Friday, 22 March 2013

kak long kawasan. hahah!

pejam celik pejam celik dah 1 thn 5 bulan da nur irdina nazihah sayang ummi ni...cepatnya masa berlalu..rasa mcm baru ja mengandung, bersalin dan berpantang.huuuuiiii, kenangan sungguh...

sejak dari umur dia 10 bulan, kami da ambil balik irdina utk duduk dgn kami. itu pun jenuh gak tokmi nak lepaskan..mula kata 6 bulan da bole amik pastu delay...pastu delay lagi sampai la 10 bulan...ya la, mana larat nak ulang alik tetiap minggu pastu nak menahan rindu kat syg ummi tu lagi..huuu..ummi pn nak jaga dia jugak..alhamdulillah dpt pengasuh yg dekat dan baik. yg boleh jaga  makan pakai anak ummi ni sementara ummi kuaq p kerja...semenjak duduk dgn pengasuh ni irdina nampak macam dah pandai berdikari, pandai bawak diri, pandai berkawan dll..pendek kata nampak macam budak besar la...kenapa ummi kata macam tu?meh nak cerita:

1. sejak duduk dgn ibu (pengasuh) masa dia umur 10 bulan, irdina terus pandai pegang botol sendiri.masa duk ngn tokmi langsung xmo pegang sendiri sampai tokmi risau...sekarang dah boleh pegang dgn jayanya lagi expert..haha

2. sebelum ni irdina tidoq dlm buai di siang hari. semenjak datang sorang baby baru, da kena turun pangkat tidoq kat bawah.hahaha..syian anak ummi ni. hari tu tergerak hati ummi nak tnya ibu cmna nak bg dia tdoq kat bawah..ibu kata senang ja.bagi susu, letak atas bantal pastu nanti dia tutup muka dgn bear dan tidoq..wowww, ummi is sooo amaze. patut la kalo masuk buai di siang hari dia mcm susah nak tdoq.hehehe..hjg mggu ni ummi boleh try test.hehehe

3. sekarang irdina dah makin faham apa ummi & abah cakap..sukanyaaa ummi anak ummi da makin pandai...ummi sgt amaze dgn irdina sekarang.bila suruh duduk, pandai mai duduk dkat ummi..bila suruh amikkan barang, pandai dia amikkan barang tu..siap  dah boleh tolong ummi kemas katil lagi haa..tapi besa la budak kecik lagi. bukan semua arahan kita dia nak buat tapi bila ada perkembangan positif macam ni ummi is soooo happy!

4. dah pandai nak menyonteng dah haaa...pantang dpt pensel @ pen, sofa ummi pon jadi la tempat dia berkarya.nasib dia x attack dinding.kalu x lagi naya.huhuh.salunya ummi bagi kertas kosong utk dia menyonteng dan dia sangat sukaaaa!

5. antara ABC dan alif baa taa, irdina lagi suka alif baa taa..tambah2 yg versi arab...ulang la sepluh juta kali kat youtube tu, langsung dia x bosan. kadang ummi terfikir bagus jugak kalo kita ajaq anak bahasa arab selain bahasa inggeris..irdina memang sangat berminat..setakat ni kalau ummi acah "ankaboot" (labah-labah), irdina paham pastu kelam kabut lari sebab dia takot "ankaboot". serius comel! hakhak....selain tu kalau sebut "dhifdaq" (katak), irdina mesti kata "aakkk" ( x dak) sebab dia x nampak ada katak.hahaha..comellllll!!! lepas ni nak ajaq dia "samakah" (ikan), "usfur" ( burung) dll...nak bagi dia biasa dgn bahasa arab memandangkan dia berminat..heee...

seronok sangat dengan pe'el budak nak besar ni..sangat kelakar! sampai abah pon x sampai hati nak bagi irdina adik lagi walaupun gaya irdina da macam kak long kawasan.hahah..ummi doakan anak ummi membesar dengan pintar, dikurniakan kesihatan yg baik dan menjadi anak yg solehah & cemerlang dunia akhirat!

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik