Friday, 24 December 2010

mrs iqbal...heee

Salam...

cewahhh...da jadi isteri orang baru nak bagi salam.kalu x men hentam keromo ja belasah.haha.dah lama x update blog nih.maklumla, nak update kat ofis macam malas & kadang2 bizi la jugak. nak update kat rumah internet xdak..nasib baik la sekrang free skit + mood nak update semakin memuncak, so tercoret2 la jugak di sini.ehe.

alhamdulillah pada 11/11/10, selamat la aku menjadi isteri kepada mohd iqbal, setelah kenal selama 13 tahun (x penah teguq2 pon..skodeng2 dari belakang rumah ja..haha), bercinta 5 tahun ++ (jumpa balik dalam friendster...terima kasih friendster :P ) akhirnya kahwin jugak. tu la, orang tua2 kata kalu ada jodoh x kemana..ehe.. :D aku pon x sangka aku akan kahwin awal.heeee.. *gataiiiiiii*

majlis nikah buat secara kecil-kecilan sahaja. nikah ja baru, belum kenduri lagi. kenduri Insya-Allah 05/02/11 ni di rumah aku & 06/02/11 di rumah husband. so sekarang tengah busy2 nak buat persiapan untuk kenduri pulak.adeh..penin woooo...banyak benda nak kena fikir.huhuh..tapi xpa, asalkan kita da langsungkan perkara yang wajib.x gitu??hehe..

tengkiyuu sangat2 kepada intan, nad shah & dya sebab sudi jugak datang sebagai wakil petom.petom2 yang lain semua xleh nak cuti..maklumla, cuti da kena tarik untuk cuti 1TM.haha. tapi xpa, kenduri time raya cina, so memang la cuti..hee..tapi, kesian kat adik aku sebab hari nikah tu dia exam so x dapat balik..huuu..sangat kelam kabut sebab xdak dia..kalu x dia la asisstant mak aku..nak wat macam mana kan.11/11 tu terlalu spesel sampai unikl pon nak wat exam time tu jugak.isk3..mulanya da booking member adik aku untuk jadi photographer, tapi dah adik aku exam, dia pon mesti exam juge.nasib baik ebelebel untuk kenduri nanti.huh. so, gambar2 time nikah hanyalah menggunakan kamera biasa dan pandai2 tangkap sendiri saja so x la chantek sangat macam profesional fotografer punya gambar.uhuuu...



hantaran dari perempuan untuk lelaki. my theme hitam putih sebab ada bekenan contoh kotak hantaran kat nilai.so mak aku pandai2 ubah wat sendri.



hantaran dari pihak lelaki. warna biru turquoise. i likeeeeeeeeeee... :D



abah yang nikahkan kami. heeee... :D




dah selamat jadi isteri kepada mohd iqbal dengan satu lafaz.. alhamdulillah









wit family & friends. love them!!

uhu..aku nampak gemuk kan pakai baju tu..baju tu mak buatkan..tapi disebabkan oleh kain lapik dalam tu tebal dan ditambah pulak bunga lace pon tebal jugak *alasan..haha*, sebab tu aku nampak gemuksss..huuuu..**ka sendiri memang da berisi time tu tapi x sedar diri??isk3**

ahaha...apa2 ja lah..sekian sahaja cerita di majlis aku...haaa, yang kenduri nanti lambat lagi.tahun depan punya update.tu pun kalau rajin nak update selalu.ni pun sebulan baru update.ehe..

1 comment:

  1. nad... ni email aku.

    twinkle_myra@yahoo.com

    aku mesti datang punya! confirm! kalo takde aral melintang la...
    sbb raya cina ni aku cuti dari 1/2 sampai 7/2. so mmg plan dah nak balik parit buntaq umah tok aku. insy aku sampai.

    congrates k! im happy gila for u.
    semoga berbahagia selalu. ;)

    ReplyDelete

 
Images by Freepik