Monday, 18 April 2011

long story

oke. just got some inspiration somewhere to write something on this blog.

aha, plan minggu lepas nak soping moping sangat2 la X menjadi. ni suma gara2 air tembikai laici my hubby yang super duper deliciousssss...satu jug besar oke hubby buat n aku rasa almost half jug aku minum...pastuuuuuu....padan muka aku!!hahahah

akibat bnyk sangat minum, aku angin satu badan, perot kembong x hengat. kepala pening. muntah2 dan macam2 lagi sampai aku asek terbaring atas katil n x larat nak wat apa pon...mana la aku tau tembikai tu angin.huuu..yang aku tau tembikai tu panas ja. kalu makan banyak2 leh sembelit. tapi ni bukan makan. ni minum ja ponnnn...huuu..seriyes aku rasa sangat teruk time tu. baru syiok2 badan da nak sehat n da nak energetic balik sekali amek hang...huuu

tapi, still aku degil sebab x leh resist dengan tembikai laici yg hubby buat!!! tapi dah x berani nak minum banyak2 la kan..dapat rasa seteguk pon jadi la sayang. janji dapat rasa..mebi baby terkejut kot sebab ibu minum banyak sangat. sedap paa tembikai lenci abah niii...heee..

hari ni plak aku rasa sangat ekzosted di ofis. mebi sebab hujung minggu ni x cukup rehat. ya la, hari sabtu ikut hubby pi outstesen kat sg besar. plan asal nak betolak petang jumaat tapi las2 x jadi ats sebab2 tertentu. so, subuh2 sapi'e (4.30 pg) kami bertolak ke sg besar. sangat penat okeee..mula hubby nak balik ahad tapi disebabkan chalet yg satu2nya selesa kat sg besar ni da pnuh, hubby decide ntuk balik SK hari tu jugak. super duper penat okeee...aku asek duk dalam kereta ja. baring2, men gem kat henpon pastu ttdoq.haha.nasib baik la pagi tu hujan so aku x la rasa disaster sangat. kalu hari panas kompem aku da pening kepala n muntah2 lagi.huuu..

ahad duk rumah n petang tu pi alamanda. konon nak jalan2 n nak soping2 tapi x sampai sejam aku da penat. huuu...seriesly badan da x macam dulu sejak pregnant nih...kalu seblum ni ke mana hubby pi mesti aku nak ikot. even pi bilion nak bli klip kertas semata pon aku nak polo. tapi sekrang aku lebih rela tunggu dalam kereta. mcm bek takyah ikut lagi bagos kalu setakat nak tunggu dalam keta. haha.

sementara jalan2 kat alamanda, sempat masuk mothercare sebab nak tgk katil baby n stroller. oh, stroller lambat lagi la bli tapi saja suka nak tengok sebab aku suka tengok baby dalam stroller yg latest trend punya. 3 wheel stroller n tempat letak baby nampak sangat compact n kompem baby akan terbaring kat ctu macam tamo gerak2 sebab sangat sedap.haha. ni salah satu contoh stroller yang aku suka tapi yang me n hubby tgk kat mothercare tu seat ats tu mcm bole convertible untuk car seat jugak n seswai untuk baby smpai umor 3 thn. sangat berbaloi2.hee.oke, bole berangan ja dulu sebab nak bli stroller ni pon lambat lagi.haha.


lagi satu kami skodeng2 katil untuk baby nanti..katil idaman sudah dijumpai n harga pon x la mahal sangat. hee



chantek kannn...sangat besar katil ni smpai budak umor 5 thn pon bleh muat tdoq lagi ats katil tuu..asalnya aku rasa sangat besar padahal baby nanti kecik ja.tapi hubby kata baby akan makin membesar n nnti tempat nak main pon luas. x payah ibu bentangkan toto pastu riso baby tegolek2 sana sini. haha. baby duduk dalam katil chantek tu n main la puas2 yaaaa..silap2 ibu pon masuk join skali dlm tu.haha. :)


oke.da panjang sangat aku bebel. nak sambung surfing2 plak. malas wat keja!! huh.


baibai. :D



Saturday, 9 April 2011

jumaat

yay..lupa hari ni hari jumaat.last working day for this week.

so, planning hujung minggu nih??

nak pi sale PONEY kat IOI Mall Puchong. ada clearance sale kat sana.heee..nak try skodeng2 baju baby untuk my baby nanti. or is it too early???hmmm...sebenarnya nak skodeng2 hadiah untuk bakal anak sedara nanti.sambil2 tu leh la skodeng2 untuk my baby skali tapi xmo beli lagi sebab org tua2 kata jangan beli barang baby terlalu awal.hee...

nevermind laaa, skodeng2 ja dulu.kalu bekenan n murah nak gak amek satu.heee..baju untuk ibu pon x beli lagi da eksaited nak beli baju untuk baby.isk2. perut da naik sikit so da kena stat tengok maternity clothes. hmm, kalu larat nak ajak hubby pegi cari.heee..

oke la..nak balek daa...

tata titi tutu :P

Friday, 8 April 2011

rasa

i feel like to write something but it doesn't appear here.

 

Wednesday, 6 April 2011

helolo

helo melo...

here i am again. alhamdulillah dah makin sihat sikit & dah boleh dtg opish. tu pon hubby hantarkan. masih x mampu nak drive sendri sebab takut pening2 tangah jalan pastu termuntah2 sambil drive. sangat disaster kalu jadi mcm tu. ntah2 aku jadi penyebab jem nanti.haha.padan muka suma orang lambat balek rumah. :))

minggu lepas seminggu x datang opish. 1 hari mc 4 hari EL. ikut mak balik kampung sebab ada emergency. mak n abah datang temankan aku sebab hubby outstation. haish, time aku tgh klimaks morning sickness nih la dia nak outstesen sana sini.huuu..seriously last week aku sangat x bermaya n sangat teruk..hubby kata mungkin nih peak of morning sickness sebelum dia hilang. ya la tu..pandai2 ja.

mulanya mak nak temankan aku sampai hari rabu tapi tiba2 dapat kol dari kampung yang rumah aku kena ribut. habis bumbung rumah terbang kna tiup angin.huuu..so, mak n abah terpaksa balik awal. mulanya nak balik malam tu jugak tapi pak ngah x bagi. dia suh balik pagi esoknya. aku sedih sangat bila mak nak balik dah tapi nak wat mcm mana. hubby pulak mulanya kata bleh balik pkul 1 tapi tiba2 meeting pospon sampai petang. bule pengsan aku sementara nak tunggu dia sampai rumah. da la emosi tengah x stabil, pastu dengan x sihat lagi memang nangis2 la aku nak ikut mak balik. sebbek hubby bagi sebab kebetulan memang minggu tu pon dia nak balik.heeee.. masyeh sayang...

it feels like old times masa balik hari tu sebab dah lama kami x balik sekali macam nih.huuu...rindu zaman dolu2.hukhuk..adik aku pon ikot skali.sebokkkk ja.hehehe..sampai2 ja kat umah, terus tengok barang2 dalam umah..habih bumbung kat dapur ilang, terus dapur jadi cerah berbumbungkan langit.hehe. nasib baik la ada yang dah tolong2 angkat peti es suma pi kat tempat selamat. kalu x mesti mak aku nanges kalu peti es die rosak.hahha.sebbek x rosak. so, malas nak crita panjang2, meh tengok apa jadi kat umah aku.


seblum peti es mak aku di ubah ke tempat yang selamat.




ye..rumah aku kale ijo. markas pas.haha




uhuu..sian kan umah aku. sebbek da lepas kenduri. kalu sebelum kenduri tu tak ke naya..duet nak kenduri lagi, nak repair lagi.haish...sebbek..sebbekk..

hee...sangat seronok balik umah. mak jaga aku macam menatang minyak yang penuh. cewahhh..

"terima kasih mak!!"

alhamdulillah, dah balik cni aku makin sihat. cuma muntah2 & loya2 tu ada lagi. mak kata yang tu memang lambat skit hilang tapi badan aku da ada energy balik. maybe sebab balek rumah lama kut sampai rumah mertua pon aku x balik. sian hubby balek umah mak dia sensorang. sebbek dapat mertua yg memahami. heee

oh ya..senin tadi da start wat antenatal checkup kat klinik qistina kat SK ni ja. x larat la nak pi jauh2.dokter pempuan. baik tau dokte nih. memahami betui. x kesah bagi mc besepah2 kat aku.haha. ehe, baby dah besar. dah 4.5 cm. dah nampak jantung dia berdenyut.da nampak kaki n jari tangan.rasa sangat chumelll!!!! happy, terharu, nak nangis dan macam2 lagi perasaan aku rasa bila tengok baby kami. rupanya mungkin ni yang mak kita rasa masa mengandungkan kita dlu kan. sila la kawen n sila la mengandung kalu nak rasa apa yang aku rasa sekarang nih.heee..nanti aku sharekan gambaq baby. kna tanya pemisen hubby dlu dia bg ka dak.hee

oke la.rasa lapaq plak tapi ofis tadak orang.huuuu..xleh nak tinggai sat nak pi bli makan.huuu..**ni yang tensennya bila keja tempat shift yang beroperasi 24/7..sangat2 berharap aku dapat cari tempat tukar cepat!!dah menci duk sini.huh!**

bye bye.

Friday, 25 March 2011

enough

enough with the sigh!

build up your patience!

caiyok caiyok to me!

may i have a happy pregnancy period. :)

-nad-

Thursday, 17 March 2011

khamis

hari ini hari khamis.

mulanya ingat nak mc hari ni sebab pagi2 lagi da muntah2 yang teruk. tapi aku kuatkan semangat jugak datang opis kat ttdi ni dengan berbekalkan cokelat hershey's kisses sebagai pelapik perut sementara. kalu x makan nanti aku akan terhoyong hayang nak jalan pi opis.huuuu..**padahal nanti smpai opis pon cekelat tu terkeluar balik..huu**

hari ni aku langsung tadak mood nak wat keja. smpai2 kat opis, on leptop, usha2 email jap, pastu bkk google chrome trus surf website wajib ( hmetro, beutifulnara, ohbulan, yahoomail) . 4 website ni memang kewajipan hari2 apabila sampai opis.haha.serius x berpekdah.

hari ni aku blogwalking. jumpa la skulmet punya blog and stalk2 smpai bosan. pastu aku surf2 lagi. pastu aku stalk2 lagi sampai bosan balik. kerja2 aku satu haram aku x sentuh. hantar email satu dua pastu surfing balik. terjumpa satu blog nih yang cerita pasal life dia after kawin, pregnant and dapat baby. comel la baby dia. debabbb sangat. kalu x keja bole la nak breastfeed baby tu hari2 setiap jam sampai debabb. nih kalu keja macam aku ni macam mana nak bagi baby aku debabb nanti.huuu. *rasa macam nak berenti pon ada nanti.huu*. oke, itu semua lambat lagi.

sekarang baru 1st trimester. oh, silalah berlalu pergi dengan cepatnya sebab aku da penat nak melayan all-day sickness nih. aku selalu lapar tapi bila nak makan x lalu. suma makanan feveret aku dulu aku x lalu nak makan especially seafood. tengok je pon da rasa nak muntah. sebut pon da rasa nak muntah. teruk kannnn...huuu...lagi satu aku xleh bau orang masak. hubby suka gorang fries dekat rumah and aku terpaksa berkurung dalam bilik sebab x tahan bau minyak.kadang2 bau minyak tu meresap masuk dalam bilik sampai aku rasa aku nak menyorok dalam bilik air pulak.haishh...dugaann...badan selalu penat. xleh aktip langsung. sekali aktip sehari aku mandom xleh buat apa. tido ja oke. tapi kalu tido memanjang pon boring jugak. pernah sampai satu tahap aku rasa rimas sangat duk dalam rumah tapi nak keluar jenjalan pon x larat.haish. sabar je la dugaan nih.huuu.

oke la.panjang lagi nak cerita sebenarnya tapi nanti2 la pulak.malas nak taip panjang2.badan rasa x sedap plak.haish.baibai.

p/s: tiba2 teringin nak makan yogurt stoberi.hmmm

 

Tuesday, 15 March 2011

rindu!

aku baru saja balik dari kampung semalam dah terasa rindu nak balik kampung balik. alangkah bestnya kalu dapat transfer balik penang or parit buntaq...

apa yang best sangat kat kl ni ntah yang orang suka sangat duk sini.aku sikit pon x suka.menyampah lagi ada.nak balik kampung lagi!!!!! kalu ikutkan hati nak ja aku mintak cuti 2 bulan nak stay kat kampung lama2. dalam keadaan yang x berapa sihat ni leh mak jaga aku.huuu..rindunya kat mak!! :( kesian kat mak sunyi kat kampung.tapi xpa mak, hujung tahun nih kami balik lama.hehe.

kadang2 aku rindu zaman belajar dulu. x suka time da keja nih. rasa nak berenti pastu sambung belajar amek master. pastu mintak jadi lecturer. masa pon flexibel. kan bes tu. tayah nak penin2 nak kena keja shift dah. nak cuti pon senang. dah la sekarang opis jauh dari rumah. nak mai opis kna redah jem. nak balik pon nak kena redah jem. kalu duk penang or parit buntaq kan best. x la jem teruk macam area sini. menci duk  KL!!!!!

huh.pendek kata aku menci semua benda kat cni!!

p/s: aku tengah emo!

Friday, 11 March 2011

sickness

urghhh...this morning sickness is killing me.

tapi hubby cakap x baik mengeluh sebab Allah bagi ujian ni untuk menghapuskan dosa2 dulu.

mak pon cakap itu perkara biasa untuk orang mengandung. tapi bersyukur sangat2 sapa yang pregnant x kena sakit pagi nih.tapi aku rasa nama dia x patut la morning sickness. dia kena all day sickness baru betul.bukan pagi2 ja yang rasa x sehat nih.satu hari haa...

kalu ikutkan hati nak ja aku mintak kat dokte mc sebulan. nak rest kat rumah. tak pon mintak surat recommendation dokte suh tuka tmpat keja dekat skit. jauh la ttdi nih.huh.tapi xbleh sebab aku kan baik dan bertimbang rasa.cewaaahhh..lagi plak kat opish x cukup org. 2 org da resign tapi pengganti tarak lagi. kesian kt yg kena rotate shift tu nak cuti tadak sapa ganti. hukhuk.

huh.oke la.stakat itu saja luahan hati aku pagi jumaat nih. hari ni half day.da la semalam mc lagi. maap ye bos. hee. petang nih nk balik kampung.eksited2 sbb da sebulan x balik ha.miss my mummy n abah.famili mertua plak pi langkawi.huwaaa...nak ikott!!plan asal memang aku n hubby pi langkawi follow mereka tapi da aku duk penin2 cmni, memamg xleh nak pi mana2 la.huuu... sedeyyy :((

oke la.baibai.

Wednesday, 9 March 2011

out of the blue

ya.baru sekarang aku ada mood sikit nak update. tu pon nasib baik ada. kalu xdak memang tak ter'update la blog aku.haha

ya lagi skali..aku da nak jadi mummy!!and my hubby da nak jadi pappy abah la!!hoyeahhh!!tanpa di sangka2 out of the blue i'm pregnant.skrg dah lebih kurang 7 minggu kot. dalam 1 bulan lebih dah.

morning sickness?? tayah cakap la.berapa kali aku amek mc sbb x larat nak pi keja. walaupun x teruk sangat tapi aku rasa teruk jugak la.makan skit pastu muntah.nak bangun pon x larat. tapi mak kata masa mengandungkan aku dulu dia lagi teruk. 3 bulan xleh wat apa and asyik usung bantal ja.nasib baik aku x macam tu. sekarang pon aku tengah counting days morning sickness aku nih. kalau la 3 bulan, sampai bulan 5 ni la aku akan asek muntah2. tapi alhamdulillah sekarang da oke sikit. malam tadi da boleh pi soping2 kat IOI teman hubby beli baju kemeja. sian kat dia. 2 minggu ni aku asek x larat nak pi mana2 langsung. alhamdulillah lagi la sebab dapat suami yang memahami.cewahh...tolong aku basuh baju, basuh pinggan **walopon tangan dia akan mengelupas kalu kena air sabun**, masakkan nasi untuk aku. heeee..shoooo shuwettttt!!love him much!!

hmm..apa lagi aku nak stori eh?seblum ni macam2 aku terpikir nak cerita tapi bila tengah taip blank pulak.adeh.oke la.ada idea sambung balik.

p/s: aku sangat malashh di opis skrg!!

 

 

Tuesday, 22 February 2011

too busy too update

recently, work life become so hectic and i don't have much free time to update my blog.

so, will update later yaa...got some good and happy news to share here.

p/s: i'm a mtb!!!! :)
 
Images by Freepik