Tuesday, 8 October 2013

Jalan-jalan Korea, Annyeonghaseyo! - part 1

eh, betul ka eja tu? bantai saja la..haha

hai hai hai!

fuh, dah setel pi holiday untuk tahun ni...eh, ya ka? macam ada banyak lagi ja lepas ni.haha...serius aku x bajet kami akan ke korea tahun ni..kebetulan ada duit sikit dan airasia buat promo, terus aku pujuk hubby dan dia setuju. yayyyy!!!! sebelum beli tiket, kami survey dulu betul-betul hotel mana nak duduk dan kemudahan lain. siap aku kena buat proposal kot tunjuk kat hubby. kena lengkap dengan anggaran bajet semua bagai..nasib baik masa tu aku tengah free & easy. seharian kat opis duk surf & buat proposal nak ke korea. aku propose nak pi tengah ke hujung bulan 9, tapi hubby pi pilih awal bulan 9. still summer kat korea...kuciwaaaaa...baru berangan nak sejuk2, pastu nak main daun2 kering.huhuhuhu..tiket dah beli, so redo ja la....

percutian kali ni 7 hari 6 malam. flight dari lcct 31/8 pukul 1 pagi dan balik 6/9 pukul 4.30 ptg. tapi boleh la pulak kan malam tu flight delay sampai 2 jam..sabaq ja la.dah la sejuk tahap gaban kat airport. nasib baik jugak la aku bawak stroller.sedap irdina tidoq dalam tu dan kami pun senang..asalnya aku berkeras nak bawak quinny, tapi hubby xmau. takut susah nak usung dan berat katanya. lastly, aku beli jugak la mydear buggy yang lipat payung tu. yg tu la jadi kenderaan rasmi irdina kat korea.hahahahaha

pukul 12 lebih baru tidoq oke...itu pun jenuh bawak round kat boarding area tu.huhuh

ole2 dari AA sebab flight delay..membantu jugak la sbb tgh kesejukan di airport.

31/8/2013

sepatutnya naik flight pukul 1, jadinya pukul 3 baru boleh naik. nak beku dah tau duk kat airport. rasa macam duk dalam peti ais. nasib baik air asia prihatin, semua penumpang dapat comfort kit free..hoho. ada selimut dan bantal angin. so, kurang lah sikit sejuk di situ..masa kat boarding gate pulak, dapat sandwich & air mineral. baik hati betul airasia ni kan..ni la baru betul jaga hati customer.yang kami ni dah mengantuk tahap gaban..penat kut. dah la siang hari kerja, malam pulak nak travel.x rehat oke..sangat mengantuk! dlm flight pun aku tidoq x sampai sejam..dah la flight makan masa 6 jam 20 minit. bosan! irdina sedap ja baring atas kami. menyesal x amik ESO..lenguh abeh kaki.huu

happily sleep on abah & ummi..kebas kaki huiii..


iols is amazing okey ada ice flakes kat tingkap. heeee **jakun mode ON!**

subanallah...view yang sangat cantik dan menenangkan :)

sampai Incheon International Airport dalam pukul 10 lebih..beli kad T-money dan terus menuju ke train untuk meneruskan perjalanan ke hotel. oh ya, kami booking hotel melalui website agoda. Kakao Motel namanya, kat area yeungdeongpo..stesen subway yang terdekat adalah Singil (line 5) dan Yeungdeongpo (line 4). dah nak travel backpackers sangat, semua kena buat sendiri ya! nasib hubby mahir bab membaca map ni sebab dah memang kerja pun buat map kan...masa booking hotel dulu, rate dalam RM 97 satu malam..total 6 malam adalah RM 619.22 termasuk tax dll. ok kan?? ok la kot ni..haha..sebab kami pilih Kakao Motel ni adalah kanak-kanak dibenarkan menginap dan toilet disambungkan sekali dengan bilik. maknanya, bukan shared toilet! ini yang hubby pentingkan sangat sebab dia memang x suka share toilet dengan orang yang x dikenali. bilik kecik tapi bagi kami bertiga ianya cukup selesa. kemas dan lengkap dengan semua kemudahan asas..bagi aku, motel ni recommended untuk family kecil yang nak ber"backpackers". hehe...so, hari 1st ni sampai ja bilik terus melantak dulu.lapar kottt..lepas mandi semua bantai tidoq seround dulu.. kami semua keletihan. kononya lepas bangun tidoq nak keluar jalan2 sat tapi masing2 macam x larat & nak rest dulu. makanya, hari 1st adalah hari berehat sepuasnya. charge energy gittewww..camni la travel dengan anak kecil..bukan anak saja penat, sekali mak bapak pun penat..haha





oppsss...ada model kecik di situ.haha

so, inilah cerita 1st day kami di bumi korea..next part akan menyusul kemudian..penat loh nak compile suma dalam satu entry. inipun dah makan berminggu2 nak siapkan.hahahah..

p/s: syukur alhamdulillah irdina sehat2 saja sepanjang di korea.. :)

1 comment:

  1. Assalamualaikum.. saya ke korea last september. tengah september tapi still tak full autumn lg.. daun smua masih hijau. cuma ada sikit2 jer yg dh bertukar color..huhu...frust juga. suhu pn tak sejuk sangat. siang hari panas juga.. suhu mcm kt mesia.. 28-30 degree. malam baru rasa sejuk..

    Jemputlah datang blog saya zinziemeewah.blogspot.com
    saya tulis ttg jln2 kt sana juga tp blum hbs cita lg..hehehe.. baru cita hari ke-2. memang penat kn nak karang. nak recall balik..anyway.. nice dpt sharing great xprience kt sana :-)

    ReplyDelete

 
Images by Freepik