Showing posts with label **baking**. Show all posts
Showing posts with label **baking**. Show all posts

Thursday, 5 May 2016

what i love....

okeh, break kejap dari cerita travel..

Now i have discover my passion..it doesn't take too long to discover that i love baking..hahahha..tu ja punnn...

But seriously, i had a big dream for my passion...mana tau satu hari nanti apa yang aku suka ni boleh memberi pulangan lumayan untuk aku....yes, sekarang dah ramaiiii homebakers yang meniaga. even ofismate aku pun dah start buat bisnes baking ni...tapi setiap orang akan ada rezeki dia masing-masing kan...x salah kalau aku pun nak mencuba..hehe

Me? aku memang dah lama nak start bisnes ni tapi keaadaan sekarang agak tidak mengizinkan. anak-anak masih kecik dan perlukan lebih perhatian...kalau aku start baking, kompem depa akan terabai sedikit..**mungking banyakk..huhu**..lagi pulak aku n hubby still pjj..nak berulang alik lagi, then xkan bila ada hubby pun aku nak baking..sudah kurang kualiti masa bersama di situ..hubby pun dah bagi warning kalau dia ada jangan baking..sob sob sob...tapi aku still ambil tempahan secara sambilan di mana aku rasa ada waktu lapang untuk baking..

sebelum ni ada jugak dah yang order cake..paling banyak order carrot cake and chocolate brownies topped with salted caramel & almond croquant...fuhh, gempak kan nama....hahahah..ada jugak tempahan cake & cupcakes untuk event TM dari ofis adik aku..yang tu memang aku bagi bulat-bulat kat dia untuk buat...cuma pantau dari segi kualiti dan bahan yang digunakan...bagi aku, menggunakan bahan-bahan yang berkualiti akan membuatkan kek rasa lebih sedap...


carrot cake


carrot cake


chocolate brownies with salted caramel & almond croquant

Ni lah antara cake yang dah termasuk dalam senarai baking & dah ada orang order & repeat order..Alhamdulilah..walaupun bukan order hari-hari tapi aku tetap suka..coming soon, soft japanese cotton cheesecake will add in the list...itu favourite hubby & dia yang suggest utk aku jual kek tu raya ni...hewhewhew...mungkin boleh la by request..

Bawah ni pulak kek yang orang order kat adik aku...kebanyakannya kek birthday & kek untuk event TM...yang TM tu  x jumpa la pulak dalam gallery..mungkin aku dah delete...nanti kalu jumpa aku tempek sini...






Aku dah ada beberapa list of cake receipe untuk dicuba dan mana tau kut2 boleh start jual kan...mula dengan minat dan mungkin satu hari nanti dapat jadi sumber pendapatan..aku dah cakap kat hubby nanti bila nak renovate rumah dia yang nak siap hujung tahun ni, kena buat satu kaunter/ruang untuk aku baking...x sabar untuk ittewwww....heee...








Wednesday, 25 March 2015

Biskut Oat Chocolate Chip versi sihat

hohohoho..

haruslah resipi versi sehat punya..kata tengah diet kan tapi mulut  tuuuuu...craving nak  makan macam2 sangat! hari2 mesti tapau kudap-kudap...kalau bukan soft cookies famous amos **mmm,sedapnya cranberry oatmeal** paling koman mesti tapau soft cookies subway...sedappp sangattt!!! tapi kalori untuk sebiji soft cookies paling kurang pun 150kcal ke atas. jadi, kenapa aku x google saja resepi untuk healthy choc chip cookies kan?!

lalu, jumpa lah resipi yang sangat healthy **bagi aku la**...x menggunakan tepung, telur dan butter. semua itu digantikan dengan oat, susu & minyak sayuran. ni resepinya...


2/3 cwn + 1/2 cwn tepung oat (140g)
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
4 sudu besar gula perang
4 sudu besar gula putih
1/4 cwn atau 1/3 cwn badam /pecan/walnut/hazelnut cincang
1/2 cwn atau lebih chocolate chip (better semi-sweet)
1 sudu teh vanila extract
2 sudu besar minyak sayuran
3-5 sudu besar susu


cara-cara:
1. campurkan semua bahan kering dalam satu bekas dan gaulkan
2. campurkan semua bahan basah dalam satu bekas lain dan sebatikan.
3. masukkan bahan basah ke dalam adunan bahan kering serta gaul hingga sebati
4. bakar didalam oven yang dipanaskan pada suhu 150 - 170 degree sampai masak.

tips:
**tepung oat tu aku blend saja instant oat sampai halus.
**aku blend gula sampai halus supaya senang larut dan kurang manis skit. kalau guna gula kasar takut nanti gula x lanah maka jadila biskut oat gula...hahaha
**kacang tu nak letak boleh, xnak letak pun bole.ikut suka hati.
**susu masukkan dulu 3 sudu besar..agak-agak x cukup baru tambah lagi 1 atau 2 sudu besar.

end product..hehe

rupa sangat cantik! rasa pun sedap jugak tapi x sesedap famous amos la kan..bau tu dah ala2 la..haha...masa panas & suam tengah biskut memang lembut lagi..simpan dulu semalamam bagi sejuk betul-betul...sure crunchy..yang aku buat ni cam keras sikit..mungkin terlebih susu sebab aku masukkan 4 sudu besar..adunan macam berair sket tapi apa pun still jadi boleh makan dan sedap..hohohoho..eating with pleasure gittewwww..x risau sangat kandungan kalori yang banyak sebab sah sah oat itu menyehatkan..**saiko diri sendiri..haha**

sekian saja resepi sehat dari aku..selamat mencoba! :)

Thursday, 13 June 2013

Perfect choc chip cookies

haaaaa...

seperti yg dijanjikan terdahulu meh nak tepek resipi choc chip cookies yg aku ada try buat hari tu..alaaaa, yg x menjadi tu. x menjadi bukan salah respi ya, itu salah aku sendri sbb gatei pi tambah extra tepung sesuka hati. bajet cm cookies expert la kan. sekali jadi cookies batu. mau tepelanting gigi kalo nak gigit..tapi still rapuh dan mempunyai rasa yang unik. memang dah ala2 famous amos sebenar. cara nak membuatnya pun dah agak unik. sebab tu aku pilih resepi ni untuk try & error. next time, kalu buat lagi aku dah xmo menderhaka kepada resepi. nanti x jadi lagi kan naya. membazir ja.huuuu.

Perfect Choc Chip Cookies

1 3/4 cawan all-purpose flour  (250 g)
1/2 sudu teh baking powder
14 sudu besar unsalted butter
1/2 cawan gula
3/4 cawan gula perang
1 sudu teh garam
2 sudu teh vanilla
1 biji telur ( gred A)
1 biju kuning telur (gred A)
1 1/4 cawan chocolate chips
3/4 cawan kekacang - almond/walnut/pecan ~ optional

Cara-cara:

1. Panaskan oven. Campurkan tepung dan baking powder bersama dan ketepikan dahulu.
2. Ambil 10 sudu butter dan panaskan ia di atas kuali sehingga bertukar menjadi "brown". ** Heat butter over medium-high heat until melted, about two minutes. Continue cooking, swirling pan constantly until butter is dark golden brown and has nutty aroma, about one to three minute**
3. Setelah selesai, masukkan ke dalam mangkuk dan tambahkan lagi 4 sudu butter lebihan tadi. gaul sehingga butter tersebut cair.
4. Kemudian, di mangkuk yg sama masukkan gula, gula perang, garam dan ekstrak vanilla. gaul hingga sebati. selepas itu, masukkan telur dan telur merah. gaulkan sebati sehingga adunan nampak "thick, smooth and shiny"
5. Rehatkan adunan selama 10 minit.
6. Next, masukkan campuran tepung ke dalam mangkuk tadi dan gaul sehingga rata. Masukkan choc chip dan kekacang.
7. Bakar di dalam oven lebih kurang 8 minit atau sehingga agak2 masak.


Sekian hasil nukilan respi yg aku dah translate kan dari internet.haha.unik kan cara nak buat dia. aku suka kat part nak "browned" kan butter tu.. brown butter tu bau sangat sweet. mcm karamel gittew. dan bau ni lah yg menyumbangkan kewangian dan kesedapan yg lain pada biskut ni. pastikan sukat betul2! jgn jadi cam aku..pandai2 tambah itu ini. sukatan pun x betul.huhuhuhu

oke la, kalo x  berapa nak puas hati dengan resipi yg aku dah translate ni, bole klik link ni utk ke blog yg aku copy tu. siap ada gambar cookies dia lagi..cookies aku x jadi camtu pon.wuwuwuwuwuw






 
Images by Freepik