Thursday, 29 November 2012

sepintas lalu

sekali lagi mood malas nak update blog menjelma..macam2 nak cerita tapi akhirnya kelaut..lately, sangat bizi..bizi dengan anak, suami, rumahtangga & kerjaya. **kerjaya la sangat.haha** i'm sure most of working blogging mommies macam ni kan?hee..

so, update sepintas lalu:

1. nur irdina nazihah dah mula berjalan. setiap hari cipta rekod langkah terbaru & semakin laju berjalan. kadang2 tu almost macam nak berlari..gigi pon dah nak naik batang yg ke-2. Oh, dah besar la anak ummi sayang ni!

2. irdina dah makin memahami apa yg berlaku di sekeliling..faham apa yang ummi cakap. faham kalau ummi marah, lepas tu buat muka nakal nak pujuk ummi balik. mana la ummi x cair dengan anak sorang ni. :)

3. akhirnya, setelah hampir sebulan menunggu, kabinet dapur dah bertukar yg baru. sangat sukaa!!! sekarang masa untuk men'deko' dapur. baru semangat nak memasak. **jangan semangat jadi hangat2 tahi ayam sudeee**

4. we just celebrating our 2nd wedding anniversary on 11/11/12. went for a short honeymoon trip to pangkor. next year, nak plan awal2. nak honeymoon jauh sikit. bali mungkin? ambil package honeymoon.sweet!

5. planning for 2nd baby?? NOT YET. walaupun jauh di sudut hati ada perasaan teringin nak pregnant kembali namun masa masih belum seswai. need to organize my current life dulu.huuu

6. planning nak pegi umrah tahun depan. semoga dipermudahkan jalan & rezeki kami.

7. ..........

till we meet again.

**harap2 mood aku x kelaut dah lepas ni. semoga rajin update.caiyok!**


Monday, 22 October 2012

soon kitchen cabinet

hoyeahhh...

hari ni dapat design drawing dari kitchen cabinet designer dan aku sangat sukaaa!!!so, aku dah pilih design yang berkenan di hati dan dah boleh proceed untuk order. tunggu siap dan pasang ja lagi...wahhh, macam x percaya akan dapat kabinet dapur baru...me is sooo excaited!





InsyaAllah if everything went smooth, my kitchen will look exactly like one of the above pictures. will compare with the actual one later. :)

Thursday, 18 October 2012

1 year old!!

**i should have published this yesterday but i'm too busy to write.huu**

to my dearest sweet lovely charming princesss,
HAPPY 1st BIRTHDAY
we love you soo much!
jadilah anak yang baik, bersopan santun dan cemerlang dunia akhirat...






Monday, 8 October 2012

saya nak makan macam budak besar la ummi!

yeah...irdina is back in action with ummi di SK..

maka bermulalah episod2 baru setiap hari untuk ummi menjaga irdina. :) Alhamdulillah, makin besar ni dah agak 'senang sikit' nak di urus berbanding sebelum ni. dah kurang mengamuk bila ditinggalkan sebentar di depan..sebelum ni, pantang ummi hilang sat, konfem mengamuk.isk2..irdina kan dah besar.x lama lagi dah nak setahun! harus la perangai pun makin berubah jadi budak besar.makin nakal.makin comel.makin cheeky! tu yang buat tokmi susah nak lepaskan irdina balik duduk ngan ummi.hehe.

tapi, dalam banyak2 benda, ummi paling risaukan pemakanan irdina. dia sangat SUSAH nak makan semenjak dua menjak nih. dari umur 6 - 11 bulan ++, makanan ruji irdina adalah variasi bubur nasi bersama ikan & sayuran yang tawar. no salt for babies below 12 month! tapi sekarang kalau ummi buat bubur nasi, jangan harap dia nak makan dengan senang lenang..jenuh kena ligan (kejar). macam2 usaha ummi & tokmi buat nak bagi dia makan. apa yang dia tau adalah main, merayap2 keliling rumah & guling2 atas katil. menyusu pun makin kurang. ummi is sooo risau! semua orang tengok kata anak ummi ni kecik. latest timbang x sampai 7.5kg @ 11 month! huuu...

oleh sebab x berapa hari lagi dah nak setahun, ummi cuba2 bagi dia makan macam orang besar. kebetulan sabtu tadi opah ajak kami p kenduri, so, ummi pon decide nk try bagi dia makan nasik kenduri tu. nasik kenduri kan sedap. opah pun suggest macam tu jugak sebab susah sangat cucu dia ni nak makan. mula2 bagi  nasi kenduri kosong, dia macam oke la...then ummi add on kuah ayam masak merah & daging masak hitam skit serta ditambah ayam yg dipenyek sekali dengan nasik kenduri. haaaaaaa, baru dia tau betapa sedapnya makan. berselera betul makan walaupun kuah2 tu agak terasa pedas sikit. ummi lambat suap ja dia menjerit. hahahahahahaha..sunggung tableh blahh~**she is truly anak abah & ummi. suka makan pedas!**

rupanya anak ummi nak makan style orang besar dah!! mulanya ummi agak risau takut perut dia xleh terima & kut2 la ada side effect tapi alhamdulillah irdina oke2 saja..seems like her tummy can accept all those type of food. :) ummi is legaaaa~hehe. esoknya untuk breakfast, opah masak nasi lemak & ummi pun suapkan nasi lemak+sambal ikan bilis sikit+telur goreng. sooo nyummmy! as expected, dia makan agak banyak la jugak. lepas pekena nasi lemak & susu skett, terus tidoq dekat 3 jam..haaa, puas~

then, semalam makan nasik lauk gulai (kari)ikan bawal. berselera macam biasa. so, kesimpulannya anak ummi dah besar. nak makan variety. and its a challenge for ummi untuk memasak hari2..**fyi, aku ni sebenarnya x reti memasak.haha**

p/s: plan menu untuk petang ni adalah nasi goreng.heheee..

Thursday, 27 September 2012

October is coming =)

Oktober tahun lepas memang sangat2 dinantikan iaitu kelahiran Nur Irdina Nazihah dan tahun 2012 adalah ulang tahun Irdina yg 1..ummi is soooo excaited! aku dah mula buat plan sikit2 based on some guideline dari babycenter & google. basically, we should have this in our plan:

1. Budget
2. Time
3. Guest list
4. Theme
5. What to be served?
6. Goodies bag/ door gift **
7. Birthday Cake

**ikut suka nak bagi ke x..hehe

ni antara yang aku jumpa di internet la. masalahnya sekarang adalah tempat. plan A aku nak buat di McD. after survey2 kat website McD, it's quite limited. no outside food, only for 1 hour 30 minutes & etc on the T&C. kami macam malas nak buat kat rumah sebab nak mengemas rumah after party itu adalah sangat meletihkan. tapi kalau xdak choice sangat, nampak gaya kena import maksu Irdina le ni.hahah. so, plan B adalah di rumah..which mean i need to import her maksu early untuk proses mengemas rumah sebelum majlis. maksu oke kannnn??haha..nnti aku belanja hang tau. :p

anyway, this is my only plan. x discuss betul2 lagi dengan abah irdina. kena propose awai2 ni.takut lambat2 nnti proposal ditolak..x ke sedih ummi irdina nih.hahah..


Wednesday, 26 September 2012

nak renovate la!

it's time to renovate my kitchen!

1st time masa masuk rumah tu, impression aku pada dapur tu adalah WOW! full set kitchen cabinet atas bawah, siap dengan build in dapur masak lagi. sungguh menjimatkan kami yang baru kahwin ni dari nak pening2 kepala memikirkan nak beli dapur dan kabinet bagai dengan sewa RM600 sebulan. sangat berbaloi!  and now, the house is officially mine. Alhamdulillah. 

dan, aku dah semakin muak dengan kabinet dapur tu..dah semakin mereput & aku berjaya menjadi penternak lipas agresif.haha..mana x agresif kalau kita tengah masak pun lipas tu boleh keluar & lalu depan aku selambe rock dia ja..aku cucuh montot dia dengan fire starter baru tegedik2 lari. soooo sakit hati! mulanya xmo guna racun serangga sebab memikirkan ada irdina. pesticide is not good for baby, but since irdina bercuti ke kampung, abahnya pun dengan gigih sembur Baygone (lipas) dalam kabinet tu. esoknya, bergelimpangan la segala keturunan tok nenek lipas tu atas lantai. manyak siokkk ooo aku **tapi geli**. rasa macam dendam terbalas dengan kematian keturunan lipas tu.haha...x hingin aku nak snap gambar setelah aku kumpul lipas2 tu dan tempek kat sini. konfem kome nak muntah.

keadaan dapur sekarang..sooo semak! x lalu aku nak simpan dlm  kabinet bawah mahupun atas kerna semuanya ada bau lipas!

dan, aku pun bising2 kat hubby nak tukar kabinet. sebenarnya, dari dulu lagi aku dah bising2 tapi memandangkan bajet xdak terpaksa relaks dulu. sekarang dah rasa agak2 macam mampu sikit tu yang hubby approve permintaan aku dengan syarat kalau nak tukar, tukar terus yg stainless steel punya.senang.lipas x mampu nak menyelinap masuk, x mereput dan tahan karat..

hah, lega aku! eksaited nak p survey kabinet baru. maka, minggu ni aku isytiharkan minggu survey kabinet!hoho...sukaaa sukaaa!! ada tempat yang kami jumpa jual harga kilang tapi kena tunjuk contoh design yg kita nak..ada certain jugak yg ada showroom.macam tu lagi senang kita nak decide. apa2 pun, kami masih dalam survey mode. kalau rajin, aku akan update progress.**kalau rajin okee** abeh malas nanti aku tunjuk yang dah siap **InsyaAllah**.

hehe 

me too want Storksak!

i was introduced to Storksak when i read Dr. Halina's entry in her blog here and then terus gedik2 google pasal DIAPER BAG tu..ya, itu adalah diaper bag. ingatkan handbag brand apa la mulanya tu kan..hahaha. teras jatuh chenta haa kau dengan Storksak! so stylish & simple..i bet all mommies out there also would love their design..

Storksak Olivia

hoyeah, aku sudah jatuh chenta dengan Storksak Olivia! Cantek kannnnnn...semangat tengok produk review dalam youtube.lagilah aku berkenan dan kalau boleh nak order after gaji masuk!haha..after convert the price into MYR, guess how much?? RM 500++..next, try google pulak mana malaysian online store yg jual Storksak..so jumpa kat sini. Olivia price is RM599!(w/o shipping cost yet) fuhhh...berpeluh haaa...memang x dapat la nak borong bulan ni..hahahhaha.

oleh itu, aku memasang niat nak potong RM200 sebulan mulai bulan ni. so, by Disember, dah boleh order.hohohohoho...adakah niat aku ni akan jadi kenyataan? tunggu la Disember ni. kalau jadi kenyataan tu InsyaAllah aku update kat sini.hahaha

**semalam masa lunch ngan hubby, aku try bodek dia:

me: abang abang abang abangggggg sayaaanggggggg..hehehehhehheeeeee *manja2 gitew*

hubby: hah, nak apa pulak ni? awat?

me: hari tu dah janji kan kalo masuk duit claim nak belanja ayang henbeg kann?kan kan kan??

hubby: haaaaa...tadak tadak tadak..dah lari bajet dah ni..tu la, bulan lepas belanja sakan masa raya..abeh dah aih suma claim tu..nak beli henbeg, kumpul duit sendiri.

me: alaaaaaaaaa....huhuhuhuhu

**heh, menyesal aku x angkut handbag mahal awai2 masa hubby tengah offer dulu..konon nak tunggu yang lagi berkenan. bila bajet dah lari kan menyesal.hahahahha...xpa2, tunggu claim yang akan datang ya sayanggggg! hohoho

Saturday, 15 September 2012

jarang update.huuu

it's been a while i'm not writing here.......
macam selalu,banyak menda nak story tapi ada saja alasan x ter'story' kat sini.isk2...what to dooooo...there's a few reason actually..
life has been quite busy when my daughter around.tapi alhamdulillah ummi dah jadi makin manageable.heee..time ni la banyak meeting kat annexe..time ni la besepah2 testing nak masuk lab...time ni la nak kejar orang utk dapatkan sign off work instruction..phewww, hampir x terkejar haaa...itu cerita kerja..then, kesihatan irdina pulak x menentu.
sejak 3 minggu duduk dengan ummi ni, setiap minggu demam.tiap minggu ummi mc sbb nak jaga anak ummi...kesian sangat kt irdina.hidung tersumbat, kahak banyak, tidoq pun x lena. dah puas pi klinik area SK ni tp stil x ok. setakat makan ubat kahak tapi kahak x keluar pun x guna jugak sbb baby mana reti nak buang kahak sendiri..dah x tahan sangat, kami bawak dia ke Klinik Kanak2 Tan di Klang. kemain jauh haaa...tapi sangat bagus servis & dokternya..dan yang paling best, kos perubatan di cover oleh PMCare TM! So its freee...sbb tu kami sanggup pi jauh2.haha..after dokter cek, terus bagi gas utk cairkan kahak then sedut kahak tu keluar..selesai semua tu baru nampak irdina selesa sikit.tdoq malam pon dah semakin lena. senang sikit hati kami.
xtau la apa punca dia demam on off ni...boleh jadi sebab cuaca yg xmenentu. mungkin jugak berjangkit dari baby lain kat rumah pengasuh. dan boleh jadi jugak sebab keadaan rumah yg berhabuk dan kurang bersih..at last, her abah decide utk hantar irdina duk dengan tokmi seminggu di kampung supaya ummi n abah boleh buat kerja2 pembersihan kaw kaw punya di rumah SK ni.haha...
syiannnn kat irdina kann...hukhuk
next reason, keyboard leptop ummi dah weng..huruf p dah xleh tekan. kena guna on screen keyboard which is sangat leceh! sebab tu mood nak menghapdet blog terbantut.haha.tunggu la dapat leptop kampeni baru rajen balik kut.heee..update guna fon? x puas n kurang bes...hukhuk...
apa lagi eh reason? hmmmm, ni je la kot..isk2...
ok la, da ngantuk..kena tidoq da ni.nnti tengah malam kompem kena mangkit bancuh susu kat anak dara ni.he2..no more beauty sleep sejak ada anak ni but its worth it! we should enjoy every moments instead of complaining. baru la x stresss...he3..
bye2..nite!

Wednesday, 29 August 2012

i'm sooooooo buzy!

phewwww...i'm exausted.

seriously, it's not easy being a working & full time mummy..

sebelum ni tokmi jaga, ummi dia bole la rilek2 saja duk rumah. balik kerja goyang2 kaki. kalau rajin, masak dinner utk abahnyewww..kemas rumah pun gitu2 aja. banyak masa leh rilek2.bila weekend, cabut balik kampung jumpa irdina..malam tidoq lena sampai pagi. baju pon iron time subuh2 lepas mengepam stok utk irdina.

tapiii minggu ni...

hari ni, dah 3 hari ummi jaga irdina. isnin lepas rilek sikit sebab ummi cuti & hantar irdina ke rumah ibu pengasuh untuk testing. Alhamdulillah dia oke..x nangis teruk2 punnnn. siap rampas puting member sorang lagi sampai budak tu nanges.haha. sementara irdina di rumah pengasuh, ummi memulakan misi mencuci rumah. ya la, sebelum cuti raya, ummi tinggalkan rumah agak tunggang langgang. bila anak ummi dah ada ni, kebersihan harus diutamakan...vacuum semua habuk2. mop lantai sampai berkilat. susun2 semua barang yg berselerakan. hari tu rasa penat sangat..malam tu pulak pi kl hantaq maksu irdina sbb dia pinjam keta ummi utk balik raya hari tu.

esoknya, terbangun lambat sebab terlupa kunci jam. kelam kabut ummi. mana nak iron baju, nak masak bekal utk anak ummi, nak siapkan beg anak ummi ke pengasuh, hari pulak hujan lebat...sooooo hectic! irdina pulak bangun awal, konfem2 dalam 7.30 mcm tu da ngantuk balik. time tu la ummi nak mandi, nak siap2 pi keja..meraung haaa anak dara tu depan bilik air sementara ummi mandi. jenuh ummi mandi laju2.haha.gedebuk gedebek sempat jugak hantar irdina kat pengasuh sebelum pukul 8 & ummi pon sempat sampai ofis ngam ngam 830.phewww..what a buzy tuesday morning....

tu baru cerita di pagi hari..di petang harinya pulakkkk.....

oleh sebab abah irdina sampai dulu, so dia la yg pi amik irdina. abah kata dengar irdina nangis teruk sampai tersedu sedan. nampak ja abah, terus irdina senyap. abah dia ni bukan boleh pelik2 sikit kat anak dia. mula la nak pikir macam2.hadeihhhh....pening kepala ummi. sampai rumah, abah buat spot cek seluruh badan. alhamdulillah okeee...cuma mata ja bengkak sikit sebab nanges tadi. ummi sampai, buat double spot cek pulak..irdina is OK.hehe..so, terus bedesup pi semayang Asar, then suapkan irdina makan malam. biasala anak dara ni..makan saja dah sejam.nak mandi lagi, nak siap lagi...makin besar ni makin susah nak bagi pakai baju. dia boleh duduk statik selama 2 3 saat saja. mana sempat ummi nak pakaikan pampers & baju semua dalam 2 3 saat cekk oiiiii...nasib baik abah pandai bagi mndi dia. so, ringan sikit kerja. ummi pulak prepare2 kat dapur utk masak diner dan bubur nasi irdina esok pagi..phewww...jangan harap la dapat rehat goyang2 kaki macam sebelum ni.haha..

sebelum ni, pukul 730 irdina dah tidur. semenjak 9 bulan ke atas ni jadual tidur berubah. makin besar makin lewat. sekarang dalam pukul 830 - 900 baru mau tidur. nak tidur pon ada pe'el dia. guling2 satu katil sambil cari port yang paling best untuk tidur.serius lawak.haha.setiap malam macam ni. abeh x 'torah' sangat, ummi bg nenen sambil tepuk2 pungkok.terus lesappppppp ke alam mimpi indah.haha..baru la ummi boleh goyang2 kaki seketika...tugas2 lain banyak lagi nak buat ni..iron baju kerja, basuh pinggan mangkuk, sidai baju & etc....see, it's not easy right?

dari pengalaman 2 hari lepas, ummi & abah pon berdiskusi menyusun jadual harian supaya lebih teratur..Alhamdulillah, hari ni keadaan lebih baik dari semalam yg kelam kabut gila.. mungkin bagi org lain dah biasa dengan benda2 ni, tapi bagi weekend parent macam kami ni masih dalam mood penyesuaian menjadi full time parent. doakan kami mampu menjadi yang terbaik untuk si kecil kami. :)

hah, kemain panjang aku story kan. penat menulis ni.hee..dah la penat cuti raya x abesh lagi..weekend bulan ni penuh dengan aktibiti. hujung minggu ni kami akan ke Terengganu, holiday bersama family mertua. depa memang kaki berjalan. holiday kali ni di sponsor lagi.kami cuma sediakan duit minyak + tol + shopping..memang sempoi & terbaik la family mertua aku nih. :P next week lepas tu nak balik kampung pulak, bagi irdina jumpa tokmi..tokmi hari2 teringat kat irdina. kalu tokmi tepon tanya irdina macam mana, tokmi mesti 'hujan'..syiannnn kat tokmi.huuu..what to dooooo....ummi pun kena belajar macam mana nak jaga anak ummi.huuu...weekend lepas tu baru free kot.hukhuk

**my sweet little girl**

 
Images by Freepik