Thursday, 13 June 2013

Perfect choc chip cookies

haaaaa...

seperti yg dijanjikan terdahulu meh nak tepek resipi choc chip cookies yg aku ada try buat hari tu..alaaaa, yg x menjadi tu. x menjadi bukan salah respi ya, itu salah aku sendri sbb gatei pi tambah extra tepung sesuka hati. bajet cm cookies expert la kan. sekali jadi cookies batu. mau tepelanting gigi kalo nak gigit..tapi still rapuh dan mempunyai rasa yang unik. memang dah ala2 famous amos sebenar. cara nak membuatnya pun dah agak unik. sebab tu aku pilih resepi ni untuk try & error. next time, kalu buat lagi aku dah xmo menderhaka kepada resepi. nanti x jadi lagi kan naya. membazir ja.huuuu.

Perfect Choc Chip Cookies

1 3/4 cawan all-purpose flour  (250 g)
1/2 sudu teh baking powder
14 sudu besar unsalted butter
1/2 cawan gula
3/4 cawan gula perang
1 sudu teh garam
2 sudu teh vanilla
1 biji telur ( gred A)
1 biju kuning telur (gred A)
1 1/4 cawan chocolate chips
3/4 cawan kekacang - almond/walnut/pecan ~ optional

Cara-cara:

1. Panaskan oven. Campurkan tepung dan baking powder bersama dan ketepikan dahulu.
2. Ambil 10 sudu butter dan panaskan ia di atas kuali sehingga bertukar menjadi "brown". ** Heat butter over medium-high heat until melted, about two minutes. Continue cooking, swirling pan constantly until butter is dark golden brown and has nutty aroma, about one to three minute**
3. Setelah selesai, masukkan ke dalam mangkuk dan tambahkan lagi 4 sudu butter lebihan tadi. gaul sehingga butter tersebut cair.
4. Kemudian, di mangkuk yg sama masukkan gula, gula perang, garam dan ekstrak vanilla. gaul hingga sebati. selepas itu, masukkan telur dan telur merah. gaulkan sebati sehingga adunan nampak "thick, smooth and shiny"
5. Rehatkan adunan selama 10 minit.
6. Next, masukkan campuran tepung ke dalam mangkuk tadi dan gaul sehingga rata. Masukkan choc chip dan kekacang.
7. Bakar di dalam oven lebih kurang 8 minit atau sehingga agak2 masak.


Sekian hasil nukilan respi yg aku dah translate kan dari internet.haha.unik kan cara nak buat dia. aku suka kat part nak "browned" kan butter tu.. brown butter tu bau sangat sweet. mcm karamel gittew. dan bau ni lah yg menyumbangkan kewangian dan kesedapan yg lain pada biskut ni. pastikan sukat betul2! jgn jadi cam aku..pandai2 tambah itu ini. sukatan pun x betul.huhuhuhu

oke la, kalo x  berapa nak puas hati dengan resipi yg aku dah translate ni, bole klik link ni utk ke blog yg aku copy tu. siap ada gambar cookies dia lagi..cookies aku x jadi camtu pon.wuwuwuwuwuw






No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik