Wednesday, 9 October 2013

Jalan-jalan Korea, Annyeonghaseyo! - part 2


1/9/2013 (Ahad)

Mengikut itinerary, sepatutnya semalam kami pi Gyeongbokgung dan jalan-jalan kat Cheonggyecheon stream tapi dah semua flat, makanya ditangguhkan ke hari lain yang bersesuaian. kemain itinerary kan,..sampai2 terus nak jalan-jalan..sekali 1st day pon dah failed..haha. jadi, hari ni kena la ikut perancangan untuk ke Namsangol Hanok Village dan Namsan Tower. pagi2 lagi dah eksaited aku nak melihat suasana di korea. semalam kan x sempat menikmati. kemain merah mak ngah haaa tiga beranak kami. kalo semalam kami turun kat stesen Singil, hari ni kami ikut stesen Yeongdeungpo pulak..dua2 stesen ni dekat dengan motel kami tapi untuk 1st timer, better straight ke stesen Singil (line 5). senang nak spot hotel dan lebih dekat, bagi kami laa..dari Yeongdeungpo (line 4) , kami straight ke Chungmuro station (line 3) pastu jalan la kaki ke Namsangol Hanok Village..sebelum keluar, hubby dah mark sesiap tempat yang kami nak pi kat google map & offline map..keluar saja dari Chungmuro station dan ikut direnction map, terus kami sampai straight kat pintu masuk Namsangol Hanok Village. nak masuk free ya..






Namsangol Hanok Villange ni macam perkampungan zaman dulu2 orang korea. rumah tradisional korea la kiranya...ruang dalam rumah kecik2 comei ja..macam mana la orang korea dulu2 masuk kan..jenuh tebongkok2..haha..paling xleh blah toilet open air dia. terfikir jugak xkan xdak cover langsung?? mungkin dulu2 toilet jauh sket kut dari rumah, nak poo poo or shi shi jauh dari orang.hahaha..apa2 ja la. kat sini jugak boleh try pakai hanbok dan tangkap gambar..tapi entah kenapa aku x teringin pun...hmmmmm..**ke simpan duet untuk shooping hujung2 nanti???hhahaha**












next, dah puas jalan2 pusing di Namsangol Hanok Village, kami nak ke Namsan tower pulak. asalnya nak naik balik train kat Chungmuro tu tapi bila tengok subway map, hanya perlu satu transit saja untuk ke Myeongdong. hubby kata dari patah balik ke subway dan naik 1 train ja, baiklah jalan kaki sebab mengikut map depan tuuuuu ja... tapiiii, depannn tuuuuu ja la sangat...bepeluh ketiak jugak hoi nak jalan ke myeongdong! aku sikitttt lagi nak meletop..memandai betui hubby i nih. tau la selalu turun site sambil tengok map. tapi ni korea, bukannya malaysia sayangku huiiiii....nasib jugak la x sesat. kalo x dah nangeh tengah jalan da haa..hahaha

dah penat jalan kaki ke myeongdong tu sepasal...lepastu nak ke stesen cable car pulak. hazab weh! jalan naik bukit bagai. dengan tolak si kecik yang tengah sedap tidur dalam buggy sambil memanjat bukit...berganti2 la kami menolak....kali ni aku berpeluh tahap gaban. tercungap2 bila sampai kat stesen cable car tu..dah la bekpes sikit ja. x bajet pulak kena jalan jauh naik bukit camnih.huuuuuu....nasib bawak bekal biskut dan roti gardenia. sampai ja atas namsan tower lepas naik cable car tu, terus cari port nak melepak..lutut cam dah nak tercabut, kaki dah lenguh2... nasib ada satu tempat kosong tepi sorang ahjussi ni. menyempit la kami 3 beranak kat situ..duk bawah pokok sambil menikmati bunyi cengkerik di musim panas dengan angin sepoi2 bahasa yang menyamankan. heaven! sambil2 tu tengok la ragam orang korea bersantai..sejam berehat sambil snap2 gambar sket, kami jalan ke tempat padlock yang banyak tu...seriussss banyak.kami x beli pun apa2 jenis kunci untuk letak kat situ..hubby x bagi..tapi bila pikir2 balik cam nyesal plak! patutnya letak la kan satu untuk kenangan kami da sampai kat Namsan Tower...hukhukhuk..



irdina malu-mali sebab ahjussi seblah asek nak tegur dia..haha




tenang dan mendamaikan..silap haribulan buleh terlena nih!

sesi merehatkan kaki




seoul view from namsan tower


next agenda, teddy bear museum. aku memang naaakkkkk sangat bawak irdina ke sini. irdina kan sangat suka bear! tapi bear yg besar ragam tinggi nak lebih kurang aku tu dia takut..tambah2 yang bejanggut bejambang stail org korea dulu2 tu..hahaha...terus xmo jalan kaki..nak suh orang dukung xpun tolak dia dlm buggy.isk2..spoil laaa....tapi bear yg kecik comei2 tu dia oke.heheheh..apo la anak ummi ni. teddy bear museum ni menceritakan sejarah kehidupan org korea dari zaman yg maharaja dulu2 sampai la kedatangan org inggeris hingga la ke evolusi moden korea sekarang..siap ada bear k-pop and bear buat breakdance tauu...comel sangattt...x lupa jugak bear gangnam! besar pulak tu..kemain bergangnam stail di situ..haha



takut bear besaq sangat..isk2





bear k-pop ya olllss




bergangnam dengan bear besar..haha

annyeongggg irdina!!

dah habis dah tour itinerary kami untuk hari pertama nih...perut pon dah kriokk krioookkkk! lapar sangat dah masa ni..hubby decide ke itaewon untuk lunch..lunch apa pukul 3 lebih dah masa tu. kami terus ke Myeondong station untuk ke itaewon..2 kali tukar subway line kut..1st time sampai itaewon tercangak2 nak makan dekat mana..tengok seberang jalan nampak banyak kedai turki yg jual kebab..tapi aku nak nasikkkkk!! i is hungry like monster dah ni tau..jalan punya jalan sampai naik ke atas bukit sikit nun,ada la jumpa kedai yg jual nasi tapi penuhhhh pulak..so redo ja la makan kat kedai kebab pun..aku suruh hubby amik yang combination ada nasi..walopon sikit x kesah la...janji ada kan..ngengadaaaa..haha..


ice peach tea and lemonade..yummy & refreshing

mine is on the right..yang ada nasi secoet..jadi la kannnn
 satu ja tips kalo nak makan kat korea ni... SILA JANGAN CONVERT HARGA MAKANAN KE DUIT MALAYSIA...kalo x kamu mesti rasa x berbaloi dan mesti x termakan..hahahahhahah... makanya, anggaplah kalau harga kebab tu 8000 Won = RM 8. **sila jangan darab 3**

sedap jugak kebab dia nih...ke aku yang lapar sangat??bole jadi la..irdina pon makan kebab jugak..tapi meratah isinya saja.isk2...aku suh makan roti or nasik dia xtmau..lagi prefer makan kambing slice tu..jangan x tau haa, irdina ni peminat kambing tegar..suka beno makan kambing macam abah dia..hehe. nexttttt...da kenyang isi perut semua, kami p semayang kat masjid itaewon. selalu tengok dlm gambar kan, kali ni dah jejak kaki dan dapat bersolat kat sini...masjid yang kemas dan cantik nun di atas bukit...jenuh jugak la nak menapak ke sini..panjat bukit kemain tinggi...kompem malam ni kami flat lagi..hahaha. dah selesai semayang, masing2 memang betul2 dah x larat..kaki aku pun da rasa longgaq2 nak tecabut..bole gitew?? untuk diner, kami ada tapau lebihan kebab tadi..untuk irdina, kami tapau nasi goreng kat kedai indon. kedai ni terletak seblah kiri ya kalau otw nak ke masjid..nama kedai tu kedai sarah kut..x ingat da.huhuh..kesian jugak kat irdina sebab sebutir nasik pun x jamah lagi dari pg tadi..roti pun bukannya kenyang sangat..malam tu ngap ngap irdina makan nasi goreng..nasib baik sedap.hehehe
di depan masjid itaewon

sementara tunggu nasi gorengnya siap..

so, setel dah hari kedua..berangan jugak nak menikmati suasana malam di korea tapi kami terlalu penat untuk berjalan lagi..tunggu lain hari saja la..heehe..

Tuesday, 8 October 2013

Jalan-jalan Korea, Annyeonghaseyo! - part 1

eh, betul ka eja tu? bantai saja la..haha

hai hai hai!

fuh, dah setel pi holiday untuk tahun ni...eh, ya ka? macam ada banyak lagi ja lepas ni.haha...serius aku x bajet kami akan ke korea tahun ni..kebetulan ada duit sikit dan airasia buat promo, terus aku pujuk hubby dan dia setuju. yayyyy!!!! sebelum beli tiket, kami survey dulu betul-betul hotel mana nak duduk dan kemudahan lain. siap aku kena buat proposal kot tunjuk kat hubby. kena lengkap dengan anggaran bajet semua bagai..nasib baik masa tu aku tengah free & easy. seharian kat opis duk surf & buat proposal nak ke korea. aku propose nak pi tengah ke hujung bulan 9, tapi hubby pi pilih awal bulan 9. still summer kat korea...kuciwaaaaa...baru berangan nak sejuk2, pastu nak main daun2 kering.huhuhuhu..tiket dah beli, so redo ja la....

percutian kali ni 7 hari 6 malam. flight dari lcct 31/8 pukul 1 pagi dan balik 6/9 pukul 4.30 ptg. tapi boleh la pulak kan malam tu flight delay sampai 2 jam..sabaq ja la.dah la sejuk tahap gaban kat airport. nasib baik jugak la aku bawak stroller.sedap irdina tidoq dalam tu dan kami pun senang..asalnya aku berkeras nak bawak quinny, tapi hubby xmau. takut susah nak usung dan berat katanya. lastly, aku beli jugak la mydear buggy yang lipat payung tu. yg tu la jadi kenderaan rasmi irdina kat korea.hahahahaha

pukul 12 lebih baru tidoq oke...itu pun jenuh bawak round kat boarding area tu.huhuh

ole2 dari AA sebab flight delay..membantu jugak la sbb tgh kesejukan di airport.

31/8/2013

sepatutnya naik flight pukul 1, jadinya pukul 3 baru boleh naik. nak beku dah tau duk kat airport. rasa macam duk dalam peti ais. nasib baik air asia prihatin, semua penumpang dapat comfort kit free..hoho. ada selimut dan bantal angin. so, kurang lah sikit sejuk di situ..masa kat boarding gate pulak, dapat sandwich & air mineral. baik hati betul airasia ni kan..ni la baru betul jaga hati customer.yang kami ni dah mengantuk tahap gaban..penat kut. dah la siang hari kerja, malam pulak nak travel.x rehat oke..sangat mengantuk! dlm flight pun aku tidoq x sampai sejam..dah la flight makan masa 6 jam 20 minit. bosan! irdina sedap ja baring atas kami. menyesal x amik ESO..lenguh abeh kaki.huu

happily sleep on abah & ummi..kebas kaki huiii..


iols is amazing okey ada ice flakes kat tingkap. heeee **jakun mode ON!**

subanallah...view yang sangat cantik dan menenangkan :)

sampai Incheon International Airport dalam pukul 10 lebih..beli kad T-money dan terus menuju ke train untuk meneruskan perjalanan ke hotel. oh ya, kami booking hotel melalui website agoda. Kakao Motel namanya, kat area yeungdeongpo..stesen subway yang terdekat adalah Singil (line 5) dan Yeungdeongpo (line 4). dah nak travel backpackers sangat, semua kena buat sendiri ya! nasib hubby mahir bab membaca map ni sebab dah memang kerja pun buat map kan...masa booking hotel dulu, rate dalam RM 97 satu malam..total 6 malam adalah RM 619.22 termasuk tax dll. ok kan?? ok la kot ni..haha..sebab kami pilih Kakao Motel ni adalah kanak-kanak dibenarkan menginap dan toilet disambungkan sekali dengan bilik. maknanya, bukan shared toilet! ini yang hubby pentingkan sangat sebab dia memang x suka share toilet dengan orang yang x dikenali. bilik kecik tapi bagi kami bertiga ianya cukup selesa. kemas dan lengkap dengan semua kemudahan asas..bagi aku, motel ni recommended untuk family kecil yang nak ber"backpackers". hehe...so, hari 1st ni sampai ja bilik terus melantak dulu.lapar kottt..lepas mandi semua bantai tidoq seround dulu.. kami semua keletihan. kononya lepas bangun tidoq nak keluar jalan2 sat tapi masing2 macam x larat & nak rest dulu. makanya, hari 1st adalah hari berehat sepuasnya. charge energy gittewww..camni la travel dengan anak kecil..bukan anak saja penat, sekali mak bapak pun penat..haha





oppsss...ada model kecik di situ.haha

so, inilah cerita 1st day kami di bumi korea..next part akan menyusul kemudian..penat loh nak compile suma dalam satu entry. inipun dah makan berminggu2 nak siapkan.hahahah..

p/s: syukur alhamdulillah irdina sehat2 saja sepanjang di korea.. :)

Wednesday, 18 September 2013

Irdina dan rotavirus.....

salam...

haih..baru balik bercuti dari korea, kami sambung bercuti kat hospital pulak..5 hari 4 malam okeh! lemau abeh satu badan..homesick pun ada..huhuhu..alkisahnya, anak dara aku ni terkena rotavirus. sungguh x disangka. tetiba rasa menyesal x invest amik vaksin rotavirus dulu, tapi dah terlambat pon. bila tengok anak sakit sampai lembik macam ni kesian sangat. x tau lah mana terjangkitnya rotavirus nih. tapi kalau Allah dah takdirkan ia jadi kat anak aku, maka kami pun kena reda dan jaga irdina baik2. mungkin ada hikmah disebaliknya... :)

antara simptom2 budak terkena rotavirus adalah dia akan muntah-muntah, cirit birit, demam..ada setengah yang muntah dan cirit sekali. tapi irdina muntah saja...mulanya kami ingat muntah biasa, tapi lepas tu dia muntah lagi dan lagi dan lagi..dah lain macam ja tengok. betapa irdina duk muntah sampai dia pun penat. bayangkan nak tidoq pon x selesa sebab asyek nak muntah. kesian sangat. pukul 11.30 malam tu kami bawak irdina ke klinik 24 jam kat area equine.  doktor cakap dia keracunan makanan. kami pun memang agak irdina kena keracunan makanan. doktor bagi ubat tahan muntah dan sakit perut. tapi aku cam agak ragu2 dengan doktor klinik ni sebab dia just doktor am saja. aku lagi prefer paed tapi mana nak cari kan paed yg bukak tgh2 malam buta nih. malam tu kami x tidoq sangat sebab irdina masih lagi muntah2.habis semua kain napkin, kain tuala semua buat lap..

pagi esoknya, terus kami bawak irdina jumpa regular paed dia nun jauh di klang. dr tan tengok irdina dah sgt dehydrated so dia kata memang kena warded. kena masuk air sebab dia nampak sangat letih. mana x letih dah makan pon x boleh. asyek terkeluar balik ja. after dapat surat refer, terus kami ke Pusat Rawatan Islam Azzahrah. Lepas jumpa paed , Dr Nik, irdina terus kena drip kat bahagian emergency sebab wad masih penuh. kami request untuk bilik sorg sebab senang kami berdua nak jaga dia. bila dah dapat bilik, nurse cek suhu, irdina dah mula demam. doktor kata ni bukan keracunan makanan sebab kalau keracunan, muntah sekerat hari saja. doktor nak sampel poo poo untuk buat analisis. jenuh jugak la nak tunggu irdina poo poo sampai terpaksa masukkan ubat.



bila dapat result poo poo irdina tu positif rotavirus, doktor & nurse pesan suruh jaga kebersihan. sentiasa cuci tangan dengan sabun. sebabnya, kemungkinan untuk berjangkit virus tu ke mak memang tinggi. and yes, even aku kemain basuh tangan dan jaga kebersihan sebaik mungkin, aku terkena juga tempias rotavirus irdina tu..sakit betul rasa. bayangkan kita yang tua pon rasa betapa teruk dan x sihat, inikan pulak irdina yg kecik tu. kesian sungguh! yg lagi kesiannya, irdina x merengek sangat pun! dia tidoq saja..even perut tengah kembung tahap keras pon dia rilek ja tidoq. doktor dah bagitau awal2 after dia cirit birit, perut akan kembung atau istilah omputihnya "colic". masa ni la dia nak meragam, menangis or berguling sbb sakit perut. aku memang dah prepare mentally & physically. tapiiiiii....nur irdina nazihah ni tidoq diam ja..dia cuma akan nangis kalau nampak nurse dan makan ubat. such a good girl! ummi love u soo much!




Alhamdulillah...irdina dah sehat sekarang. dah aktif ceria happy macam biasa. cuma semenjak keluar hospital ni dia manja sikit.nak attention lebih.hehehe..nasib kami dah import tokmi & tokabah terbang dari penang mai sini untuk jaga nur irdina. kalu nak hantar ke pengasuh memang x la lagi gamaknya. kami pun kesian tengok irdina ni. nampak susut sangat. harap2 duk dengan tokmi ni badan berisi la balik.heee...ni abah dia pulak x sehat..terkena penangan rotavirus jugak..haiyohhhhhhhh

Kesimpulannya, kalau terdetik nak amik vaksin rotavirus tu, teruskan saja niat. biarlah mahal sikit pun janji anak x masuk hospital kalau kena sakit2 yg macam ni. InsyaAllah dah "kebal".. we have learned our lesson. lepas ni nak tunggu irdina betul2 sehat, kami nak amikkan dia vaksin pneumococcal. simpan duit pi jenjalan boleh, xkan nak invest untuk kesihatan anak x boleh kan.....hehehe. semoga nur irdina nazihah terus diberi kesihatan yang baik. Amin.

 
Images by Freepik