kaki dulu, cakap dia lambat sikit..hehe..x kesah la itu semua, janji anak ummi sehat2 saja.. :)









Wednesday, 11 December 2013

ragam kali ni ~

fuhhh....

dah di penghujung tahun 2013 dah pun...bzzzz sgt lately dengan testing bagai...nak melayan kerenah customer.arghhhh..dah la mood x menentu, badan penat, lambat makan ja nak muntah tapi nak makan pulak x lalu..haih, macam2 kan.dugaaannnnn...

pregnancy pulak baru masuk 2 bulan..pehhh, lagi sebulan nak menempuh sickness nih.. kadang rasa nak give up tapi kadang bersyukur jugak x seteruk dulu.apa pun, mengandung memang best tapi bila kena morning sickness ni terus rasa down..huhuh..kuat mengeluh kan aku nih..biasa la orang mengandung kan mood x menentu.hahaha **alasan**

pregnancy kali ni ada sikit perbezaan dari yg 1st dulu..kalo masa pregnant kat irdina, aku x leh makan seafood sangat especially sotong dan udang.tengok pun da rasa mual2 **hover kan!**.yang lalu nak makan pun ayam & ikan, tapi mostly ayam la...tapi kali ni ayam x berapa bole nak masuk sangat..seafood2 tu suka kemain tapi xdak la hari2 makan..tapi boleh telan la dari dulu tengok pon dah mual2 kan..hoho

makan pulak kena kerap2..kalo exceed 2 jam x makan apa, mula la perut nak meragam..bergelodak semacam, maka terpaksa la aku cari benda untuk mengunyah..so far aku kunyah2 breakfast cereal. sat milo, sat koko krunch, sat honey star..mana yang rasa lalu nak telan itu la yang bantai..boleh la melegakan sikit perut tu...kalu abeh malas mengunyah, minum ja susu...tapiiii...kadang2 x lut jugak sbb angin akan tolak balik susu tu keluar..makanya, cecepat la ke toilet..huhuhuh

sekarang kan musim hujan,makanya lantai mozek adalah sangat sejuk dan kaki aku x tahan...cepat sangat masuk angin bila kaki sejuk nih..walopon dah sapu minyak telon irdina berkodi2 tapi tetap sama..makanya lagi, terpaksa la aku berstokin dalam rumah dan juga di luar rumah.tidoq pun kena berstokin.hahahaha...berstokin luar rumah yg wajib tu pun kadang2 skip **astaghfirullah**.isk2 tapi xpa, mungkin ni jadi pemangkin untuk aku berstokin sentiasa...bagus la adik baby ni, awal2 dah ajar ummi untuk menutup aurat dengan lebih sempurna..heee..semoga Allah pelihara kamu sayang. :)


cuma ada satu persamaan masa pregnant dulu dan sekarang....aku mampu telan cekelat berkodi2..hahahhahah...coklat lah ubat perut kosong aku pagi2 dan dikala aku penin2..makan ceklat terus rasa fresh sebentar. nasib la aku borong banyak2 masa pi langkawi hari tu...hohohoh..harap2 x kena kencing manis..uuuuuuuuu



Tuesday, 26 November 2013

Lemauuuu..

Huuu...ingatkan boleh rilek ja x kena morning sickness, sekali kena juga walaupun x ganas macam dulu..huhuh..start masuk 6 weeks ja makin menjadi2. penat memanjang walaupun dah rest secukup2nya..perut asyik berangin pastu tekak mesti rasa loya..tapi kalo dapat air masam, especially mango, InsyaAllah hilang loya dan badan segar bugar balik...tapi x lama pun, lemau jugak x lama lepastu.haha. at least oke la kan, bole jugak pi keja daripada dulu nak drive pon x bole...

Cuma kali ni bila aku extra penat mesti akan bleeding sikit..x la fresh blood, cuma brown spotting setompok dua...lepas tu mesti rasa cramp kat perut...huu..makanya, bila aku pun x berapa nak sihat nih, terpaksa la kami hantar irdina duk ngan tokmi kat kampung...tokmi ngan tokabah kemain suka cucu sorang tu balik duk ngan depa...kali ni mungkin lama sikit kut kami tinggalkan dia kat kampung. .mungkin sampai aku betul2 sehat...sian anak ummi. Ummi pun hari2 rindu kat dia. Rasa sunyi & pelik bila xdak anak dara sorang tu kat rumah nih..huu

Wednesday, 20 November 2013

Expanding.... :)

Alhamdulillah...

I've been waiting for this, moment to expand our tiny family..heeeee..yeszzaaa, im pregnant, again! yayyy!!

x sangka cepat jugak rezeki kali ni..EDD 17th July 2014. sehari lepas birthday aku! ummi nak pujuk adik baby keluar 16 july..pastu abah pulak kata nak pujuk adik baby keluar 7 july, konon nak bagi sama tarikh birthday ngan abah lettewwww..hahaha

pregnancy kali kedua nih lebih rileks berbanding yang 1st dulu..dulu dapat tau ja pregnant 5 minggu, terus uwekkkk uwekkkk muntah lemah longlai bagai..lembik dekat 3 bulan bak angg! tapi kali ni, Alhamdulillah Allah mudahkan semuanya. masih sihat segar bugar macam biasa. cuma kadang2 ja penat, letih, mood swing, loya sikit...yang lain semua ok sajaa..heheheee..semoga diberi kemudahan sampai hari bersalin nanti..weeee, can't wait to see my tiny family expanding next year!

oh ya, EDD time bulan puasaaaa...hukhuk..punya la target takmau bulan posa sebab xmo kena ganti banyak2 sekali kena jugak.so, next year raya berempat lah kami..InsyaAllah...heee
 
Images by Freepik