Wednesday, 30 January 2013
kong jugak akhirnyaaa~
setelah hampir 2 tahun setengah menggunakan wuju, lenjan pi sana pi sini, kong jugak bateri dia semalam.nasib baik la sempat sampai rumah. kalo x memang naya ja stuck tgh highway otw nak balik KL..huhuh
nasib jugak la hubby MC semalam..demam sejuk dia kembali semula..oleh itu, aku pon masuk opis lambat sikit.bole bwk keta dia.huhu..alamatnya melayang la duit nak beli bateri baru.haiyohhhh..
hari ni aku EL sbb pengasuh irdina cuti..hah, si kecik ni da bangun.maka, bermula lah episod aku nk berkuntau dgn dia.haha
daaa~
Friday, 25 January 2013
quick quick
holaa...
tetiba ada mood nak menambah entry tapi just a quick one. x bes la nak update story panjang2 via smartphone..x best..haha...so, here we go:
1. nak cerita pasal baby kiko warehouse sale haritu. not really worth it..out of my warehouse imagination.mungkin kalau parents yg nak cari baju tidoq or baju duk kat rumah tu maybe oke la.tapi aku lagi prefer pureen sbb design & color menarik.harga pon berpatutan.x payah tunggu warehouse sale pon..im waiting for pureen warehouse sale nnti! definitely will pujuk hubby to go there!
2. skrg tengah holiday kat kampung. sukaaaa!!but both my darling x sihat.rabu lepas irdina demam. ni dah sehat, abahnyew la pulak demam.hukhuk.syiannn kat abah irdina.hancus plan menyoping ummi.haha
3. tetiba rasa mcm nak tukar stroller irdina! tgh usha2 quinny zap..kenapa xmo guna scr6 tu?! sbbnya susah nak bawak travel.makan space dlm bonet.huu..kami kan jenis suka merayap & my irdina pon dah makin besar.nak usung dgn bjorn, x mampu dah la kalo lama2.bule patah pinggang nih..nak bagi dia jln, lama mana la sangat dia nak bejalan sendiri..las2 kena dukung jugak.abah kata bagus la, hilang sket lelemak ummi..huuhuh..kalo sat xpa gak..kalo lama mau patah pinggang.huu..kalu x dpt quinny zap, dpt yg jenis umbrella tu pn jadi la..janji senang nak bawak travel..thinking of to let go scr6..sapa nak copppp??!!haha
4. celebrate doory's bridal shower @picknik @publika...actually not really in publika.restorennya kat luar publika..nasib boleh tahan jgk la nak cari.the celebration was fantastic but im not really so into the food. odered lasagna for me & alfredo for hubby..boleh tahan tapi portion sikit.pinggan besaq tahap gaban..actually, oke jugak la utk aku yg sedang berdiet ni tp bukan utk pepetom monster yg lain.haha.nnti kalo sempat aku buat entry lain utk ni eh..
okeh, tu saja cerita utk quick update kali ni..dah nak pukul 12 mlm ni. target konon nak buat pilates sbb dinner td da mkn heavy.demmm!!!
byebye!!**off to my pilates**
Friday, 11 January 2013
culas.
Wednesday, 9 January 2013
walau miskin tetap nak menyoping!
tajuk x leh blah tapi itulah kenyataan.
ingatkan bank islam still bagi payment holiday kat aku untuk bulan january ni sebab setiap kali bukak bank islam, duit rumah still x kena tarik lagi. heh, kemain seronok le aku menjoli2...alih2, minggu lepas masa nak balik kl dr penang, sempat cek bank statement..sekali dah tinggal 50 heng ++ je...hancur luluh harapan nak menyoping aku.haha
oleh itu, sementara nak tunggu gaji hujung bulan ni, korek mengorek la aku kat mana yang ada duet.serius aku miskin.haha. namun begitu, keinginan nak menyoping tetap ada. tambah pulak dapat tau hujung minggu ni ada baby kiko sales!!! satu sale yg wajib di terjah! x macam sale poney tahun lepas. x pi pon sale tu sbb ramai yg komen x worth it...tapi utk baby kiko ni, aku rasa macam nak pi jugak sebabnya, aku suka dress dia. dah x minat poney sbb bagi aku design biasa2 aja...mostly dress irdina adalah baby kiko & semuanya sangat cute. even the price is affordable. dan bila dah namanya SALE, konfem lagi murah la kan?!!hehe
Thursday, 3 January 2013
Monday, 31 December 2012
penghujung 2012
hari yang hujung di penghujung tahun.
aku x cuti pon hari ni. maklom la, cuti dah habes.haha..cuti krismas hari tu pon dah kena tarik tahun depan punya cuti. aiseh... xtau la orang lain yg ada anak mcm mana, tapi cenggini la aku. jap jap EL sbb irdina demam. jap jap MC sbb irdina x sehat lagi. x sampai hati nak hantar dia ke pengasuh bila sakit. lagi pulak hubby memang sgt tegas bab anak sakit ni. dia sendiri sanggup MC jugak bila irdina demam. tu lah penangan anak.heee...kadang2 berganti2 kami MC/EL..mana la x sampai hujung tahun cuti dah habih.haha
pagi tadi dengar radio, sana sini duk cerita pasal rekod 2012, azam 2013 dan sebagainya...hmmmm...apa aku punya rekod 2012 eh? azam 2013 pulak macam mana? huuuu.. serius aku ni jenis yang x reti nak berazam2.aku kan suka go with the flow. kadang2 aku rasa macam xdak matlamat pulak..bila tengok org lain buat list azam memasing baru terfikir...aku ni xdak target utk tahun depan ka?huuu......**ni kalo cerita kat hubby mesti dia kondem aku.haha..sebab dia tau aku ni "hot hot ciken shittt!"**
yeahhh..."hot hot ciken shiittt!!" adalah masalah utama aku..mula2 kemain semangat..lama sikit semangat entah ke mana.. contohnya eh...
DIET
- berat aku sekarang +- 10kg lebih dari berat asal masa kawin & seblum pregnant. kemain susah nak buang lelemak ni..mana tak nya, hubby pon dah x strict kontrol makan aku macam dulu, so kemain sakan la aku makan.haha..kemain macam2 produk beli try tapi aku "hot hot ciken shit"..makin lama makin malas..makan pon awl2 ja terkontrol pastu kelauttt~ hadoih..
makanya, bila banyak kali da kena perli ngn hubby pasal "hot hot ciken shitt!!" ni, aku berazam nak membuang perangai "shittt" ini. irdina jugak banyak memberi inspirasi utk aku berubah. seriously, motherhood has changed me & my perception a lot! jadi, meh nak list down azam & wishlist utk tahun depan..
AZAM 2013
1. dapatkan berat asal sebelum pregnant.. **baru leh jadi hot mummy**
2. pandai memasak **skrg dah pandai masak gulai ikan! haha..teruk!**
3. menjadi isteri & ummi yang rajin, pantas dan tuntas!
4. ....
WISHLIST 2013
1. penuhkan isi rumah
- meja makan
- water filter
- ...
2. honeymoon BALI
3. melancong ke Europe
4. shopping @ Bandung
5. ....
heh, sakan wishlist tahun depan nih. macam la banyak sangat duit nak fullfill semua tu..tapi kalau ada rezeki lebih tahun depan, apa salahnya kan...hehe. xpa, kalau x sempat 2013 continue 2014. tapi apapun, sebelum nak berjalan2 ke sana sini, kami nak ke Mekah dulu. this is my hubby wish. Alhamdulillah, ada jugak rezeki kami di hujung tahun ni untuk menunaikan umrah InsyaAllah pada Feb 2013 nanti.doakan semua berjalan dengan lancar ya!
ohoo, sebelum tu meh tengok rekod 2012 aku. apa yang aku dah buat & dapat capai:-
1. memiliki rumah sendiri **Alhamdulillah**
2. tukar kabinet dapur **Yeayyy!!**
3. bertukar ke putrajaya **double yeayyy!!**
4. ....??
eh..? tu itu ja ka?? x kesah la. janji ada jugak sikit pencapaian di tahun 2012 dari xdak apa2 kan. kadang2 macam x percaya kan, bila kita berkahwin, rezeki dimurahkan..bila mengandung, lagi2 la Allah murahkan rezeki. Sungguh! Kami x pernah rasa terbeban dari segi kewangan semenjak ada irdina malah Allah lebihkan lagi rezeki kami ni.. Syukur sangat2!! memang anak itu adalah rezeki. Aku doakan kawan2 aku semua cecepat kawin especially pepetom nih! heeee
ok lah, sekian saja coretan di akhir 2012. berjumpa lagi kita di tahun depan **esok je ponn**.hoyehhhh!
![]() |
| lot's of love from our tiny family =P |
Friday, 21 December 2012
our 2nd honeymoon
disebabkan oleh semalam malam jumaat, so hari ni mood lovey dovey datang & terasa macam nak cerita pasal 2nd honeymoon kami.hohohohohoh
masa awal kawin dulu, x sempat nak pegi honeymoon betul2 sebab masing2 punya schedule sgt tight.hubby asyik outstation.huhu.planning nak pegi lambat sikit & dah beli pon tiket ke medan..tup tup pregnant. trus cancel..haha. masa 1st anniversary, x bole nak celebrate sbb aku tengah berpantang. nur irdina nazihah adalah hadiah teristimewa untuk 1st anniversary kami...
jadi, di tahun 2012 ni, untuk meraikan 2nd anniversary, aku bg suggestion kat hubby untuk pergi honeymoon kat pangkor. mulanya macam x konfem sangat nak pegi tapi bila difikirkan kami x sempat nak honeymoon seblum ni, maka jadilah perancangan ke pangkor. still for me it's not a real honeymoon sbb kami x amek package honeymoon pon since we are quite tight on budget & pada kami x bes nak stay pangkor lama2.haha..tapi oke la untuk kami menikmati masa berdua...
sat ja honeymoon kami ni..2 hari 1 malam saja..walaupun berdua, aku still teringat kat irdina. si kecik tu kami tinggal kat tokmi sat. tokmi lak oke sajaaaa....seronok menjaga cucu manja yg sorang ni. dah la nama timangan tokmi utk irdina adalah manja. makin manja la dia.hehe. walaupun dia x ikut, tapi irdina la yg paling banyak dapat barang..untuk family, kami belikan jajan2.
InsyaAllah November 2013 ni kami akan menyambut anniversary yg ke-3. Aku da bgtau hubby yg aku teringin nak amik package honeymoon..hubby kata kalau nak honeymoon package yg best, pi Bali terus. weeeee....i loikeee!! mulai dari sekarang, kena start saving untuk next honeymoon lah..akn di cuba sedaya upaya. maybe dah boleh start survey2 ke kan? anyone can suggest me the best honeymoon package @ Bali??





















