Thursday, 3 November 2016

#jenjalanjalan - Turkey Trip 2016 - Part 4

Atartuk Airport (Istanbul)  >  Bolu  >  Ankara  >  Cappadocia   >  Konya  >  Pamukkale  > Ephesus  > Izmir > Bursa  >  Istanbul


Perjalanan diteruskan ke Ephesus dari Pamukkale.sekali lagi pemandangan memukau di sekeliling membuatkan kami terpana...ceewaahhhh...kami melalui jalan yang berbukit bukau, bersalji di puncak dan dikelilingi dengan pokok cherry yang sedang berbunga...Serius cantik sangat...bunga cherry ni bersamaan dengan bunga sakura yang kat jepun tau...cek dah gugel sat tadi..hahah..sebab sakura dalam bahasa jepun itu bermaksud "cherry blossom"...xkan la aku salah kot kan...hahaha..actually masa kat Cappadocia lagi dah jumpa pokok cherry yang berbunga ni tapi rasa macam bukan tapi nampak macam ya....bila tengok2 balik memang di Turki ni pun ada ditanam pokok cherry dan kami jumpa ladang yang sangat luas dan besar dalam perjalanan dari Pamukkale ke Ephesus..hampir semuaaaa pokok berbunga dan boleh bayangkan x betapa cantiknya pemandangan tu?!! Sangat cantik! tapi x dapat tangkap gambar sangat sebab cuaca masih x berapa elok dan banyak hujan...

Kami sampai di Ephesus dah hampir waktu makan tengah hari. keluar saja exit dari highway, tetiba rasa macam masuk ke zaman Rom pulak...haha...boleh dikatakan kesemua bangunan di Ephesus direka berdasarkan seni bina Rom dahulu kala...sebelum melawat kawasan, kami singgah makan di kedai di tengah2 bandar..selalunya hubby akan mark dulu kedai2 yang mempunyai rating & komen yang baik di Trip Advisor..serius berguna apps tu tau...macam biasa la makan kebab...dah nak naik cemuih asyik makan kebab ja ni..hahaha...setel lunch, kami pusing2 sket kat area pekan ni & tapau fridge magnet...ternyata fridge magnet di sini lebih murah dari tempat pelancongan utama...nasib beli sesiap..


Posing sakan anak dara sorang ni
kami pun nak posing kat depan pokok oren jugee
Ephesus ni adalah salah satu kawasan dimana terdapat tinggalan kota zaman Ancient Greek dulu dan antara kota yang terbesar. antara tinggalan runtuhan yang masih kekal adalah amphitheater & The Library of Celcus..memang menjadi tarikan utama pelancong untuk ke sini..tiket masuk berharga 30 lira...mahal wehhh...tapi dah alang2 sampai, kami semua pun masuk la...bayangkan 4 org dewasa bersamaan 120 lira...phewwwww...lap peluh...mula2 masuk terus ke amphitheater...terpegun jugak laaa tengok tinggalan runtuhan dari zaman ancient greek ni depan mata..tapiiii....harga tiket masuk tu sangat x berbaloi dengan tarikan yang ada didalam tu...The library of celcus di tutup..xtau sebab apa..depa ada jumpa emas kut...siap ada askar pegang senapang jaga haaa...then xtau nak pusing kemana, kami pun pi la ke area belakang2 sikit...macam ada tempat mandi la, rumah tinggalan la tapiiii kawasan tu x terjaga langsung! penuh dengan semak samun...memang betul la komen org kat trip advisor tu, Hierapolis di Pamukkale much better daripada Ephesus! kalau ada yang teringin nak mai Ephesus tu aku sarankan baik pi melawat Hierapolis tu saja..huhuhu...so, bagi kami, Ephesus ni biasa2 saja...menyesal pun ada singgah mai...dah melayang beratus lira...oh, parking pun kena bayaq x silap dalam 10 lira...hukhuk


Di pintu masuk 

Amphitheater yang besar! 
Kami
Di laluan utama ke Amphitheater
Kawasan tinggalan yang dipenuhi semak samun

Tapi **banyak sungguh tapi aihhh..haha** selain tinggalan runtuhan zaman ancient greek ni, terdapat tarikan lain yang ada di sini antaranya The Cave of Seven Sleepers & rumah siti mariam (The Virgin Mary house)..rumah siti mariam ni dianggap suci & antara tempat tarikan utama penganut kristian & juga islam...mak mertua teringin nak tengok rumah siti mariam so hubby pun bawak naik...ia terletak di atas bukit yang tinggi...gerun huiii bila lalu tepi cerun masa tengah kona tu...nampak sayup ja pemandangan kat bawah...perjalanan ni sedikit sebanyak membuatkan kami muhasabah diri dengan kesusahan yang melanda siti mariam sewaktu dipulaukan oleh seluruh kampung dan mencari tempat berlindung.serius.bila dah laluinya, kita dapat rasakannya.sangat terkesan di hati...tapi bila sampai di puncak bukit, mak mertua x jadi nak masuk sebab takut kena jalan jauh macam tadi & masuk berbayar..huhu...xpa la, at least dah sampai..kami x singgah pun di The Cave of Seven Sleepers tu sebab nak kejar masa untuk bermalam di Izmir. InsyaAllah kalau ada rezeki satu hari nanti kami akan singgah ke sini lagi...lokasi sebenar gua kahfi ni tidak diketahui sebab terdapat juga beberapa lagi tempat antara di Jordan yang juga dikatakan The Cave of Seven Sleepers tu...apa2 pun, ianya tetap mempunyai tarikan & mungkin dapat membuatkan kita menghayati tentang kisah 7 pemuda tersebut...

Perjalanan diteruskan ke Izmir...kat sini hubby booking hotel di tepi laut...saja nak merasa suasana tidoq di tepi laut kat Turki..hehe..ramai jugak orang kat sini, depa macam amazing tengok ada orang asing check in..haha...mungkin jarang pelancong dari malaysia ke sini...aku x ingat nama hotel **pelupa macam biasa...haha** nanti aku check balik dengan hubby ya...since masa sampai masih lagi belum matahari terbenam, kami amik kesempatan untuk jalan2 & turun ke pantai....katanya ada private beach tapi pasir secoet ja pun...hahah...air lautnya SubhanaAllah cantik sangat...biru turqoise blink2 sebab memantulkan cahaya matahari..serius..cantik! air laut kompem la sejuk huiii...lagi pulak mana berani nak terjun x pasai2 ni..haha..banyak gila landak lauk kat situ...ni kalau org korea mai kompem depa terjun pi kutip landak laut tu...hahahaha...tidoq tepi laut ni sejuk gilaaaa kotttt....dah la lantai bilik hotel pkai mozek...sebelum ni semuanya berkarpet, jadinya x la sejuk sangat nak pijak...kami pun dah cam mat saleh ha pkai kasut dalam bilik sebab x tahan sejuk..memang aku xberapa lena tidoq..selimut pun berebut kami 4 beranak..ada heater tapi macam x berfungsi sangat...still sejuk lagi..esoknya hubby start sakit kepala & berasa nak demam..huuuu...


Private beach belakang hotel
Watching sunset
bangun pagi macam biasa, siap2 semua then pi breakfast. pilihan makanan kat sini banyak..kenyang makan, siap tapau telor rebus 2 3 biji sebab irdina nak makan...majority makanan berasaskan cheese....macam2 jenis cheese ada...sedap2 jugak, macam2 aku amik..haha..lepas check out, kami meneruskan perjalanan ke Bursa...kami akan bermalam di sana sebelum ke destinasi terakhir, Istanbul..

okeh, yang tu cerita di next entry part 5 ya..

see yaa!!


No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik